Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera!
Esok hari terakhir untuk tahun 2012. Seperti yang Anis janjikan dalam entry sebelum ini, Anis ingin recap atau mengenang kembali kenangan-kenangan manis yang berlaku sepanjang tahun 2012.
Sesungguhnya, tahun 2012 merupakan tahun yang agak bermakna buat Anis, di mana pada tahun ini Anis telah menjadi seorang yang lebih baik dan lebih matang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Buat pengetahuan, pada tahun ini, Anis berusia 23 tahun. Muda lagi... Apa yang istimewa pada tahun ini ialah tarikh lahir Anis membentuk nombor yang menarik iaitu 21.9.12. Anis sangat suka dengan susunan tarikh yang cantik ini!
Pada awal tahun 2012, Anis berada dalam semester kedua-tahun ketiga pengajian di IIUM Kuantan. Seingat Anis, semester itu tidak banyak sangat perkara yang membuatkan hidup Anis bahagia. Biasa-biasa sahaja. Namun, bermula pada bulan 9, Anis telah menjadi pelajar tahun terakhir di IIUM Kuantan. Seniorlah katakan! Itu bermakna, Anis akan grad pada tahun hadapan. Alhamdulilah, bagi Anis, semester inilah yang paling seronok buat Anis! Pelbagai kenangan-kenangan manis yang Anis alami dan akan ceritakan satu persatu selepas ini.
Pertama sekali, Anis bersyukur kerana Anis telah memilih concentration study 'Environmental Health'. Anis tidak menafikan concentration yang lain juga best, tetapi Anis rasa inilah concentration yang paling sesuai untuk Anis. Pada permulaan semester, Anis berharap sangat untuk menjadi cemerlang pada tahun terakhir di IIUM Kuantan untuk kepuasan diri Anis sendiri. Anis merasakan semangat dan harapan Anis semakin membara kerana 'Environmental Health' sangat sesuai dengan jiwa Anis. Anis tak rasa susah dan enjoy sangat belajar tentang environment. Anis yakin, kali ini Anis mampu buat yang terbaik untuk final exam semester ini. InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusan Anis!
Kedua, Anis gembira sebab 'best friend' Anis yang juga merupakan roommate Anis, Izzah juga mengambil concentration yang sama. Apa lagi yang lebih bahagia duduk berjauhan dengan keluarga, kalau bukan mempunyai seorang kawan, teman yang boleh diharap, boleh bekerjasama, serta boleh memberikan sokongan sebagai ganti kepada adik-beradik. Anis rasa sangat beruntung berkawan dengan Izzah! Terima kasih, Izzah! Anis mesti rindu kat Izzah nanti, sebab banyak sangat kenangan suka-duka bersama Izzah selama 4 tahun di Kuantan. Antara kejayaan yang paling besar bersama Izzah ialah sewaktu membuat assignment Basic Environmental Laws! Alhamdulilah, gandingan kami berdua membuahkan hasil yang memberangsangkan dan memuaskan!
Pada tahun ini juga, Anis pergi melawat ke Putrajaya seorang diri, menjadi traveller. Sebelum ini, Anis tak pernah pergi mana-mana seorang diri kecuali jika ingin balik ke hostel daripada rumah atau sebaliknya. Seronok! First time Anis menaiki KLIA Transit. Pengalaman baru yang menarik! Sebenarnya, Anis pergi ke Putrajaya sebab bestfriend Anis masa di MRSM dulu, Atiqah, tinggal di sana. Dialah yang bawa Anis jalan-jalan di sekitar Putrajaya. Semester ini juga Anis dapat berjumpa semula roommate-roommate Anis semasa di CFS, IIUM dahulu. Setelah 4 tahun, baru dapat meluangkan sedikit waktu bersama mereka: Lia, Amy, dan Mima.
Pada tahun ini juga, Anis menjalani latihan industri ketika short semester pada bulan Jun hingga Ogos. Apa yang seronok ialah, Anis dapat membuat latihan industri di Hospital Temerloh (HOSHAS) yang dekat dengan rumah Anis. Yang paling seronok, kawan-kawan Anis yang rapat dengan Anis iaitu Izzah dan Elyna juga buat praktikal di HOSHAS. Seronok dapat pergi 'kerja' dengan kawan-kawan sendiri. Anis duduk bersama dengan Izzah dan Elyna bersama 2 orang lagi kawan sekelas iaitu Akma dan Anis (eh, jangan konfius-nama sama) walaupun rumah family dekat. Jadi, inilah pertama kali Anis duduk rumah sendiri -- memasak dengan kawan-kawan dan sebagainya. Semasa praktikal di HOSHAS juga, Anis dapat mengenali kawan-kawan daripada IPT yang lain. Anis juga menempuh bulan puasa bersama kawan-kawan serumah. Ada kalanya, kami pergi ke bazar, ada kalanya, kami memasak, dan kadang-kadang kami beli di kafe Hospital. Anis juga dapat berjalan-jalan di Temerloh dan Mentakab bersama mereka.
Semasa praktikal juga, Izzah pernah datang tidur ke rumah family Anis sebab Izzah orang Perlis, jauh sangat dia nak balik rumah dia. Jadi, dia ikut Anis balik rumah. Waktu itu, kami diberi cuti 4 hari. Best! Dapat tidur sebilik dan sekatil dengan Izzah. Anis kan anak perempuan tunggal, jadi sangat jarang tidur sekatil dengan orang lain. Sekali ada kawan, memang bahagia sangat rasanya! Dapatlah Izzah menikmati masakan Ibu Anis yang paling istimewa iaitu, Gulai Tempoyak Ikan Patin. Elyna, Akma dan Anis (kawan) pun pernah makan ikan patin di rumah Anis. Sedaaap! Kalau tak percaya, jemputlah datang rumah. Tapi, kena beritahu Anis terlebih dahulu, tau!
Sebagai pelajar tahun akhir, Anis perlu buat Final Year Project (FYP). Anis masih ingat peristiwa semasa Anis dan kawan-kawan perlu memilih supervisor dan tajuk FYP kami. Untuk FYP, Anis kurang berminat untuk membuat eksperimen di dalam makmal sebab Anis kurang mahir. Sebaliknya, Anis lebih berminat untuk melakukan survey atau kajian penduduk. Anis memang suka subjek Epidemiology dan Biostatistics. Salah seorang lecturer yang mahir dalam bidang ini ialah Dr. Nor Azlina A. Rahman. Jadi, Anis memang nak sangat buat FYP dengan beliau. Anis siap buat solat hajat lagi supaya berjaya mendapatkan beliau sebagai supervisor.
Pada hari senarai tajuk FYP dikeluarkan, Anis dan kawan-kawan terlewat sedikit pergi ke Kulliyyah. Kami sudah risau jika orang lain sudah memilih tajuk-tajuk dan supervisor-supervisor yang best-best. Ada sesetengah student yang menunggu di hadapan Office Department untuk berebut tajuk FYP sejak awal lagi. Namun, kata orang, takkan lari gunung dikejar! Setibanya kami di Department, Anis lihat sudah ramai kawan-kawan yang berlonggok di hadapan office. Tiba-tiba, seorang lecturer datang dan berkata, "Kamu semua buat apa di sini? Senarai tu ada di sebelah sana." Sebaik mendengar lecturer tersebut berkata demikian, semua orang berlari menuju ke board yang di sebelah sana. Anis bersyukur sangat sebab Anis berada di belakang tadi, tapi bila berpusing, Anis antara yang pertama! Anis terus menuju ke board tersebut dan Anis terus nampak nama Dr. Azlina. Anis membaca senarai tajuk di bawah nama beliau, dan salah satunya ialah denggi. Alhamdulilah! Anis memang sangat berminat dengan denggi. Maka, tanpa lengah sambil bertahan daripada asakan manusia lain di belakang Anis, Anis terus sign di sebelah tajuk tersebut. Anis memang sungguh berpuas hati mendapat supervisor dan tajuk yang Anis suka. Yahoo!
Pada tahun ini juga, Anis, buat kali pertamanya menang giveaway. Anis tak pernah pun menyertai mana-mana giveaway sebelum ini. Tapi, kali pertama Anis menyertai, tidak sangka Anis berjaya. Memang bersyukur, sebab tahun ini Anis banyak kali bernasib baik. Alhamdulilah, bersyukur sangat atas segala nikmat yang Allah beri. ^_^
Buat pertama kalinya juga dalam hidup Anis, Anis bermekap! Anis sendiri macam tak percaya. Tetapi, Anis memang teringin sangat untuk melihat muka Anis setelah dimekapkan. Hihi. Jurumekap Anis ialah Ika, kawan sekelas Anis. Mula-mula Anis tengok cermin lepas mekap, Anis tak kenal muka sendiri. Tapi, Anis berpuas hati sebab Ika memang pandai mekapkan. Anis rasa keyakinan diri Anis lebih tinggi selepas itu. Mungkin Anis ingin belajar untuk bermekap selepas ini dengan niat untuk kelihatan lebih matang, menarik dan berkeyakinan. Namun, Anis masih tidak berminat dengan mekap yang tebal dan melampau. Cukuplah sekadar yang natural dan sederhana. =)
Tahun 2012, Anis rasa Anis telah menjadi seorang yang lebih yakin dengan diri sendiri. Anis sentiasa mahu menjadi lebih baik. Anis ingin menjadi seorang yang berjaya, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat kelak. Anis ingin menyeimbangkan usaha Anis untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah!
Azam tahun 2013 Anis sudah semestinya untuk menjadi wanita yang lebih baik dan berjaya. Anis berharap, Anis akan grad dengan cemerlang. Anis juga ingin menghasilkan thesis yang terbaik! Anis ingin menyiapkan FYP Anis pada masanya. Anis juga berharap akan bertemu dengan jejaka budiman yang sudi menerima Anis seadanya. Anis ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah mempermudahkan... =)
p/s: Blog ini juga adalah sesuatu yang istimewa berlaku pada tahun ini. Diari Anis telah mula ditulis sejak 31 Julai 2012! Syukur, Alhamdulilah!
Jumpa lagi tahun hadapan! InsyaAllah... ^_^
Sunday, December 30, 2012
Saturday, December 29, 2012
Masya Allah
Assalamualaikum wbt.
Selamat petang!
Hari ini, Anis ingin berkongsi mengenai makna dan penggunaan istilah atau perkataan bahasa Arab iaitu "InsyaAllah" dan "MasyaAllah".
Baru-baru ini, Anis mencari maksud perkataan "MasyaAllah" di Internet. Anis jumpa maksud dan penggunaan perkataan "MasyaAllah" yang dikatakan tidak betul penggunaannya di kalangan masyarakat Melayu. Kebanyakan orang akan mengucapkan "MasyaAllah" jika ada sesuatu perkara yang kurang menyenangkan berlaku.
Bagi Anis, tidak ada salahnya jika ucapan "MasyaAllah" juga disebut apabila ditimpa kemalangan atau menerima berita yang tidak baik. Sebab, setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini berlaku hanyalah dengan ketentuan dan keinginan Allah.
Di sesetengah blog, ada mengatakan maksud "MasyaAllah" ialah Allah Yang Maha Agung. Anis tidak pasti sama ada betul atau tidak maksud itu. Tetapi, Anis ada berasa sedikit ragu-ragu. Wallahu'alam. Mungkin ada sesiapa yang lebih arif berbahasa Arab boleh berkongsi maksud sebenar "MasyaAllah" jika ditranslate ke Bahasa Melayu.
Tetapi, hari ini Anis telah mendapat suatu ilham untuk membaca tafsir Al-Quran. Subhannallah, Alhamdulilah, syukur...Anis terjumpa beberapa ayat yang memberikan lebih kefahaman kepada Anis tentang maksud dan penggunaan "InsyaAllah" dan "MasyaAllah".
Maksud dan penggunaan "InsyaAllah" dan "MasyaAllah" telah difirmankan Allah dalam Surah Al-Kahfi.
Justeru, apa yang Anis faham daripada 2 ayat ini, kita perlu mengucapkan "InsyaAllah" yang bermaksud 'jika Allah mengkehendaki', apabila kita ingin membuat satu perancangan. Ini disebabkan kita sebagai manusia hanya merancang, tetapi Allahlah yang akan menentukan. Perancangan yang kita buat hanya akan menjadi apabila Allah mengkehendaki perkara itu terjadi.
Oleh itu, jelaslah di sini, perkataan "MasyaAllah" tidak sesuai diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perbuatan yang buruk. Sebaliknya, ucapan itu perlu digantikan dengan "Astaghfirullah" atau "Nau'zubillah". Hal ini kerana perkataan "MasyaAllah" adalah suatu ucapan yang memuji Allah. Sungguh tidak wajarlah kita mengaitkan perbuatan yang buruk itu dengan Allah Yang Maha Suci. Namun, apabila berlaku bencana atau kemalangan yang kita tidak mampu elak, tidak salah untuk mengucapkan "MasyaAllah", yang bermaksud segala kejadian itu berlaku hanyalah dengan kekuatan dan kehendak Allah.
Wallahu'alam.

Ayat 23: Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti melakukan itu besok pagi"Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang roh, kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain lalu baginda menjawab, datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. Dan baginda tidak mengucapkan "InsyaAllah" (yang bermaksud jika Allah mengkehendaki). Tetapi sampai keesokkan harinya, wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tak dapat menjawabnya. Maka, turunlah ayat 23-24 Surah Al-Kahfi, sebagai pelajaran kepada Nabi; Allah mengingatkan bilamana Nabi lupa meyebut "InsyaAllah", haruslah segera menyebutkannya kemudian.
Ayat 24: kecuali (dengan mengatakan), "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."
Justeru, apa yang Anis faham daripada 2 ayat ini, kita perlu mengucapkan "InsyaAllah" yang bermaksud 'jika Allah mengkehendaki', apabila kita ingin membuat satu perancangan. Ini disebabkan kita sebagai manusia hanya merancang, tetapi Allahlah yang akan menentukan. Perancangan yang kita buat hanya akan menjadi apabila Allah mengkehendaki perkara itu terjadi.
Ayat 39: Dan mengapa ketika engkau memasuki kebunmu, engkau tidak mengucapkan "MasyaAllah, La quwwata illa billah" (Sungguh, atas kehendak Allah, semua ini terwujud, tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah), sekalipun engkau anggap harta dan keturunanku lebih sedikit daripadamu.Bagi perkataan "MasyaAllah" pula, apa yang Anis faham ialah, seandainya kita dikurniakan sesuatu nikmat, keistimewaan atau kebesaran, kita perlu mengakui bahawa segala yang kita perolehi itu adalah atas kehendak Allah. Tanpa pertolonganNya, kita tidak akan mampu untuk memiliki apa-apa pun. Maka, kita perlu mengucapkan "MasyaAllah" selain bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan "Alhamdulilah".
Oleh itu, jelaslah di sini, perkataan "MasyaAllah" tidak sesuai diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perbuatan yang buruk. Sebaliknya, ucapan itu perlu digantikan dengan "Astaghfirullah" atau "Nau'zubillah". Hal ini kerana perkataan "MasyaAllah" adalah suatu ucapan yang memuji Allah. Sungguh tidak wajarlah kita mengaitkan perbuatan yang buruk itu dengan Allah Yang Maha Suci. Namun, apabila berlaku bencana atau kemalangan yang kita tidak mampu elak, tidak salah untuk mengucapkan "MasyaAllah", yang bermaksud segala kejadian itu berlaku hanyalah dengan kekuatan dan kehendak Allah.
Wallahu'alam.
Monday, December 17, 2012
Semester Paling Manis
Assalamualaikum.
Alhamdulilah, syukur Alhamdulilah!
Nak tahu tak? Sem ini cuma tinggal beberapa minggu saja lagi. Anis akan mula menduduki peperiksaan akhir untuk semester ini bermula hari Khamis, 28 Disember 2012 dan akan berakhir pada 6 Januari 2013!
Akhirnya, sudah hampir ke penghujung semester ini. Dengan sukacitanya Anis ingin mengumumkan bahawa inilah semester yang paling membahagiakan bagi Anis sepanjang bergelar seorang mahasiswi di UIAM. Sungguh banyak kenangan manis yang Anis alami, sama ada secara peribadi, bersama keluarga atau bersama kawan-kawan. Sungguh indah! <3 Berat hati Anis ingin meninggalkan semester ini. Anis akan pastikan tahun depan, 2013 adalah tahun yang lebih bermakna untuk diri Anis!
Apa kata kalau Anis recap semula segala pengalaman manis yang Anis alami sepanjang semester ini? Menarik, kan!
Tetapi, sekarang bukanlah masa yang sesuai. Anis janji Anis akan post satu entry tentang kenangan manis Anis sepanjang semester I tahun terakhir Anis di UIA Kuantan sebelum Anis exam final. InsyaAllah...

Thursday, December 06, 2012
IKOD 2012
Assalamualaikum wbt.
Back to the main topic, tajuk post ni IKOD 2012, kan? IKOD tu stand for IIUM Kuantan Open Day (Hari Terbuka UIA Kuantan). Malam ini, ada opening ceremony. Ada celebrity talk yang bertemakan U-TURN: Jalan Menuju Kebahagiaan. Tetamu yang special malam ini bagi Anis ialah Yatt Hamzah dan Matluthfi. Anis minat juga la dengan dua orang hamba Allah ini. InsyaAllah, grand opening ni mesti best, tapi Anis ada kelas malam ini. Harap kelas akan habis awal dan dapat juga pergi opening ni. InsyaAllah. Anis juga dengan besar hati ingin menjemput kawan-kawan, saudara-mara serta semua warga Kuantan untuk datang ke UIA Kuantan bagi memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Jomlah datang ke opening ceremony dan talk malam ni!
Sejak akhir-akhir ini, semakin busy dengan kehidupan sebagai seorang student. Banyak perkara yang perlu diselesaikan.As a final year student, Final Year Project tak boleh diletak tepi. Anis pun baru sedar yang hanya ada beberapa bulan lagi yang tinggal before thesis submission. Hopefully, Anis akan berjaya siapkan projek as soon as possible. InsyaAllah. Lebih kurang sebulan lagi, final exam akan menjelang tiba. Kali ini, Anis mesti prepare for the exam earlier. Yes, Anis memang nak score final exam sem ni dan sem depan. Anis ada target yang mesti Anis capai. Kalau Anis tak capai target tu, tak ada maknanya Anis grad tahun depan. Anis mahu grad dengan seribu erti dan sejuta kegembiraan. Anis nak tengok Ibu dan Abah Anis gembira melihat Anis menerima segulung ijazah. Anis takkan sia-siakan harapan dan pengorbanan Abah dan Ibu selama ini. TAKKAN!
Back to the main topic, tajuk post ni IKOD 2012, kan? IKOD tu stand for IIUM Kuantan Open Day (Hari Terbuka UIA Kuantan). Malam ini, ada opening ceremony. Ada celebrity talk yang bertemakan U-TURN: Jalan Menuju Kebahagiaan. Tetamu yang special malam ini bagi Anis ialah Yatt Hamzah dan Matluthfi. Anis minat juga la dengan dua orang hamba Allah ini. InsyaAllah, grand opening ni mesti best, tapi Anis ada kelas malam ini. Harap kelas akan habis awal dan dapat juga pergi opening ni. InsyaAllah. Anis juga dengan besar hati ingin menjemput kawan-kawan, saudara-mara serta semua warga Kuantan untuk datang ke UIA Kuantan bagi memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Jomlah datang ke opening ceremony dan talk malam ni!
Anis juga menjadi seorang AJK untuk salah satu program IKOD iaitu Interkulliyyah Quiz IIUM Kuantan. Program ini khusus untuk pelajar-pelajar UIA sahaja. Tetapi, kalau ada sesiapa yang berminat nak menonton, boleh juga datang ke Classroom 1, One-stop Student Center (OSC) pada jam 5 petang untuk hari ini dan esok (6 & 7 hb). Kalau nak tonton pusingan akhir, jemputlah datang ke OCD Square pada 8 hb. Kuiz akan bermula pada jam 9 pagi. Bolehlah kalau berminat nak tengok sejauh dan sedalam mana pengetahuan am student UIA. Mungkin dapat menambah pengetahuan am diri sendiri. InsyaAllah.
Monday, December 03, 2012
FOCUS!
Assalamualaikum wbt.
Good morning! This is a quick post..
I want to focus on my Final Year Project starting from now. I know, I have wasted some time having fun and enjoying my time, to be happy. But, now I have to get back to my focus. This is what I want to do, for myself, and especially for my parents and my younger brothers. I only have several months left to be called as an IIUM Kuantan undergraduate, and I want to graduate next year in October, InsyaAllah. I want to write a good thesis, running a good project, and score my best in all examinations. I believe I can do it, because I really want to! Nothing can stop me...believe me!
Wish me all the best! Amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)