Saturday, February 08, 2014

Jom buat Master!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat pagi!

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kita masih bernyawa dan berpijak di atas muka bumi ini lagi. 

Sebenarnya, hari ini Anis nak update perkembangan diri Anis (seperti biasa), sebagai seorang pelajar Master. Kalau sebelum ini, Anis banyak ceritakan tentang FYP, lectures, kehidupan sebagai student Degree, tapi selepas ini lainlah sikit. Anis sudah menjadi lebih berusia, lebih matang dan harap-harap lebih berpengetahuanlah... Amin..

Tujuan Anis share pengalaman-pengalaman Anis ini sebenarnya bertujuan untuk memberi maklumat kepada sesiapa sahaja tentang kehidupan sebagai pelajar dan pengajian dalam bidang Biomedical Science terutamanya di UIA. Anis berharap secara tidak langsung Anis dapat membantu sesiapa yang ingin mencari maklumat untuk melanjutkan pelajaran di UIA dalam bidang yang sama. Selain itu, mungkin ada rakan-rakan Anis yang ingin mengetahui perkembangan diri Anis, jadi Anis coretkan di blog ini, untuk tatapan rakan-rakan dan ahli keluarga. Blog ini juga menjadi seperti sebuah diari bagi Anis yang Anis boleh baca di masa hadapan apabila Anis semakin menginjak usia untuk mengimbau kenangan di zaman-zaman muda remaja. Diari Anis ini juga akan menjadi tatapan anak-anak Anis nanti apabila mereka sudah pandai membaca, sebagai pedoman mungkin.  

Okay, kembali kepada topik utama. Hari ini genap sebulan selepas entry yang sebelum ini dan sudah 6 hari Anis berada di UIA Kuantan sebagai pelajar postgraduate UIA. Hari pertama Anis di sini, Anis hanya dapat berjumpa dengan supervisor Anis iaitu Dr Suhana pada jam 1345 disebabkan beliau menghadiri sebuah bengkel kemahiran sains. Secara normal, hari pertama adalah hari yang 'kosong'. Anis tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan masih 'blur'. Hasil perbincangan dengan Dr Suhana, pemahaman Anis tentang apa yang Anis bakal lakukan sepanjang 2 tahun pengajian Anis hanya lebih kurang 5-10%. Kenapa sedikit sangat? Sebab Anis hanya faham tujuan research atau kajian ini, dan Anis dapati sudah ada sedikit perubahan daripada hasil perbincangan sebelum ini. Jadi, Anis tahu banyak yang perlu Anis study, fahami dan dalami sebelum Anis betul-betul faham apa sebenarnya yang bakal Anis lakukan. 

Untuk sesiapa yang tidak tahu apa sebenarnya 'Master by research only' ni, ia adalah program pengajian untuk student yang sudah graduasi (Degree), dan ingin mendapatkan sijil Master dengan membuat kajian/research. No more lectures, assignments and examinations. Only do research and research and research. Jadi, untuk buat research, paling utama adalah kita mesti faham apa tujuan research kita, dengan memahami tajuk research terlebih dahulu. Dan basically, itulah yang Anis cuba lakukan pada minggu yang pertama ini. To understand what is our research about. 

Apabila kita dah faham apa tajuk research kita, apa maksud setiap keyword dalam research title kita, barulah kita boleh fikirkan apa methodology (kaedah eksperimen) yang kita ingin gunakan. So, inilah part yang lebih mencabar sebenarnya. To design our own research. 

Sebagai pelajar Master, sebenarnya kita mengamalkan self-study and independence-study. Kita hanya merujuk kepada sumber-sumber seperti websites, online journals, articles and so on untuk mengumpul maklumat dan seterusnya mensintesiskan maklumat di dalam rujukan-rujukan tersebut. Hanya ulat buku atau nerdy sahaja yang mampu melakukan pekerjaaan ini. Harap maklum. Kalau tak minat, jangan cuba! Kemudian, sekiranya kita ada kemusykilan dan kekeliruan, barulah kita pergi berjumpa dengan mereka yang pakar untuk berbincang dan belajar dengan mereka. So, this is how we do 'Master by research'. Dan goal kita, adalah thesis. At the end of the day, kita perlu menulis sebuah thesis yang mempersembahkan hasil kajian kita. Dan bukan tulis sahaja ya adik-adik, kita juga perlu membentangkan thesis kita kepada examiners yang sangat-sangat berilmu dan berpengetahuan luas. To disseminate (communicate) our research outcomes. 

Jadi, di sini Anis dah gariskan 3 steps utama dalam membuat 'Master by research only' ini:
  1. To understand what is our research about.
  2. To design our own research.
  3. To disseminate our research outcomes.
So, Anis masih di takuk yang pertama yang sebenarnya. So, mungkin dalam masa 2 bulan ini Anis hanya akan fokus kepada step yang pertama. Anis perlu menyediakan sebuah proposal untuk menandakan yang Anis faham apa yang akan Anis lakukan. Proposal tersebut perlu dihantar ke pihak Kulliyyah (fakulti) pada akhir bulan 3 nanti. InsyaaAllah, Anis bimbang tidak sempat tetapi Anis akan cuba lakukan yang terbaik. Anis akan update bila-bila ada masa terluang atau Anis akan curi masa kerana Anis suka berkongsi perkara yang baik untuk tatapan semua. InsyaaAllah... 


Doakan Anis berjaya dan mampu mengharungi kehidupan yang lebih dewasa ini, amin.... =)



5 comments:

  1. Salam.. sy bru nak amik master feb nanti.. ambik by research. Bdasarkan pgalaman awk. Susah x research ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan yang buat Master by research ni, semua research ada cabaran masing-masing. Nak kata susah atau senang, itu bergantung pada usaha kita sendiri. Kalau kita pandai dan cepat mengatasi masalah, benda yang susah pun dapat diselesaikan. InsyaAllah.

      Delete
  2. good explaination....good luck..akak pun ada niat nak buat master by research....dan ada pengalaman masuk kelas master by course work....so penat..kerja sambil belajar ....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)