Assalamualaikum dan salam sejahtera!
TRIMESTER KETIGA (BULAN 7 hingga BULAN 9)
Kali ini, Anis ingin ceritakan pula pengalaman Anis sepanjang mengalami trimester terakhir bagi kehamilan yang pertama ini. Alhamdulilah, akhirnya Anis sampai ke peringkat ini tanpa ada apa-apa masalah yang berat. 2 tahun yang lalu, Anis telah selamat bertunang dengan suami Anis dan tak lama lagi pula kami bakal menimang cahaya mata yang pertama. InsyaAllah. Alhamdulilah, Anis berasa bersyukur sangat atas kurniaan ini...
Dalam trimester ketiga ini, tak banyak yang Anis lakukan. Keadaan Anis juga semakin sarat kerana kandungan Anis semakin membesar. Kekerapan untuk ke klinik juga menjadi lebih kerap daripada sebulan sekali ke 2 minggu sekali sehingga ke seminggu sekali. Anis juga telah berpindah ke Temerloh untuk persediaan bersalin di Temerloh. Anis juga merancang untuk berpantang di Temerloh.
Pada 25 Oktober 2015, sekali lagi Anis pergi ke KKIA Hiliran untuk pemeriksaan bulanan kehamilan. Kandungan Anis ketika ini sudah berusia 25 minggu. Sebelum itu, Anis pergi ke klinik pergigian untuk pemeriksaan gigi semasa hamil. Pemeriksaan gigi semasa hamil ini diberikan secara percuma sepanjang kehamilan. Semasa berjumpa doktor gigi, beliau hanya memeriksa keadaan gigi Anis. Anis sangkakan ada 'treatment' khas untuk ibu hamil. Rupa-rupanya, hanya pemeriksaan gigi seperti di sekolah dahulu. Doktor ada menawarkan Anis untuk membuat 'scaling' gigi. Anis sangkakan, scaling itu akan dilakukan dalam tempoh kehamilan ini. Tetapi, doktor memberikan tarikh temujanji selepas Anis habis berpantang. Kemudian, Anis disuruh pulang begitu sahaja. Doktor tidak ada bertanyakan sama ada gigi Anis ada berdarah atau tidak semasa hamil. Manalah tahu, ada ubat kumur ke yang akan diberi. Tetapi, langsung tiada. Mungkin beliau lihat gigi dan mulut Anis bersih dan tiada masalah. Huhu. Kemudian, Anis pergi untuk pemeriksaan kandungan seperti biasa.
Berat: 63kg
Tekanan darah: 110/70 mmHg
Nadi: 82/min
Urine: Pro + & Leu ++
Hb: 12.4
Jantung janin: 147/min
Tinggi rahim: 26 cm
Kedudukan bayi: Cephalic (kepala bayi ke bawah menghala ke serviks - normal)
Kali ini, agak mengecewakan sebab Anis dijangkiti 'kencing kotor'. Yang lain-lain, OK tiada masalah. Tahap hemoglobin Anis pun dah meningkat semula. Jadi, Anis dirujukkan kepada doktor untuk masalah 'kencing kotor' tersebut. Doktor memberikan Anis sejenis antibiotik untuk dimakan selama seminggu. Kemudian, Anis diberitahu untuk datang semula ke klinik pada minggu seterusnya untuk membuat ujian air kencing sekali lagi. Doktor juga menasihatkan Anis untuk minum banyak air. Anis rasa punca Anis dijangkiti 'kencing kotor' adalah disebabkan Anis kurang minum air pada 2 hari sebelum Anis ke klinik kerana Anis berpuasa ganti. Alhamdulilah, hanya tinggal 2 hari lagi untuk Anis mengganti puasa tahun lepas.
Seminggu kemudian, pada 1 November 2015, Anis pergi lagi ke klinik untuk check air kencing. Alhamdulilah, masalah 'kencing kotor' Anis telah tiada. Selama seminggu itu memang Anis makan antibiotik itu mengikut masa dan menghabiskannya di samping Anis minum banyak air. Selain itu, Anis juga ada berikhtiar dengan meminum Yakult sebotol sehari.
Pada hari yang sama, sebelah petangnya, mertua Anis menganjurkan sebuah majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Anis bersempena masuk 7 bulan kehamilan. Ketika itu kandungan Anis hampir 27 minggu. Ibu dan Abah Anis juga turut hadir dari Temerloh bersama seorang adik Anis iaitu Asyraf. Mereka bermalam di rumah mertua Anis. Alhamdulilah, majlis tersebut berjalan lancar. Mudah-mudahan, kehamilan Anis ini terus dipermudahkan dan senang apabila bersalin nanti. Amin...
Menjelang 7 bulan kehamilan ini, kandungan (baby bump) Anis sudah semakin ketara kelihatan. Anis juga telah mula menghidapi simptom-simptom seperti sesak nafas kerana kandungan yang makin membesar. Anis juga cepat berpeluh dan selalu rasa penat. Namun, syukur kerana Anis tidak mengalami sembelit sepanjang kehamilan. Sebaliknya, Anis sangat lawas membuang. Anis juga sudah mula kerap pergi ke tandas untuk membuang air kecil termasuklah pada waktu malam ketika sedang tidur. Anis juga tidak mengalami bengkak kaki atau tangan. Mungkin kerana Anis tidak banyak bergerak dan banyak duduk di rumah sahaja - tidak bekerja. Cuma, kadang-kadang terasa sedikit kebas tangan semasa bangun tidur.
Pergerakan baby juga semakin kuat Anis rasakan sejak bulan ke-7 ini. Kebiasaannya, baby paling aktif pada waktu malam ketika Anis ingin melelapkan mata iaitu sekitar pukul 11 hingga 12 tengah malam. Baby juga aktif seketika pada waktu pagi dan petang, tetapi kadang-kadang, Anis tak perasan sangat. Anis juga mula merasakan baby sedu. Pada mulanya, Anis tertanya-tanya juga bagaimana baby sedu, dan tidak tahu bilakah baby sedang sedu. Tetapi, lama-kelamaan, Anis sudah dapat bezakan. Apabila baby sedu, Anis akan rasa denyutan halus yang berlaku setempat. Jika baby sedang bergerak atau menendang, pergerakannya lebih kuat dan hanya sekali sekala sahaja.
Disebabkan Anis sudah dapat merasakan pergerakan baby, terasa rindu pula untuk melihat lagi baby di dalam kandungan ini. Tambahan pula, masa scan yang lepas, suami Anis tidak bersama Anis. Jadi, kami pergi ke sebuah klinik swasta di Kuala Terengganu iaitu Klinik Famili untuk buat scan 3D/4D. Klinik Famili ini terletak di Jalan Sultan Mahmud. Doktor yang mengendalikan scan ialah doktor perempuan. So, selesa la buat scan di situ. Kami pergi semasa kandungan Anis berusia genap 29 minggu pada 16 November 2015. Kali ini, muka baby lebih jelas kelihatan tetapi baby tutup sikit muka dengan tangan dia. Malu-malu pula dia dengan ayah dia. Hihi. Di akhir-akhir scan tu, baby tersenyum pula. Cukup mencuit hati ayahnya gelagat baby pada petang itu. Syukur, Alhamdulilah. :) Suami Anis gembira sangat dapat tengok anak dia hari itu. Lebih-lebih lagi, muka baby seiras sangat dengan muka dia. Hehe. Kos untuk buat scan 3D/4D di Klinik Famili adalah lebih kurang RM 100 - 120. Doktor akan berikan satu CD yang mengandungi gambar dan video baby semasa scan. Hari itu, Anis pun dapat sampel susu juga, jenama Anmum Materna perisa biasa dan coklat. Sebelum datang scan, perlu buat temujanji terlebih dahulu.
BPD: 7.40 cm
HC: 27.22 cm
AC: 27.53 cm
FL: 5.53 cm
EFW: 1584 gram
Pada 19 November 2015, Anis mula mencuci pakaian baby. Ketika itu, cuaca masih lagi baik. Anis risau juga apabila sudah masuk bulan November ini, kerana risaukan musim tengkujuh yang bakal melanda pantai timur. Alhamdulilah, Anis berkesempatan untuk membasuh pakaian baby. Itupun, puas Anis doakan agar cuaca terus cerah supaya pakaian baby Anis kering. Seronok sangat rasanya melihat baju-baju comel yang dijemur pada hari itu. Anis hanya gunakan sabun detergen biasa, bukan yang khas untuk baby tapi Anis asingkan daripada mencuci pakaian lain. Hanya cuci pakaian-pakaian baby sahaja. Setelah itu, Anis menyimpan pakaian baby itu untuk dibawa balik ke Temerloh pada bulan Disember nanti. Sungguh tak sabar rasanya. Hehe.
Anis pergi ke temujanji seterusnya di KKIA Hiliran pada 22 November 2015. Pemeriksaan dilakukan seperti biasa, tetapi kali ini Anis turut diberikan suntikan tetanus (kancing gigi) yang pertama. Untuk kehamilan yang pertama, suntikan tetanus akan diberikan sebanyak 2 kali. Manakala, untuk kehamilan seterusnya, suntikan tetanus hanya akan diberikan sekali sahaja.
Berat: 67kg
(Kenaikan berat Anis kali ini agak banyak iaitu mencecah 4 kg, tetapi Anis menggunakan penimbang lain kali ini. Mungkin ada ralat. Misi pun tidak komen apa-apa.)
(Kenaikan berat Anis kali ini agak banyak iaitu mencecah 4 kg, tetapi Anis menggunakan penimbang lain kali ini. Mungkin ada ralat. Misi pun tidak komen apa-apa.)
Tekanan darah: 120/80 mmHg
Nadi: 82/min
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative
Hb: 12.2
Jantung janin: 145/min
Tinggi rahim: 30 cm
Kedudukan bayi: Cephalic
Kedudukan bayi: Cephalic
Anis juga turut diajar bagaimana untuk mengira pergerakan bayi. Sepatutnya, pergerakan bayi perlu dikira dan dicatat seawal 28 minggu di dalam buku pink, tetapi misi lupa memesannya kepada Anis pada temujanji yang lepas. Pergerakan bayi perlu dikira sebanyak 10 kali bermula pukul 9 pagi dalam tempoh 12 jam. Tetapi, tidak semestinya 10 pergerakan bayi itu akan cukup pada pukul 9 malam. Kebiasaannya, lebih awal. Bagi Anis, pergerakan baby akan cukup 10 kali pada waktu petang sekitar pukul 4 hingga 6 petang.
Selepas ini, Anis perlu hadir untuk temujanji di KKIA setiap 2 minggu sekali kerana kandungan sudah masuk 8 bulan. Anis pergi ke temujanji seterusnya pada 6 Disember 2015 untuk mendapatkan suntikan tetanus yang kedua dan pemeriksaan seperti biasa. Ketika ini, kandungan Anis hampir berusia 32 minggu.
Berat: 66kg
(Berat Anis kononnya turun 1kg, tetapi kali ini, Anis gunakan penimbang yang asal semula. Mungkin bacaan 2 minggu lepas yang tidak tepat.)
(Berat Anis kononnya turun 1kg, tetapi kali ini, Anis gunakan penimbang yang asal semula. Mungkin bacaan 2 minggu lepas yang tidak tepat.)
Tekanan darah: 120/70 mmHg
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative
Hb: --
(Tidak dilakukan lagi. Mungkin sebab tahap hemoglobin Anis stabil selama ini.)
(Tidak dilakukan lagi. Mungkin sebab tahap hemoglobin Anis stabil selama ini.)
Jantung janin: 144/min
Tinggi rahim: 32 cm
Kedudukan bayi: Oblique (kepala bayi ke bawah menghala ke serviks tetapi senget sedikit ke kanan)
Suntikan tetanus yang pertama menyebabkan tangan Anis di kawasan suntikan sedikit bengkak dan terasa agak sakit apabila tertindih. Selepas lebih kurang 5 hari kemudian, baru rasa sakit itu beransur hilang. Tetapi, untuk suntikan tetanus yang kedua, Anis tidak merasa sakit langsung dan tiada bengkak. Hanya rasa sedikit perit semasa dicucuk jarum. Alhamdulilah.
Disebabkan Anis akan balik ke Temerloh pada 8 Disember 2015, scan dibuat pada 6 Disember juga. Baby baik-baik sahaja cuma kedudukannya sedikit senget (oblique). Kata doktor, tidak ada masalah sebab baby masih ada masa untuk berpusing-pusing. Tetapi, tidak seperti dijanjikan, doktor tidak memeriksa gender baby pun. Katanya, tak nampak. Huhu. Anis pun malas banyak soal. Nasib baik Anis sudah pergi scan di Klinik Famili beberapa minggu lepas. Nak harapkan di KKIA ini sahaja, memang takkan tahu langsunglah gender baby. Huhu. Mujur juga ada modal untuk pergi ke klinik swasta sebab suami Anis boleh claim dengan syarikat dia bekerja. Alhamdulilah.
Placenta: Fundal
BPD: 82 mm
AC: 280 mm
FL: 64 mm
AFI: 15 cm
EFW: 2.0 kg
Prosedur Anis untuk berpindah ke Temerloh dari KKIA Hiliran ke KKIA Tanjung Lalang, Anis hanya perlu membawa buku pink salinan Anis. Buku pink salinan klinik akan disimpan di KKIA Hiliran. Pada mulanya, Anis ingatkan kena bawa kedua-dua buku ke Temerloh. Misi di KKIA Hiliran memberikan tarikh temujanji seterusnya untuk Anis buat pemeriksaan seterusnya di KKIA Tanjung Lalang.
Sebelum balik ke Temerloh, Anis dan suami ada lagi bershopping beberapa keperluan baby dan untuk Anis semasa berpantang nanti. Anis beli barang-barang seperti berikut untuk melengkapkan keperluan baby dan keperluan Anis sendiri:
- Pencuci botol dan puting susu
- Cecair pencuci botol dan puting susu
- Receiving blanket yg ada hood kepala
- Napkins
- Napkins
- Minyak kayu putih
- Disposable panties
- Pad Kotex overnight
- Facial tissue (cotton)
Di Temerloh, Anis perlu buat pemeriksaan di klinik yang berdekatan dengan kawasan rumah ibu bapa Anis iaitu di KKIA Tanjung Lalang. Kali pertama Anis pergi pemeriksaan di situ ialah pada 23 Disember 2015 ketika kandungan Anis berusia 34 minggu. Temujanji di KKIA Tanjung Lalang adalah pada setiap hari Khamis. Tetapi, disebabkan 24 haribulan cuti, jadi Anis pergi pada 23 haribulan. Di KKIA Tanjung Lalang, tidak ramai sangat orang seperti di KKIA Hiliran. Kawasan klinik juga lebih luas dan lebih selesa. Tidak perlu menunggu terlalu lama. Biasanya, dalam tempoh 1 jam, semuanya telah selesai. Tidak seperti di KKIA Hiliran, yang mengambil masa 2-3 jam setiap kali temujanji kerana bilangan pesakit yang ramai. Alhamdulilah, pemeriksaan kali ini juga tiada apa-apa masalah, cuma misi kata perut Anis nampak besar. Jadi, Anis dirujukkan kepada doktor untuk scan.
Berat: 68.5 kg
(Anis tak berpuas hati sebab misi salah baca penimbang. Sepatutnya berat Anis hanya 67.5 kg)
(Anis tak berpuas hati sebab misi salah baca penimbang. Sepatutnya berat Anis hanya 67.5 kg)
Tekanan darah: 120/780 mmHg
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative
Hb: 12.9
Jantung janin: 156/min
Tinggi rahim: 36 cm
Kedudukan bayi: Oblique (kepala bayi ke bawah menghala ke serviks tetapi senget sedikit ke kanan)
Di KKIA Tanjung Lalang, tahap hemoglobin Anis hanya dicheck ketika pertama kali datang. Tetapi, tidak seperti di KKIA Hiliran yang hanya mengambil sedikit darah di jari. Satu tiub darah Anis diambil! Huhu. Anis pun tidak pasti bagaimana sebenarnya prosedur di KKIA Tanjung Lalang ini. Selepas itu, Anis tidak lagi perlu diambil darah ketika pemeriksaan yang seterusnya. Mungkin disebabkan oleh tahap hemoglobin Anis yang normal dan stabil sebelum ini.
Semasa doktor scan kandungan Anis, doktor mengatakan saiz kandungan Anis dalam lingkungan 34 hingga 36 minggu. Kandungan Anis ketika ini berusia 34 minggu. Berat baby pula doktor kata telah mencecah 2.7 kg. Terkejut juga Anis, 2 minggu sebelum ini scan, baby baru 2 kg. Mendadaknya berat baby naik! Huhu. Yang membuatkan Anis agak risau, bila doktor kata, jika scan 2 minggu lagi, baby masih kelihatan besar, beliau akan rujuk kepada pakar. Sabar sajalah. Tapi, Anis tengok mesin scan itu agak lama. Doktor sendiri pun kata pointer dia rosak sikit. Jadi, Anis macam tak percayakan mesin scan itu. Mungkin tidak tepat bacaan mesin scan itu. Lagipun, scan ini bagi anggaran saja. Namun, Anis tetap risau juga kalau betul baby besar, takut nanti tidak mampu nak menerannya. Huhu.
BPD: 87.3 mm
HC: 306 mm
AC: 313 mm
FL: 71.4 mm
EFW: 2782 gram
Apabila kandungan masuk 9 bulan ini, Anis sudah mula kerap mengalami 'perut mengeras'. Kata orang, itu petanda kontraksi rahim yang dipanggil Braxton's Hicks. Tetapi, Braxton's Hicks ini bukan petanda nak bersalin lagi. Hanya amaran palsu. Sekadar 'latihan' untuk kontraksi yang sebenar. Kebiasaannya, Braxton's Hicks ini menyerang Anis pada waktu tengah malam. Sampaikan suatu malam, pada 3 Januari 2016, Anis rasakan kontraksi itu agak kuat dan kerap, sehingga Anis tidak boleh tidur. Akhirnya, Anis buat keputusan untuk ke hospital (HOSHAS Temerloh). Bukan apa, Anis risau juga jika ada apa-apa masalah. Di hospital, doktor boleh pantau. Lagipun, Anis ada baca kisah-kisah orang yang bersalin awal seawal 35 minggu. Jadi, manalah tahu kalau Anis juga akan bersalin awal. Hihi. Excited betul! (^_^)
Anis sampai di hospital lebih kurang pukul 5 pagi. Sampai di hospital, Anis terus diarahkan untuk ke labor room. Ibu dan Abah Anis yang menghantar Anis sebab suami Anis ada di Kemasik. Anis hanya masuk seorang diri ke dalam labor room. Di situ, hanya boleh bawa masuk buku pink dan IC. Handphone dan barang kemas perlu ditinggalkan dengan suami atau ahli keluarga. Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang berharga hilang dan Anis pun kena tandatangan satu surat persetujuan tentang barang berharga di labor room.
Masuk ke labor room, Anis didaftarkan. Terus Anis dipakaikan tag. Misi mengambil bacaan tekanan darah dan menimbang berat Anis. Tekanan darah normal dan berat Anis 68kg. Nampaknya, tidak banyak perubahan berat Anis daripada 2 minggu lepas. Kemudian, Anis disuruh membuang air sebelum baring di atas sebuah katil. Anis memang datang hospital pakai skirt supaya memudahkan misi dan doktor check apa yang patut. Kalau pakai seluar, rasanya nanti kena tukar pakai kain. Kemudian, misi memasang alat CTG pada perut Anis. CTG ini ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengukur kadar degupan jantung bayi dan kekuatan kontraksi. Lama juga Anis kena pakai CTG tu. Dah la tak boleh bawa handphone, jam pula tak ada berhampiran dengan katil Anis tu, jadi tak tahulah jam pukul berapa. Selama pakai CTG tu, Anis cuba melelapkan mata tetapi tak boleh. Pada hari itu, Anis pula dijangkiti selesema sejak hari semalamnya. Agak tak selesalah juga sebab hidung berair dan tersumbat. Di sebelah katil Anis ada seorang ibu berbangsa Cina sedang menahan kesakitan. Seram juga Anis dengar dia merintih-rintih sakit. Tetapi, Anis tak nampak dia sebab terselindung dengan tirai. Anis dengar doktor dan misi pesan kepada dia, jangan menjerit-jerit dan simpan tenaga sebab sekejap lagi dia akan bersalin.
Tak lama selepas itu, doktor datang interview Anis. Beliau bertanya pasal keadaan Anis pada waktu itu, pasal period, dan sejarah kesihatan. Anis masih tidak tahu masa itu sudah pukul berapa. Tak terfikir pula nak bertanya pada doktor atau misi. Huhu. Kemudian, misi pula datang dan menanggalkan alat CTG daripada perut Anis. Anis ada baca, biasanya CTG ini dipasang dalam tempoh 30 minit. Tapi, Anis tadi misi buat 2 kali sebab rekod yang pertama jantung baby kurang cantik katanya. Selepas itu, misi suruh Anis baring dulu untuk tunggu doktor.
Rasanya dalam 15 minit selepas itu, doktor pun datang dan berkata beliau ingin memeriksa bukaan. Anis pernah baca, ada orang kata, rasa kena seluk nak tengok bukaan ni sakit. Tetapi, Anis cuba bertenang dan tawakal bila doktor nak seluk. Anis cuba tarik nafas dalam dan hembus lembut. Yang seluk tu doktor perempuan, muda lagi. Oh, tak sakitnya bila dia seluk. Serius! Cuma, rasalah apabila jarinya masuk ke dalam. Anis bertanya kepada doktor, "Dah ada bukaan ke doktor?". Tetapi, doktor tak jawab. Dia pergi panggil misi pula. Kemudian, misi itu pula yang seluk. Kali ini, agak kasar misi tu seluk. Senak rasa. Huhu. Misi tu kata, "Closed". Lepas itu, misi tu panggil lagi seorang kawan dia. Kawan dia pula yang seluk. Redha sajalah. Memang sudah rasa sangat tidak selesa pada masa itu. Misi yang kedua itu pun kata, "Closed". So, memang tiada bukaan lagilah. Dalam hati Anis, memang dah pasrah yang Anis belum nak bersalin lagi. Rasa sakit pun dah hilang. Cuma, Anis tertanya-tanya keputusan CTG tadi sebab misi dan doktor tidak ada komen apa-apa pun. Senyap saja. Huhu.
Lepas saja kena seluk 3 kali tu, Anis terus ke bilik air. Termenung sekejap tapi tak adalah sampai nak menangis. Sebab tak adalah sakit sangat tapi macam ngilu-ngilu senak gitu. Hampir setengah jam juga rasa tak selesa tu baru hilang. Kemudian, barulah misi benarkan Anis keluar kejap untuk pergi sarapan. Tetapi, masih tak tahu keputusan doktor. Waktu itu sudah pukul 7 pagi. 2 jam rupanya Anis duduk dalam labor room itu. Anis keluar daripada labor room, tetapi Ibu dan Abah Anis tiada di situ. Handphone pula pada mereka. Jadi, Anis duduklah tunggu di situ sorang-sorang. Anis rasa sangat mengantuk dan agak lapar ketika itu. Tambahan pula, Anis makan ubat selesema yang menyebabkan mengantuk malam tadi, tapi tak dapat tidur pula. Huhu. Tertidur-tidur ayamlah Anis di luar labor room itu. Tak lama kemudian, misi panggil semula. Anis pun masuk semula ke dalam labor room.
Walaupun dipanggil semula, tetapi Anis tidak terus dilayan. Hanya menunggu sahaja di dalam labor room itu. Rasanya, ketika itu, adalah waktu perubahan shift. Sesetengah misi sudah nak balik dan ada yang baru masuk. Doktor perempuan tadi datang pesan kepada Anis suruh tunggu sekejap. Tak silap Anis, dia kata nak scan pula. Punyalah lama Anis tunggu, sambung tidur ayam balik. Hehe. Tiba-tiba, ada misi menghulurkan makanan pada Anis. Katanya, Ibu Anis yang kirim. Anis pun ambil, konon nak makan. Sebenarnya, Anis lebih kepada nak minum sebab rasa dahaga sangat. Tapi, Anis tengok ada Milo panas dan nasi kerabu. Hmm, tak berselera la pula nak makan nasi pagi-pagi ni. Anis cuba minum air Milo itu, tapi sangat panas..melecur lidah! Huu.. Lepas itu, Anis keluar jumpa Ibu dan Abah Anis. Mereka ada di luar. Anis pun minta air masak sahaja daripada mereka dan memulangkan air Milo dan nasi kerabu tadi.
Selepas minum air masak beberapa teguk untuk menghilangkan dahaga, Anis masuk semula ke dalam labor room, sebab doktor panggil semula. Kali ini, Anis terus diajak untuk discan. Tetapi, ada seorang lagi doktor. Doktor perempuan juga. Nampak lebih senior. Beliau tanya Anis, "Awak ni macam mana, nak balik ke nak masuk wad?". Anis pun tanya balik kepada beliau, "Normal ke mengeras-ngeras ni doktor?". Beliau jawab, "Normal..kalau nak bersalin, lain sakitnya. Tapi awak ni anak sulung kan, tak tahu beza lagi. Tak apalah kalau rasa sakit, datanglah hospital. Jangan malu pula. Ada orang, 2-3 kali datang, baru betul-betul bersalin". Huhu. So, Anis kata pada doktor yang Anis nak balik. Result doktor scan seperti berikut:
BPD: 88 mm
HC: 317 mm
AC: 335 mm
FL: 68 mm
AFI: 12 cm
EFW 2.9 kg
Yes! Berat baby naik 200 gram saja dalam 2 minggu ni. Wee! Dan kali ini, tak ada pula doktor kata baby besar. So, Anis berasa agak legalah sikit. Tapi, tengok ukuran FL iaitu tulang kaki, memendeklah pula. Sebelum ini scan ukurannya sudah 71 mm. Kali ini, 68 mm pula. Hehe. Kesimpulannya, memang mesin scan ini cuma bagi ukuran anggaran saja. Tak boleh percaya sangat. Alhamdulilah, baby Anis sihat. :) Air ketuban (AFI) pun OK. Doktor tidak ada komen apa-apa pasal air ketuban. Akhirnya, Anis didischarge lebih kurang pukul 9 pagi.
Oh, sebagai persediaan awal, Anis memang sudah kemaskan satu beg untuk pergi hospital apabila sudah hendak bersalin. Semua barang-barang Anis dan baby disekalikan dalam satu beg. Kemudian, Anis buat satu beg asing untuk barang-barang bayi ke labor room. Anis letakkan sehelai tuala, sepasang baju lengan panjang dan seluar panjang, sehelai barut, dan 2 keping pampers. Untuk Anis, Anis cuma stand-bykan sehelai kain batik, sehelai tuala muka dan sepasang telekung. Anis siap kemaskan beg-beg ini 2 hari sebelum Anis pergi ke hospital kali itu. Semangat tahun baru. Hehe. Sebenarnya, Anis tak pasti apa barang yang perlu dibawa masuk dalam labor room, tetapi semasa di hospital itu, Anis terlupa pula nak tanya pada misi di situ. Huhu.
Seterusnya, Anis ke klinik lagi pada 7 Januari 2016 iaitu ketika kandungan Anis berusia 36 minggu. Anis juga discan sekali lagi untuk melihat saiz kandungan Anis. Tak sabar juga Anis ingin tahu keputusannya. Sebelum ini, kononnya baby Anis sedikit besar. Namun, disebabkan baru-baru ini sudah discan di hospital, dan semuanya OK. So, Anis harapkan semuanya OK. Dan Alhamdulilah syukur, keputusannya semuanya OK. Tidak ada masalah dan tidak perlu dirujuk kepada pakar.
Berat: 67.5 kg
(Misi ingatkan berat Anis turun. Padahal, berat Anis maintain. Sama macam minggu lepas. Huhu.)
(Misi ingatkan berat Anis turun. Padahal, berat Anis maintain. Sama macam minggu lepas. Huhu.)
Tekanan darah: 110/80 mmHg
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative
Hb: --
Jantung janin: 140/min
Tinggi rahim: 36 cm
Kedudukan bayi: Cephalic (kepala baby dah engaged! Yey!)
BPD: 90 mmHC: 307 mm
AC: 318 mm
FL: 71 mm
AFI: 14 cm
EFW: 2772 gram
(Boleh pula berat baby turun, nampak sangat mesin scan di sini kurang reliable. Huhu)
Mujur juga Anis pergi ke hospital beberapa hari yang lalu. Doktor di KKIA Tanjung Lalang pun tidak komen apa-apa sebab beliau tengok result scan di hospital baru ini pun OK. Alhamdulilah, nasib baik. :)
Kali ini pula, Anis diberikan vitamin Obimin oleh misi. Mudah sikit nak telan sebab hanya sebiji sahaja yang perlu dimakan. Sebelum ini sebenarnya, Anis tak makan sangat vitamin 4 serangkai itu. Anis hanya ambil iron tablet dan vitamin C. Hehe.
Sekarang, Anis mula mengalami gatal-gatal pada kulit perut. Mungkin disebabkan kulit Anis mula meregang sebab kandungan semakin besar. Sebelum ini OK saja. Tetapi, akhir-akhir ini, gatal betul rasanya. Tak tahan nak garu. Stretchmark juga mula kelihatan. Anis sapukan minyak zaitun plus gamat Safi di perut untuk meminimumkan kesan garu pada perut.
Seminggu kemudian, Anis perlu datang lagi untuk pemeriksaan kehamilan di KKIA Tanjung Lalang iaitu pada 14 Januari 2016. Kandungan Anis sudah 37 minggu. Alhamdulilah, tak lama lagi Anis akan bersalin. :) InsyaAllah, harap dipermudahkan. Pemeriksaan dilakukan seperti biasa.
Berat: 68 kg
Tekanan darah: 120/80 mmHg
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative
Hb: --
Jantung janin: 142/min
Tinggi rahim: 36 cm
Kedudukan bayi: Cephalic
Misi memberi pesanan kepada Anis bahawa terdapat banyak tanda-tanda untuk bersalin. Namun, hanya ada 3 tanda positif yang perlu Anis ambil berat. Jika terdapat salah satu tanda-tanda bersalin ini, Anis perlu segera ke hospital (labor room).
1. Perut mengeras yang kerap setiap 5 minit sekali.
2. Turun air ketuban.
3. Keluar lendir dan darah.
Anis turut bertanyakan kepada misi apa barang yang perlu dibawa ke labor room. Ini senarainya yang diberitahu misi:
1. Kain batik dan sehelai baju untuk ibu.
2. Disposable panties dan pad. Katanya sekarang sudah tidak pakai maternity pad yang bertali itu. Wallahu'alam. Kita tengoklah nanti.
3. Sepasang baju baby.
4. Receiving blanket.
5. Pampers.
Jadi, pada malamnya itu, Anis mengemas semula beg labor room Anis mengikut yang diberitahu misi. Tetapi, Anis letakkan juga tuala baby sehelai. Hee.
Akhir-akhir kehamilan ini, baby pun semakin lasak. Tetapi, Anis perasan baby Anis suka betul duduk sebelah kanan. Malam-malam, susah rasa nak tidur sebab baby bergerak sampai berombak-ombak perut. Suka betul dia nak bermain tengah-tengah malam. Hehe. Perut Anis juga selalu mengeras, cuma belum ada lagi salah satu tanda positif. Tak sabar rasanya nak tunggu baby lahir! Suami Anis pun sudah termimpi-mimpi yang baby nak lahir. Anis pula bermimpi sudah ada turun darah. Harap-harap baby akan lahir dalam minggu depan. InsyaAllah.
Pada 21 Januari 2016, iaitu semasa kandungan berusia 38 minggu, sekali lagi Anis pergi ke klinik. Pemeriksaan dilakukan seperti biasa. Tetapi, tiba-tiba hari ini, misi kata kena ambil darah lagi. Satu tiub juga. Namun, Alhamdulilah, result normal seperti biasa. :)
Misi memberi pesanan kepada Anis bahawa terdapat banyak tanda-tanda untuk bersalin. Namun, hanya ada 3 tanda positif yang perlu Anis ambil berat. Jika terdapat salah satu tanda-tanda bersalin ini, Anis perlu segera ke hospital (labor room).
1. Perut mengeras yang kerap setiap 5 minit sekali.
2. Turun air ketuban.
3. Keluar lendir dan darah.
Anis turut bertanyakan kepada misi apa barang yang perlu dibawa ke labor room. Ini senarainya yang diberitahu misi:
1. Kain batik dan sehelai baju untuk ibu.
2. Disposable panties dan pad. Katanya sekarang sudah tidak pakai maternity pad yang bertali itu. Wallahu'alam. Kita tengoklah nanti.
3. Sepasang baju baby.
4. Receiving blanket.
5. Pampers.
Jadi, pada malamnya itu, Anis mengemas semula beg labor room Anis mengikut yang diberitahu misi. Tetapi, Anis letakkan juga tuala baby sehelai. Hee.
Akhir-akhir kehamilan ini, baby pun semakin lasak. Tetapi, Anis perasan baby Anis suka betul duduk sebelah kanan. Malam-malam, susah rasa nak tidur sebab baby bergerak sampai berombak-ombak perut. Suka betul dia nak bermain tengah-tengah malam. Hehe. Perut Anis juga selalu mengeras, cuma belum ada lagi salah satu tanda positif. Tak sabar rasanya nak tunggu baby lahir! Suami Anis pun sudah termimpi-mimpi yang baby nak lahir. Anis pula bermimpi sudah ada turun darah. Harap-harap baby akan lahir dalam minggu depan. InsyaAllah.
Pada 21 Januari 2016, iaitu semasa kandungan berusia 38 minggu, sekali lagi Anis pergi ke klinik. Pemeriksaan dilakukan seperti biasa. Tetapi, tiba-tiba hari ini, misi kata kena ambil darah lagi. Satu tiub juga. Namun, Alhamdulilah, result normal seperti biasa. :)
Berat: 69 kg
Tekanan darah: 120/80 mmHg
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative
Hb: 13.2
Jantung janin: 138/min
Tinggi rahim: 38 cm
Kedudukan bayi: Cephalic
Mudah-mudahan, inilah kali terakhir Anis pergi ke KKIA Tanjung Lalang ini untuk pemeriksaan sepanjang kehamilan. Harap sangat baby akan lahir tidak lama lagi. Selepas ini, Anis akan catatkan pengalaman dan kenangan Anis semasa saat-saat melahirkan baby Anis ini. Sungguh tak sabar rasanya hendak melihat wajah kecil anak sulung Anis dan suami ini. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan menenangkan hati kedua ibu dan ayahnya. AMIN..
Mudah-mudahan, inilah kali terakhir Anis pergi ke KKIA Tanjung Lalang ini untuk pemeriksaan sepanjang kehamilan. Harap sangat baby akan lahir tidak lama lagi. Selepas ini, Anis akan catatkan pengalaman dan kenangan Anis semasa saat-saat melahirkan baby Anis ini. Sungguh tak sabar rasanya hendak melihat wajah kecil anak sulung Anis dan suami ini. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan menenangkan hati kedua ibu dan ayahnya. AMIN..
Salam kenal, seronoknya baca info yg padat, semoga dipermudahkan semuanya..amin
ReplyDeleteassalamualaikum....best bce entry awak. jemput baca
ReplyDeletehttp://suzysyahimi.blogspot.my/2016/11/5-cara-mengatasi-sembelit-semasa-hamil.html
Salam nak tanya la mcm mna nak tau berat baby ye ? So far nursr or doc xbgtahu n sy pun lupa nak tnya heheheh, kat buku pink dia ade tulis ke ?😅
ReplyDelete