Anis telah bertolak ke Cameron Highlands dari Temerloh pada pagi Isnin 25 Mac yang lalu lebih kurang jam 8 pagi. Ibu dan Abah telah sepakat untuk melalui Raub memandangkan telah ada highway terus ke Cameron Highlands (Ringlet) dari Sg. Koyan (selepas Raub kalau dari Temerloh). Kami tiba di Ringlet lebih kurang jam 12 tengah hari, itupun kami singgah 30 minit sarapan pagi di Raub.
Pekan Ringlet petanda sudah sampai Cameron Highlands. Lebih kurang 15km lagi ke Brinchang. |
Lebuhraya Sg. Koyan - Cameron Highlands Tiada lampu jalan. Tiada line. |
Shortcut. Selesa tetapi Sunyi. Luas tetapi Lengang. |
Tetapi, sepanjang perjalanan, ada juga beberapa penempatan orang asli seperti Pos Betau. Di Pos Betau, ada kawasan R&R, tetapi dalam perjalanan pergi, sunyi sepi R&R tu, kosong tak ada apa-apa. Hanya ada sebuah bangunan dan tempat parkir kereta. Tetapi, keesokkan harinya, dalam perjalanan balik, rupanya ada pasar malam di Pos Betau. Kami pun singgah membeli beberapa kuih-muih dan cendol untuk minum petang.
R&R Pos Betau |
Pasar Malam Pos Betau Salah seorang penjual kuih minta Anis letak gambar ini di FB. Sini pun jadilah ye?! =) |
Sebenarnya, Anis telah membuat tempahan bilik di Hotel Jasmine sejak bulan Januari lagi melalui Booking.com. Anis telah memilih bilik yang paling luas dan besar sekali iaitu 'Family Suite'. Harga bilik tersebut yang kami dapat ialah RM268. Anis tak pasti murah atau mahal, tapi Anis rasa berpatutanlah. Kami duduk berlima dalam bilik tersebut. Ada 2 katil Queen, ada kerusi dan meja, meja solek, pengering rambut, serta bilik air yang luas dengan pancuran air panas dan air sejuk. Rak kasut pun ada, tau! Almari baju berserta hanger dan 4 helai tuala lagi. Oh, terlupa....TV flat screen pun ada tau dengan Channel TV1, TV3, Fox dll. Sangat okaylah, kan? Cerek elektrik pun ada kalau nak minum air panas. Gelas pun pihak hotel sudah sediakan. Air-cond saja yang tak ada! Jangan tanya kenapa - sebab Cameron beriklim sejuk. Faham-fahamlah...kalau ada air-cond, alamat bekulah jawabnya!
Pandangan dari hadapan hotel |
KFC dan restoren lain ada di hadapan hotel, takkan kebulurlah duduk di Brinchang ni! Tempat parking kenderaan pun luas! |
'Medan selera' pun dekat, macam-macam pilihan ada! |
Abah di Bandar Brinchang |
Menuju ke pasar malam! |
Pasar Malam Brinchang. Disebabkan kami pergi time cuti sekolah, jadi setiap hari ada pasar malam. Kalau hari biasa, pasar malam hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu. Setelah check-in dan berehat dan solat di Hotel Jasmine, kami keluar berjalan kaki ke pasar malam dari hotel. Rasanya tak sampai 10 minit berjalan pun dah sampai pasar malam. Anis memang dah berniat nak membeli macam-macam makanan di pasar malam. Namun hakikatnya, Anis banyak berhabis membeli cenderamata untuk diri sendiri, adik-adik yang tak dapat pergi, saudara mara dan kawan-kawan. Makanan yang Anis beli ialah keledek dan ubi goreng (RM5 -15 ketul), strawberi celup coklat (RM5 - 4 cucuk, 12 biji) dan chicken wing (RM3 - 1ketul). Kenyang berjalan-jalan dan membeli benda lain! Huhu... Eh, kira-kira balik, Anis belanja RM13 rupanya untuk makanan. Anis ada beritahu Abah, Anis nak belanja RM10 untuk makan Anis sorang. Wah, over bajet 3 ringgit! Haha!
Pilihan terbaik!!! My favourite! |
Hari seterusnya iaitu hari terakhir di Cameron Highlands, kami bersiar-siar tinggi lagi daripada Brinchang. Macam-macam tempat menarik, ladang-ladang yang boleh dikunjungi. Namun, kami hanya singgah sekejap-sekejap sebab nak kejar masa check-out dari hotel pada jam 12.00 tengahari. Jika check-out lewat, perlu bayar RM20 untuk setiap jam. Jadi, sebelum jam 11.30 pagi, kami turun semula ke Brinchang. Selepas check-out, kami terus bertolak ke Tanah Rata. Kami makan lunch di Tanah Rata dan bersiar-siar di sekitar Tanah Rata. Dalam perjalanan balik, kami juga singgah di Tea House Bharat Plantations. Tak nak cerita panjang lagi, Anis hidangkan anda semua dengan gambar-gambar sepanjang Anis berjalan-jalan pada hari tersebut sebelum pulang ke Temerloh. ^_^ Sebenarnya, ada banyak gambar, tapi Anis pilih the best sahaja, ye? Selamat mencuci mata!
Girl over flower? |
Baru belajar mengenal buah kelapa laut dengan kawan baru-baru ni.. sekali di Cameron banyak, boleh tengok live! |
My favourites...... Crysanthemum! <3 <3 <3 |
Dalam ni banyak strawberry, tapi kami tak masuk pun, so takdelah gambar strawberry real. |
Bangunan Terminal Tanah Rata. Cantik! |
Lain kali datang Cameron, nak minum teh kat sini! |
My favourite tea!! Strawberry flavour, please... ;) |
Ladang Teh Bharat Terbaik dari ladang! |
Dari atas tulah Anis ambil gambar ladang teh kat atas ni...gayat tak? |
Cameron, Anis datang!
bestnye...nak pegi lg laa, penah pegi sane lbey kurang 4 years ago :)
ReplyDeleteGood info..sgt mmbntu.tq..esok nk ke cameron..arini baru nk search hotel
ReplyDeleteTq so much anis sweetie
ReplyDeleteUr welcome dear.. ;)
DeleteDekt atas ada line maxis tak ?
ReplyDeleteDah sampai Cameron, ada line... :-)
ReplyDeleteBest ye...
ReplyDeleteminnggu depan sy pergi..yeah
ReplyDelete