Showing posts with label matlamat. Show all posts
Showing posts with label matlamat. Show all posts

Tuesday, March 03, 2015

2015: Better me, InsyaaAllah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini adalah tulisan Anis yang pertama untuk tahun 2015. Sekarang, dah masuk hari ketiga bulan ketiga untuk tahun ini. Anis sudah menjadi seorang isteri selama 4 bulan lebih dan masih lagi seorang pelajar Sarjana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan. Alhamdulilah...

Selama beberapa bulan sebelum ini, selepas perkahwinan Anis, bermacam-macam suka-duka yang Anis tempuhi. Anis melancong ke Guilin, China sempena honeymoon dengan suami tercinta... Anis mengalami banjir buat pertama kali di rumah ibu-bapa Anis di Temerloh... Anis berpindah ke USM Kubang Kerian... Anis menghadapi krisis dan hampir-hampir tewas meneruskan pengajian Anis... 

Namun, Anis sangat bersyukur kerana pengalaman-pengalaman itu sungguh bermakna bagi diri Anis. Apatah lagi, sekarang Anis sudah mempunyai teman hidup yang sangat baik hati dan memahami serta banyak memberi sokongan kepada Anis. Harapannya, selepas ini, Anis akan terus tabah menghadapi kehidupan yang semakin mencabar bersama suami yang sentiasa di hati.

Sebenarnya, banyak yang Anis ingin ceritakan tentang semua peristiwa yang berlaku dalam hidup Anis selama beberapa bulan kebelakangan ini. Tetapi, tiada masa yang secukupnya untuk itu buat masa sekarang. Bergelar siswi & isteri dalam masa yang sama memang menuntut kemahiran menguruskan masa dengan baik. Masih banyak yang Anis perlu pelajari & perbaiki untuk menjadi yang lebih baik. 

Anis sangat berharap, semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu... Amin..... 

Azam Anis 2015:

  • Menyiapkan kajian untuk Master.
  • Mula menulis thesis.
  • Mengamalkan diet yang sihat.
  • Membiasakan amalan Qiamulail dan solat sunat Dhuha.
  • Tilawah & Tadabur Al-Quran (sehari 1 muka).
  • Menjadi seorang yang efektif dan bijak menguruskan masa.


Monday, September 22, 2014

21.09.2014: 25 Years Journey.

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Alhamdulilah, semalam 21 September, tarikh ulangtahun kelahiranku yang kedua puluh lima. Tahun terakhir aku bergelar anak dara. Tak lama lagi, dengan izin Ilahi, aku akan menjadi ratu hidup insan teristimewa dalam hidupku. 

Aku berazam menjadi lebih baik. Wanita yang lebih baik, anak perempuan yang lebih baik, pelajar yang lebih baik, hamba Allah yang lebih baik. Aku ingin menjadi isteri yang terbaik, ibu yang terbaik, anak perempuan yang terbaik, menantu yang terbaik, pelajar yang terbaik, pekerja yang terbaik, wanita yang terbaik, hamba Allah yang terbaik. 

Mungkin mustahil, tetapi itulah azamku. "Shoot for the Moon, if you fall, you fall among the Stars."

Hari ini, aku masih lagi merasakan yang diriku tidak sempurna. Aku tidak suka dengan kekurangan diriku. Tapi, siapalah aku? Aku hanyalah seorang hamba. Yang Maha Sempurna, cuma Dia.   

Aku teringat pada sebuah lagu, bertajuk "STAY THE SAME".

Don't U ever wish,
U were someone else,
U were meant to be,
The way U are exactly.

Don't U ever say,
U don't like the way U are,
When U learn to love yourself,
U're better off by far.

& I hope U always stay,
The same,
because there's nothing about U,
I would change.

I think that U could be,
whatever U wanted to be,
if U could realize,
all the dreams U have inside.

Don't be afraid,
If U've got something to say,
Just open up your heart,
& let it show U the way.

Believe in Urself,
Reach down inside,
The love U find,
will set U free.

Believe in Urself,
U will come alive,
Have faith in what U do,
U'll make it through.

I have gone through 25 years journey of life. Hoping that I'll make another 25 years at least. With my parents, my sweetheart, & my family by my side.....it is not impossible! 

I know, I can do it!!

I Believe in ME!

Self-note by Anisa Nasida... 

Wednesday, November 27, 2013

Here I come Again!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sudah lama Anis tak menulis blog ni. Selama ini, Anis tidak berpeluang untuk menulis blog sejak tamat pengajian di UIA. Macam-macam perkara yang berlaku dalam masa hampir 6 bulan Anis bergelar seorang penganggur. Alhamdulilah, kehidupan Anis sebagai seorang penganggur tidaklah begitu sia-sia. Setelah Anis tamat final exam dan menghantar thesis pada akhir bulan Jun lepas, Anis membantu Ibu dan Abah untuk menjaga adik-adik di rumah. Anis tiada adik-adik yang masih kecil -yang bongsu berusia 15 tahun dan yang kedua bongsu berusia 17 tahun. Disebabkan kedua-dua mereka menduduki peperiksaan PMR dan SPM masing-masing pada tahun ini, maka Anis dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi guardian mereka.

Walaupun Anis tidak berpeluang untuk bekerja pada waktu tersebut, tetapi Anis happy sebab inilah masanya Anis boleh duduk di rumah sepenuh masa bersama dengan adik-adik untuk mengeratkan lagi hubungan kami. Malah, hubungan Anis dengan Wan serta saudara-mara yang lain juga menjadi lebih rapat lagi. Semasa Anis belajar, Anis banyak berada di sekolah, asrama dan kampus yang menyebabkan Anis jarang dapat bertemu dengan sanak-saudara. Ada juga ketikanya Anis berasa bosan duduk di rumah, namun semuanya hanya sementara dan terubat apabila dapat menatap wajah Ibu dan Abah setiap hujung minggu. Keluar hujung minggu bersama Ibu dan Abah juga telah menjadi rutin hidup Anis sebagai penganggur ini.

Selama Anis duduk di rumah, hobi Anis ialah menonton TV. Setelah selesai Anis melakukan kerja rumah dan memasak, Anis akan menonton TV. Salah satu channel yang menjadi tontonan dan favorite Anis setiap hari ialah Life Inspired HD (Astro 728). Adik Anis, Asri yang memperkenalkan channel ini kepada Anis. Katanya, channel ni sesuai untuk Anis dan sungguh benar kata-katanya. Tak sangka sebenarnya dia sangat memahami keperluan Anis! Channel Life Inspired HD ni memang menjadi favourite Anis sebab banyak yang Anis belajar tentang lifestyle daripada channel ni. Anis belajar tentang decoration rumah, senaman, tips-tips kesihatan, holiday spots dan macam-macam lagi. Channel ini memang sesuai sangat untuk wanita muda seperti Anis sebab banyak tips dan info yang boleh dipelajari sebagai persediaan sebelum menjadi seorang surirumah yang berkerjaya. Huhu.

Selain daripada rancangan-rancangan di Life Inspired HD, Anis ada juga layan beberapa drama iaitu Misiku Kuza, Si Miskin dan Si Kaya dan tak ketinggalan, Love You Mr. Arrogant. Anis memang paling suka tengok Love You Mr. Arrogant sebab pelakon cantik-cantik, collection pakaian artis pun cantik, rumah Mr. Arrogant yang dia belikan untuk Zara pun sangat awesome! Anis sempat berangan tau, nak miliki rumah macam tu..huhu Anis memang minat sangat drama romantik ni, sampai Anis cari novel Love You Mr. Arrogant di Popular Starmall Mentakab, baru-baru ini. Padahal sebelum ni, Anis tak minat sangat pun tengok drama-drama cinta kat TV or beli novel cintan-cintun ni, tapi kisah Love You Mr. Arrogant ni, lain pula auranya. Hehe. Mungkin sebab kisah ini dilakonkan di TV dengan barisan pelakon yang segak-jelita, jadi Anis pun tertarik nak tengok dan baca. =)

Jadi, itulah kerja Anis sepanjang menanam anggur dalam rumah selama beberapa bulan ini. 2 minggu yang lepas pula Anis telah selamat diijabkabulkan digraduasikan pada 16 November 2013 (12 Muharram 1435H). Penyampaian sijil Anis telah disempurnakan oleh Presiden UIA iaitu Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Alhamdulilah...terbayar segala pengorbanan dan penat lelah belajar selama 17 tahun ini sejak Darjah 1 (1996-2013). Namun, Anis masih belum puas hati, sebab Anis tahu ini belum yang terbaik yang boleh Anis usahakan sebagai membalas jasa Ibu dan Abah yang selama ini membesarkan Anis dan mendidik Anis sehingga berjaya. Anis tahu Anis adalah harapan keluarga dan cita-cita Anis lebih daripada ini.

Sebenarnya, sejak akhir bulan Oktober, Anis sudah mula memikirkan tentang masa depan Anis. Anis sedar Anis takkan selamanya duduk di rumah. Adik Anis pun akan habis exam SPM hujung bulan November nanti. Ibu dan Abah pun sudah bagi greenlight untuk Anis mencari peluang pekerjaan. Tetapi, Anis masih berat hati untuk bekerja. Anis rasa belum bersedia untuk bekerja. Anis rasa Anis ingin belajar lagi. Anis ingin mencapai cita-cita Anis dalam bidang akademik. Anis berdoa agar urusan masa depan dan cita-cita Anis akan dipermudahkan. Anis juga yakin yang Anis mampu untuk mencapai cita-cita Anis, tetapi masih belum ada peluang.

InsyaAllah, apabila Anis mendapat peluang tersebut, Anis akan ceritakan lagi dalam post yang akan datang, Here I go Again!.... Mudah-mudahan..amin... ;-)




Monday, October 01, 2012

Tragedi Oktober?

Assalamualaikum.

Selamat pagi! Minggu ini minggu keempat Anis di sem 7, IIUM. InsyaAllah, impian Anis ialah Anis ingin menumpukan perhatian sepenuhnya ke arah masa depan Anis sendiri. Anis ingin berjaya dalam pelajaran Anis dengan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.500 semasa Majlis Graduasi bulan 9 atau 10 tahun depan. Sekarang CGPA Anis tak sebanyak itu, tapi Anis yakin jika Anis berusaha dengan bersungguh-sungguh, Anis mampu mencapai CGPA yang Anis mahukan. Tambahan pula, Abah sendiri yang bercita-cita untuk melihat Anis menamatkan pengajian di IIUM dengan First Class Degree. Anis harap Anis tidak mengecewakan Abah nanti. Selama ini, Anis tak pernah mengecewakan Abah dalam pelajaran, sangat jarang. Anis harap kali ini Anis mampu memberikan hadiah yang terbaik untuk Abah, sebab ini adalah salah satu cara untuk Anis membalas jasa Abah.

Selain itu, Anis ingin mengubah penampilan Anis. Maksudnya, Anis ingin memberikan tumpuan yang lebih terhadap gaya dan penampilan Anis. Ini penting untuk memberi 'first impression' yang baik kepada orang lain. Anis mengaku ada suatu perkara dalam hidup Anis yang membuatkan Anis hampir putus asa, tetapi tidak sebenarnya. Anis takkan berputus asa sebab Anis yakin Allah selalu membantu hambaNya yang lemah dengan syarat kita selalu berdoa dan ingat pada Allah. Mungkin, beberapa masa yang lalu Anis ambil untuk berfikir, muhasabah dan menenangkan semula jiwa Anis. Anis malu juga, disebabkan peristiwa itu, hidup Anis agak terjejas. Namun, itulah pengalaman hidup yang Anis tak boleh beli di mana-mana. Pengalaman itu yang mendewasakan Anis. Jadi, selepas ini Anis akan lebih menumpukan perhatian terhadap penampilan Anis sendiri. Anis akan membelanjakan sedikit duit untuk tujuan itu. InsyaAllah.

Alhamdulilah, bersyukur sebab Allah masih bagi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. Harapan Anis agar usia yang diberi diberkati. Anis ingin menyambung hidup di atas muka bumi ini sebagai seorang manusia yang berbakti terutamanya kepada diri sendiri, ibu bapa, adik-adik, kaum keluarga, rakan-rakan dan orang lain yang memerlukan. Indahnya hidup apabila ada matlamat. Dan matlamat yang mutlak itu bukanlah pencapaian di dunia ini, tetapi kejayaan di akhirat kelak. Seperti yang Anis pernah tulis dalam blog yang dulu, Anis ingin menjadi seorang wanita yang solehah. Namun, bukan senang untuk menjadi seorang wanita solehah yang suci dan bersih hatinya. Kawan-kawan doakanlah agar Anis mampu menghadapi ujian dan membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah. Anis sangat ingin menjadi wanita solehah. Anis juga doakan kawan-kawan menjadi soleh dan solehah. Sungguh indah, tenang dan bahagia, InsyaAllah....


~Jika kau FIKIRKAN kau boleh, KAU BOLEH!!~