Sunday, October 28, 2012

Berlagak!

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, Anis telah selamat sampai di kampus untuk menyambung separuh lagi semester pertama tahun terakhir ini. Dua hari lagi, Anis akan memulakan exam mid-term untuk semester ini. Jadual exam Anis adalah seperti berikut:

30 Oct - Environmental Microbiology
2 Nov - Basic Environmental Laws
5 Nov - Research Methodology
7 Nov - Environmental Toxicology

Anis berharap sangat semoga semester ini Anis akan mendapat keputusan yang lebih baik berbanding semester-semester sebelum ini sebab Anis nak menaikkan CGPA Anis. Sekarang, CGPA Anis sedikit sahaja. Tak nak beritahu sebab nanti takut ada orang kata Anis berlagak pula..huhu

Sebut tentang 'berlagak' ni, Anis nak ceritakan sebuah kisah yang berlaku baru-baru ini yang Anis sendiri alami. Sebagai anak sulung, Anis memang suka mem'bebel' kepada adik-adik supaya mereka belajar dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan. Pada suatu petang, Anis menasihati adik bongsu Anis yang akan mengambil peperiksaaan  PMR tahun hadapan. Kisahnya, dia pernah masuk sekolah berasrama, tetapi atas sebab-sebab tertentu, dia telah pindah ke sekolah harian biasa. Anis tak kisah dia bersekolah di mana pun, tapi prestasi pembelajaran dia akhir-akhir ini kurang memberangsangkan. Disebabkan itulah, Anis mem'bebel'. Biasalah, adik lelaki....mana tahan kena 'bebel'. Tengah Anis syok-syok mem'bebel', tiba-tiba adik Anis berkata, "Berlagak..!", dalam nada yang perlahan sahaja. Terdiam sekejap Anis! Mungkin terkejut dengan ungkapan itu. Tapi, Anis tak ambil hati, cuma peristiwa itu telah membuatkan Anis berfikir mungkin selama ini memang Anis ada perasaan berlagak yang Anis sendiri tak sedar selama ini. Namun, Anis sedar sikap itu amatlah negatif dan tidak baik untuk diamalkan. Astaghfirullah al-azim...

Niat Anis sebenarnya, bukan untuk berlagak dengan adik-adik....untuk apa Anis berlagak dengan mereka? Tak untung langsung! Anis cumalah ingin mereka berubah sedikit supaya lebih rajin, konsisten dan fokus dalam pembelajaran. Mungkin Anis silap sebab Anis banyak sangat menggunakan contoh diri Anis sendiri. Yalah, kalau boleh, Anis mahu mereka mencontohi Anis. Sebagai anak sulung, Anis berharap adik-adik dapat mencontohi apa-apa yang baik daripada Anis. Tetapi Anis sudah silap. Menjadi contoh yang baik bukan bererti kita perlu memuji diri-sendiri dan menyuruh adik-adik mencontohi kita dengan memberitahu kita melakukan itu dan ini. Disebabkan itulah, Anis rasa adik-adik Anis mengatakan yang Anis berlagak. Mungkin, sebenarnya Anis sendiri kurang menunjukkan contoh yang baik itu, jadi adik-adik Anis fikir, Anis hanya cakap kosong dan berlagak. Memang agak sukar nak menunjukkan contoh yang baik itu sebab Anis bersekolah di asrama, jadi adik-adik tak dapat tengok macam mana cara Anis belajar, bersedia untuk peperiksaan dan menghadapi peperiksaan. Maklumlah, bila pulang ke rumah semasa cuti, Anis sedang bercuti. Jadi kurang belajar, adik-adik pun ikut yang kurang belajar itu. 

Jadi, Anis fikir tugas memberi motivasi dan menjadi contoh kepada orang lain, bukan mudah. Niat kita yang ikhlas boleh disalah-tafsirkan. Anis memang rasa tak sedap bila dikatakan berlagak oleh adik-adik tetapi Anis bersyukur sebab adik Anis jujur. Secara tak langsung, dia pula yang menyedarkan kesilapan Anis. Alhamdulilah..

Perasaan berlagak atau riak sangat bahaya jika terdapat dalam jiwa kita, dalam roh kita. Anis sangat takut bila perasaan itu bertakhta dalam jiwa ini. Oleh itu, Anis sangat memerlukan kawan-kawan yang sejati, yang sudi memberi ingatan dan nasihat seandainya diri ini melakukan kesalahan. Kadang-kadang, Anis fikir juga, Anis menulis blog ini banyak pasal diri Anis sendiri. Mungkin, ini tandanya riak, wallahua'lam.. Sebaliknya, Anis harap penulisan Anis di dalam blog ini dapat membuka minda pembaca, bersama-sama refleksi diri, mungkin apa yang Anis tulis, anda juga alami perkara yang sama. Jadi, jom kita fikir sama-sama.... 



~ Buang yang keruh, ambil yang jernih..~

Wednesday, October 17, 2012

Hoore! Hoore!

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, hari ini Anis lebih ceria berbanding beberapa hari yang lalu. Entahlah mengapa mood agak swing sikit dua, tiga hari lalu. Asyik rasa nak mengeluh saja. Jadi, Anis telah menghabiskan waktu dengan menonton beberapa buah filem untuk menggembirakan hati yang gundah-gulana. 

Semalam, Anis menonton sebuah filem tempatan yang Anis rasa berbeza daripada filem-filem yang cliche di Malaysia ni. Anis rasa sangat seronok menonton filem tersebut. Jalan ceritanya santai, ada banyak pengajaran, sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya remaja tanpa mengira kaum. Lebih utama, filem ini ialah sebuah filem muzikal, yang mendendangkan lagu-lagu arwah Sudirman. 



Tajuk filem ini ialah "Hoore! Hoore!" arahan Saw Teong Hin. Filem ini telah ditayangkan di pawagam sejak 24 Mei 2012. Antara barisan pelakon popular yang membintangi filem ini ialah Adibah Noor, Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi, Akim AF7, Kilafairy dan tak ketinggalan Pak Nil!! 

Sinopsis tentang filem ini boleh dibaca di sini. Pengajaran-pengajaran yang dibawa oleh filem ini ialah:

1. Keyakinan tentang diri-sendiri.

Dalam kisah ini, Aiman seorang gadis yang mempunyai tubuh badan yang gempal dan selalu diejek oleh kawan-kawan. Namun, neneknya selalu memberikan semangat dan nasihat supaya dia berkeyakinan pada dirinya sendiri. Sehinggakan neneknya menyokong Aiman untuk menyertai Pertandingan Ratu Idola sehingga ke peringkat akhir. Berkeyakinan terhadap diri sendiri ialah satu nilai yang perlu diamalkan oleh setiap remaja. Kita perlu berasa yakin dengan diri sendiri tanpa kita perlu menjadi orang lain. Tidak semestinya jika kita berbeza dengan orang lain, bermakna kita tidak bagus. Mungkin sebenarnya kita lebih baik daripada orang lain tapi kita sendiri yang gagal membuktikannya. 

2. Tidak melupakan asal-usul agama dan bangsa.

Tindakan Aiman menyertai Pertandingan Ratu Idola pada asalnya ditegah oleh ibunya kerana pada pendapat ibunya, perbuatan itu telah menjatuhkan maruah diri Aiman sendiri dan keluarga mereka. Tambahan pula, Aiman merupakan seorang gadis yang bertudung. Memang benar, menyertai pertandingan-pertandingan sebegitu sepatutnya tidaklah menjadi satu impian buat para remaja kerana dari sudut agama, kecantikan diri itu bukanlah sesuatu yang perlu dipertontonkan di khalayak ramai. Kecantikan diri yang dimiliki bukanlah untuk dipertandingkan kerana yang berhak untuk mendapat pujian atas kecantikan yang dimiliki tersebut hanyalah Pencipta Yang Maha Agung iaitu Allah SWT. Seharusnya, apabila kita dikurniakan rupa paras yang cantik dan tubuh badan yang sihat, kita bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulilah dan menjaga aset diri kita daripada menjadi tatapan orang ramai. Kenapa? Kerana bagi perempuan terutamanya, aset-aset tersebut ialah aurat yang wajib ditutup daripada pandangan orang lain. 

3. Menghormati ibu-bapa dan guru.

Dalam cerita ini, nilai ini menjadi tunjang dalam kehidupan Aiman dan Johari. Walaupun Aiman selalu buat hal, tetapi dia ialah seorang anak yang sangat akur dan baik kepada kedua ibu-bapanya. Begitu juga Johari. Walaupun Johari berbeza pendapat dengan ayahnya, namun dia tidak pernah memberontak dan bertindak kurang ajar dengan ayahnya. Macam mana dengan remaja hari ini? Adakah ibu-bapa dan guru dihormati atau sebaliknya? Seharusnya, sebagai anak, kita perlu menghormati ibu-bapa dan guru-guru agar kehidupan kita lebih diberkati. Ini kerana redha Allah bersama dengan redha ibu-bapa. Doa seorang ibu, bapa dan guru adalah antara doa-doa yang dimakbulkan oleh Allah. So, janganlah asyik nak memberontak. Apa pun nasihat yang diberi oleh ibu-bapa dan guru adalah semata-mata untuk kebaikan kita. 

4. Nilai persahabatan.

Dalam cerita ini, Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik iaitu Lana dan Azadan. Mereka selalu pergi ke sekolah bersama-sama dan segala suka-duka dikongsi bersama. Walaubagaimanapun, sejak Aiman menyertai Pertandingan Ratu Idola, Lana dan Azadan semakin menjauhkan diri daripadanya. Apabila Aiman cuba untuk menghubungi mereka, mereka tidak mahu menjawab panggilan Aiman dan tidak mahu bertemu Aiman. Kata nenek Aiman, kawan yang sejati itu tidak akan berubah walau apapun yang terjadi. Di saat-saat akhir ketika Aiman ingin memasuki pusingan akhir pertandingan selepas nenek Aiman telah meninggal, Lana dan Azadan meminta maaf daripada Aiman dan membantu Aiman untuk meneruskan perjuangannya di peringkat akhir.  

5. Menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Walaupun Johari memendam perasaan terhadap Aiman, namun dia tidak pernah mengajak Aiman untuk keluar berdua-duaan dan melakukan perbuatan yang sumbang. Hal ini selalu disalah erti oleh para remaja kerana terlalu mengikutkan perasaan dan terpengaruh dengan budaya sekeliling. Percintaan antara lelaki dan perempuan tidak perlu dibajai dengan perbuatan-perbuatan yang haram seperti berdua-duaan dan sebagainya. Sebaliknya, bagi lelaki, seandainya dia jatuh cinta kepada seorang gadis, seharusnya dia berusaha untuk memperbaiki diri dan mempersiapkan diri sebelum dirinya betul-betul layak untuk menjadi seorang suami kepada gadis yang disukainya. Bukan dengan menjatuhkan maruah gadis tersebut dengan membawanya ke mana sahaja tanpa mempunyai ikatan yang sah, apa lagi untuk menyentuhnya. Bagi si gadis pula, fikirlah dahulu tentang diri sendiri sebelum menerima cinta palsu lelaki yang hanya akan merenggut kesucian hati seorang gadis. Berilah cinta hanya kepada yang benar-benar berhak memilikinya iaitu seorang suami yang sah. 

Mungkin banyak lagi nilai-nilai lain yang boleh diambil pedoman melalui filem ini. Anis ingin menyarankan kepada semua kawan-kawan, adik-adik dan para remaja untuk menonton filem ini. Di samping itu juga, kita dapat mendengar semula lagu-lagu Sudirman yang sungguh mengusik jiwa. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah:

1. Bercanda Di Pasiran Pantai
2. Hoore! Hoore!
3. Pelangi Petang
4. Balik Kampung
5. Basikal Tua
6. Salam Terakhir
7. Anak Gembala
8. Kasih
9. Milik Siapakah Gadis Ini
10. One Thousand Million Smiles
11. Terasing
12. Ayah Dan Ibu
13. Merisik Khabar

Antara banyak-banyak lagu, Anis suka lagu yang no. 13 tu... Mungkin lagu ini bertepatan dengan perasaan Anis beberapa hari ini. *smile*

Merisik Khabar

terkapar-kapar ku kelemasan

sakit dilabung ombak kerinduan 

di dalam tidur di dalam jaga 

diburu oleh mimpi yang serupa 

mengapa aku jadi tidak menentu keranamu

ku menyusuri jalan berliku

membiarkan hari-hari berlalu

tiada salam tiada pesan

memaksa diri untuk melupakan

namun wajahmu bermain di mataku tiap waktu 

malamku suram siangku kelam

ku kegelisahan

mencari-cari ke mana pergi 

harga diri ini 

bertanyakan berita 

merisik khabar

mendengar cerita 

melaluinya kau kuhampiri tiap hari

bersama luka di hati

Wednesday, October 10, 2012

Final Year Best!

Assalamualaikum.

Jarang Anis menulis blog pada waktu malam. Malam ini, Anis ada kelas ganti iaitu kelas 'Environmental Microbiology'. Sedang lecturer mengajar, fikiran Anis melayang sekejap memikirkan yang Anis sangat berpuas hati dengan permulaan yang baik untuk tahun pengajian Anis yang terakhir di sini. Concentration yang Anis pilih ialah ENVIRONMENTAL HEALTH. Untuk pengetahuan, terdapat 3 concentration studies untuk Biomedical Science di IIUM Kuantan iaitu Clinical & Pharmaceutical Research (CPR), Environmental Health & Industrial Health. 

Sejak Anis belajar di CFS IIUM, Anis memang dah berazam untuk melanjutkan pengajian dalam concentration Clinical & Pharmaceutical Research di IIUM Kuantan. Anis memang berminat sangat sebab cita-cita Anis sebenarnya nak belajar Farmasi. Tetapi, bila dah belajar Biological Science, rasa tak berminat pula nak tukar course. Jadi, Anis teruskan dengan course Biological Science dan bercita-cita untuk belajar CPR sebab ada bunyi 'farmasiu' tu kan... dan cita-cita Anis itu tak pernah berubah sedikit pun selama hampir 5 tahun sehinggalah pada suatu hari, semasa pendaftaran subjek untuk first sem, final year dah boleh dibuat, Anis masih memilih CPR. Namun, beberapa hari selepas itu, Anis tiba-tiba terasa nak buka website SPA dan JPA. Tiba-tiba rasa nak survey peluang kerja. Entahlah bagaimana, Anis pun tak pasti, tapi hasil 'research' Anis pada hari itu telah membuatkan Anis ingin belajar lebih tentang alam sekitar. Dan di saat itu jugalah, hati Anis sebulat sekata nak tukar concentration. Maka, Anis pun tukarlah kepada Environmental Health. 

Eh, sebenarnya ada juga sebab yang kukuh kenapa Anis pilih concentration CPR tu mula-mula... Sebab masa Anis kecil-kecil dulu, Anis ada penyakit asma. Alhamdulilah, sekarang Anis bolehlah dikatakan dah sembuh hasil ikhtiar Abah mencari sejenis akar kayu untuk mengubati asma. Of courselah Abah bukan cari sendiri masuk hutan cari akar kayu tu, tapi beli, ada orang recommend rasanya. Memang mujarab akar kayu tu, dipanggil akar jerangau. Rasanya mestilah rasa macam herba, kayu. Tak sedap! Hasrat Anis, kalau belajar CPR mungkin Anis boleh belajar lebih mendalam tentang akar jerangau tersebut. Dalam CPR, ada belajar 'Herbal Medicine'. So, memang sesuailah dengan hasrat murni Anis kan? 

Tapi, lupakan sahaja...Anis terpaksa melupakan herba tu sementara waktu sebab Anis perlu juga memikirkan beberapa perkara lain yang lebih penting dan sesuai buat masa ini. Lagipun, dalam bidang apa-apa pun kita boleh berjaya, kan?! No worry! 

Memang, kalau nak fikir, Anis tak ada sebab nak tukar concentration tu kecuali sebab buka website SPA & JPA tu. Anis memang betul-betul mengikut kata hati. Allah memang dah takdirkan Anis belajar Environmental Health. Meski Anis tak tahu masa register dulu sama ada ok ke tak Anis tukar ni, tapi Allah lebih tahu yang sebenarnya bidang ini memang sangat kena dengan Anis. Alhamdulilah, Anis bersyukur sangat sebab Anis dapat rasakan sedikit demi sedikit yang Anis tak salah membuat keputusan. =)

Kenapa Anis happy and satisfied dengan concentration Environmental Health?

1) Lecturer best-best!! 

Environmental microbiology -- Lecturer from IIUM Kuantan. Dah 2 kali belajar dengan beliau sebelum ini, so dah tahu jenis soalan beliau, teaching style beliau, mudah nak adapt

Environmental toxicology -- Lecturer from UMP. Suara lantang. First class lagi dah beritahu soalan macam mana beliau akan tanya dalam exam. After kelas, beliau akan buat conclusion dan beritahu potential questions, so tak lost dalam kelas beliau dan tahu nak expect apa dalam quiz and exam

Basic environmental law -- Lecturer from IIUM Gombak. An experienced lecturer. Anis suka teaching style beliau. 

2) Classmate tak ramai! 

25 orang sahaja. Boleh duduk depan, more focus...boleh tatap muka lecturer sebiji-sebiji..hehe =)

3) Tak perlu belajar tentang manusia, boleh tak? 

Semuanya tentang environment. Even environment tu ada kaitan dengan manusia, it's ok. As long as tak belajar tentang manusia tu 100%. Manusia ni complicated, tahu? Entahlah, Anis memang 'allergic' sikit pasal manusia. Tak minat sangatlah, dari sekolah menengah lagi. Even Anis belajar ok, maksudnya markah exam tu ok, tapi ilmu tu tak pernah lekat dalam hati. Tak minat! =( Anis tak pernah pun teringin nak jadi doctor or nurse

4) Sebab Anis dah jatuh hati dengan Microbiology sejak praktikal di HOSHAS. 

Satu-satunya concentration yang offer subjek Microbiology. Sudah tentulah Anis suka! =)

5) Sebab dapat belajar melalui video conference dengan lecturer IIUM Gombak. 

Menarik!! First time dalam hidup... =) 

6) Everything is about environment...

Senanglah sikit nak study, antara satu subjek dengan subjek yang lain ada kaitan, boleh relate and sometimes they discuss the same thing. So, better understandinglah...best kan? =)


Anis berasa teruja sangat sebab tahun terakhir ini sangat menepati keperluan dan minat Anis. Berbanding semasa Anis dalam tahun kedua dan ketiga, Anis rasa kurang semangat nak belajar. Banyak faktor yang membuatkan Anis rasa begitu, tapi Anis malaslah nak cerita tentang faktor-faktor tu sekarang, nanti hilang mood happy ni! 

Okaylah, Anis mesti tidur dulu ni, dah mengantuk sangat-sangat, Pagi esok, nak practice untuk proposal presentation. InsyaAllah, Anis yakin semuanya akan berjalan lancar, Amin.. 


Monday, October 08, 2012

Proposal FYP II

Assalamualaikum.

Hari ini, Anis dapat tahu giliran Anis present proposal FYP iaitu pada 11 Oktober, 3 hari lagi. Alhamdulilah, syukur sebab masih ada lebih 2 hari lagi untuk praktis. Tetapi, cuak juga melihat nama examiner yang akan evaluate presentation Anis nanti. Salah seorang pensyarah tu, Anis kenal; pernah belajar dengan dia. Yang seorang lagi, nama dia pun first time Anis tengok tadi. Mudah-mudahan, presentation proposal Anis Khamis ini akan berjalan baik hendaknya. Amin... 

Sunday, October 07, 2012

Ibu, Abah faham...

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, Anis telah selamat kembali semula ke kampus tercinta pada waktu maghrib tadi. Seronok rasa dapat menatap wajah-wajah kesayangan; Ibu, Abah dan adik-adik. Walaupun hanya untuk 3 hari, cukuplah untuk mengubati rindu. Pasca pulang ke rumahku syurgaku di Temerloh, Anis berasa lebih gembira dan bersemangat. Kisahnya begini, Anis memang selalu berborak dengan Ibu apabila berada di rumah. Maklumlah, siapa lagi anak perempuan yang Ibu nak bersembang kalau bukan Anis. Anis tak mahu ceritakan secara detail apa yang Anis dan Ibu bualkan, tetapi apa yang Anis nak kongsikan ialah perasaan Anis. Anis tak sangka sebenarnya Ibu dan Abah mempunyai impian dan harapan yang sama dengan Anis. Pada hari itu, barulah Anis tahu yang sebenarnya Ibu dan Abah sangat memahami Anis. Anis sangat bersyukur sebab rupa-rupanya selama ini Ibu dan Abah selalu berdoa yang sama untuk kebahagiaan Anis. Tersipu-sipu Anis bila dengar pengakuan Ibu. Terima kasih, Ibu! Kaklong sangat tak sangka Ibu doakan macam itu juga. ^_^

Selama ini Anis adalah juga fikir yang mungkin Ibu dan Abah kadang-kadang tak faham apa yang Anis rasa, apa yang Anis mahu, atau apa yang Anis harapkan. Ternyata, semua itu hanyalah apa yang Anis bayangkan. Mustahil, ibu dan bapa kita yang sejak dari dalam kandungan ibu lagi, kita membesar di depan mata mereka, mereka tak tahu atau tak faham kita. Kadang-kadang, kita tak boleh terima pendapat mereka, sebab pendapat itu berbeza dengan pendapat kita yang tercetus daripada pemikiran kita yang masih mentah. Padahal, pendapat ibu bapalah yang terbaik! Dan ibu bapa berpendapat begitu kerana mereka sayangkan kita. Seharusnya, apabila ibu bapa memberi pendapat, kita dengar dan cuba terima. Kita harus bersyukur sebab kita ada ibu bapa yang sayangkan kita dan peduli tentang kita. Walaupun, memang pada awalnya kita susah nak terima sebab kita rasa kita lebih pandai daripada ibu bapa kita, namun kita kena ingat, bahawa ibu bapa kita lebih berpengalaman daripada kita.

Jadi, sekarang ini, Anis rasa lebih tenang. Anis dah tak perlu risau lagi. InsyaAllah, redha Allah memang bersama dengan redha ibu bapa. Minggu lepas, Anis ada berselisih faham dengan Ibu, tapi Anis cuba untuk bersabar dan menerima pendapat Ibu sebab Anis tak sanggup nak melawan Ibu. Syukur, alhamdulilah... Kepahitan yang Anis rasa minggu lepas, Allah dah gantikan dengan kemanisan.

Anis berdoa agar Allah selalu memimpin Anis supaya dekat denganNya, selalu mengingatiNya dan bersyukur di atas nikmat kurniaanNya. Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah....

Tuesday, October 02, 2012

Re-election + Proposal = ?

Assalamualaikum.

Selamat Pagi! Alhamdulilah, hari ini Anis rasa bertenaga dan bersemangat. Kawan-kawan tahu tak hari ini hari apa? Betul, hari ini hari Selasa. Dan hari ini juga ada dua perkara penting yang akan berlaku di sekeliling Anis. 

Pertama, pengundian semula calon SRC IIUM. Tetapi, Anis malas nak komen banyak tentang re-election ini. Apa yang Anis tahu Anis akan menjalankan sekali lagi tanggungjawab Anis sebagai pengundi. Rugi tak undi, itu hak kita!! =)

Kedua, sangat berkait rapat dengan diri Anis iaitu FYP Proposal. Iye, dah nak kena hantar hari ini... Alhamdulilah, Anis sudah berjaya menyiapkan proposal tersebut. Harapan Anis, agar proposal itu baik dan akan diterima dengan baik oleh examiner nanti. 10% tau proposal ni, kena buat betul-betul! Lagipun, proposal inilah framework FYP kita. Semoga dipermudahkan segala urusan... Khas buat kawan-kawan Biomedical Science, All The BEST to all of you! I believe we can do it, together! =)


Monday, October 01, 2012

Tragedi Oktober?

Assalamualaikum.

Selamat pagi! Minggu ini minggu keempat Anis di sem 7, IIUM. InsyaAllah, impian Anis ialah Anis ingin menumpukan perhatian sepenuhnya ke arah masa depan Anis sendiri. Anis ingin berjaya dalam pelajaran Anis dengan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.500 semasa Majlis Graduasi bulan 9 atau 10 tahun depan. Sekarang CGPA Anis tak sebanyak itu, tapi Anis yakin jika Anis berusaha dengan bersungguh-sungguh, Anis mampu mencapai CGPA yang Anis mahukan. Tambahan pula, Abah sendiri yang bercita-cita untuk melihat Anis menamatkan pengajian di IIUM dengan First Class Degree. Anis harap Anis tidak mengecewakan Abah nanti. Selama ini, Anis tak pernah mengecewakan Abah dalam pelajaran, sangat jarang. Anis harap kali ini Anis mampu memberikan hadiah yang terbaik untuk Abah, sebab ini adalah salah satu cara untuk Anis membalas jasa Abah.

Selain itu, Anis ingin mengubah penampilan Anis. Maksudnya, Anis ingin memberikan tumpuan yang lebih terhadap gaya dan penampilan Anis. Ini penting untuk memberi 'first impression' yang baik kepada orang lain. Anis mengaku ada suatu perkara dalam hidup Anis yang membuatkan Anis hampir putus asa, tetapi tidak sebenarnya. Anis takkan berputus asa sebab Anis yakin Allah selalu membantu hambaNya yang lemah dengan syarat kita selalu berdoa dan ingat pada Allah. Mungkin, beberapa masa yang lalu Anis ambil untuk berfikir, muhasabah dan menenangkan semula jiwa Anis. Anis malu juga, disebabkan peristiwa itu, hidup Anis agak terjejas. Namun, itulah pengalaman hidup yang Anis tak boleh beli di mana-mana. Pengalaman itu yang mendewasakan Anis. Jadi, selepas ini Anis akan lebih menumpukan perhatian terhadap penampilan Anis sendiri. Anis akan membelanjakan sedikit duit untuk tujuan itu. InsyaAllah.

Alhamdulilah, bersyukur sebab Allah masih bagi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. Harapan Anis agar usia yang diberi diberkati. Anis ingin menyambung hidup di atas muka bumi ini sebagai seorang manusia yang berbakti terutamanya kepada diri sendiri, ibu bapa, adik-adik, kaum keluarga, rakan-rakan dan orang lain yang memerlukan. Indahnya hidup apabila ada matlamat. Dan matlamat yang mutlak itu bukanlah pencapaian di dunia ini, tetapi kejayaan di akhirat kelak. Seperti yang Anis pernah tulis dalam blog yang dulu, Anis ingin menjadi seorang wanita yang solehah. Namun, bukan senang untuk menjadi seorang wanita solehah yang suci dan bersih hatinya. Kawan-kawan doakanlah agar Anis mampu menghadapi ujian dan membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah. Anis sangat ingin menjadi wanita solehah. Anis juga doakan kawan-kawan menjadi soleh dan solehah. Sungguh indah, tenang dan bahagia, InsyaAllah....


~Jika kau FIKIRKAN kau boleh, KAU BOLEH!!~