Assalamualaikum.
Jarang Anis menulis blog pada waktu malam. Malam ini, Anis ada kelas ganti iaitu kelas 'Environmental Microbiology'. Sedang lecturer mengajar, fikiran Anis melayang sekejap memikirkan yang Anis sangat berpuas hati dengan permulaan yang baik untuk tahun pengajian Anis yang terakhir di sini. Concentration yang Anis pilih ialah ENVIRONMENTAL HEALTH. Untuk pengetahuan, terdapat 3 concentration studies untuk Biomedical Science di IIUM Kuantan iaitu Clinical & Pharmaceutical Research (CPR), Environmental Health & Industrial Health.
Sejak Anis belajar di CFS IIUM, Anis memang dah berazam untuk melanjutkan pengajian dalam concentration Clinical & Pharmaceutical Research di IIUM Kuantan. Anis memang berminat sangat sebab cita-cita Anis sebenarnya nak belajar Farmasi. Tetapi, bila dah belajar Biological Science, rasa tak berminat pula nak tukar course. Jadi, Anis teruskan dengan course Biological Science dan bercita-cita untuk belajar CPR sebab ada bunyi 'farmasiu' tu kan... dan cita-cita Anis itu tak pernah berubah sedikit pun selama hampir 5 tahun sehinggalah pada suatu hari, semasa pendaftaran subjek untuk first sem, final year dah boleh dibuat, Anis masih memilih CPR. Namun, beberapa hari selepas itu, Anis tiba-tiba terasa nak buka website SPA dan JPA. Tiba-tiba rasa nak survey peluang kerja. Entahlah bagaimana, Anis pun tak pasti, tapi hasil 'research' Anis pada hari itu telah membuatkan Anis ingin belajar lebih tentang alam sekitar. Dan di saat itu jugalah, hati Anis sebulat sekata nak tukar concentration. Maka, Anis pun tukarlah kepada Environmental Health.
Eh, sebenarnya ada juga sebab yang kukuh kenapa Anis pilih concentration CPR tu mula-mula... Sebab masa Anis kecil-kecil dulu, Anis ada penyakit asma. Alhamdulilah, sekarang Anis bolehlah dikatakan dah sembuh hasil ikhtiar Abah mencari sejenis akar kayu untuk mengubati asma. Of courselah Abah bukan cari sendiri masuk hutan cari akar kayu tu, tapi beli, ada orang recommend rasanya. Memang mujarab akar kayu tu, dipanggil akar jerangau. Rasanya mestilah rasa macam herba, kayu. Tak sedap! Hasrat Anis, kalau belajar CPR mungkin Anis boleh belajar lebih mendalam tentang akar jerangau tersebut. Dalam CPR, ada belajar 'Herbal Medicine'. So, memang sesuailah dengan hasrat murni Anis kan?
Tapi, lupakan sahaja...Anis terpaksa melupakan herba tu sementara waktu sebab Anis perlu juga memikirkan beberapa perkara lain yang lebih penting dan sesuai buat masa ini. Lagipun, dalam bidang apa-apa pun kita boleh berjaya, kan?! No worry!
Memang, kalau nak fikir, Anis tak ada sebab nak tukar concentration tu kecuali sebab buka website SPA & JPA tu. Anis memang betul-betul mengikut kata hati. Allah memang dah takdirkan Anis belajar Environmental Health. Meski Anis tak tahu masa register dulu sama ada ok ke tak Anis tukar ni, tapi Allah lebih tahu yang sebenarnya bidang ini memang sangat kena dengan Anis. Alhamdulilah, Anis bersyukur sangat sebab Anis dapat rasakan sedikit demi sedikit yang Anis tak salah membuat keputusan. =)
Kenapa Anis happy and satisfied dengan concentration Environmental Health?
1) Lecturer best-best!!
Environmental microbiology -- Lecturer from IIUM Kuantan. Dah 2 kali belajar dengan beliau sebelum ini, so dah tahu jenis soalan beliau, teaching style beliau, mudah nak adapt.
Environmental toxicology -- Lecturer from UMP. Suara lantang. First class lagi dah beritahu soalan macam mana beliau akan tanya dalam exam. After kelas, beliau akan buat conclusion dan beritahu potential questions, so tak lost dalam kelas beliau dan tahu nak expect apa dalam quiz and exam.
Basic environmental law -- Lecturer from IIUM Gombak. An experienced lecturer. Anis suka teaching style beliau.
2) Classmate tak ramai!
25 orang sahaja. Boleh duduk depan, more focus...boleh tatap muka lecturer sebiji-sebiji..hehe =)
3) Tak perlu belajar tentang manusia, boleh tak?
Semuanya tentang environment. Even environment tu ada kaitan dengan manusia, it's ok. As long as tak belajar tentang manusia tu 100%. Manusia ni complicated, tahu? Entahlah, Anis memang 'allergic' sikit pasal manusia. Tak minat sangatlah, dari sekolah menengah lagi. Even Anis belajar ok, maksudnya markah exam tu ok, tapi ilmu tu tak pernah lekat dalam hati. Tak minat! =( Anis tak pernah pun teringin nak jadi doctor or nurse.
4) Sebab Anis dah jatuh hati dengan Microbiology sejak praktikal di HOSHAS.
Satu-satunya concentration yang offer subjek Microbiology. Sudah tentulah Anis suka! =)
5) Sebab dapat belajar melalui video conference dengan lecturer IIUM Gombak.
Menarik!! First time dalam hidup... =)
6) Everything is about environment...
Senanglah sikit nak study, antara satu subjek dengan subjek yang lain ada kaitan, boleh relate and sometimes they discuss the same thing. So, better understandinglah...best kan? =)
Anis berasa teruja sangat sebab tahun terakhir ini sangat menepati keperluan dan minat Anis. Berbanding semasa Anis dalam tahun kedua dan ketiga, Anis rasa kurang semangat nak belajar. Banyak faktor yang membuatkan Anis rasa begitu, tapi Anis malaslah nak cerita tentang faktor-faktor tu sekarang, nanti hilang mood happy ni!
Okaylah, Anis mesti tidur dulu ni, dah mengantuk sangat-sangat, Pagi esok, nak practice untuk proposal presentation. InsyaAllah, Anis yakin semuanya akan berjalan lancar, Amin..
No comments:
Post a Comment
Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)