Anis teringat baru-baru ni, masa tengah mengaji Al-Quran, terbaca ayat:
La Tahzan Innallaha Ma'anaMaksudnya, "Jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita".
Kadang-kadang Anis rasa sedih, disebabkan suatu peristiwa atau perkara yang tak mampu Anis nak ceritakan pada orang lain. Apa yang Anis rasa, biarlah hanya Allah yang tahu. Tetapi, bila teringat ayat tadi, barulah hilang sedikit rasa sedih di hati Anis ini. Sepanjang bulan Ramadan ini, Anis harap sangat agar doa Anis akan termakbul supaya lenyap masalah dan perasaan sedih di hati Anis ini. Anis yakin, Allah akan memakbulkan doa Anis. Sekiranya tidak pun, Anis percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Anis. InsyaAllah.
Kepada kawan-kawan yang berasa sedih, ingatlah selalu ayat ini. Sesungguhnya Allah selalu bersama dengan kita. Sekiranya ada apa-apa masalah, mengadulah kepadaNya. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. InsyaAllah, segala masalah akan selesai sekiranya kita ingat selalu kepada Allah. Senyumlah sikit...=)
No comments:
Post a Comment
Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)