Wednesday, August 01, 2012

Saya sopan?

Assalamualaikum.

Semenjak mengaktifkan semula blog, Anis asyik berfikir nak tulis apa dalam blog. So, kali ini Anis nak share satu pepatah atau 'quotation' yang Anis ternampak di Facebook beberapa hari yang lalu. Anis rasakan 'quotation' ini sangat berkait rapat dengan diri Anis. Bunyinya macam ni:
"TREAT EVERYONE WITH POLITENESS, EVEN THOSE WHO ARE RUDE TO YOU, NOT BECAUSE THEY ARE NICE, BUT BECAUSE YOU ARE"
Sungguh nice kan 'quotation' ni?  Biarlah orang nak buat tak baik pada kita, tetapi kita mesti layan orang dengan kesopanan. Di bulan Ramadan yang mulia ini, memang teruji juga kesabaran dan kesopanan Anis disebabkan oleh beberapa individu. Namun, bila Anis terbaca dan memahami 'quotation' yang nice ni, terpujuk hati Anis untuk memaafkan orang lain dan melayan orang lain dengan baik meskipun Anis merasa sedikit tak puas hati dengan mereka.

Di samping itu, untuk menghibur hati Anis sendiri, Anis seronok kerana telah 3 kali mendapat gelaran 'paling sopan'. Kali pertama ialah semasa Anis Tingkatan 5, semasa jamuan gabungan 2 'homeroom'. Masa itu, Anis dinobatkan sebagai 'Ratu Sopan'. Kali kedua, Anis dapat hadiah "The Most Polite (Sister)" semasa Annual Grand Dinner batch Anis di IIUM Kuantan pada semester sebelum ini. Baru-baru ini pula, Anis dapat lagi gelaran paling sopan di kalangan pelajar-pelajar praktikal di Makmal Patologi, HOSHAS. InsyaAllah, selepas ini Anis berazam untuk mengekalkan kesopanan dan kesusilaan Anis. Terima kasih pada kawan-kawan atas penghargaan yang diberikan. Anis sangat gembira! =)

Itu sahajalah kali ini, Anis nak siapkan laporan mingguan praktikal di makmal Mikrobiologi. Lain kali, Anis akan ceritakan tentang pengalaman praktikal Anis. InsyaAllah...  

2 comments:

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)