Tuesday, February 02, 2016

Throwback Honeymoon @ Guilin, China (I)

Assalamualaikum dan salam sejahtera! 

6 Disember 2014

Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 6 pagi dan tiba di Guilin pukul 10 pagi lebih kurang. Waktu di China dengan di Malaysia tak banyak berbeza, cuma waktu solat di China dengan Malaysia sedikit berbeza. Waktu solat di China masuk lebih awal dan waktu solat Isyak lebih panjang di sana. Di sana, lebih kurang pukul 6 petang, sudah masuk waktu Maghrib. Waktu Subuh pula bermula sekitar jam 6 pagi. 

Sampai di International Airport Guilin, Anis ke toilet dahulu. Toilet di China tiada air di dalam bilik tandas. Air cuma ada di bahagian luar iaitu di singki sahaja. Jadi, kita kena sediakan satu botol air mineral untuk dibawa ke dalam bilik tandas. Anis dan suami memang sudah maklum hal ini disebabkan kami ada membaca pengalaman orang lain ke China sebelum ini. Jadi, memang Anis sudah prepare satu botol air mineral untuk dibawa ke toilet. Di sana pun, En. Zali, iaitu pengiring kami, memesan perkara yang sama kepada kami.

Kemudian, kami keluar ke lobi airport untuk bertemu dengan Mr. Peter, iaitu pemandu pelancong kami, selepas mengambil luggage dan melalui pemeriksaan kastam. Semasa di lobi airport, Anis bau semacam saja. Bau orang China kot, entahlah. Mungkin juga bau dari sebuah restoren di situ. Apabila semua ahli rombongan kami telah berkumpul, Mr. Peter membawa kami ke coach kami untuk memulakan perlancongan kami. Keluar saja daripada pintu lobi airport, mula terasa kedinginan cuaca musim sejuk di Guilin. Rasa macam duduk dalam air-cond kalau di Malaysia. Anis pula hanya memakai cardigan dari Malaysia, so, terasa jugalah kesejukan. Anis memang seorang yang kurang tahan sejuk. 

Yeay! Dah sampai Guilin... Alhamdulilah!
Jom pergi jalan-jalan!
Mr. Peter yang sangat ramah dan friendly.

Sebaik sahaja menaiki coach, Mr. Peter memperkenalkan dirinya. Selepas itu, dia memberi sedikit briefing mengenai keseluruhan pakej perlancongan ini. Dia memberitahu tempat-tempat menarik yang akan kami kunjungi dan jadual perjalanan kami untuk sepanjang hari. Mr. Peter berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan kami. Dia sangat fasih dan langsung tidak pelat berbahasa Inggeris. Sebenarnya, dia adalah seorang bekas guru Bahasa Inggeris tetapi dia telah menukar professionnya sebagai pemandu pelancong. Dia memang berasal dari Guilin dan betul-betul mengetahui mengenai sejarah tempat asalnya. Sepanjang perjalanan menuju ke bandar Guilin, dia bercerita pula mengenai sejarah Guilin dan sedikit sebanyak mengenai negara China secara general

Kata Peter, ini adalah simbol gunung dan tasik yang menjadi tarikan di Guilin.




Sebelum kami memulakan perjalanan kami ke tempat-tempat menarik, kami dibawa untuk makan tengah hari dan solat terlebih dahulu. Sepanjang berada di bandar Guilin, kami memang dibawa makan sarapan dan tengah hari di restoren ini. Ini adalah sebuah restoren halal di Guilin. Pemiliknya beragama Islam. Lokasi restoren ini juga sangat berdekatan dengan masjid di Guilin. Jadi, selepas makan, kami boleh terus pergi solat di masjid. 

Inilah contoh hidangan di Guilin. Teh wajib di China.
Alhamdulilah, Anis boleh makan dengan berselera. Hehe.
Dalam restoren.
Endian Halal Restaurant Guilin

Setelah selesai makan dan menunaikan solat, barulah kami dibawa ke destinasi yang pertama iaitu Elephant Trunk Hill. Bukit ini dinamakan sempena bentuknya yang seperti belalai gajah. Tempat ini adalah tempat wajib untuk dikunjungi oleh pelancong apabila ke Guilin. Ia adalah salah satu tarikan utama di Guilin. 



Selepas melawat Elephant Trunk Hill, barulah kami dibawa check in ke Universal Hotel Guilin untuk berehat. Mengikut itinerary yang diberi, kami sepatutnya check in ke hotel sebaik sahaja sampai di Guilin, tetapi terdapat perubahan jadual. Anis pula hanya memakai cardigan sahaja. Ingatkan nak salin baju sejuk terlebih dahulu di hotel. Jadi, terpaksalah berjalan-jalan di Elephant Trunk Hill dalam kesejukan. Huhu. Mujurlah tidak berapa sejuk. 

Pada sebelah petang pula, kami disuruh berkumpul kembali untuk pergi berurut kaki. Untuk urut kaki ini, kami perlu membayar sendiri kerana tidak termasuk pakej. Mr. Peter hanya membawa kami ke kedai urut itu sahaja. Tidak silap Anis setiap seorang perlu membayar 10 RMB.  Kami diurut dalam bilik yang berasingan antara lelaki dan perempuan. Tetapi, kebanyakan tukang urut adalah perempuan. Jadi, orang lelaki juga akan diurut oleh tukang urut perempuan. Bagi Anis, urutannya bolehlah dikatakan memuaskan. Oleh kerana baru hari pertama, jadi Anis belum rasa lagi lenguh-lenguh kaki berjalan. 

Selepas berurut kaki, kami dibawa pula untuk makan malam. Kali ini, kami dibawa ke sebuah restoren yang lain tetapi Anis sudah lupa nama restoren ini. Restoren ini nampak lebih exclusive berbanding Endian Restaurant. Anis lebih suka dan boleh minum air teh yang dihidang di restoren ini kerana ada rasa 'aftertaste' yang manis-manis. Anis sudah lupa nama teh ini. Di Endian Restaurant, Anis tidak minum air teh yang dihidang tetapi Anis hanya minum air mineral kerana Anis tidak boleh minum air teh risau kembung. 

Untuk pengetahuan, satu menu yang wajib ada ketika Anis makan di Guilin ialah sayur sawi. Setiap menu pula akan sampai bertalu-talu. Kadang-kala, kita ingatkan sudah cukup hidangannya, tetapi apabila nasi sudah nak habis, masih ada lagi lauk yang sampai. Walaupun begitu, nasi sentiasa boleh ditambah jika mahu. :) Untuk orang yang kuat makan nasi macam Anis ini, memang senang hati sebab dapat makan kenyang-kenyang. Hehe. 

Muka riang selepas dinner. Hehe.


Selepas itu, kami dibawa oleh Mr.Peter untuk melawati Sun & Moon Pagodas atau nama lainnya Gold & Silver Pagodas. Pada ketika ini, kami perlu berjalan kaki dari restoren, melalui lorong untuk bershopping untuk ke tasik yang terdapat 2 buah pagoda ini. Sebenarnya, pada malam ini, rombongan kami terbahagi kepada dua. Yang mengikuti Mr. Peter akan menaiki cruise di sepanjang "Two Rivers & Four Lakes" yang popular di Guilin ini. Cruise ini adalah aktiviti pilihan dan tambahan yang tiada di dalam pakej. Sekiranya tidak mahu menaiki cruise, En. Zali akan membawa ke lorong shopping itu untuk bershopping atau boleh berehat sahaja di hotel selepas makan malam. Lokasi lorong shopping itu sebenarnya hanya terletak di belakang hotel kami.  

Memandangkan ini adalah honeymoon kami, Anis pun memujuk dan mengajak suami Anis untuk menaiki cruise ini. Namun, pada malam itu, hujan turun renyai-renyai. Demam suami Anis pula belum kebah lagi, jadi menggigil-gigillah dia kesejukan malam itu. Nasib baik dalam cruise itu ada heater. Huhu. Tetapi, untuk balik ke hotel, kami perlu meredah hujan renyai dalam cuaca yang agak sejuk itu. Kasihan pula pada suami Anis. =( Kami cepat-cepat balik ke hotel untuk memanaskan badan dan berehat. 


Gold & Silver Pagodas
Suami yang sporting walaupun demam. (^_^)
Suasana dalam cruise. Tak ramai pun, hanya rombongan kami sahaja. 
Dapat melihat burung cormorant yang famous di Guilin!
Tugas burung ini adalah membantu nelayan mengangkap ikan. 
Pagoda ada di mana-mana!
Antara persembahan di sepanjang Two Rivers & Four Lakes. 
Persembahan yang penuh warna-warni.
Dalam cruise juga ada persembahan!


Berakhir sudah hari pertama kami di Guilin! Tidak dinafikan, kami berasa agak penat. Tambahan pula, suami Anis demam. Jadi, kami terus sahaja berehat sebaik sahaja tiba di hotel. 

No comments:

Post a Comment

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)