Assalamualaikum dan salam sejahtera!
TRIMESTER KEDUA (BULAN 4 hingga BULAN 6)
Di awal trimester kedua ini iaitu pada bulan ke-4 kehamilan, morning sickness Anis mula beransur hilang. Namun, Anis masih lagi mengalami lemah badan dan cepat penat. Selain itu, Anis kini semakin kerap membuang air kecil. Selera makan juga bertambah baik. Alhamdulilah. Dalam trimester kedua inilah waktu untuk Anis mula bershopping barang kelengkapan bayi memandangkan kesihatan Anis yang lebih baik pada ketika ini dan belum sarat lagi. Anis juga masih sempat pergi bercuti beberapa kali bersama suami. Hehe.
Pada 14 Ogos hingga 16 Ogos 2015, Anis dan suami serta kedua mertua Anis pergi bercuti ke Penang, Perak dan Cameron Highland. Sebenarnya, Anis ingin pergi ke majlis perkahwinan sahabat lama Anis iaitu Elyna di Kamunting, Perak pada 15 Ogos. Alang-alang nak berjalan jauh ke Perak, mertua dan suami Anis mengajak untuk pergi bercuti ke Penang dan Cameron Highland. Alhamdulilah, Anis juga sudah tidak mengalami morning sickness ketika itu. Ketika itu, Anis sudah hamil 15 minggu. Perut Anis (baby bum) sudah mula kelihatan tetapi masih lagi kecil. Kebanyakan baju kurung dan seluar jeans sudah tidak padan lagi dipakai sebab pinggang Anis semakin membesar.
Di Penang, Anis dapat makan nasi kandar dan pasembur. Banyak Anis makan sebab sudah ada selera makan semula. :) Suami Anis memang bercadang nak ke Penang sebab nak makan. Huhu. So, tercapailah impian kami untuk makan-makan. Cuma, dalam perjalanan balik, suami Anis nak mencuba menaiki Jambatan Pulau Pinang Kedua, tetapi kami tersilap jalan dan terlepas. Akhirnya, kami melalui Jambatan Pulau Pinang yang lama juga. Dalam perjalanan pergi, kami menaiki feri. Alhamdulilah, Anis tak mabuk menaiki feri. Di Cameron pula, Anis dapat makan strawberi celup coklat yang memang Anis mengidam setiap kali ke Cameron walaupun ini baru kali kedua Anis ke Cameron. Hehe.
Pada 23 Ogos 2015, Anis pergi ke KKIA Hiliran untuk temujanji yang kedua. Ketika ini, kehamilan Anis sudah 16 minggu. Kali ini, Anis perlu buat ujian MGTT untuk mengesan sekiranya Anis menghidapi kencing manis atau diabetes. Pada temujanji yang lepas, misi sudah memberitahu Anis untuk berpuasa (tetapi boleh minum air masak) daripada sebelah malam sebelum ujian MGTT dilakukan. Anis dengar orang kata minum air gula semasa ujian MGTT ini boleh sampai termuntah. Namun, Alhamdulilah, Anis boleh minum air gula itu dengan baik. Mungkin kerana Anis memang suka manis. Hehe.
Sebelum minum air gula itu, misi akan mengambil darah kita. Kemudian, kita perlu minum secawan air gula dan teruskan berpuasa selama 2 jam. Sebab itulah, kita mesti datang awal ke klinik untuk melakukan ujian ini. Selepas 2 jam, misi akan mengambil darah kita sekali lagi. Kemudian, kedua-dua sampel darah kita akan dihantar ke makmal untuk dianalisis. Kita akan dapat tahu keputusan ujian itu melalui telefon. Misi akan telefon semula sekiranya keputusan ujian MGTT kita bermasalah. Jika misi tidak telefon, bermakna keputusan ujian MGTT kita normal dan tiada masalah. Maksudnya, kita tidak menghidapi diabetes semasa hamil. Keputusan ujian MGTT Anis adalah normal. Alhamdulilah.
Fasting blood sugar: 4.4 mmol/L (normal: 3.9 - 6.4)
2H Postprandial: 6.5 mmol/L (normal: 4.4 - 7.8)
Berat: 60 kg
Tekanan darah: 110/80 mmHg
Nadi: 86/min
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative
Hb: 12.6
Alhamdulilah, kali ini kesihatan dan keadaan Anis masih OK. Anis tidak perlu berjumpa doktor kerana tidak ada apa-apa masalah.
Selepas itu, sekali lagi Anis dan suami berjalan-jalan lagi. Kali ini ke Kuala Lumpur pula. Sebenarnya, suami Anis ada meeting dan kursus di KL pada 9 dan 10 September 2015. Kebetulan, ada Mom & Baby Expo di Mid Valley, KL pada 11 September hingga 13 September 2015. Jadi, Anis terus excited ajak suami Anis pergi shopping pada masa itu. Anis ikut suami Anis ke KL dan kami pergi ke Expo itu pada 11 September 2015. Apa yang kami shopping ketika itu ada Anis ceritakan di sini. Memang Anis berpuas hati sangat dapat pergi bershopping di Expo tu, memang banyak jimat. Hampir semua barang yang diperlukan ada dijual dengan murah di Expo tersebut. Pada ketika itu, kandungan Anis baru berusia 19 minggu. Memang sesuai sangat Anis pergi ketika itu sebab kandungan masih kecil dan Anis masih larat untuk bershopping. Pergerakan halus bayi dalam kandungan juga telah Anis mula rasai ketika ini.
Pada 13 September 2015, sekali lagi Anis ke klinik. Tetapi, kali ini Anis hanya pergi berjumpa doktor untuk scan. Anis ingatkan kali ini sudah boleh nampak gender bayi tetapi tak nampak lagi. Doktor pun tak melayan sangat. Kata beliau, scan yang seterusnya baru boleh tahu. Doktor menetapkan tarikh scan seterusnya pada 8 Disember 2015. Oh, lambatnya lagi! Huhu. Terpaksalah bersabar dulu. Yang penting, kandungan Anis sihat dan tiada apa-apa masalah.
Placenta: Fundal (kedudukan uri di bahagian atas-normal)
BPD: 45 mm
AC: 146 mm
FL: 33 mm
Temujanji Anis yang seterusnya ialah pada 20 September 2015 iaitu ketika kandungan Anis berusia 20 minggu. Kali ini, pemeriksaan rutin seperti biasa. Yang bertambah, kali ini degupan jantung bayi sudah boleh mula didengari dengan menggunakan doppler (sejenis alat untuk mengukur kadar degupan jantung bayi). Ketinggian rahim juga sudah mula diukur oleh misi. Kedudukan bayi juga mula dikesan oleh misi.
Berat: 61kg
Tekanan darah: 120/80 mmHg
Nadi: 84/min
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative
Hb: 11.0
Jantung janin: 153/min
Tinggi rahim: 21 cm
Kedudukan bayi: Cephalic (kepala bayi ke bawah menghala ke serviks - normal)
Kali ini, tahap hemoglobin Anis jatuh sedikit iaitu hanya tinggal sebanyak 11.0. Bacaan yang normal ialah antara 11.5 - 18.0. Jadi, misi mula membekalkan Anis dengan vitamin 4 serangkai iaitu asid folik, vitamin B complex, ferrous fumerate (zat besi) dan vitamin C. Semuanya perlu diambil sebiji sehari.
Seperti yang Anis katakan dari awal tadi, trimester kedua ini adalah musim Anis bershopping barang-barang baby. Bahkan, bukan Anis saja, mertua Anis juga turut membelikan sesuatu untuk bakal cucu mereka. Barang-barang keperluan asas baby telah dibeli semasa Expo di Mid Valley, tetapi barang-barang yang besar seperti baby cot, stroller dan car seat belum dibeli lagi. Ada juga barang-barang yang Anis dan suami bercadang nak beli dan tambah di akhir-akhir kehamilan nanti. So, mertua Anis telah memilih untuk membelikan baby cot untuk baby. Bersemangat juga mereka survey dan mencari baby cot yang sesuai. Terharu rasanya. Terima kasih banyak-banyak Ayah & Ma! :) Akhirnya, baby cot dibeli pada 7 Oktober 2015. Ketika itu, kandungan sudah berusia 23 minggu.
Selain itu, Anis juga mula membeli pakaian yang lebih sesuai dipakai ketika hamil memandangkan berat Anis dan saiz badan yang semakin bertambah. Anis hanya beli secara online di dua laman web ini iaitu Qissara dan Maternity Clothes.
Pada 8 Oktober 2015, Anis pergi scan baby sebab nak tahu juga gender baby. Anis pergi bersama mak mertua Anis. Alhamdulilah, agak jelas nampak gender baby. Yang paling ketara adalah rupa wajah baby seiras sekali dengan suami Anis. Baby juga banyak bergerak ketika discan. Gembira sangat perasaan Anis ketika itu tapi sayangnya, suami Anis tidak dapat ikut sekali. Anis cuma tunjukkan gambar scan baby tersebut kepada suami Anis melalui Whatsapp.
BPD: 6.20 cm
HC: 21.59 cm
HC: 21.59 cm
AC: 19.61 cm
FL: 4.10 cm
EFW: 640 gram
EFW: 640 gram
Stroller dan car seat baby pula dibeli juga semasa trimester kedua ini iaitu pada 17 Oktober 2015 selepas kami menghadiri majlis pernikahan saudara kami di Selangor. Kami ke One Utama, Damansara kerana ada mini expo barangan bayi di Aeon. Kami juga ada menambah beberapa helai baju bayi kerana sudah tahu gender bayi melalui scan baru-baru ini. Harap-harap tak tersilaplah. Huhu. Ketika inilah kami membelikan baby stroller dan car seat semasa baby berusia 24 minggu lebih kurang.
So, inilah pengalaman dan kenangan Anis sepanjang trimester yang kedua ini. Kata orang, ketika inilah waktu yang paling selesa ketika hamil kerana musim morning sickness dah berakhir dan kandungan belum sarat lagi. Alhamdulilah, Anis sendiri rasa gembira selama 3 bulan ini. Tambahan pula, dapat selalu pergi berjalan dengan suami dan shopping untuk permata hati yang bakal lahir. Sebuah kenangan yang cukup indah :)
So, inilah pengalaman dan kenangan Anis sepanjang trimester yang kedua ini. Kata orang, ketika inilah waktu yang paling selesa ketika hamil kerana musim morning sickness dah berakhir dan kandungan belum sarat lagi. Alhamdulilah, Anis sendiri rasa gembira selama 3 bulan ini. Tambahan pula, dapat selalu pergi berjalan dengan suami dan shopping untuk permata hati yang bakal lahir. Sebuah kenangan yang cukup indah :)
No comments:
Post a Comment
Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)