Thursday, November 29, 2012

*wink*

Assalamualaikum.

Good morning, everybody! (^_^)

Today, I would like to share something which is very special! As I mentioned earlier, I will graduate from my university next year, InsyaAllah. And, last 2 days, I got an invitation card to the Annual Grand Dinner SCIENCESS 2012. It is especially held by my juniors to celebrate the graduating students (we, the seniors). At first, I don't have any intention to go because I don't want to think about the dress to wear to the occasion. But, some of my friends want to and I also think that this is the only chance to have a "Grand Dinner" with my friends... 

Then, suddenly, I saw this in Facebook.... A Sharing is Caring Giveaway by Muslimah Shoppers!!! 

Just share this picture and stand a chance to win any 3pcs maxi dress of YOUR CHOICE in our Ready Stock Maxi Dress album for FREE.

AWESOME!!!! I found that the dresses look so great & gorgeous.... It is suitable for Muslimah who still want to look trendy without uncovering their aurah! 

To join this so-called "contest", I just have to share this to the world. I really put some effort on this because I really have a heart to win!  I really like the middle one, 1954. If I have that one, I will surely go to the dinner... *wink*

p/s: I hope, the admin of Muslimah Shoppers will consider me as a winner....I like that 1954!! I only want that lovely one....hehe ;) 

Thursday, November 22, 2012

Riadah ~ Aerobics

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, Anis rasa lebih segar petang ni setelah bersenam erobik atau lebih dikenali dengan senam robik. Anis rasa kepala Anis ringan sangat. Badan pun ringan. Sebenarnya, Anis tak berapa sihat sejak semalam. Sebelum pergi erobik tadi, Anis rasa pening kepala sangat-sangat sebenarnya. Tapi, Anis nak pergi juga senam robik ni, sebab memang dah minat. Tak boleh nak kata apalah kan. Nak seribu daya... Hasilnya, dah hilang dah pening kepala... (^_^) 

Sebenarnya, memang Anis minat sangat dengan senam robik ni. Sebab, sambil kita dengar lagu, kita boleh gerak-gerakkan badan kita. Lemak-lemak di celah-celah perut, peha dan lengan pun terbakar dengan gembiranya! Berbanding berjoging, Anis lebih prefer untuk bererobik. Kalau joging, Anis cepat 'hilang nafas'.. Baru berapa meter, Anis dah termengah-mengah. Kalau senam robik, Anis rasa enjoy sangat!! Lagipun, Anis ni memang suka sangat dengan lagu dan muzik sebenarnya. Jadi, tak adalah sia-sia sangat kalau Anis dengar lagu sambil bererobik, kan? Ada manfaat pada tubuh badan Anis. Selain itu, sebenarnya minat Anis juga ialah menari. Jadi, sebagai alternatif mengikuti kelas-kelas tarian yang mempunyai certain limitation untuk Anis join, Anis memilih senam robik sebab step-step senaman tu macam tarian juga. Yalah, setiap step kan mesti ikut irama dan rentak lagu yang dimainkan...

So, entry ni bertujuan untuk Anis share keseronokan Anis sebab MRC (wakil student) di Mahallah (kolej) yang Anis menetap di IIUM Kuantan ni, organize kelas senam robik ni FREE setiap hari Selasa dan Khamis. Siap bagi merit lagi! I like!! Sebenarnya, since last semester lagi kelas ni dah bermula. Anis memang tak miss la kan setiap kelas yang dibuat unless memang ada perkara penting yang clash dengan kelas tu yang Anis tak boleh nak elak. Tambahan pula, venue dorang buat kelas erobik ni sebelah je dengan blok Anis. So, Anis memang rajinlah nak pergi even tak ada geng sekalipun. 


Jomlah join kawan-kawan !! 

Kelebihan kelas Aerobics yang dianjurkan oleh MRC ni juga ialah ianya bersifat tertutup dan setiap peserta adalah perempuan. Therefore,  tak kisahlah Anis nak lompat-lompat ke, golek-golek ke, carefree sangat-sangatlah jadinya. Kalau ikutkan Anis ni memang pemalu. Kalau depan orang, nak gerak sikit pun malu sangat dah rasanya. Tapi, dalam kelas erobik ni tak perlu nak risau apa-apa. Oh, jangan salah faham! Dalam kelas Aerobics kitorang, semua orang still pakai tudung dan baju berlengan panjang. Even sama-sama perempuan, tapi adab masih kena jaga. Step-step pun tak adalah yang gedik-gedik sangat...

Kesimpulannya di sini, Anis bersyukur sebab Anis dapat melakukan riadah yang paling Anis gemari di IIUM Kuantan ni. Kalau tak, memang bertambah-tambahlah lemak-lemak badan Anis ni. Sebelum ni, Anis risau juga sebab Anis tak minat sangat nak main games macam badminton, ping-pong, basketball etc. sebab Anis memang tak terror main games. Nanti, orang bosan main dengan Anis. Since sekolah rendah pun, tak ada sukan pun yang Anis terror (disebabkan masalah kesihatan) sampai nak jadi wakil apa-apa.  Kalau nak pergi joging pula, nanti penat, termengah-mengah. Lagipun, joging kena teman, baru rasa selamat. Tempat nak pergi joging pun jauh sikit. So, aerobics ialah pilihan yang terbaik sangat yang kena dengan cita rasa Anis. Yeay!! 

Monday, November 19, 2012

Cuti-Cuti Part II


Setelah menghabiskan masa selama 2 hari di Putrajaya, Anis bertolak pulang ke Kuantan dengan menaiki bas Transnasional dari Putrajaya. Tiket bas bernilai RM 26.00. Sebelum bertolak ke Gombak lagi, Anis dah minta tolong Atiqah carikan tiket sebab risau tak ada tiket nak balik. Maklumlah, musim cuti sekolah. Tambahan pula, perayaan Deepavali yang bakal menjelang pada 13 Nov. Pada mulanya, Anis suruh Atiqah cari tiket ke Temerloh sebab Anis bercadang nak balik ke Temerloh dulu. Kemudian, baru Anis akan balik ke Kuantan sebab hari Rabu Anis ada kelas. Lagipun, Anis dah lama tak naik bas seorang diri jauh-jauh sejak kejadian accident yang lalu. Anis risau, kalau-kalau Anis masih trauma. Tetapi, tidak ada bas ekpress yang menuju ke Temerloh. Yang ada, hanyalah ke Kuantan. Jadi, Anis menekadkan hati dan meminta Atiqah membeli tiket bas ke Kuantan. 

Semasa di Putrajaya, tidak ramai yang menaiki bas tersebut. Hanya 5 orang penumpang sahaja. Kemudian, bas berhenti di Puchong untuk mengambil beberapa orang penumpang dan meneruskan perjalanan. Lebih kurang sejam kemudian, bas tiba di sebuah tempat yang tidak asing bagi Anis. Tempat yang Anis rindui. Perhentian bas Pekeliling. Dulu, masa Anis belajar di CFS IIUM, di sinilah tempatnya Anis akan sampai dari Temerloh. Kemudian, dari perhentian ini, Anis akan menaiki Monorel ke KL Central. Dari KL Central, Anis akan menaiki bas RapidKL ke CFS. Sungguh rindu kenangan kehidupan di sini. 




Bas berhenti hampir setengah jam di Pekeliling. Anis turun sekejap untuk membeli air Revive dan buah jambu batu. Dahaga dan agak lapar. Lagipun, sengaja nak memijak kaki di Pekeliling. Huhu. Di Pekeliling, ramai penumpang yang naik dan memenuhi bas. Perjalanan diteruskan ke Kuantan. Sepanjang perjalanan di sekitar Kuala Lumpur, Anis sempat lagi snap beberapa kali. Hehe. 

..dua menara..
Anis tiba di Kuantan lebih kurang jam 7 malam. Anis minta tolong kawan Anis yang dah lama Anis berkawan dengan dia sejak dari zaman CFS untuk menjemput Anis di Terminal Makmur, Kuantan. Nama dia Elyna. Kebetulan dia nak keluar dinner dengan seorang lagi kawan yang bernama Akma. Elyna ajak makan di Sara Thai Kitchen. 

Keesokkannya, 12 Nov, Anis keluar dinner pula bersama ex-roommates yang sama-sama study di IIUM Kuantan. Tetapi, selama 4 tahun ini, inilah kali pertama kitorang dapat menghabiskan masa bersama-sama. Kitorang mengambil keputusan untuk makan di Sara Thai Kitchen. Walaupun Anis baru je makan di Sara Thai semalam, tapi Anis tak kisah sebab makanan di Sara Thai memang sedap. Menu istimewa kitorang malam tu ialah ikan siakap stim halia. 

Nisa~Mima~Amy~Asilah
Balik-balik dari keluar makan, Anis bergegas pula ke meeting 'Interkulliyah Quiz' yang bakal diadakan di UIA Kuantan 3 minggu lagi sempena IIUM Kuantan Open Day (IKOD). Rupa-rupanya, Anis dilantik sebagai Treasurer untuk program tersebut. 

Pada hari Selasa, 13 Nov, Anis tak ada apa-apa aktiviti. Cuma duduk di bilik. Ibu call, tanya sama ada Anis balik ke tak. Bila Anis fikir-fikir, Anis membuat keputusan untuk tidak jadi balik sebab Anis rasa Anis ada banyak perkara yang perlu dilakukan di Kuantan ini. Pada malam itu pula, Anis ada meeting IAB SCIENCESS untuk program sempena Maal Hijrah.  

Pada 14 Nov, Anis ada kelas pada waktu pagi. Pada waktu petang, Anis mempunyai appointment dengan Kak Aimi, final year student dentistry untuk scaling gigi. Selesai scaling, gigi Anis terasa lebih bersih. Tiada lagi hitam-hitam pada gigi. Senyuman pun terasa lebih menawan. Huhu. Menurut Kak Aimi, appointment Anis seterusnya ialah 2 minggu lagi.  

Tiba-tiba, petang tu, Anis terasa nak berjoging. Anis pun mengajak Amy, ex-roomate Anis, untuk pergi berjoging ke Taman Tasik Bandar Kuantan. Macam-macam cerita dapat berkongsi dengan Amy petang tu. Sebenarnya, Anis memang suka sangat spend masa macam tu pada waktu petang dengan kawan-kawan. Sambil jalan-jalan, kita boleh borak-borak. Tapi, sekarang di Kuantan, Anis sangat jarang dapat buat macam tu sebab kekangan masa dan tak ramai kawan Anis yang berminat untuk berjalan-jalan di tasik pada waktu petang. Jadi, petang tu, Anis sangat seronoklah! Thanks to Amy! 

Anis tak lupa assignment film review movie 'An Inconvenient Truth' yang ditonton di IIUM Gombak Jumaat lalu. Jadi, Anis mula menyiapkan assignment itu sebab kena hantar pada hari Jumaat. Selain itu, Anis juga diamanahkan oleh Program Manager untuk program Bowling Tournament untuk menghantar proposal program tersebut selewat-lewatnya pada hari Jumaat.  

Anis nak share juga satu kisah. Kata orang, alat teknologi atau gajet akan merajuk kalau kita sebut nak tukar dengan yang baru. Anis adalah post di Facebook untuk minta pandangan orang tentang handphone Nokia 500 yang Anis rasa macam berminat nak pakai. Tak pasal-pasal, handphone yang Anis pakai sekarang buat hal. Geramnya rasa! Anis pun dah jadi dalam dilema untuk menukar handphone. Anis pun delete post berkenaan dan mula survey smartphone yang lain. Anis pun dah ajak adik Anis untuk keluar esok harinya untuk membeli handphone baru. 

Anis dan adik Anis ke Kuantan Parade. Tetapi, Anis dah bertukar fikiran. Anis tak survey Nokia 500 tapi Nokia Asha 311. Anis lebih berminat dengan Nokia Asha 311 sebab harganya lebih murah. Yalah, duit Anis bukannya banyak sangat. Di website Nokia, harga Nokia Asha 311 tu RM419. Adik Anis membantu Anis, dan harga yang paling murah kami dapat ialah RM360. Tapi, Anis masih rasa ragu-ragu sebab tahun depan, ada rebat untuk beli smartphone, kan? Jadi, adik Anis pun bagi cadangan. Anis jangan beli lagi dan tunggu sampai handphone yang Anis pakai sekarang betul-betul tak boleh guna. Anis pun setuju, Anis kata pada adik Anis, kita tunggu, kalau handphone ni rosak, kita terus beli Nokia Asha 311 dengan harga RM360. Apa lagi, tak jadi beli handphone, Anis shopping handbag dan blouse. Huhu. 

Tengahari tu pula, Anis dapat idea untuk singgah ke rumah bapa saudara kami di Gebeng. Alhamdulilah, mereka sekeluarga ada di rumah. Sebenarnya, Anis memang dah lama sangat tak jumpa mereka. Jadi, sengajalah pergi rumah mereka untuk berziarah dan bersembang. Lama juga duduk di rumah mereka, sampai petang. Sempat lagi tengok cerita 'Mann' di TV3.

Hari Ahad, iaitu semalam, Anis membuat soalan questionnaire untuk FYP Anis. Setelah bercuti seminggu, barulah ada peluang untuk buat FYP. Hehe. Alhamdulilah, dah siap semua soalan, cuma ada sedikit lagi bahagian yang belum siap. 

Afterall, Anis rasa sungguh gembira selama seminggu ini. Anis rasa hidup Anis sangat bermakna seminggu ini. Dapat pergi jalan-jalan, makan-makan dan dapat jumpa semua roommate-roommate semasa di PJ dulu. Alhamdulilah! 


p/s: Handphone Anis baik-baik saja lepas Anis tak jadi beli handphone baru. =P 


Cuti-Cuti Part I

Assalamualaikum..

Hari ini, berakhirlah sudah cuti Anis selama seminggu. Sebenarnya, Anis bukanlah cuti direct pun seminggu ini. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat yang lepas, Anis tak cuti pun, cuma tak ada kelas je pada hari Isnin dan Jumaat. So, kali ini Anis akan ceritakan aktiviti-aktiviti Anis sepanjang seminggu yang lalu. Are you ready?

Seperti yang Anis ceritakan dalam entry sebelum ini, Anis habis exam mid-sem pada 7 Nov yang lalu. Pada 9 Nov, Anis ada kelas macam biasa rasanya. Selesai kelas, Anis keluar dengan kawan Anis, Aidura ke Megamall, Kuantan. Tujuan keluar pada petang Khamis itu ialah sebab temankan Aidura tengok movie. Tajuk movie tu ialah "Silent Hill". Kalau adik-adik Anis tahu Anis tengok movie ni, mesti dorang jealous sebab dorang pun minat sangat dengan cerita "Silent Hill" ni. Untuk pengetahuan, kitorang lambat sikit masuk movie, movie start pukul 2.45pm. Tapi, pukul 3 pun, kitorang baru nak beli tiket. Tapi, oklah...cerita baru start! Best juga ceritanya, tapi Anis memang tak berapa minat tengok cerita seram suspens ni. Bila part yang ada makhluk hodoh tu, Anis kecikkan mata Anis. Tak sanggup nak tengok! Tengok sikit-sikit je. Huhu. 

Sebenarnya, Anis nak keluar sangat-sangat ke Megamall sebab Anis ada 3 agenda penting untuk dilaksanakan! Pertama, Anis nak cari bedak kompak Anis. Dari hari Isnin, Anis tak sapu bedak pada muka sebab bedak dah habis. Tak tahulah orang lain perasan ke tak. Anis pakai bedak apa, nak tau? Anis pakai Johnsons' Face Powder-White. Anis memang suka sangat pakai bedak ni, sebab sesuai dengan kulit muka Anis. Kedua, Anis nak cari beg yang sesuai untuk Anis travel. Akhirnya, Anis jumpa juga beg yang comel untuk Anis. Happy! Ketiga, yang Anis hampir-hampir lupa ialah menggantikan bateri jam tangan Anis. Yalah, nanti susah kalau pakai jam tangan yang tak berfungsi. So, petang itu terlaksanalah segala hajat Anis. 


Inilah beg travel yang dicari....comel tak?

Tetapi, Anis ada hajat yang lebih besar. Cuti yang mendatang ni, Anis berhajat untuk pergi bercuti. Entahlah, Anis pun tak tahu nak cakap bercuti ke apa, tapi Anis rasa lebih kepada membawa diri. Sebenarnya, pada hari Jumaat, 9 Nov, kelas Environment Anis kena pergi ke IIUM Main Campus, Gombak. Lecturer kitorang yang suruh datang sebab dia nak buat aktiviti untuk kitorang bersama student Law. Pada mulanya, ingatkan nak bertolak naik bas UIA malam Khamis, tapi nasiblah tak jadi, sebab Anis rasa penat sangat balik dari Megamall petang tu. Tapi, Anis dan kawan-kawan Anis perlu bertolak ke Gombak jam 4 pagi hari Jumaat menaiki kereta sendiri. 

Pagi Jumaat tu, Anis dan Izzah (roommate) bangun lebih kurang pukul 3 pagi untuk bersiap-siap ke Gombak. Kitorang berkonvoi 5 buah kereta. Kami bertolak pukul 4 pagi. Alhamdulilah, perjalanan kami selamat dan selamat sampai di Gombak jam 8 pagi. Kami berhenti sekejap di R&R Temerloh untuk solat subuh dan mengalas perut. Aktiviti di Gombak pada hari itu ialah 1 jam kelas dengan lecturer, Dr Maizatun. Kemudian, kitorang digroupkan dengan students Law untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Maizatun. Pada waktu petang, kitorang tonton movie yang bertajuk 'An Inconvenient Truth' yang menceritakan tentang masalah global warming. Menarik movie ni! Korang pun boleh cari dan download. Lepas itu, tonton sendiri. Movie ni Anis kena buat review pula, tapi kena hantar a week after. 




Malam tu, Dr. Maizatun jemput pula kitorang dinner di rumah beliau. Kitorang semua excited! Rumah beliau memang sangat luas dan selesa. Untungnya!. Menjadi inspirasi pula untuk memiliki rumah seumpama itu. Sangat kagum! 


..my Environmental Health friends..


Selain rumah, masakan pun sedap-sedap. Lagi-lagi baked macaroni. Hmm.. Anis ni, bukan jenis yang makan sangat makanan ala-ala western ni, tapi memang sedaplah. Tapi, Anis tak mampu nak makan banyak. Tak tambah pun, makan sikit je.



The best baked macaroni I've ever tasted!!

Balik dari rumah lecturer, Anis kembali semula ke IIUM Gombak. Anis bermalam di bilik ex-roommate Anis masa di CFS IIUM, PJ. Nama dia Azalia. Sejak berpisah di CFS, inilah kali pertama Anis bertemu lagi dengan dia. Alhamdulilah, Anis gembira sangat dapat berjumpa dia. Dulu, Anis ingat lagi yang Anis dan Lia selalu pergi talk (ceramah) sama-sama. Alhamdulilah, ukhuwah tu masih bertahan sehingga ke hari ini! Semoga Allah sentiasa memimpin kami. Amin.

Hari Sabtu, Anis menuju ke Putrajaya. Sebenarnya, Anis memang dah lama bercadang nak berjalan ke KL. Alhamdulilah, disebabkan trip ini, Anis tiba di KL. Kemudian, Anis juga teringin ke Putrajaya. Disebabkan ada trip ke Gombak, Anis pun membuat plan untuk pergi ke Putrajaya. Kawan baik Anis masa MRSM, Atiqah tinggal di Putrajaya. Anis pun tak sangka, ibu dan abah membenarkan Anis pergi ke Putrajaya seorang diri. Alhamdulilah, syukur diberikan kepercayaan. 

Anis ke KL Central menaiki LRT dari Gombak bersama dengan Hidayah a.k.a Doyok, kawan Anis sejak MRSM sampailah sekarang, sama kelas. Asalnya, Anis sepatutnya berseorangan saja. Syukur sekali lagi, sebab tiba-tiba Allah bagi teman. Semalam dah lewat balik dari rumah lecturer, jadi Doyok join Anis bermalam di bilik Azalia. Dia pun nak pergi KL Central, sebab nak pergi rumah kakak dia. Kemudian, kitorang berpisah di KL Central. Dia pergi menaiki Komuter manakala Anis menaiki ERL @ KLIA Transit untuk ke Putrajaya. 

Pengalaman pertama Anis menaiki ERL. Atiqah kata, ERL ni laju tapi mahal sikit. Tiket ke Putrajaya RM9.50 untuk seorang dewasa. Bagi Anis, oklah.. Tak adalah mahal sangat. Masa tiba di platform, Anis nampaklah ERL tu. Tapi, pintu dia semua tertutup. Dalam ERL tu, dah ada orang. Anis keliru juga, boleh masuk lagi ke tak ni? Sebab, Anis baca, ERL ni akan bertolak 5 minit lagi. Anis pun menuju ke ERL tersebut dan memilih gerabak yang kurang orang. Agak teragak-agak, macam mana nak masuk ni? Tiba-tiba, ada seorang pak cik tegur. Rasanya dia bekerja dengan ERL ni, sebab dia pakai uniform. Mungkin dia nampak Anis macam terpinga-pinga. Huhu. Anis pun jawab ringkas, "Nak masuk". Dia pun, menekan butang pada pintu untuk Anis. Pintu pun terbuka. Barulah Anis tahu, pintu ERL ni self-service. Masuk je dalam ERL, Anis terus keluarkan kamera dan mengambil gambar. Excited, first time naik ERL!! 










Kurang daripada setengah jam, Anis sampai di Putrajaya. 
Atiqah bawa Anis berjalan-jalan di sekitar Putrajaya. 






..Destinasi Idaman: Pullman Putrajaya Lakeside..
Antara banyak tempat di Putrajaya, Anis paling suka pergi Pullman Putrajaya Lakeside. Sangat cantik sebab reka cipta bangunannya berunsur tradisional. Anis terus berangan nak menetap di Pullman satu hari nanti. Best juga kalau ada lelaki budiman (bakal suami) yang sudi nak bawa Anis masuk resort ini nanti. Hehehe. 


Thursday, November 08, 2012

MID TERM 7

Assalamualaikum.


Tonight, I will write about my mid term examination which has started on last week, 30th October 2012 and finished today, 7th November 2012 at 9.45 pm. Alhamdulilah. Overall, Anis rasa okaylah Anis menjawab exam kali ini. Tak adalah rasa macam failure sangat even some paper, Anis langsung tak expect soalan yang lecturer tanya. 

Anis paling puas hati jawab exam Basic Environmental Laws sebab Anis yakin dengan semua jawapan yang Anis beri. Walaubagaimanapun, Anis agak kesuntukkan masa untuk menjawab 3 soalan esei dalam masa 1 jam 30 minit. Anis ambil masa lebih kurang 15 minit untuk memilih 3 daripada 5 soalan yang Anis ingin jawab dan untuk merangka jawapan Anis. Anis tahu apa yang nak ditulis tetapi masa kurang mencukupi untuk Anis merancang penulisan Anis dengan teratur. Hanya untuk soalan pertama Anis boleh jawab dengan teratur. Bagi soalan kedua dan ketiga, Anis terpaksa menulis apa-apa sahaja yang terlintas di dalam fikiran Anis. Tulisan pun menjadi cakar ayam. Anis target markah yang baik untuk exam Law sebab Anis dah buat yang terbaik, tetapi Anis risau sebab untuk soalan terakhir, Anis tak dapat berikan jawapan sepenuhnya disebabkan masa tak mencukupi. Soalan-soalan yang keluar antaranya ialah:
  • Definisi "inland water" dan tindakan-tindakan yang akan menyebabkan seseorang melakukan kesalahan dengan membuat atau menyebabkan pencemaran ke dalam "inland water" berdasarkan Seksyen 25 dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
  • Aspek environment dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
  • Nasihat kepada pemaju perumahan untuk melakukan pencemaran ke dalam loji kumbahan dan sistem perlesenan untuk loji kumbahan. (Seksyen 21 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 & Environmental Quality (Sewage) Regulations 2009)
  • Definisi "acceptable condition" dan perbezaan antara Standard A dan Standard B untuk Contravention Licence.   
Untuk exam Environmental Microbiology, Anis sudah membaca semua nota dan bersedia tetapi soalan yang diberi agak mencabar walaupun nampak mudah. Anis diberi soalan single choice answer (objective) dan true or false answer. Ada beberapa soalan yang Anis terkeliru dan beri jawapan yang salah. Kemudian, ada satu nota yang Anis kurang beri tumpuan untuk study sebab lecturer tak beri tumpuan semasa dalam kelas. Agak kurang berusaha, maka tak dapat jawab sangat bahagian true or false yang banyak tanya pasal topik dalam nota yang Anis kurang tumpukan perhatian. Sayang.. Untuk soalan esei pula, soalannya mudah tetapi soalan yang tak disangka-sangka yang keluar. Anis pun jawab apa yang Anis tahu sebab tak hafal sebiji-sebiji jawapan macam dalam nota. Atas sebab-sebab tertentu, lecturer Anis lebih prefer kami jawab sepertimana dalam nota sebab jawapannya tepat dan ringkas. Agak mendukacitakan sebab Anis memang tak mampu nak hafal semua perkataan satu demi satu. Kadang-kadang, Anis rasa topik itu tak best untuk ditanya, tetapi ditanya juga. Maka, Anis terpaksalah buat ayat sendiri. Itulah akibat pilih-pilih topik semasa study. Adik-adik, sila ambil pengajaran ye! Anis sebenarnya berniat sangat nak dapat A untuk subjek Environmental Microbiology ini sebab Anis tak pernah dapat A untuk Principles of Microbiology & Medical Microbiology. Anis rasa harapan Anis agak merudum disebabkan kurang puas hati jawab exam mid sem tetapi Anis tak mahu berputus asa. Anis perlu berusaha lebih untuk final exam supaya boleh dapat A juga. Anis sedar, Anis perlu ubah sikap Anis yang suka skip part-part nota atau topik yang Anis rasa tak menarik, tetapi lecturer sebenarnya akan tanya mana-mana sahaja part yang dia berminat. 

Exam yang ketiga ialah "Research Methodology". Expectation Anis untuk soalan yang akan ditanya dengan soalan exam sebenar sangat berbeza. Untuk soalan pertama, soalan esei 10 markah. Anis sangat tak tahu nak jawab soalan ini yang bertanyakan tentang perbezaan antara "scientific inquiry" dengan "non-scientific inquiry" dengan menghuraikan langakah-langkah untuk melakukan "scientific inquiry". Anis dah baca nota, tetapi Anis tak pasti apa sebenarnya jawapan yang perlu diberi, maka Anis mereka-cipta point-point Anis sendiri berdasarkan pemahaman Anis tentang "scientific inquiry". Tetapi, Anis tak yakin dengan jawapan yang Anis telah berikan. Dapat 1 atau 2 markah pun sudah bagus. Soalan bahagian kedua ialah soalan objective berkenaan characteristics of different study design iaitu Case Series, Ecological Study, Cross-sectional Study, Case-Control Study dan Cohort Study. Untuk bahagian kedua ini, Anis yakin sebab Anis memang baca nota bahagian ini. Bahagian ketiga pula ialah soalan nota ringkas (short note) berkenaan aspek-aspek dalam Research Ethics iaitu Autonomy, Anonymous, Consent, Public Accountability dan Beneficence. Anis kurang pasti maksud Autonomy dan Public Accountability tetapi Anis harap lecturer boleh terima jawapan Anis. InsyaAllah. 

Exam yang terakhir ialah Environmental Toxicology. Hanya masuk 3 topik sahaja iaitu Hazardous Waste, Air Pollution dan Soil Pollution. Exam ini dibuat sekali dengan kuiz. Soalan exam ada 5 soalan dan semua soalan perlu dijawab. Masa yang diberi hanya 1 jam. Kata lecturer, soalannya simple. Bagi Anis, soalannya boleh tahan, betul-betul menguji pengetahuan. Alhamdulilah, Anis rasa Anis boleh jawab tetapi tak tahulah bagaimana keputusannya nanti. Anis harap okaylah! 

Oleh itu, kesimpulan yang Anis nak buat di sini ialah menjadi seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda yang cemerlang bukan mudah. Usaha yang dilakukan perlu berterusan. Belajar mesti rajin dan konsisten. Persediaan untuk peperiksaan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh sebab soalan yang diberi biasanya di luar jangkaan kita. Mungkin inilah tahap peperiksaan universiti. Anis bersyukur, berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ini. Namun, Anis berasa sedikit kesal sebab Anis hanya tinggal lebih kurang 6 bulan sahaja lagi untuk bergelar seorang pelajar. Selepas ini, Anis belum tentu lagi berpeluang menjadi seorang pelajar universiti. Anis tahu, Anis akan merindui zaman belajar ini. Selepas ini, Anis harap Anis berpeluang lagi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anis ingin belajar dalam bidang yang Anis minati dan Anis ingin belajar dengan bersungguh-sungguh, dengan cemerlang. Anis ingin menebus semula kecuaian yang Anis telah lakukan dengan mengabaikan zaman belajar Anis yang indah ini dengan sesuatu yang kurang penting untuk Anis ambil berat sebagai seorang pelajar. Namun, tidak mengapa kerana pengalaman itu ialah guru yang terbaik. Anis sangat bersyukur. Alhamdulilah. 

Anis harap semoga kali ini Anis mendapat keputusan markah yang memuaskan seperti yang Anis usahakan. Anis doakan agar kita semua akan terus berusaha, belajar dengan bersungguh-sungguh selagi kita memegang amanah sebagai seorang pelajar. Belajar itu ialah satu pengalaman yang cukup indah buat sesiapa yang ikhlas menuntut ilmu. Ilmu itu sifatnya menerangi. Biarkanlah ilmu itu menerangi hidup kita dan orang-orang di sekeliling kita. InsyaAllah. Amin.