Thursday, August 16, 2012

Monolog ~ Kehilangan


kehilangan seseorang yang disayangi membuatkan kita terasa sebak
setiap kali kita terkenang padanya
kenangan-kenangan manis bersamanya
seandainya diberi peluang sekali lagi
untuk bertemunya
alangkah gembira jiwa ini
terubat kerinduan
yang selama ini terpendam di lubuk sanubari

aku sayang dia
aku rindu dia
aku ingin bertemu dia lagi

semoga kehilangan ini hanyalah untuk sementara waktu
aku berharap tuhan akan 'pulang'kan dia
setelah dia dan aku menjadi lebih baik

semoga di sebalik kehilangan ini
terselit hikmah yang baik
mengajar aku untuk lebih sabar
mengajar aku supaya lebih matang
mendidik aku agar lebih berhati-hati

sungguh, aku tak mahu kehilangan dia
dia akan sentiasa 'ada' walau dia tiada di sisiku
tetapi aku lebih bahagia andai dia ada bersamaku
tuhan, tolonglah....


3 comments:

  1. "Tetapi aku bahagia andai dia ada bersamaku"

    Harapnya, bersama dengan ikatan suci perkahwinan mudah-mudahan. Tiada erti jika dia bersama kita, tetapi dalam erti kata seperti dulu; menuai kasih dan rindu tanpa hubungan yang halal bahkan ibarat menempah murka Allah sahaja.

    Naudzubillahi min dzaalik.

    Moga Allah permudahkan mujahdahmu dan mujahadahku jua. Jangan berharap pada apa dan siapa yang belum pasti. Istikhrahlah, yang ini benar-benar pasti. InsyaAllah!

    Andai tulisanmu di sini menenangkan hati, adulah kepada Dia tanpa menulis di sini insyaAllah, malah pasti dirimu akan menjadi jauh lebih tenang.

    InnAllaha ma'ana, my dear. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, syukran jazilan di atas peringatan dan nasihat.. Bukan niat untuk mengadu pada sesiapa selainNya, tetapi ada kalanya, hati yang kecil ini ingin meluahkan.. Harapan ingin bahagia itu sudah pastilah dalam hubungan yang diredhai.. Semoga Allah merahmatimu, wahai sahabat..

      Delete

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)