Thursday, November 08, 2012

MID TERM 7

Assalamualaikum.


Tonight, I will write about my mid term examination which has started on last week, 30th October 2012 and finished today, 7th November 2012 at 9.45 pm. Alhamdulilah. Overall, Anis rasa okaylah Anis menjawab exam kali ini. Tak adalah rasa macam failure sangat even some paper, Anis langsung tak expect soalan yang lecturer tanya. 

Anis paling puas hati jawab exam Basic Environmental Laws sebab Anis yakin dengan semua jawapan yang Anis beri. Walaubagaimanapun, Anis agak kesuntukkan masa untuk menjawab 3 soalan esei dalam masa 1 jam 30 minit. Anis ambil masa lebih kurang 15 minit untuk memilih 3 daripada 5 soalan yang Anis ingin jawab dan untuk merangka jawapan Anis. Anis tahu apa yang nak ditulis tetapi masa kurang mencukupi untuk Anis merancang penulisan Anis dengan teratur. Hanya untuk soalan pertama Anis boleh jawab dengan teratur. Bagi soalan kedua dan ketiga, Anis terpaksa menulis apa-apa sahaja yang terlintas di dalam fikiran Anis. Tulisan pun menjadi cakar ayam. Anis target markah yang baik untuk exam Law sebab Anis dah buat yang terbaik, tetapi Anis risau sebab untuk soalan terakhir, Anis tak dapat berikan jawapan sepenuhnya disebabkan masa tak mencukupi. Soalan-soalan yang keluar antaranya ialah:
  • Definisi "inland water" dan tindakan-tindakan yang akan menyebabkan seseorang melakukan kesalahan dengan membuat atau menyebabkan pencemaran ke dalam "inland water" berdasarkan Seksyen 25 dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
  • Aspek environment dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
  • Nasihat kepada pemaju perumahan untuk melakukan pencemaran ke dalam loji kumbahan dan sistem perlesenan untuk loji kumbahan. (Seksyen 21 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 & Environmental Quality (Sewage) Regulations 2009)
  • Definisi "acceptable condition" dan perbezaan antara Standard A dan Standard B untuk Contravention Licence.   
Untuk exam Environmental Microbiology, Anis sudah membaca semua nota dan bersedia tetapi soalan yang diberi agak mencabar walaupun nampak mudah. Anis diberi soalan single choice answer (objective) dan true or false answer. Ada beberapa soalan yang Anis terkeliru dan beri jawapan yang salah. Kemudian, ada satu nota yang Anis kurang beri tumpuan untuk study sebab lecturer tak beri tumpuan semasa dalam kelas. Agak kurang berusaha, maka tak dapat jawab sangat bahagian true or false yang banyak tanya pasal topik dalam nota yang Anis kurang tumpukan perhatian. Sayang.. Untuk soalan esei pula, soalannya mudah tetapi soalan yang tak disangka-sangka yang keluar. Anis pun jawab apa yang Anis tahu sebab tak hafal sebiji-sebiji jawapan macam dalam nota. Atas sebab-sebab tertentu, lecturer Anis lebih prefer kami jawab sepertimana dalam nota sebab jawapannya tepat dan ringkas. Agak mendukacitakan sebab Anis memang tak mampu nak hafal semua perkataan satu demi satu. Kadang-kadang, Anis rasa topik itu tak best untuk ditanya, tetapi ditanya juga. Maka, Anis terpaksalah buat ayat sendiri. Itulah akibat pilih-pilih topik semasa study. Adik-adik, sila ambil pengajaran ye! Anis sebenarnya berniat sangat nak dapat A untuk subjek Environmental Microbiology ini sebab Anis tak pernah dapat A untuk Principles of Microbiology & Medical Microbiology. Anis rasa harapan Anis agak merudum disebabkan kurang puas hati jawab exam mid sem tetapi Anis tak mahu berputus asa. Anis perlu berusaha lebih untuk final exam supaya boleh dapat A juga. Anis sedar, Anis perlu ubah sikap Anis yang suka skip part-part nota atau topik yang Anis rasa tak menarik, tetapi lecturer sebenarnya akan tanya mana-mana sahaja part yang dia berminat. 

Exam yang ketiga ialah "Research Methodology". Expectation Anis untuk soalan yang akan ditanya dengan soalan exam sebenar sangat berbeza. Untuk soalan pertama, soalan esei 10 markah. Anis sangat tak tahu nak jawab soalan ini yang bertanyakan tentang perbezaan antara "scientific inquiry" dengan "non-scientific inquiry" dengan menghuraikan langakah-langkah untuk melakukan "scientific inquiry". Anis dah baca nota, tetapi Anis tak pasti apa sebenarnya jawapan yang perlu diberi, maka Anis mereka-cipta point-point Anis sendiri berdasarkan pemahaman Anis tentang "scientific inquiry". Tetapi, Anis tak yakin dengan jawapan yang Anis telah berikan. Dapat 1 atau 2 markah pun sudah bagus. Soalan bahagian kedua ialah soalan objective berkenaan characteristics of different study design iaitu Case Series, Ecological Study, Cross-sectional Study, Case-Control Study dan Cohort Study. Untuk bahagian kedua ini, Anis yakin sebab Anis memang baca nota bahagian ini. Bahagian ketiga pula ialah soalan nota ringkas (short note) berkenaan aspek-aspek dalam Research Ethics iaitu Autonomy, Anonymous, Consent, Public Accountability dan Beneficence. Anis kurang pasti maksud Autonomy dan Public Accountability tetapi Anis harap lecturer boleh terima jawapan Anis. InsyaAllah. 

Exam yang terakhir ialah Environmental Toxicology. Hanya masuk 3 topik sahaja iaitu Hazardous Waste, Air Pollution dan Soil Pollution. Exam ini dibuat sekali dengan kuiz. Soalan exam ada 5 soalan dan semua soalan perlu dijawab. Masa yang diberi hanya 1 jam. Kata lecturer, soalannya simple. Bagi Anis, soalannya boleh tahan, betul-betul menguji pengetahuan. Alhamdulilah, Anis rasa Anis boleh jawab tetapi tak tahulah bagaimana keputusannya nanti. Anis harap okaylah! 

Oleh itu, kesimpulan yang Anis nak buat di sini ialah menjadi seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda yang cemerlang bukan mudah. Usaha yang dilakukan perlu berterusan. Belajar mesti rajin dan konsisten. Persediaan untuk peperiksaan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh sebab soalan yang diberi biasanya di luar jangkaan kita. Mungkin inilah tahap peperiksaan universiti. Anis bersyukur, berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ini. Namun, Anis berasa sedikit kesal sebab Anis hanya tinggal lebih kurang 6 bulan sahaja lagi untuk bergelar seorang pelajar. Selepas ini, Anis belum tentu lagi berpeluang menjadi seorang pelajar universiti. Anis tahu, Anis akan merindui zaman belajar ini. Selepas ini, Anis harap Anis berpeluang lagi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anis ingin belajar dalam bidang yang Anis minati dan Anis ingin belajar dengan bersungguh-sungguh, dengan cemerlang. Anis ingin menebus semula kecuaian yang Anis telah lakukan dengan mengabaikan zaman belajar Anis yang indah ini dengan sesuatu yang kurang penting untuk Anis ambil berat sebagai seorang pelajar. Namun, tidak mengapa kerana pengalaman itu ialah guru yang terbaik. Anis sangat bersyukur. Alhamdulilah. 

Anis harap semoga kali ini Anis mendapat keputusan markah yang memuaskan seperti yang Anis usahakan. Anis doakan agar kita semua akan terus berusaha, belajar dengan bersungguh-sungguh selagi kita memegang amanah sebagai seorang pelajar. Belajar itu ialah satu pengalaman yang cukup indah buat sesiapa yang ikhlas menuntut ilmu. Ilmu itu sifatnya menerangi. Biarkanlah ilmu itu menerangi hidup kita dan orang-orang di sekeliling kita. InsyaAllah. Amin. 

No comments:

Post a Comment

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)