Monday, October 01, 2012

Tragedi Oktober?

Assalamualaikum.

Selamat pagi! Minggu ini minggu keempat Anis di sem 7, IIUM. InsyaAllah, impian Anis ialah Anis ingin menumpukan perhatian sepenuhnya ke arah masa depan Anis sendiri. Anis ingin berjaya dalam pelajaran Anis dengan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.500 semasa Majlis Graduasi bulan 9 atau 10 tahun depan. Sekarang CGPA Anis tak sebanyak itu, tapi Anis yakin jika Anis berusaha dengan bersungguh-sungguh, Anis mampu mencapai CGPA yang Anis mahukan. Tambahan pula, Abah sendiri yang bercita-cita untuk melihat Anis menamatkan pengajian di IIUM dengan First Class Degree. Anis harap Anis tidak mengecewakan Abah nanti. Selama ini, Anis tak pernah mengecewakan Abah dalam pelajaran, sangat jarang. Anis harap kali ini Anis mampu memberikan hadiah yang terbaik untuk Abah, sebab ini adalah salah satu cara untuk Anis membalas jasa Abah.

Selain itu, Anis ingin mengubah penampilan Anis. Maksudnya, Anis ingin memberikan tumpuan yang lebih terhadap gaya dan penampilan Anis. Ini penting untuk memberi 'first impression' yang baik kepada orang lain. Anis mengaku ada suatu perkara dalam hidup Anis yang membuatkan Anis hampir putus asa, tetapi tidak sebenarnya. Anis takkan berputus asa sebab Anis yakin Allah selalu membantu hambaNya yang lemah dengan syarat kita selalu berdoa dan ingat pada Allah. Mungkin, beberapa masa yang lalu Anis ambil untuk berfikir, muhasabah dan menenangkan semula jiwa Anis. Anis malu juga, disebabkan peristiwa itu, hidup Anis agak terjejas. Namun, itulah pengalaman hidup yang Anis tak boleh beli di mana-mana. Pengalaman itu yang mendewasakan Anis. Jadi, selepas ini Anis akan lebih menumpukan perhatian terhadap penampilan Anis sendiri. Anis akan membelanjakan sedikit duit untuk tujuan itu. InsyaAllah.

Alhamdulilah, bersyukur sebab Allah masih bagi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. Harapan Anis agar usia yang diberi diberkati. Anis ingin menyambung hidup di atas muka bumi ini sebagai seorang manusia yang berbakti terutamanya kepada diri sendiri, ibu bapa, adik-adik, kaum keluarga, rakan-rakan dan orang lain yang memerlukan. Indahnya hidup apabila ada matlamat. Dan matlamat yang mutlak itu bukanlah pencapaian di dunia ini, tetapi kejayaan di akhirat kelak. Seperti yang Anis pernah tulis dalam blog yang dulu, Anis ingin menjadi seorang wanita yang solehah. Namun, bukan senang untuk menjadi seorang wanita solehah yang suci dan bersih hatinya. Kawan-kawan doakanlah agar Anis mampu menghadapi ujian dan membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah. Anis sangat ingin menjadi wanita solehah. Anis juga doakan kawan-kawan menjadi soleh dan solehah. Sungguh indah, tenang dan bahagia, InsyaAllah....


~Jika kau FIKIRKAN kau boleh, KAU BOLEH!!~

No comments:

Post a Comment

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)