Tuesday, February 02, 2016

Throwback Honeymoon @ Guilin, China

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sementara menunggu detik-detik kelahiran anak sulung yang tersayang, Anis ingin mengimbau kembali kenangan berhoneymoon bersama suami tercinta ke Guilin, China! Sesuatu yang tak disangka, Anis akan (telah) dibawa bercuti nun jauh di negara orang oleh insan yang sangat istimewa dalam hidup Anis. Ini merupakan pertama kali Anis ke luar negara dan menaiki kapal terbang. Terima kasih suamiku kerana membawaku terbang tinggi, jauh-jauh lagi! Heee.. :) Pengalaman bersama suami selama 6-7 hari ini sungguh indah dan takkan dilupakan oleh kami berdua! I love you so much, sayang! Thanks a lot for making me so happy! I hope you are also happy as much as I am! (^_^)

Kami bertolak ke Guilin dari Airport KLIA2 pada 6 Disember 2014. Kami menaiki flight Air Asia dari Kuala Terengganu ke KL pada 5 Disember jam 10 malam lebih kurang. Selepas lebih kurang 45 minit, kami pun tiba di Airport KLIA2. Betapa terujanya Anis menaiki flight kali pertama. Huhu. Anis duduk di sebelah tingkap. Dapatlah lihat suasana dari dalam flight pada waktu malam. Jika di kawasan perhutanan, gelap saja nampak. Tetapi, Anis perasan Anis nampak highway LPT (kalau tak silap lah) sebab nampak berlampu. Apabila sampai di KL pula, nampak cerah saja bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam. Cantik dan menarik! Tetapi, tak tahulah jika sangkaan Anis salah. Jangan gelakkan Anis pula! Huhu. I just tell what I can see...

Kami sepatutnya berkumpul dengan travel agent di Airport KLIA2 pada pukul 3 pagi tak silap. Flight kami ke Guilin pada jam 6 pagi lebih kurang. Sementara menunggu waktu berkumpul, Anis dan suami hanya lepak-lepak di sekitar airport. Nak tidur pun tak ada tempat yang selesa. Kami singgah minum kopi dan makan ringan (alas perut) di sebuah restoren untuk memanaskan badan dan berehat. Namun, kopinya mahal dan tak sedap. Pahit kopinya! Huhu. Apabila sudah jemu duduk di restoren itu, barulah kami pusing-pusing berjalan di sekitar airport. Sebenarnya, agak lama juga kami menghabiskan masa di restoren itu. Dalam 2-3 jam. Kebetulan pula, suami Anis demam pada hari itu. Tetapi, Alhamdulilah, dia dapat kuatkan diri untuk melayan Anis. Saya suka! (^_^)

Thank you, Love!!

Kemudian, kami berkumpul di Level 3 untuk bertemu dengan travel agent untuk check-in luggage. Sementara menunggu giliran, kami berdua sempat lagi pergi ke KFC untuk makan lagi. Bukan apa, suami Anis risau kami lapar dalam perjalanan di dalam flight nanti. Memang ada disekalikan dengan breakfast dalam pakej kami tapi takut tak lalu makan dalam flight nanti. Selepas itu, kami masuk ke departure lounge untuk menunggu waktu menaiki flight dan berlepas.  

Makan lagi!

Waiting to depart..here we go to Guilin! :)

Sedikit info mengenai pakej percutian yang kami pilih. Kami memilih pakej 6D5N ke Guilin, China yang ditawarkan oleh Pearl Holiday Travel & Tours Sdn. Bhd. Sebenarnya, pilihan destinasi honeymoon kami ini telah dirancang sejak sebelum kahwin lagi. Idea Anislah yang bercadang ke Guilin ini sebab Anis ada tertonton rancangan Destinasi Ria di Astro yang memperkenalkan Guilin di China ini. Anis rasa menarik sangat tempatnya dan cuba mengajak suami Anis. Tak sangka pula dia turut berminat dan bersetuju! Wee.. :) Sejak itu, kami selalu 'google' mengenai Guilin dan mencari pakej perlancongan yang sesuai dan berpatutan. Kami siap pergi ke Matta Fair di PWTC pada bulan Mac 2014, tetapi masih terlalu awal kerana belum ada pakej hujung tahun yang ditawarkan ketika itu. Kami merancang untuk pergi dalam bulan Disember selepas berkahwin pada bulan Oktober. Lagipun, suami Anis ingin bercuti dalam musim winter. Nak merasa musim sejuk katanya. Hehe. Jadi, kami tinggalkan email kami di booth Pearl Holiday semasa di Matta Fair dan menunggu tawaran mereka. Alhamdulilah, Anis dan suami Anis sangat berpuas hati dengan pakej percutian ini. Keseluruhan pakej kami adalah bernilai lebih kurang RM2499 seorang termasuk pengangkutan, penginapan, makanan dan desitinasi perlancongan serta shopping untuk 6 hari 5 malam. Kami diiringi oleh seorang travel agent Melayu dari Malaysia iaitu En. Zali. Di Guilin pula, kami disambut dan diiringi juga oleh seorang pemandu pelancong dari Guilin iaitu Mr. Peter. Untuk pengetahuan, pakej ini adalah pakej khas untuk Muslim. Jadi, amat mudah untuk solat dan mencari makanan halal di sana. Tidak perlu risau apa-apa lagi. :) 


Ok.. Anis akan sambung lagi kisah honeymoon ini lain kali. Anis akan kongsikan tempat-tempat menarik yang kami lawati di Guilin dan pengalaman kami sepanjang bercuti di sana. InsyaAllah... 

No comments:

Post a Comment

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)