Saturday, December 19, 2015

Kenaikan Berat Semasa Hamil

Assalamualaikum dan Salam sejahtera!

Kali ini Anis nak catatkan kenaikan berat Anis sepanjang kehamilan yang pertama ini untuk kenangan di masa depan. Hehe.

Alhamdulilah, berat Anis sepanjang hamil bertambah secara normal. Tak pernah kena tegur lagi dengan nurse atau doktor disebabkan berat badan bertambah atau menurun secara mendadak.

So, inilah catatan berat Anis selama 9 bulan hamil...

Sepanjang check up di KKIA Hiliran, K. Terengganu:

12 minggu - 58 kg
16 minggu - 60 kg
20 minggu - 61 kg
25 minggu - 63 kg
29 minggu - 67 kg (yg ni ralat sebab guna mesin penimbang lain)
31 minggu - 66 kg

Sepanjang check up di KKIA Tanjung Lalang, Temerloh:

34 minggu - 67.5 kg
36 minggu - 67.5 kg
37 minggu - 68 kg

Di akhir-akhir kehamilan, berat Anis tak naik banyak pun. Maintain je berat. Alhamdulilah..

Anis ada mencuba gunakan satu kalkulator pengiraan kenaikan berat badan semasa hamil untuk mengetahui berat badan Anis normal atau tidak.

Ini keputusannya:

www.baby2see.com/pregnancy_weight_calculator.html
Alhamdulilah, kenaikan berat Anis semasa hamil boleh dikatakan normal. Mengikut carta ini, jumlah kenaikan berat Anis yang maksimum ialah sehingga 70 kg iaitu sebanyak 13 kg. Harap-harap tak lebih. Huhu.

Mengikut buku Rekod Kesihatan Ibu yang berwarna pink tu, pertambahan berat badan semasa hamil yang sihat adalah:
- Bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama adalah 0.5 kg sebulan
- Bagi jangkamasa kandungan seterusnya adalah 0.5kg seminggu

Namun, jumlah kenaikan berat badan yang sepatutnya adalah bergantung kepada berat badan dan ketinggian ibu sebelum hamil (Body Mass Index - BMI).

Kalau mengikut website baby2see.com:
- Jika BMI <20, kenaikan berat yang dibolehkan ialah sebanyak 12.5 - 18 kg
- Jika BMI 20 - 26, kenaikan berat yang dibolehkan ialah sebanyak 11.5 - 16 kg
- Jika BMI >26, kenaikan berat yang dibolehkan ialah sebanyak 7 - 11.5 kg

Tetapi, mengikut satu sumber lain :
- Jika BMI <20, kenaikan berat badan yang disarankan ialah sebanyak 14 - 20 kg
- Jika BMI 20 - 26, kenaikan berat badan yang disarankan ialah sebanyak 12.5 - 17.5 kg
- Jika BMI >26, kenaikan berat badan yang disarankan ialah sebanyak 7.5 - 12.5 kg

Jadi, kalau ada ibu-ibu hamil yang singgah ke blog Anis ni, bolehlah cuba kira berat ibu-ibu yang sepatutnya sepanjang kehamilan supaya tak kena marah dengan nurse atau doktor..hihi

Sunday, December 13, 2015

Senarai Keperluan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekarang, Anis sudah hamil selama 8 bulan dan hanya lebih kurang sebulan lebih lagi Anis dan suami akan menimang cahaya mata kami yang pertama. Jadi, Anis ingin catatkan barang-barang keperluan yang kami telah sediakan untuk menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga kami. InsyaAllah..

A. Keperluan Pakaian Bayi

1. Baju  (15 pasang)
2. Sarung tangan (7 pasang)
3. Sarung kaki (7 pasang)
4. Barut (8 helai)
5. Kain bedung (3 helai)
6. Pampers Drypers (NB-68x2 & S-84)
7. Napkins (10 helai)
8. Topi (2 helai)

B. Keperluan Mandi Bayi

1. Tub mandi bayi
2. Set mandian bayi Drypers (shampoo, baby bath, talcum, head to toe)
3. Tuala (3 helai)
4. Minyak kayu putih
5. Minyak telon Anugerah
6. Alas kalis air
7. Baby wipes
8. Kapas muka
9. Putik kapas
10. Penyembur air (KIV)

C. Keperluan Tidur Bayi

1. Set tilam +bantal utk travel
2. Baby cot + tilam
3. Set bantal, comforter, guard baby cot
4. Kelambu

D. Keperluan Menyusu Bayi

1. Botol susu + puting
2. Pam susu Autumnz Passion
3. Berus pencuci botol + puting
4. Cecair pencuci botol + puting
5. Warmer

E. Keperluan Ibu

1. Set berpantang
a. Minyak pilis Anugerah
b. Ubat bijian Anugerah
c. Mandian sauna herba Anugerah
d. Minyak herbanika Nona Roguy
e. Phytonatal Nona Roguy
2. Lapik breast
3. Bengkung moden Autumnz
4. Pad overnight Kotex (utk darah nifas)
5. Seluar dalam pakai buang

F. Makanan Tambahan Ketika Hamil

1. Kalsium
2. Pati delima As-Syifa
3. Kismis
4. Minyak kelapa dara D'aura

G. Lain-lain

1. Stroller
2. Carseat