Tuesday, July 31, 2012

Mula semula!

Assalamualaikum..

InsyaAllah, Anis rasa nak menanam semula minat untuk menulis di Blogspot.com ni... Blog ini masih menggunakan address yang sama dengan blog Anis sebelum ini, tapi blog ini Anis nak lebihkan kepada 'personal blog'. Sebab itulah, Anis namakan blog ini 'DIARI ANIS'. Anis akan menulis tentang apa-apa saja yang terlintas dan terpendam di lubuk jantung dan otak Anis tentang bermacam-macam perkara di masa akan datang. Anis bukanlah seorang penulis yang baik, tetapi Anis memang mempunyai minat yang sangat tinggi untuk menulis. Anis bercita-cita untuk menulis sebuah buku suatu hari nanti. Harap impian dan cita-cita Anis akan menjadi realiti, InsyaAllah. Sebelum itu, Anis ingin berlatih menulis dan mengasah bakat dengan menulis blog terlebih dahulu. Anis tak kisah pun samada ada orang atau tak yang membaca blog Anis. Cuma, Anis mengharapkan juga 'feedback' daripada kawan-kawan tentang gaya penulisan Anis. =)

1 comment:

  1. Cuba untuk berimaginasi dengan luar biasa serta melihat keadaan sekeliling dan cuba kaitkan dengan kehidupan, i.allah boleh jadi penulis macam Hilal Asyraf..=)

    Kongsikan apa sahaja yang baik..=)

    ReplyDelete

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)