Sunday, October 07, 2012

Ibu, Abah faham...

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, Anis telah selamat kembali semula ke kampus tercinta pada waktu maghrib tadi. Seronok rasa dapat menatap wajah-wajah kesayangan; Ibu, Abah dan adik-adik. Walaupun hanya untuk 3 hari, cukuplah untuk mengubati rindu. Pasca pulang ke rumahku syurgaku di Temerloh, Anis berasa lebih gembira dan bersemangat. Kisahnya begini, Anis memang selalu berborak dengan Ibu apabila berada di rumah. Maklumlah, siapa lagi anak perempuan yang Ibu nak bersembang kalau bukan Anis. Anis tak mahu ceritakan secara detail apa yang Anis dan Ibu bualkan, tetapi apa yang Anis nak kongsikan ialah perasaan Anis. Anis tak sangka sebenarnya Ibu dan Abah mempunyai impian dan harapan yang sama dengan Anis. Pada hari itu, barulah Anis tahu yang sebenarnya Ibu dan Abah sangat memahami Anis. Anis sangat bersyukur sebab rupa-rupanya selama ini Ibu dan Abah selalu berdoa yang sama untuk kebahagiaan Anis. Tersipu-sipu Anis bila dengar pengakuan Ibu. Terima kasih, Ibu! Kaklong sangat tak sangka Ibu doakan macam itu juga. ^_^

Selama ini Anis adalah juga fikir yang mungkin Ibu dan Abah kadang-kadang tak faham apa yang Anis rasa, apa yang Anis mahu, atau apa yang Anis harapkan. Ternyata, semua itu hanyalah apa yang Anis bayangkan. Mustahil, ibu dan bapa kita yang sejak dari dalam kandungan ibu lagi, kita membesar di depan mata mereka, mereka tak tahu atau tak faham kita. Kadang-kadang, kita tak boleh terima pendapat mereka, sebab pendapat itu berbeza dengan pendapat kita yang tercetus daripada pemikiran kita yang masih mentah. Padahal, pendapat ibu bapalah yang terbaik! Dan ibu bapa berpendapat begitu kerana mereka sayangkan kita. Seharusnya, apabila ibu bapa memberi pendapat, kita dengar dan cuba terima. Kita harus bersyukur sebab kita ada ibu bapa yang sayangkan kita dan peduli tentang kita. Walaupun, memang pada awalnya kita susah nak terima sebab kita rasa kita lebih pandai daripada ibu bapa kita, namun kita kena ingat, bahawa ibu bapa kita lebih berpengalaman daripada kita.

Jadi, sekarang ini, Anis rasa lebih tenang. Anis dah tak perlu risau lagi. InsyaAllah, redha Allah memang bersama dengan redha ibu bapa. Minggu lepas, Anis ada berselisih faham dengan Ibu, tapi Anis cuba untuk bersabar dan menerima pendapat Ibu sebab Anis tak sanggup nak melawan Ibu. Syukur, alhamdulilah... Kepahitan yang Anis rasa minggu lepas, Allah dah gantikan dengan kemanisan.

Anis berdoa agar Allah selalu memimpin Anis supaya dekat denganNya, selalu mengingatiNya dan bersyukur di atas nikmat kurniaanNya. Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah....

No comments:

Post a Comment

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)