Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Tuesday, February 02, 2016

Throwback Honeymoon @ Guilin, China (I)

Assalamualaikum dan salam sejahtera! 

6 Disember 2014

Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 6 pagi dan tiba di Guilin pukul 10 pagi lebih kurang. Waktu di China dengan di Malaysia tak banyak berbeza, cuma waktu solat di China dengan Malaysia sedikit berbeza. Waktu solat di China masuk lebih awal dan waktu solat Isyak lebih panjang di sana. Di sana, lebih kurang pukul 6 petang, sudah masuk waktu Maghrib. Waktu Subuh pula bermula sekitar jam 6 pagi. 

Sampai di International Airport Guilin, Anis ke toilet dahulu. Toilet di China tiada air di dalam bilik tandas. Air cuma ada di bahagian luar iaitu di singki sahaja. Jadi, kita kena sediakan satu botol air mineral untuk dibawa ke dalam bilik tandas. Anis dan suami memang sudah maklum hal ini disebabkan kami ada membaca pengalaman orang lain ke China sebelum ini. Jadi, memang Anis sudah prepare satu botol air mineral untuk dibawa ke toilet. Di sana pun, En. Zali, iaitu pengiring kami, memesan perkara yang sama kepada kami.

Kemudian, kami keluar ke lobi airport untuk bertemu dengan Mr. Peter, iaitu pemandu pelancong kami, selepas mengambil luggage dan melalui pemeriksaan kastam. Semasa di lobi airport, Anis bau semacam saja. Bau orang China kot, entahlah. Mungkin juga bau dari sebuah restoren di situ. Apabila semua ahli rombongan kami telah berkumpul, Mr. Peter membawa kami ke coach kami untuk memulakan perlancongan kami. Keluar saja daripada pintu lobi airport, mula terasa kedinginan cuaca musim sejuk di Guilin. Rasa macam duduk dalam air-cond kalau di Malaysia. Anis pula hanya memakai cardigan dari Malaysia, so, terasa jugalah kesejukan. Anis memang seorang yang kurang tahan sejuk. 

Yeay! Dah sampai Guilin... Alhamdulilah!
Jom pergi jalan-jalan!
Mr. Peter yang sangat ramah dan friendly.

Sebaik sahaja menaiki coach, Mr. Peter memperkenalkan dirinya. Selepas itu, dia memberi sedikit briefing mengenai keseluruhan pakej perlancongan ini. Dia memberitahu tempat-tempat menarik yang akan kami kunjungi dan jadual perjalanan kami untuk sepanjang hari. Mr. Peter berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan kami. Dia sangat fasih dan langsung tidak pelat berbahasa Inggeris. Sebenarnya, dia adalah seorang bekas guru Bahasa Inggeris tetapi dia telah menukar professionnya sebagai pemandu pelancong. Dia memang berasal dari Guilin dan betul-betul mengetahui mengenai sejarah tempat asalnya. Sepanjang perjalanan menuju ke bandar Guilin, dia bercerita pula mengenai sejarah Guilin dan sedikit sebanyak mengenai negara China secara general

Kata Peter, ini adalah simbol gunung dan tasik yang menjadi tarikan di Guilin.




Sebelum kami memulakan perjalanan kami ke tempat-tempat menarik, kami dibawa untuk makan tengah hari dan solat terlebih dahulu. Sepanjang berada di bandar Guilin, kami memang dibawa makan sarapan dan tengah hari di restoren ini. Ini adalah sebuah restoren halal di Guilin. Pemiliknya beragama Islam. Lokasi restoren ini juga sangat berdekatan dengan masjid di Guilin. Jadi, selepas makan, kami boleh terus pergi solat di masjid. 

Inilah contoh hidangan di Guilin. Teh wajib di China.
Alhamdulilah, Anis boleh makan dengan berselera. Hehe.
Dalam restoren.
Endian Halal Restaurant Guilin

Setelah selesai makan dan menunaikan solat, barulah kami dibawa ke destinasi yang pertama iaitu Elephant Trunk Hill. Bukit ini dinamakan sempena bentuknya yang seperti belalai gajah. Tempat ini adalah tempat wajib untuk dikunjungi oleh pelancong apabila ke Guilin. Ia adalah salah satu tarikan utama di Guilin. 



Selepas melawat Elephant Trunk Hill, barulah kami dibawa check in ke Universal Hotel Guilin untuk berehat. Mengikut itinerary yang diberi, kami sepatutnya check in ke hotel sebaik sahaja sampai di Guilin, tetapi terdapat perubahan jadual. Anis pula hanya memakai cardigan sahaja. Ingatkan nak salin baju sejuk terlebih dahulu di hotel. Jadi, terpaksalah berjalan-jalan di Elephant Trunk Hill dalam kesejukan. Huhu. Mujurlah tidak berapa sejuk. 

Pada sebelah petang pula, kami disuruh berkumpul kembali untuk pergi berurut kaki. Untuk urut kaki ini, kami perlu membayar sendiri kerana tidak termasuk pakej. Mr. Peter hanya membawa kami ke kedai urut itu sahaja. Tidak silap Anis setiap seorang perlu membayar 10 RMB.  Kami diurut dalam bilik yang berasingan antara lelaki dan perempuan. Tetapi, kebanyakan tukang urut adalah perempuan. Jadi, orang lelaki juga akan diurut oleh tukang urut perempuan. Bagi Anis, urutannya bolehlah dikatakan memuaskan. Oleh kerana baru hari pertama, jadi Anis belum rasa lagi lenguh-lenguh kaki berjalan. 

Selepas berurut kaki, kami dibawa pula untuk makan malam. Kali ini, kami dibawa ke sebuah restoren yang lain tetapi Anis sudah lupa nama restoren ini. Restoren ini nampak lebih exclusive berbanding Endian Restaurant. Anis lebih suka dan boleh minum air teh yang dihidang di restoren ini kerana ada rasa 'aftertaste' yang manis-manis. Anis sudah lupa nama teh ini. Di Endian Restaurant, Anis tidak minum air teh yang dihidang tetapi Anis hanya minum air mineral kerana Anis tidak boleh minum air teh risau kembung. 

Untuk pengetahuan, satu menu yang wajib ada ketika Anis makan di Guilin ialah sayur sawi. Setiap menu pula akan sampai bertalu-talu. Kadang-kala, kita ingatkan sudah cukup hidangannya, tetapi apabila nasi sudah nak habis, masih ada lagi lauk yang sampai. Walaupun begitu, nasi sentiasa boleh ditambah jika mahu. :) Untuk orang yang kuat makan nasi macam Anis ini, memang senang hati sebab dapat makan kenyang-kenyang. Hehe. 

Muka riang selepas dinner. Hehe.


Selepas itu, kami dibawa oleh Mr.Peter untuk melawati Sun & Moon Pagodas atau nama lainnya Gold & Silver Pagodas. Pada ketika ini, kami perlu berjalan kaki dari restoren, melalui lorong untuk bershopping untuk ke tasik yang terdapat 2 buah pagoda ini. Sebenarnya, pada malam ini, rombongan kami terbahagi kepada dua. Yang mengikuti Mr. Peter akan menaiki cruise di sepanjang "Two Rivers & Four Lakes" yang popular di Guilin ini. Cruise ini adalah aktiviti pilihan dan tambahan yang tiada di dalam pakej. Sekiranya tidak mahu menaiki cruise, En. Zali akan membawa ke lorong shopping itu untuk bershopping atau boleh berehat sahaja di hotel selepas makan malam. Lokasi lorong shopping itu sebenarnya hanya terletak di belakang hotel kami.  

Memandangkan ini adalah honeymoon kami, Anis pun memujuk dan mengajak suami Anis untuk menaiki cruise ini. Namun, pada malam itu, hujan turun renyai-renyai. Demam suami Anis pula belum kebah lagi, jadi menggigil-gigillah dia kesejukan malam itu. Nasib baik dalam cruise itu ada heater. Huhu. Tetapi, untuk balik ke hotel, kami perlu meredah hujan renyai dalam cuaca yang agak sejuk itu. Kasihan pula pada suami Anis. =( Kami cepat-cepat balik ke hotel untuk memanaskan badan dan berehat. 


Gold & Silver Pagodas
Suami yang sporting walaupun demam. (^_^)
Suasana dalam cruise. Tak ramai pun, hanya rombongan kami sahaja. 
Dapat melihat burung cormorant yang famous di Guilin!
Tugas burung ini adalah membantu nelayan mengangkap ikan. 
Pagoda ada di mana-mana!
Antara persembahan di sepanjang Two Rivers & Four Lakes. 
Persembahan yang penuh warna-warni.
Dalam cruise juga ada persembahan!


Berakhir sudah hari pertama kami di Guilin! Tidak dinafikan, kami berasa agak penat. Tambahan pula, suami Anis demam. Jadi, kami terus sahaja berehat sebaik sahaja tiba di hotel. 

Throwback Honeymoon @ Guilin, China

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sementara menunggu detik-detik kelahiran anak sulung yang tersayang, Anis ingin mengimbau kembali kenangan berhoneymoon bersama suami tercinta ke Guilin, China! Sesuatu yang tak disangka, Anis akan (telah) dibawa bercuti nun jauh di negara orang oleh insan yang sangat istimewa dalam hidup Anis. Ini merupakan pertama kali Anis ke luar negara dan menaiki kapal terbang. Terima kasih suamiku kerana membawaku terbang tinggi, jauh-jauh lagi! Heee.. :) Pengalaman bersama suami selama 6-7 hari ini sungguh indah dan takkan dilupakan oleh kami berdua! I love you so much, sayang! Thanks a lot for making me so happy! I hope you are also happy as much as I am! (^_^)

Kami bertolak ke Guilin dari Airport KLIA2 pada 6 Disember 2014. Kami menaiki flight Air Asia dari Kuala Terengganu ke KL pada 5 Disember jam 10 malam lebih kurang. Selepas lebih kurang 45 minit, kami pun tiba di Airport KLIA2. Betapa terujanya Anis menaiki flight kali pertama. Huhu. Anis duduk di sebelah tingkap. Dapatlah lihat suasana dari dalam flight pada waktu malam. Jika di kawasan perhutanan, gelap saja nampak. Tetapi, Anis perasan Anis nampak highway LPT (kalau tak silap lah) sebab nampak berlampu. Apabila sampai di KL pula, nampak cerah saja bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam. Cantik dan menarik! Tetapi, tak tahulah jika sangkaan Anis salah. Jangan gelakkan Anis pula! Huhu. I just tell what I can see...

Kami sepatutnya berkumpul dengan travel agent di Airport KLIA2 pada pukul 3 pagi tak silap. Flight kami ke Guilin pada jam 6 pagi lebih kurang. Sementara menunggu waktu berkumpul, Anis dan suami hanya lepak-lepak di sekitar airport. Nak tidur pun tak ada tempat yang selesa. Kami singgah minum kopi dan makan ringan (alas perut) di sebuah restoren untuk memanaskan badan dan berehat. Namun, kopinya mahal dan tak sedap. Pahit kopinya! Huhu. Apabila sudah jemu duduk di restoren itu, barulah kami pusing-pusing berjalan di sekitar airport. Sebenarnya, agak lama juga kami menghabiskan masa di restoren itu. Dalam 2-3 jam. Kebetulan pula, suami Anis demam pada hari itu. Tetapi, Alhamdulilah, dia dapat kuatkan diri untuk melayan Anis. Saya suka! (^_^)

Thank you, Love!!

Kemudian, kami berkumpul di Level 3 untuk bertemu dengan travel agent untuk check-in luggage. Sementara menunggu giliran, kami berdua sempat lagi pergi ke KFC untuk makan lagi. Bukan apa, suami Anis risau kami lapar dalam perjalanan di dalam flight nanti. Memang ada disekalikan dengan breakfast dalam pakej kami tapi takut tak lalu makan dalam flight nanti. Selepas itu, kami masuk ke departure lounge untuk menunggu waktu menaiki flight dan berlepas.  

Makan lagi!

Waiting to depart..here we go to Guilin! :)

Sedikit info mengenai pakej percutian yang kami pilih. Kami memilih pakej 6D5N ke Guilin, China yang ditawarkan oleh Pearl Holiday Travel & Tours Sdn. Bhd. Sebenarnya, pilihan destinasi honeymoon kami ini telah dirancang sejak sebelum kahwin lagi. Idea Anislah yang bercadang ke Guilin ini sebab Anis ada tertonton rancangan Destinasi Ria di Astro yang memperkenalkan Guilin di China ini. Anis rasa menarik sangat tempatnya dan cuba mengajak suami Anis. Tak sangka pula dia turut berminat dan bersetuju! Wee.. :) Sejak itu, kami selalu 'google' mengenai Guilin dan mencari pakej perlancongan yang sesuai dan berpatutan. Kami siap pergi ke Matta Fair di PWTC pada bulan Mac 2014, tetapi masih terlalu awal kerana belum ada pakej hujung tahun yang ditawarkan ketika itu. Kami merancang untuk pergi dalam bulan Disember selepas berkahwin pada bulan Oktober. Lagipun, suami Anis ingin bercuti dalam musim winter. Nak merasa musim sejuk katanya. Hehe. Jadi, kami tinggalkan email kami di booth Pearl Holiday semasa di Matta Fair dan menunggu tawaran mereka. Alhamdulilah, Anis dan suami Anis sangat berpuas hati dengan pakej percutian ini. Keseluruhan pakej kami adalah bernilai lebih kurang RM2499 seorang termasuk pengangkutan, penginapan, makanan dan desitinasi perlancongan serta shopping untuk 6 hari 5 malam. Kami diiringi oleh seorang travel agent Melayu dari Malaysia iaitu En. Zali. Di Guilin pula, kami disambut dan diiringi juga oleh seorang pemandu pelancong dari Guilin iaitu Mr. Peter. Untuk pengetahuan, pakej ini adalah pakej khas untuk Muslim. Jadi, amat mudah untuk solat dan mencari makanan halal di sana. Tidak perlu risau apa-apa lagi. :) 


Ok.. Anis akan sambung lagi kisah honeymoon ini lain kali. Anis akan kongsikan tempat-tempat menarik yang kami lawati di Guilin dan pengalaman kami sepanjang bercuti di sana. InsyaAllah... 

Monday, January 18, 2016

Kenangan Hamil Kali Pertama - Trimester 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera!


TRIMESTER KEDUA  (BULAN 4 hingga BULAN 6)

Di awal trimester kedua ini iaitu pada bulan ke-4 kehamilan, morning sickness Anis mula beransur hilang. Namun, Anis masih lagi mengalami lemah badan dan cepat penat. Selain itu, Anis kini semakin kerap membuang air kecil. Selera makan juga bertambah baik. Alhamdulilah. Dalam trimester kedua inilah waktu untuk Anis mula bershopping barang kelengkapan bayi memandangkan kesihatan Anis yang lebih baik pada ketika ini dan belum sarat lagi. Anis juga masih sempat pergi bercuti beberapa kali bersama suami. Hehe. 

Pada 14 Ogos hingga 16 Ogos 2015, Anis dan suami serta kedua mertua Anis pergi bercuti ke Penang, Perak dan Cameron Highland. Sebenarnya, Anis ingin pergi ke majlis perkahwinan sahabat lama Anis iaitu Elyna di Kamunting, Perak pada 15 Ogos. Alang-alang nak berjalan jauh ke Perak, mertua dan suami Anis mengajak untuk pergi bercuti ke Penang dan Cameron Highland. Alhamdulilah, Anis juga sudah tidak mengalami morning sickness ketika itu. Ketika itu, Anis sudah hamil 15 minggu. Perut Anis (baby bum) sudah mula kelihatan tetapi masih lagi kecil. Kebanyakan baju kurung dan seluar jeans sudah tidak padan lagi dipakai sebab pinggang Anis semakin membesar.

Di Penang, Anis dapat makan nasi kandar dan pasembur. Banyak Anis makan sebab sudah ada selera makan semula. :) Suami Anis memang bercadang nak ke Penang sebab nak makan. Huhu. So, tercapailah impian kami untuk makan-makan. Cuma, dalam perjalanan balik, suami Anis nak mencuba menaiki Jambatan Pulau Pinang Kedua, tetapi kami tersilap jalan dan terlepas. Akhirnya, kami melalui Jambatan Pulau Pinang yang lama juga. Dalam perjalanan pergi, kami menaiki feri. Alhamdulilah, Anis tak mabuk menaiki feri. Di Cameron pula, Anis dapat makan strawberi celup coklat yang memang Anis mengidam setiap kali ke Cameron walaupun ini baru kali kedua Anis ke Cameron. Hehe. 

Pada 23 Ogos 2015, Anis pergi ke KKIA Hiliran untuk temujanji yang kedua. Ketika ini, kehamilan Anis sudah 16 minggu. Kali ini, Anis perlu buat ujian MGTT untuk mengesan sekiranya Anis menghidapi kencing manis atau diabetes. Pada temujanji yang lepas, misi sudah memberitahu Anis untuk berpuasa (tetapi boleh minum air masak) daripada sebelah malam sebelum ujian MGTT dilakukan. Anis dengar orang kata minum air gula semasa ujian MGTT ini boleh sampai termuntah. Namun, Alhamdulilah, Anis boleh minum air gula itu dengan baik. Mungkin kerana Anis memang suka manis. Hehe. 

Sebelum minum air gula itu, misi akan mengambil darah kita. Kemudian, kita perlu minum secawan air gula dan teruskan berpuasa selama 2 jam. Sebab itulah, kita mesti datang awal ke klinik untuk melakukan ujian ini. Selepas 2 jam, misi akan mengambil darah kita sekali lagi. Kemudian, kedua-dua sampel darah kita akan dihantar ke makmal untuk dianalisis. Kita akan dapat tahu keputusan ujian itu melalui telefon. Misi akan telefon semula sekiranya keputusan ujian MGTT kita bermasalah. Jika misi tidak telefon, bermakna keputusan ujian MGTT kita normal dan tiada masalah. Maksudnya, kita tidak menghidapi diabetes semasa hamil. Keputusan ujian MGTT Anis adalah normal. Alhamdulilah.

Fasting blood sugar: 4.4 mmol/L (normal: 3.9 - 6.4)
2H Postprandial: 6.5 mmol/L (normal: 4.4 - 7.8)

Berat: 60 kg
Tekanan darah: 110/80 mmHg
Nadi: 86/min
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative 
Hb: 12.6

Alhamdulilah, kali ini kesihatan dan keadaan Anis masih OK. Anis tidak perlu berjumpa doktor kerana tidak ada apa-apa masalah. 

Selepas itu, sekali lagi Anis dan suami berjalan-jalan lagi. Kali ini ke Kuala Lumpur pula. Sebenarnya, suami Anis ada meeting dan kursus di KL pada 9 dan 10 September 2015. Kebetulan, ada Mom & Baby Expo di Mid Valley, KL pada 11 September hingga 13 September 2015. Jadi, Anis terus excited ajak suami Anis pergi shopping pada masa itu. Anis ikut suami Anis ke KL dan kami pergi ke Expo itu pada 11 September 2015. Apa yang kami shopping ketika itu ada Anis ceritakan di sini.  Memang Anis berpuas hati sangat dapat pergi bershopping di Expo tu, memang banyak jimat. Hampir semua barang yang diperlukan ada dijual dengan murah di Expo tersebut. Pada ketika itu, kandungan Anis baru berusia 19 minggu. Memang sesuai sangat Anis pergi ketika itu sebab kandungan masih kecil dan Anis masih larat untuk bershopping. Pergerakan halus bayi dalam kandungan juga telah Anis mula rasai ketika ini. 

Pada 13 September 2015, sekali lagi Anis ke klinik. Tetapi, kali ini Anis hanya pergi berjumpa doktor untuk scan. Anis ingatkan kali ini sudah boleh nampak gender bayi tetapi tak nampak lagi. Doktor pun tak melayan sangat. Kata beliau, scan yang seterusnya baru boleh tahu. Doktor menetapkan tarikh scan seterusnya pada 8 Disember 2015. Oh, lambatnya lagi! Huhu. Terpaksalah bersabar dulu. Yang penting, kandungan Anis sihat dan tiada apa-apa masalah. 

Placenta: Fundal (kedudukan uri di bahagian atas-normal)
BPD: 45 mm
AC: 146 mm
FL: 33 mm

Temujanji Anis yang seterusnya ialah pada 20 September 2015 iaitu ketika kandungan Anis berusia 20 minggu. Kali ini, pemeriksaan rutin seperti biasa. Yang bertambah, kali ini degupan jantung bayi sudah boleh mula didengari dengan menggunakan doppler (sejenis alat untuk mengukur kadar degupan jantung bayi). Ketinggian rahim juga sudah mula diukur oleh misi. Kedudukan bayi juga mula dikesan oleh misi.

Berat: 61kg
Tekanan darah: 120/80 mmHg
Nadi: 84/min
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative 
Hb: 11.0
Jantung janin: 153/min
Tinggi rahim: 21 cm
Kedudukan bayi: Cephalic (kepala bayi ke bawah menghala ke serviks - normal) 

Kali ini, tahap hemoglobin Anis jatuh sedikit iaitu hanya tinggal sebanyak 11.0. Bacaan yang normal ialah antara 11.5 - 18.0. Jadi, misi mula membekalkan Anis dengan vitamin 4 serangkai iaitu asid folik, vitamin B complex, ferrous fumerate (zat besi) dan vitamin C. Semuanya perlu diambil sebiji sehari. 

Seperti yang Anis katakan dari awal tadi, trimester kedua ini adalah musim Anis bershopping barang-barang baby. Bahkan, bukan Anis saja, mertua Anis juga turut membelikan sesuatu untuk bakal cucu mereka. Barang-barang keperluan asas baby telah dibeli semasa Expo di Mid Valley, tetapi barang-barang yang besar seperti baby cot, stroller dan car seat belum dibeli lagi. Ada juga barang-barang yang Anis dan suami bercadang nak beli dan tambah di akhir-akhir kehamilan nanti. So, mertua Anis telah memilih untuk membelikan baby cot untuk baby. Bersemangat juga mereka survey dan mencari baby cot yang sesuai. Terharu rasanya. Terima kasih banyak-banyak Ayah & Ma! :) Akhirnya, baby cot dibeli pada 7 Oktober 2015. Ketika itu, kandungan sudah berusia 23 minggu. 

Selain itu, Anis juga mula membeli pakaian yang lebih sesuai dipakai ketika hamil memandangkan berat Anis dan saiz badan yang semakin bertambah. Anis hanya beli secara online di  dua laman web ini iaitu Qissara dan Maternity Clothes.

Pada 8 Oktober 2015, Anis pergi scan baby sebab nak tahu juga gender baby. Anis pergi bersama mak mertua Anis. Alhamdulilah, agak jelas nampak gender baby. Yang paling ketara adalah rupa wajah baby seiras sekali dengan suami Anis. Baby juga banyak bergerak ketika discan. Gembira sangat perasaan Anis ketika itu tapi sayangnya, suami Anis tidak dapat ikut sekali. Anis cuma tunjukkan gambar scan baby tersebut kepada suami Anis melalui Whatsapp. 

BPD: 6.20 cm
HC: 21.59 cm
AC: 19.61 cm
FL: 4.10 cm
EFW: 640 gram

Stroller dan car seat baby pula dibeli juga semasa trimester kedua ini iaitu pada 17 Oktober 2015 selepas kami menghadiri majlis pernikahan saudara kami di Selangor. Kami ke One Utama, Damansara kerana ada mini expo barangan bayi di Aeon. Kami juga ada menambah beberapa helai baju bayi kerana sudah tahu gender bayi melalui scan baru-baru ini. Harap-harap tak tersilaplah. Huhu. Ketika inilah kami membelikan baby stroller dan car seat semasa baby berusia 24 minggu lebih kurang. 

So, inilah pengalaman dan kenangan Anis sepanjang trimester yang kedua ini. Kata orang, ketika inilah waktu yang paling selesa ketika hamil kerana musim morning sickness dah berakhir dan kandungan belum sarat lagi. Alhamdulilah, Anis sendiri rasa gembira selama 3 bulan ini. Tambahan pula, dapat selalu pergi berjalan dengan suami dan shopping untuk permata hati yang bakal lahir. Sebuah kenangan yang cukup indah :) 

Kenangan Hamil Kali Pertama - Trimester 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Anis kini berada di hujung kehamilan. Hampir genap 38 minggu. Sebelum bersalin, memang Anis berniat untuk mencatatkan pengalaman dan kenangan-kenangan Anis sepanjang kehamilan kali ini. Jom sama-sama kita ikuti!

Tarikh EDD: 02 Februari 2016
Jadi, secara teorinya, kehamilan Anis bermula pada 28 April 2015.

TRIMESTER PERTAMA (BULAN 1 hingga BULAN 3)

Pada 12 Jun hingga 14 Jun 2015, Anis dan suami pergi bercuti ke Putrajaya dan Port Dickson sempena meraikan ulangtahun kelahiran suami Anis pada 14 Jun 2015. Memang ketika ini kami berniat untuk TTC. Kononnya, mini honeymoon sekalilah...tapi tak sangka pula sebenarnya masa ini Anis sudah mula hamil (6 minggu). Hehe. Sebab, sebelum ini Anis belum ada apa-apa tanda yang menunjukkan Anis hamil. Cuma, Anis ada datang period lewat, tetapi Anis sangkakan itu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seperti yang Anis alami sebelum-sebelum ini. Jadi, memang Anis taklah expect yang Anis sudah mengandung masa tu. 

Yang menjadi kenangannya, semasa di awal kehamilan ini...disebabkan Anis tidak tahu yang Anis mengandung, macam-macam aktiviti berisiko yang Anis lakukan bersama suami ketika bercuti ini. Kami pergi main ice-skating di IOI City Mall. Bayangkan kalau Anis terjatuh dan keguguran di situ. Namun, Alhamdulilah..memang Anis cukup berhati-hati tak nak jatuh langsung dan memang tak jatuh langsung. Risau juga dilanggar orang, tapi syukur selamat. 

Selain itu, Anis ada juga rasa kurang bertenaga seperti cepat letih. Tak larat rasanya nak berjalan dalam IOI Mall yang luas tu. Suami Anis pula ajak bershopping. Sampaikan Anis rasa macam nak tidur je dalam surau lepas solat dan mesti nak duduk lepas jalan jauh sikit. Rasa sangat tak normal, sebab rasa keletihan yang melampau. Padahal, bukan Anis sakit pun masa itu. Sihat walafiat je, cuma rasa sangat tak bermaya. Tetapi, sebab nak melayan suami, gagahkanlah jua.  

Di Port Dickson pula, kami main sukan air bermotor. Kami duduk di floating seat yang ditarik oleh motorbot (Anis tak pasti orang panggil apa aktiviti ini). Terbang-terbang Anis di udara main aktiviti itu. Suami Anis siap tergelak-gelak tengok Anis jadi 'Spiderman', tapi tak jatuh-jatuh pun dalam air. Padahal, dia risau juga. Hehe. Maklumlah, bot agak laju dan Anis ni kategori ringan saja, mudah nak terbang. Hihi. Haa, nasib baik Anis tak pergi menunggang kuda sebab tak sempat. Di Eagle Ranch Resort PD tempat kami menginap, ada disediakan aktiviti menunggang kuda. Memang Anis ada bercadang pada awalnya, tapi disebabkan kesuntukan masa, dan cuaca yang kurang baik, maka tak sempat. Mujurlah ada hikmahnya ketika itu. Allah selamatkan kandungan Anis. Syukur, Alhamdulilah... 

Selepas itu, barulah Anis mula mengalami morning sickness yang ketara. Tambahan pula, waktu itu bulan Ramadan telah bermula. Memang agak mencabar pengalaman trimester pertama bagi Anis walaupun bermula agak lewat. Simptom pertama yang Anis alami ialah hidung sensitif. Anis pelik sangat, sebab Anis selalu bau semacam je setiap kali masuk dalam toilet. Tak dapat nak ditafsirkan bau tu, tapi Anis rasa sangat tak selesa sampai nak termuntah rasanya kadang-kadang. Puas Anis mencari punca, dan mengadu pada suami dan mertua Anis. Yang peliknya, diorang tak bau apa-apa pula. Huhu. Lepas Anis letak perfum dalam toilet pun, Anis masih tak berpuas hati sebab tetap ada bau semacam tu. Ish, pelik betul! 

Dan Anis makin kerap muntah dan rasa tak sedap tekak. Lepas bersahur, muntah! Lepas berbuka, muntah! Kadang-kadang, cuak nak makan sebab tak nak muntah. Seksa tau bila muntah ni..huhu Habis merah padam satu muka dan akan rasa lemah sangat-sangat selepas termuntah tu. Tetapi, Anis makan jugalah selagi boleh makan. Sebab bulan puasa, kalau tak makan nanti tak ada tenaga langsung pula. Selain itu, Anis tak boleh bau tumis masakan. Mulalah rasa tak sedap tekak, silap-silap termuntah lagi. So, memang Anis tak berapa suka nak memasak masa mengandung ni. Nak masuk dapur tu rasa liat sangat. Huhu. Mujurlah, mak mertua dan ayah mertua Anis boleh memahami. Lagipun, kami duduk bertiga saja, memang jarang memasak. 

Habis, bila Anis tahu Anis ni mengandung? Apabila dah keluar simptom-simptom morning sickness yang disebut tadi, Anis pun tergerak hati nak buat ujian UPT. Mertua Anis dan family Anis sendiri pun sudah mengagak yang Anis mungkin pregnant. So, dalam bulan puasa itulah Anis buat ujian UPT. Masa itu, Anis dan suami balik berpuasa di rumah family Anis di Temerloh. Tarikhnya cantik iaitu 070715. Anis ada ceritakan moment itu di sini. Pada waktu ini, usia kandungan Anis sudah 10 minggu. Sungguh tak terkata perasaan gembira ketika itu apabila mengetahui ada satu jantung lain yang turut berdegup dalam diri ini. MOMAZING! Saiz baby (CRL) ketika scan kali pertama ini ialah 27.4 mm. 

Tak lama lepas itu, hari Raya Aidilfitri menjelma tanggal 17 Julai 2015. Usia kandungan Anis lebih kurang 11 minggu. Alhamdulilah, sepanjang bulan Ramadan, Anis berjaya berpuasa sebanyak 25 hari, Anis tinggal 4 hari puasa sebab di akhir-akhir itu, Anis sudah tak larat (perut kosong) dan risau pada baby dalam kandungan. Anis ingat lagi masa hari Raya pertama, Anis sangat berselera makan juadah hari Raya di Terengganu. Al-maklumlah, pertama kali beraya bersama suami di belah mertua. Sebelum ini, wajib beraya dengan family sendiri di Temerloh. Syukurlah Anis tiada muntah-muntah sepanjang konvoi beraya pada hari itu. Cuma, pada waktu malam, Anis sudah kurang selera makan dan berasa letih. 

Mujur juga, pada waktu itu, baju raya Anis masih muat dipakai walaupun bahagian pinggang agak ketat sedikit. Berat badan Anis juga belum naik mendadak mungkin sebab kurang makan semasa bulan puasa. Sebenarnya, Anis memang makan cuma selalu muntah balik dan maklumlah dalam bulan puasa hanya boleh makan pada waktu malam sahaja. 

Sejak daripada musim raya itu, Anis masih lagi mengalami morning sickness. Anis tak boleh makan makanan yang bergoreng, pedas dan terlalu berminyak. Risiko untuk muntah adalah lebih tinggi. Ketika ini, Anis cepat lapar pada waktu siang dan tiada selera pada waktu malam. Anis juga akan berasa sangat lemah selepas waktu Maghrib. Anis selalu tidur awal sebab berasa sangat letih dan tidak bertenaga. Kadang-kadang, Anis juga muntah pada waktu malam. Toilet masih lagi berbau 'busuk' dan kadang-kadang, ketika pergi berjalan di luar pun Anis ada bau yang sama. Rasanya, Anis tak suka pada bau besi. Bau besi itu jadi bau semacam pada Anis. Anis juga jadi sensitif pada bau Glo pencuci pinggan, bau deodorant, perfum, dan apa-apa yang sepatutnya berbau wangi. Tetapi, mujurlah Anis boleh tahan dengan bau perfum suami Anis sedangkan bau perfum dan deodorant Anis sendiri Anis tak tahan. Kalau tidak, kesian dia. Ada orang mengandung kan tak suka bau suami. Hehe. Alhamdulilah, Anis tidak begitu. Tetapi, Anis ada juga pernah menyalahkan suami Anis sebab Anis sangkakan bau toilet busuk itu berpunca daripada dia sebab hanya dia pengguna lain toilet itu selain Anis. Huhu. Sorry, Abg..   

Soal mengidam pula, Anis tidak ada mengidam yang pelik-pelik. Cuma, semasa Anis mengalami morning sickness ni, Anis suka makan buah jambu batu atau epal hijau atau tembikai susu cicah asam boi. Entah kenapa Anis suka pada buah-buahan berwarna hijau muda ni. Hihi. Tapi, ini tak mengidam cuma Anis suka makan saja. Yang macam mengidam sikit, yang memang Anis tercari-cari dan nak sangat ialah kerang rebus. Tapi... Anis bukan nak kerang rebus yang biasa, macam yang jual kat restoren-restoren masakan Thai itu. Anis nak macam yang Anis selalu makan masa kecil-kecil dulu. Rebus sendiri kerang tu dengan kulit cangkerangnya bersama daun kunyit. Lepas itu, makan dengan cicah kicap. Oh, sedapnya! Semasa Anis di Temerloh, Anis dapatlah makan sikit. Tetapi, apabila balik ke Terengganu, susah pula nak cari kerang yang dijual tapi belum dibuang cangkerangnya. Semuanya dah 'togel'. T_T Sedih la juga..kempunan sedikit. Adalah ayah mertua Anis belikan kerang rebus dari sebuah restoren, tapi cara rebusnya lain. Huhu. Tapi, Anis makanlah juga, cuma tidak berapa tertunailah idaman Anis itu. Walaupun begitu, Anis berpuas hati jugalah sebab melihatkan usaha suami Anis yang sanggup melayan Anis mencari kerang itu di beberapa tempat walaupun akhirnya tidak dapat apa-apa. Usaha suami itu yang penting sebenarnya... mengandung ni, adalah rasa nak bermanja sikit dengan suami. Hehe. Terima kasih Abg sebab sudi melayan...hihi 

Anis hanya berkesempatan untuk membuat buku pink (booking) di Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA) untuk pemeriksaan kandungan kira-kira 2 minggu selepas hari Raya. Sakan beraya dulu..hehe. Anis booking di Kuala Terengganu iaitu di KKIA Hiliran kerana Anis akan tinggal bermukim di rumah mertua Anis di Jalan Kamarudin sepanjang kehamilan kerana Anis belum bekerja lagi. Tarikh booking Anis ialah pada 28 Julai 2015 iaitu ketika kehamilan Anis hampir mencecah 13 minggu. Agak lewat sebenarnya, sebab sepatutnya selewat-lewatnya booking adalah sebelum 12 minggu. Tapi, mujurlah tak ada kena marah dengan misi. Lagipun, Anis manalah tahu, pengalaman pertama. Huhu. Untuk booking, dokumen yang diperlukan ialah IC dan kad nikah untuk mengesahkan kita sudah berkahwin. Misi juga akan interview sedikit berkenaan sejarah kesihatan diri kita, suami dan ahli keluarga kita. 

Jadi, pertama kali ke KKIA, Anis pergi dengan suami Anis serta kedua mertua. Rutinnya, ujian air kencing, ujian tahap hemoglobin dalam darah, berat, tekanan darah dan nadi akan diambil setiap kali temujanji. Ujian saringan HIV untuk diri kita dan pasangan (suami) juga dibuat pada pemeriksaan pertama kali. Kemudian, misi akan memeriksa perut atau kandungan kita dengan mengukur ketinggian rahim dan keadaan janin seperti kadar degupan jantung, pergerakan dan kedudukan presentasi janin. Jika perlu berjumpa doktor, misi akan merujukkan kita untuk berjumpa dengan doktor. Akhir sekali, sebelum balik, tarikh temujanji seterusnya akan ditetapkan oleh misi dan kita akan ke farmasi untuk mengambil vitamin atau ubat apabila perlu.

Untuk pemeriksaan yang pertama, semuanya baik-baik sahaja bagi Anis. Alhamdulilah, tiada apa-apa masalah.

Berat: 58kg
Tekanan darah: 110/70 mmHg
Nadi: 78/min
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative
Hb: 12.6
HIV Rapid Test: Non-reactive for both wife & husband

Selepas pemeriksaan perut oleh misi, Anis kena berjumpa doktor buat pertama kali dan kandungan Anis discan. Kali ini, seronok dapat melihat anak dalam kandungan sudah mula menggerakkan kaki dan tangannya.  

Placenta: Fundal (kedudukan uri di bahagian atas-normal)
BPD: 20 mm
AC: 87 mm
FL: 11 mm

Vitamin yang Anis terima buat pertama kali ini ialah asid folik yang bagus untuk awal kandungan. Sepatutnya, dari awal lagi Anis makan sebab asid folik ini penting untuk diambil ketika 3 bulan pertama kandungan. Tetapi, Anis tahu hamil dan pergi booking pun lewat, tapi Anis makanlah juga. Jadi, tarikh temujanji seterusnya ialah lebih kurang sebulan kemudian iaitu pada 23 Ogos 2015. Temujanji Anis di KKIA Hiliran ini adalah pada hari Ahad. Kebetulan, suami Anis juga cuti pada setiap hari Ahad dan Isnin. Jadi, bolehlah dia temankan Anis pergi klinik sebulan sekali. Yeay! (^_^) 

Itulah antara kenangan-kenangan Anis ketika 3 bulan pertama Anis mengandung. Nanti, Anis sambung pula untuk trimester-trimester yang seterusnya. 


Monday, April 01, 2013

Cameron, Anis datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Seperti yang telah Anis janjikan, kali ini Anis ingin menceritakan pengalaman percutian Anis bersama ahli keluarga di Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Inilah kali pertama Anis menjejakkan kaki di Cameron Highlands. Very excited! Sebenarnya, Anis berniat ingin pergi ke Cameron sejak Anis Darjah 6 lagi. Waktu itu, ada rombongan sekolah selepas UPSR, tetapi atas sebab kesihatan, Anis tidak dibenarkan pergi. Alhamdulilah, akhirnya terlaksana juga hajat hendak ke Cameron. Gembira dan bersyukur sangat-sangat!

Anis telah bertolak ke Cameron Highlands dari Temerloh pada pagi Isnin 25 Mac yang lalu lebih kurang jam 8 pagi. Ibu dan Abah telah sepakat untuk melalui Raub memandangkan telah ada highway terus ke Cameron Highlands (Ringlet) dari Sg. Koyan (selepas Raub kalau dari Temerloh). Kami tiba di Ringlet lebih kurang jam 12 tengah hari, itupun kami singgah 30 minit sarapan pagi di Raub.



Pekan Ringlet petanda sudah sampai Cameron Highlands. Lebih kurang 15km lagi ke Brinchang.  
Untuk makluman, kalau anda dari Kuantan, Maran, Temerloh atau Bentong, kini tak perlulah pergi sampai ke Tapah, melalui negeri orang jika nak ke Cameron Highlands. Sekarang, dah ada jalan singkat yang berkeadaan sangat baik tetapi agak sunyi sebab tak ramai orang menggunakan jalan ini. Kalau nak memandu malam sorang-sorang, memang bahaya sebab belum ada lampu jalan lagi. Line telefon mobil pun tak ada. Celcom, Maxis, dua-dua tak dapat line. So, kalau ada apa-apa emergency, memang agak sukar untuk mendapatkan pertolongan dan berkomunikasi dengan orang lain. Untuk makluman, highway ini tidak ada tol ye, masih free...tapi, jika ada apa-apa masalah, kena tanggung sendiri.

Lebuhraya Sg. Koyan - Cameron Highlands
Tiada lampu jalan.
Tiada line.
Shortcut.
Selesa tetapi Sunyi. Luas tetapi Lengang. 

Tetapi, sepanjang perjalanan, ada juga beberapa penempatan orang asli seperti Pos Betau. Di Pos Betau, ada kawasan R&R, tetapi dalam perjalanan pergi, sunyi sepi R&R tu, kosong tak ada apa-apa. Hanya ada sebuah bangunan dan tempat parkir kereta. Tetapi, keesokkan harinya, dalam perjalanan balik, rupanya ada pasar malam di Pos Betau. Kami pun singgah membeli beberapa kuih-muih dan cendol untuk minum petang.



R&R Pos Betau

Pasar Malam Pos Betau
Salah seorang penjual kuih minta Anis letak gambar ini di FB. Sini pun jadilah ye?! =)
Tempat penginapan Anis bersama keluarga di Cameron Highlands ialah di Hotel Jasmine, Brinchang. Kedudukan hotel ini sangat berdekatan dengan Brinchang Central Market, Gerai Makan Brinchang, dan hotel-hotel lain. Hotel ini juga sangat dekat dengan Pasar Malam Brinchang. Situasi hotel sangat strategik dan keadaan hotel juga amat memuaskan. "Muslim friendly", Anis boleh katakan.

Sebenarnya, Anis telah membuat tempahan bilik di Hotel Jasmine sejak bulan Januari lagi melalui Booking.com. Anis telah memilih bilik yang paling luas dan besar sekali iaitu 'Family Suite'. Harga bilik tersebut yang kami dapat ialah RM268. Anis tak pasti murah atau mahal, tapi Anis rasa berpatutanlah. Kami duduk berlima dalam bilik tersebut. Ada 2 katil Queen, ada kerusi dan meja, meja solek, pengering rambut, serta bilik air yang luas dengan pancuran air panas dan air sejuk. Rak kasut pun ada, tau! Almari baju berserta hanger dan 4 helai tuala lagi. Oh, terlupa....TV flat screen pun ada tau dengan Channel TV1, TV3, Fox dll. Sangat okaylah, kan? Cerek elektrik pun ada kalau nak minum air panas. Gelas pun pihak hotel sudah sediakan. Air-cond saja yang tak ada! Jangan tanya kenapa - sebab Cameron beriklim sejuk. Faham-fahamlah...kalau ada air-cond, alamat bekulah jawabnya!


Pandangan dari hadapan hotel

KFC dan restoren lain ada di hadapan hotel, takkan kebulurlah duduk di Brinchang ni!
Tempat parking kenderaan pun luas!

'Medan selera' pun dekat, macam-macam pilihan ada!


Abah di Bandar Brinchang

Menuju ke pasar malam!

Pasar Malam Brinchang. Disebabkan kami pergi time cuti sekolah, jadi setiap hari ada pasar malam. Kalau hari biasa, pasar malam hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu. Setelah check-in dan berehat dan solat di Hotel Jasmine, kami keluar berjalan kaki ke pasar malam dari hotel. Rasanya tak sampai 10 minit berjalan pun dah sampai pasar malam. Anis memang dah berniat nak membeli macam-macam makanan di pasar malam. Namun hakikatnya, Anis banyak berhabis membeli cenderamata untuk diri sendiri, adik-adik yang tak dapat pergi, saudara mara dan kawan-kawan. Makanan yang Anis beli ialah keledek dan ubi goreng (RM5 -15 ketul), strawberi celup coklat (RM5 - 4 cucuk, 12 biji) dan chicken wing (RM3 - 1ketul). Kenyang berjalan-jalan dan membeli benda lain! Huhu... Eh, kira-kira balik, Anis belanja RM13 rupanya untuk makanan. Anis ada beritahu Abah, Anis nak belanja RM10 untuk makan Anis sorang. Wah, over bajet 3 ringgit! Haha!

Pilihan terbaik!!! My favourite!
Okay, Anis nak bagi tips membeli di Cameron ini yang telah diberikan oleh salah seorang mak saudara Anis. Ingat! Tak boleh terburu-buru untuk membeli, tetapi survey dulu harga barang tersebut. Kemudian, semasa berjalan-jalan, bandingkan harga tersebut dan tawar-menawarlah! Kalau beli banyak, boleh tawar lagi banyak. Tetapi, kebiasaan harganya standard, cuma kita nak pilih penjual mana yang boleh beri tawaran lagi berbaloi. Begitulah ceritanya...

Hari seterusnya iaitu hari terakhir di Cameron Highlands, kami bersiar-siar tinggi lagi daripada Brinchang. Macam-macam tempat menarik, ladang-ladang yang boleh dikunjungi. Namun, kami hanya singgah sekejap-sekejap sebab nak kejar masa check-out dari hotel pada jam 12.00 tengahari. Jika check-out lewat, perlu bayar RM20 untuk setiap jam. Jadi, sebelum jam 11.30 pagi, kami turun semula ke Brinchang. Selepas check-out, kami terus bertolak ke Tanah Rata. Kami makan lunch di Tanah Rata dan bersiar-siar di sekitar Tanah Rata. Dalam perjalanan balik, kami juga singgah di Tea House Bharat Plantations. Tak nak cerita panjang lagi, Anis hidangkan anda semua dengan gambar-gambar sepanjang Anis berjalan-jalan pada hari tersebut sebelum pulang ke Temerloh. ^_^ Sebenarnya, ada banyak gambar, tapi Anis pilih the best sahaja, ye? Selamat mencuci mata!






Girl over flower?



Baru belajar mengenal buah kelapa laut dengan kawan baru-baru ni.. sekali di Cameron banyak, boleh tengok live!

My favourites...... Crysanthemum! <3 <3 <3

Dalam ni banyak strawberry, tapi kami tak masuk pun, so takdelah gambar strawberry real

Bangunan Terminal Tanah Rata. Cantik! 



Lain kali datang Cameron, nak minum teh kat sini! 

My favourite tea!! Strawberry flavour, please... ;)

Ladang Teh Bharat
Terbaik dari ladang!
Dari atas tulah Anis ambil gambar ladang teh kat atas ni...gayat tak?

Cameron, Anis datang! 




Alhamdulilah, bersyukur dah dapat menjejak kaki di Cameron Highlands. InsyaAllah, lain kali mahu datang lagi borong coklat perisa strawberi, strawberi celup coklat, teh Cameron Valley dan bunga Crystanthemum dan bunga ros...hehehe