Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

::2012::Dalam Kenangan::

Assalamualaikum wbt.

Salam sejahtera!

Esok hari terakhir untuk tahun 2012. Seperti yang Anis janjikan dalam entry sebelum ini, Anis ingin recap atau mengenang kembali kenangan-kenangan manis yang berlaku sepanjang tahun 2012.

Sesungguhnya, tahun 2012 merupakan tahun yang agak bermakna buat Anis, di mana pada tahun ini Anis telah menjadi seorang yang lebih baik dan lebih matang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Buat pengetahuan, pada tahun ini, Anis berusia 23 tahun. Muda lagi... Apa yang istimewa pada tahun ini ialah tarikh lahir Anis membentuk nombor yang menarik iaitu 21.9.12. Anis sangat suka dengan susunan tarikh yang cantik ini!

Pada awal tahun 2012, Anis berada dalam semester kedua-tahun ketiga pengajian di IIUM Kuantan. Seingat Anis, semester itu tidak banyak sangat perkara yang membuatkan hidup Anis bahagia. Biasa-biasa sahaja. Namun, bermula pada bulan 9, Anis telah menjadi pelajar tahun terakhir di IIUM Kuantan. Seniorlah katakan! Itu bermakna, Anis akan grad pada tahun hadapan. Alhamdulilah, bagi Anis, semester inilah yang paling seronok buat Anis! Pelbagai kenangan-kenangan manis yang Anis alami dan akan ceritakan satu persatu selepas ini.

Pertama sekali, Anis bersyukur kerana Anis telah memilih concentration study 'Environmental Health'. Anis tidak menafikan concentration yang lain juga best, tetapi Anis rasa inilah concentration yang paling sesuai untuk Anis. Pada permulaan semester, Anis berharap sangat untuk menjadi cemerlang pada tahun terakhir di IIUM Kuantan untuk kepuasan diri Anis sendiri. Anis merasakan semangat dan harapan Anis semakin membara kerana 'Environmental Health' sangat sesuai dengan jiwa Anis. Anis tak rasa susah dan enjoy sangat belajar tentang environment. Anis yakin, kali ini Anis mampu buat yang terbaik untuk final exam semester ini. InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusan Anis!

Kedua, Anis gembira sebab 'best friend' Anis yang juga merupakan roommate Anis, Izzah juga mengambil concentration yang sama. Apa lagi yang lebih bahagia duduk berjauhan dengan keluarga, kalau bukan mempunyai seorang kawan, teman yang boleh diharap, boleh bekerjasama, serta boleh memberikan sokongan sebagai ganti kepada adik-beradik. Anis rasa sangat beruntung berkawan dengan Izzah! Terima kasih, Izzah! Anis mesti rindu kat Izzah nanti, sebab banyak sangat kenangan suka-duka bersama Izzah selama 4 tahun di Kuantan. Antara kejayaan yang paling besar bersama Izzah ialah sewaktu membuat assignment Basic Environmental Laws! Alhamdulilah, gandingan kami berdua membuahkan hasil yang memberangsangkan dan memuaskan! 

Pada tahun ini juga, Anis pergi melawat ke Putrajaya seorang diri, menjadi traveller. Sebelum ini, Anis tak pernah pergi mana-mana seorang diri kecuali jika ingin balik ke hostel daripada rumah atau sebaliknya. Seronok! First time Anis menaiki KLIA Transit. Pengalaman baru yang menarik! Sebenarnya, Anis pergi ke Putrajaya sebab bestfriend Anis masa di MRSM dulu, Atiqah, tinggal di sana. Dialah yang bawa Anis jalan-jalan di sekitar Putrajaya. Semester ini juga Anis dapat berjumpa semula roommate-roommate Anis semasa di CFS, IIUM dahulu. Setelah 4 tahun, baru dapat meluangkan sedikit waktu bersama mereka: Lia, Amy, dan Mima. 

Pada tahun ini juga, Anis menjalani latihan industri ketika short semester pada bulan Jun hingga Ogos. Apa yang seronok ialah, Anis dapat membuat latihan industri di Hospital Temerloh (HOSHAS) yang dekat dengan rumah Anis. Yang paling seronok, kawan-kawan Anis yang rapat dengan Anis iaitu Izzah dan Elyna juga buat praktikal di HOSHAS. Seronok dapat pergi 'kerja' dengan kawan-kawan sendiri. Anis duduk bersama dengan Izzah dan Elyna bersama 2 orang lagi kawan sekelas iaitu Akma dan Anis (eh, jangan konfius-nama sama) walaupun rumah family dekat. Jadi, inilah pertama kali Anis duduk rumah sendiri -- memasak dengan kawan-kawan dan sebagainya. Semasa praktikal di HOSHAS juga, Anis dapat mengenali kawan-kawan daripada IPT yang lain. Anis juga menempuh bulan puasa bersama kawan-kawan serumah. Ada kalanya, kami pergi ke bazar, ada kalanya, kami memasak, dan kadang-kadang kami beli di kafe Hospital. Anis juga dapat berjalan-jalan di Temerloh dan Mentakab bersama mereka. 

Semasa praktikal juga, Izzah pernah datang tidur ke rumah family Anis sebab Izzah orang Perlis, jauh sangat dia nak balik rumah dia. Jadi, dia ikut Anis balik rumah. Waktu itu, kami diberi cuti 4 hari. Best! Dapat tidur sebilik dan sekatil dengan Izzah. Anis kan anak perempuan tunggal, jadi sangat jarang tidur sekatil dengan orang lain. Sekali ada kawan, memang bahagia sangat rasanya! Dapatlah Izzah menikmati masakan Ibu Anis yang paling istimewa iaitu, Gulai Tempoyak Ikan Patin. Elyna, Akma dan Anis (kawan) pun pernah makan ikan patin di rumah Anis. Sedaaap! Kalau tak percaya, jemputlah datang rumah. Tapi, kena beritahu Anis terlebih dahulu, tau! 

Sebagai pelajar tahun akhir, Anis perlu buat Final Year Project (FYP). Anis masih ingat peristiwa semasa Anis dan kawan-kawan perlu memilih supervisor dan tajuk FYP kami. Untuk FYP, Anis kurang berminat untuk membuat eksperimen di dalam makmal sebab Anis kurang mahir. Sebaliknya, Anis lebih berminat untuk melakukan survey atau kajian penduduk. Anis memang suka subjek Epidemiology dan Biostatistics. Salah seorang lecturer yang mahir dalam bidang ini ialah Dr. Nor Azlina A. Rahman. Jadi, Anis memang nak sangat buat FYP dengan beliau. Anis siap buat solat hajat lagi supaya berjaya mendapatkan beliau sebagai supervisor

Pada hari senarai tajuk FYP dikeluarkan, Anis dan kawan-kawan terlewat sedikit pergi ke Kulliyyah. Kami sudah risau jika orang lain sudah memilih tajuk-tajuk dan supervisor-supervisor yang best-best. Ada sesetengah student yang menunggu di hadapan Office Department untuk berebut tajuk FYP sejak awal lagi. Namun, kata orang, takkan lari gunung dikejar! Setibanya kami di Department, Anis lihat sudah ramai kawan-kawan yang berlonggok di hadapan office. Tiba-tiba, seorang lecturer datang dan berkata, "Kamu semua buat apa di sini? Senarai tu ada di sebelah sana." Sebaik mendengar lecturer tersebut berkata demikian, semua orang berlari menuju ke board yang di sebelah sana. Anis bersyukur sangat sebab Anis berada di belakang tadi, tapi bila berpusing, Anis antara yang pertama! Anis terus menuju ke board tersebut dan Anis terus nampak nama Dr. Azlina. Anis membaca senarai tajuk di bawah nama beliau, dan salah satunya ialah denggi. Alhamdulilah! Anis memang sangat berminat dengan denggi. Maka, tanpa lengah sambil bertahan daripada asakan manusia lain di belakang Anis, Anis terus sign di sebelah tajuk tersebut. Anis memang sungguh berpuas hati mendapat supervisor dan tajuk yang Anis suka. Yahoo! 

Pada tahun ini juga, Anis, buat kali pertamanya menang giveaway. Anis tak pernah pun menyertai mana-mana giveaway sebelum ini. Tapi, kali pertama Anis menyertai, tidak sangka Anis berjaya. Memang bersyukur, sebab tahun ini Anis banyak kali bernasib baik. Alhamdulilah, bersyukur sangat atas segala nikmat yang Allah beri. ^_^

Buat pertama kalinya juga dalam hidup Anis, Anis bermekap! Anis sendiri macam tak percaya. Tetapi, Anis memang teringin sangat untuk melihat muka Anis setelah dimekapkan. Hihi. Jurumekap Anis ialah Ika, kawan sekelas Anis. Mula-mula Anis tengok cermin lepas mekap, Anis tak kenal muka sendiri. Tapi, Anis berpuas hati sebab Ika memang pandai mekapkan. Anis rasa keyakinan diri Anis lebih tinggi selepas itu. Mungkin Anis ingin belajar untuk bermekap selepas ini dengan niat untuk kelihatan lebih matang, menarik dan berkeyakinan. Namun, Anis masih tidak berminat dengan mekap yang tebal dan melampau. Cukuplah sekadar yang natural dan sederhana. =)

Tahun 2012, Anis rasa Anis telah menjadi seorang yang lebih yakin dengan diri sendiri. Anis sentiasa mahu menjadi lebih baik. Anis ingin menjadi seorang yang berjaya, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat kelak. Anis ingin menyeimbangkan usaha Anis untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah!

Azam tahun 2013 Anis sudah semestinya untuk menjadi wanita yang lebih baik dan berjaya. Anis berharap, Anis akan grad dengan cemerlang. Anis juga ingin menghasilkan thesis yang terbaik! Anis ingin menyiapkan FYP Anis pada masanya. Anis juga berharap akan bertemu dengan jejaka budiman yang sudi menerima Anis seadanya. Anis ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah mempermudahkan... =) 

p/s: Blog ini juga adalah sesuatu yang istimewa berlaku pada tahun ini. Diari Anis telah mula ditulis sejak 31 Julai 2012! Syukur, Alhamdulilah! 

Jumpa lagi tahun hadapan! InsyaAllah... ^_^

Monday, November 19, 2012

Cuti-Cuti Part II


Setelah menghabiskan masa selama 2 hari di Putrajaya, Anis bertolak pulang ke Kuantan dengan menaiki bas Transnasional dari Putrajaya. Tiket bas bernilai RM 26.00. Sebelum bertolak ke Gombak lagi, Anis dah minta tolong Atiqah carikan tiket sebab risau tak ada tiket nak balik. Maklumlah, musim cuti sekolah. Tambahan pula, perayaan Deepavali yang bakal menjelang pada 13 Nov. Pada mulanya, Anis suruh Atiqah cari tiket ke Temerloh sebab Anis bercadang nak balik ke Temerloh dulu. Kemudian, baru Anis akan balik ke Kuantan sebab hari Rabu Anis ada kelas. Lagipun, Anis dah lama tak naik bas seorang diri jauh-jauh sejak kejadian accident yang lalu. Anis risau, kalau-kalau Anis masih trauma. Tetapi, tidak ada bas ekpress yang menuju ke Temerloh. Yang ada, hanyalah ke Kuantan. Jadi, Anis menekadkan hati dan meminta Atiqah membeli tiket bas ke Kuantan. 

Semasa di Putrajaya, tidak ramai yang menaiki bas tersebut. Hanya 5 orang penumpang sahaja. Kemudian, bas berhenti di Puchong untuk mengambil beberapa orang penumpang dan meneruskan perjalanan. Lebih kurang sejam kemudian, bas tiba di sebuah tempat yang tidak asing bagi Anis. Tempat yang Anis rindui. Perhentian bas Pekeliling. Dulu, masa Anis belajar di CFS IIUM, di sinilah tempatnya Anis akan sampai dari Temerloh. Kemudian, dari perhentian ini, Anis akan menaiki Monorel ke KL Central. Dari KL Central, Anis akan menaiki bas RapidKL ke CFS. Sungguh rindu kenangan kehidupan di sini. 




Bas berhenti hampir setengah jam di Pekeliling. Anis turun sekejap untuk membeli air Revive dan buah jambu batu. Dahaga dan agak lapar. Lagipun, sengaja nak memijak kaki di Pekeliling. Huhu. Di Pekeliling, ramai penumpang yang naik dan memenuhi bas. Perjalanan diteruskan ke Kuantan. Sepanjang perjalanan di sekitar Kuala Lumpur, Anis sempat lagi snap beberapa kali. Hehe. 

..dua menara..
Anis tiba di Kuantan lebih kurang jam 7 malam. Anis minta tolong kawan Anis yang dah lama Anis berkawan dengan dia sejak dari zaman CFS untuk menjemput Anis di Terminal Makmur, Kuantan. Nama dia Elyna. Kebetulan dia nak keluar dinner dengan seorang lagi kawan yang bernama Akma. Elyna ajak makan di Sara Thai Kitchen. 

Keesokkannya, 12 Nov, Anis keluar dinner pula bersama ex-roommates yang sama-sama study di IIUM Kuantan. Tetapi, selama 4 tahun ini, inilah kali pertama kitorang dapat menghabiskan masa bersama-sama. Kitorang mengambil keputusan untuk makan di Sara Thai Kitchen. Walaupun Anis baru je makan di Sara Thai semalam, tapi Anis tak kisah sebab makanan di Sara Thai memang sedap. Menu istimewa kitorang malam tu ialah ikan siakap stim halia. 

Nisa~Mima~Amy~Asilah
Balik-balik dari keluar makan, Anis bergegas pula ke meeting 'Interkulliyah Quiz' yang bakal diadakan di UIA Kuantan 3 minggu lagi sempena IIUM Kuantan Open Day (IKOD). Rupa-rupanya, Anis dilantik sebagai Treasurer untuk program tersebut. 

Pada hari Selasa, 13 Nov, Anis tak ada apa-apa aktiviti. Cuma duduk di bilik. Ibu call, tanya sama ada Anis balik ke tak. Bila Anis fikir-fikir, Anis membuat keputusan untuk tidak jadi balik sebab Anis rasa Anis ada banyak perkara yang perlu dilakukan di Kuantan ini. Pada malam itu pula, Anis ada meeting IAB SCIENCESS untuk program sempena Maal Hijrah.  

Pada 14 Nov, Anis ada kelas pada waktu pagi. Pada waktu petang, Anis mempunyai appointment dengan Kak Aimi, final year student dentistry untuk scaling gigi. Selesai scaling, gigi Anis terasa lebih bersih. Tiada lagi hitam-hitam pada gigi. Senyuman pun terasa lebih menawan. Huhu. Menurut Kak Aimi, appointment Anis seterusnya ialah 2 minggu lagi.  

Tiba-tiba, petang tu, Anis terasa nak berjoging. Anis pun mengajak Amy, ex-roomate Anis, untuk pergi berjoging ke Taman Tasik Bandar Kuantan. Macam-macam cerita dapat berkongsi dengan Amy petang tu. Sebenarnya, Anis memang suka sangat spend masa macam tu pada waktu petang dengan kawan-kawan. Sambil jalan-jalan, kita boleh borak-borak. Tapi, sekarang di Kuantan, Anis sangat jarang dapat buat macam tu sebab kekangan masa dan tak ramai kawan Anis yang berminat untuk berjalan-jalan di tasik pada waktu petang. Jadi, petang tu, Anis sangat seronoklah! Thanks to Amy! 

Anis tak lupa assignment film review movie 'An Inconvenient Truth' yang ditonton di IIUM Gombak Jumaat lalu. Jadi, Anis mula menyiapkan assignment itu sebab kena hantar pada hari Jumaat. Selain itu, Anis juga diamanahkan oleh Program Manager untuk program Bowling Tournament untuk menghantar proposal program tersebut selewat-lewatnya pada hari Jumaat.  

Anis nak share juga satu kisah. Kata orang, alat teknologi atau gajet akan merajuk kalau kita sebut nak tukar dengan yang baru. Anis adalah post di Facebook untuk minta pandangan orang tentang handphone Nokia 500 yang Anis rasa macam berminat nak pakai. Tak pasal-pasal, handphone yang Anis pakai sekarang buat hal. Geramnya rasa! Anis pun dah jadi dalam dilema untuk menukar handphone. Anis pun delete post berkenaan dan mula survey smartphone yang lain. Anis pun dah ajak adik Anis untuk keluar esok harinya untuk membeli handphone baru. 

Anis dan adik Anis ke Kuantan Parade. Tetapi, Anis dah bertukar fikiran. Anis tak survey Nokia 500 tapi Nokia Asha 311. Anis lebih berminat dengan Nokia Asha 311 sebab harganya lebih murah. Yalah, duit Anis bukannya banyak sangat. Di website Nokia, harga Nokia Asha 311 tu RM419. Adik Anis membantu Anis, dan harga yang paling murah kami dapat ialah RM360. Tapi, Anis masih rasa ragu-ragu sebab tahun depan, ada rebat untuk beli smartphone, kan? Jadi, adik Anis pun bagi cadangan. Anis jangan beli lagi dan tunggu sampai handphone yang Anis pakai sekarang betul-betul tak boleh guna. Anis pun setuju, Anis kata pada adik Anis, kita tunggu, kalau handphone ni rosak, kita terus beli Nokia Asha 311 dengan harga RM360. Apa lagi, tak jadi beli handphone, Anis shopping handbag dan blouse. Huhu. 

Tengahari tu pula, Anis dapat idea untuk singgah ke rumah bapa saudara kami di Gebeng. Alhamdulilah, mereka sekeluarga ada di rumah. Sebenarnya, Anis memang dah lama sangat tak jumpa mereka. Jadi, sengajalah pergi rumah mereka untuk berziarah dan bersembang. Lama juga duduk di rumah mereka, sampai petang. Sempat lagi tengok cerita 'Mann' di TV3.

Hari Ahad, iaitu semalam, Anis membuat soalan questionnaire untuk FYP Anis. Setelah bercuti seminggu, barulah ada peluang untuk buat FYP. Hehe. Alhamdulilah, dah siap semua soalan, cuma ada sedikit lagi bahagian yang belum siap. 

Afterall, Anis rasa sungguh gembira selama seminggu ini. Anis rasa hidup Anis sangat bermakna seminggu ini. Dapat pergi jalan-jalan, makan-makan dan dapat jumpa semua roommate-roommate semasa di PJ dulu. Alhamdulilah! 


p/s: Handphone Anis baik-baik saja lepas Anis tak jadi beli handphone baru. =P 


Sunday, October 07, 2012

Ibu, Abah faham...

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, Anis telah selamat kembali semula ke kampus tercinta pada waktu maghrib tadi. Seronok rasa dapat menatap wajah-wajah kesayangan; Ibu, Abah dan adik-adik. Walaupun hanya untuk 3 hari, cukuplah untuk mengubati rindu. Pasca pulang ke rumahku syurgaku di Temerloh, Anis berasa lebih gembira dan bersemangat. Kisahnya begini, Anis memang selalu berborak dengan Ibu apabila berada di rumah. Maklumlah, siapa lagi anak perempuan yang Ibu nak bersembang kalau bukan Anis. Anis tak mahu ceritakan secara detail apa yang Anis dan Ibu bualkan, tetapi apa yang Anis nak kongsikan ialah perasaan Anis. Anis tak sangka sebenarnya Ibu dan Abah mempunyai impian dan harapan yang sama dengan Anis. Pada hari itu, barulah Anis tahu yang sebenarnya Ibu dan Abah sangat memahami Anis. Anis sangat bersyukur sebab rupa-rupanya selama ini Ibu dan Abah selalu berdoa yang sama untuk kebahagiaan Anis. Tersipu-sipu Anis bila dengar pengakuan Ibu. Terima kasih, Ibu! Kaklong sangat tak sangka Ibu doakan macam itu juga. ^_^

Selama ini Anis adalah juga fikir yang mungkin Ibu dan Abah kadang-kadang tak faham apa yang Anis rasa, apa yang Anis mahu, atau apa yang Anis harapkan. Ternyata, semua itu hanyalah apa yang Anis bayangkan. Mustahil, ibu dan bapa kita yang sejak dari dalam kandungan ibu lagi, kita membesar di depan mata mereka, mereka tak tahu atau tak faham kita. Kadang-kadang, kita tak boleh terima pendapat mereka, sebab pendapat itu berbeza dengan pendapat kita yang tercetus daripada pemikiran kita yang masih mentah. Padahal, pendapat ibu bapalah yang terbaik! Dan ibu bapa berpendapat begitu kerana mereka sayangkan kita. Seharusnya, apabila ibu bapa memberi pendapat, kita dengar dan cuba terima. Kita harus bersyukur sebab kita ada ibu bapa yang sayangkan kita dan peduli tentang kita. Walaupun, memang pada awalnya kita susah nak terima sebab kita rasa kita lebih pandai daripada ibu bapa kita, namun kita kena ingat, bahawa ibu bapa kita lebih berpengalaman daripada kita.

Jadi, sekarang ini, Anis rasa lebih tenang. Anis dah tak perlu risau lagi. InsyaAllah, redha Allah memang bersama dengan redha ibu bapa. Minggu lepas, Anis ada berselisih faham dengan Ibu, tapi Anis cuba untuk bersabar dan menerima pendapat Ibu sebab Anis tak sanggup nak melawan Ibu. Syukur, alhamdulilah... Kepahitan yang Anis rasa minggu lepas, Allah dah gantikan dengan kemanisan.

Anis berdoa agar Allah selalu memimpin Anis supaya dekat denganNya, selalu mengingatiNya dan bersyukur di atas nikmat kurniaanNya. Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah....

Thursday, August 16, 2012

Monolog ~ Kehilangan


kehilangan seseorang yang disayangi membuatkan kita terasa sebak
setiap kali kita terkenang padanya
kenangan-kenangan manis bersamanya
seandainya diberi peluang sekali lagi
untuk bertemunya
alangkah gembira jiwa ini
terubat kerinduan
yang selama ini terpendam di lubuk sanubari

aku sayang dia
aku rindu dia
aku ingin bertemu dia lagi

semoga kehilangan ini hanyalah untuk sementara waktu
aku berharap tuhan akan 'pulang'kan dia
setelah dia dan aku menjadi lebih baik

semoga di sebalik kehilangan ini
terselit hikmah yang baik
mengajar aku untuk lebih sabar
mengajar aku supaya lebih matang
mendidik aku agar lebih berhati-hati

sungguh, aku tak mahu kehilangan dia
dia akan sentiasa 'ada' walau dia tiada di sisiku
tetapi aku lebih bahagia andai dia ada bersamaku
tuhan, tolonglah....