Showing posts with label FYP. Show all posts
Showing posts with label FYP. Show all posts

Tuesday, January 07, 2014

Here I go Again!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! 

Alhamdulilah, hari ini Anis telah mendapat offer letter yang Anis download sendiri daripada website CPS. Tak tahu apa itu CPS? CPS adalah singkatan untuk Centre for Postgraduate Studies IIUM. InsyaAllah, Anis akan menjadi seorang student Master pula. Kan sebelum ini Anis memang dah berazam untuk belajar lagi? Ingat tak dalam post Here I come Again!? Anis tulis, "Anis rasa Anis ingin belajar lagi". Bersyukur sangat, tahun 2014 ni, salah satu azam Anis telah tercapai...

So, Anis ingin berkongsi pengalaman Anis tentang macam mana Anis mendapat peluang untuk sambung belajar lagi. Anis sebenarnya pernah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master (Ijazah Sarjana) di USM. Ketika Anis masih belajar di peringkat undergraduate, semasa final year, memang mindset Anis ingin sambung Master di USM. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. InsyaAllah, Anis bakal buat Master di UIA tercinta, kampus Kuantan. 

Ok, Anis akan ceritakan macam mana Anis boleh berubah fikiran. Semuanya bermula sejak Hari Graduasi di UIA Gombak. Ada beberapa keadaan yang membuatkan Anis berkobar-kobar ingin melanjutkan pelajaran di IPT yang sama iaitu IIUM - Garden of Knowedge & Virtue (Taman Ilmu & Budi). Keadaan yang pertama ialah ketika Anis berbual-bual dengan graduan yang duduk di sebelah Anis. Dia sama batch dengan Anis, tapi dia tak sama kelas, jadi Anis tak kenal dia. Tetapi, dialah orang pertama yang Anis cam di UIA Gombak semasa Hari Graduasi yang lalu. Maklumlah, ketika di UIA Gombak, ada perasaan macam stranger, even UIA juga. Jadi, bila nampak someone dari UIA Kuantan, rasa teruja! Haha. Rupa-rupanya, sister tersebutlah yang akan duduk di sebelah Anis dalam CAC IIUM tu.

Semasa Anis berbual dengan beliau tentang perihal diri masing-masing, samada sudah bekerja atau belum dan sebagainya, Anis berkongsi dengan beliau tentang diri Anis yang masih menganggur dan mempunyai cita-cita untuk belajar di USM pula. Kemudian, beliau memberikan pendapat dan berkongsi pengalaman daripada salah seorang rakannya yang sedang belajar di USM. Apa yang Anis boleh simpulkan daripada perbualan dengan beliau ialah, belajar di USM pasti seronok dan membanggakan kerana USM ialah universiti APEX di Malaysia ini. Namun, dari sudut ekonominya, yuran di USM lebih tinggi berbanding di UIA atau universiti lain. Sebenarnya, Anis memang tiada wang yang banyak untuk membiayai pelajaran Anis pada masa akan datang. Abah pun dah katakan bahawa dia menyokong Anis untuk sambung belajar namun dia tak mampu untuk menanggung pembelajaran Anis. Dia mengharapkan Anis supaya bekerja dahulu atau memohon biasiswa. Ibu pula menyuruh Anis membuat pinjaman untuk belajar. Anis kalau boleh, memang tak mahu buat pinjaman. Jadi, untuk yuran pengajian, Anis memang berniat untuk memohon dana MyBrain15. Yang Anis maklum, MyBrain15 ini ialah usaha kerajaan untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD). Tetapi menurut sister yang berbual dengan Anis, jumlah dana maksimum yang bakal diberikan sekiranya berjaya hanya RM10k. Ini adalah satu informasi yang Anis tak tahu sebelum ini. Anis sangkakan kerajaan akan menaja keseluruhan yuran pengajian, namun rupa-rupanya tetap ada quotanya. Jadi, Anis fikir, Anis tak mampulah nak belajar di USM kalau macam ni. 

Keadaan yang seterusnya, adalah semasa sesi Graduasi tersebut, iaitu semasa mendendangkan lagu IIUM. Terasa menegak bulu roma Anis kerana dalam lagu tersebut ada janji besar dan tanggungjawab yang sama sekali tidak boleh dipandang ringan kerana kita telah mengangkat sumpah sebagai pelajar UIA dan sudah tentu sebagai seorang Islam. Tanggungjawab terhadap agama dan ummah. Malah, keseluruhan proses upacara Hari Graduasi itu mengingatkan Anis, 'di mana lagi Anis nak cari suasana yang muhibbah seperti ini jika bukan di UIA?' Anis pasti Anis akan merindui taman ini yang telah menyumbang kepada siapa diri Anis pada saat ini. Taman ilmu yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan. Taman budi yang menjadikan Islam sebagai cara hidup. It is very beautiful! 

Anis terlupa sister tadi juga ada memberitahu bahawa Dr. Suhana iaitu supervisor FYP Anis juga sedang mencari student Master di bawah supervision beliau. Sesungguhnya, Anis memang ada contact Dr.Suhana beberapa hari sebelum Hari Graduasi tersebut. Anis juga memang ingin bertemu dengan beliau jika ada kesempatan kerana kata beliau adik beliau juga graduasi pada hari yang sama. Namun, Anis tak tahu pula Dr. Suhana sedang mencari student Master. Mujurlah sister tu beritahu. Beberapa hari selepas Hari Graduasi terus Anis tanya Dr. Suhana samada beliau masih mencari student kerana pada Hari Graduasi tersebut Anis tidak terserempak langsung dengan beliau. 

Alhamdulilah, rezeki yang tak dijangka, Anis mendapat respon yang positif daripada Dr. Suhana serta beliau bertanya jika Anis berminat. Tidak terkata perasaan teruja Anis apabila mendapat peluang yang terbuka sebegitu! Namun, Anis tak terus menerima peluang itu sebaliknya Anis mengambil sedikit masa untuk memikirkan masak-masak tentang keputusan yang bakal dibuat. Anis berbincang dengan Abah, Ibu, adik-adik dan juga insan yang bakal menjadi istimewa dalam hidup Anis. Syukur, semuanya menyokong Anis. Lalu, tanpa ragu-ragu, Anis menerima dan memohon untuk menjadi student Master di bawah supervision Dr. Suhana.  

Oleh kerana Anis baru sahaja membuat keputusan yang jitu untuk sambung Master di UIA, Anis sungguh terkejut apabila Anis check di website IIUM bahawa closing date untuk application Master ialah pada 2 Disember 2013 (Isnin), lebih kurang seminggu selepas Anis contact Dr.Suhana dan membuat keputusan. Kecut perut Anis bimbang tidak sempat membuat permohonan. Maka, selama seminggu Anis sibuk membuat persiapan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan. Salah satu dokumen yang Anis perlu sediakan ialah surat rujukan daripada 2 orang pensyarah. Dua malam Anis tak tidur untuk menyiapkan draft untuk dihantar kepada lecturer yang terlibat. Satu pengalaman yang baru dan menarik bagi Anis walaupun Anis tak pernah buat surat rujukan sebelum ini. Anis sangat berpuas hati dengan hasilnya. Ada sesetengah orang, surat rujukan disediakan secara confidential oleh lecturer sendiri, tetapi ada sesetengah lecturer yang akan minta kita draft surat rujukan kita. Surat rujukan ini bertujuan sebagai bahan sokongan yang mengatakan kita layak, mampu dan berkebolehan untuk menjalankan kajian bagi mendapatkan Master. Bagi sesetengah IPT, mereka menyediakan evaluation form yang perlu diisi oleh lecturer, tapi tujuannya sama sahaja.  

Pada 28 November 2013, sirih pulang ke gagang, Anis kembali ke UIA Kuantan untuk berjumpa dengan supervisor dan menghantar borang permohonan. Salah satu hari yang menggembirakan dan mengujakan bagi Anis. Pagi-pagi lagi Anis sudah keluar rumah untuk pergi ke Kuantan. Anis ditemani oleh adik bongsu Anis kerana sekarang Anis tinggal di rumah bersamanya. Sebelum ke Kuantan, Anis menumpang ibu saudara Anis yang bekerja di Pejabat Tanah Daerah untuk berjumpa pegawai di sana bagi mengesahkan salinan dokumen-dokumen yang Anis ingin bawa ke Kuantan. Anis pergi ke Kuantan menaiki bas ekspres dan tiba di Kuantan lebih kurang pukul 11 pagi. Alhamdulilah, segala proses berjalan lancar. Anis juga menerima satu berita gembira daripada Dr. Suhana bahawa kajian FYP Anis bakal dibentangkan oleh Dr. Azlina (co-supervisor FYP) di salah satu konvensyen pada bulan Disember. Alhamdulilah.

Oleh itu, Anis sangat berterima kasih kepada Dr Suhana, Dr. Azlina, family yang tak henti-henti memberikan sokongan, rakan-rakan yang tak jemu membantu, serta yang tersayang yang juga banyak membantu memberikan sokongan. Anis bersyukur sangat-sangat! Terima kasih.

Jadi, 2 minggu lagi, pada 22 Januari 2014, Anis akan mendaftar sebagai pelajar postgraduate di IIUM. Here I go Again! Semoga segalanya berjalan lancar, dipermudahkan dan berjaya menamatkan pengajian Master ini dengan cemerlang. Anis juga ada satu lagi majlis penting yang bakal berlangsung 18 Januari ini. Doakan yang baik-baik, tawakkal kepada ALLAH.  

Nanti, Anis bakal ceritakan tentang majlis tersebut, InsyaAllah.... 



Thursday, May 09, 2013

Thesis...thesis!

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi!

Alhamdulilah, enaknya menikmati oat coklat sebagai sarapan pagi hari ini! Sebenarnya, Anis sudah hampir terlupa pasal blog ini. So sad!! Tetapi, pagi tadi, as usual, Anis check email. Actually, Anis nak check samada supervisor Anis dah return draft thesis Anis atau belum, tapi Anis nampak ada notification comment pada post before ni iaitu Genap 30 hari! It was a comment daripada kawan Anis semasa internship di HOSHAS yang mendoakan Anis supaya berjaya menyiapkan thesis.

Yup! That's the reason kenapa Anis hampir "terlupa" pada blog ini. Lately, Anis memang sangat busy dengan thesis and assignments. So, Anis kena hantar thesis 1, 2, 3... 4 hari lagi, next Monday... wohaa! 

Cuba teka, Anis dah siap ke belum thesisnya?? 

Alhamdulilah, Anis sangat bersyukur sebab Anis berjaya juga menyiapkan Chapter 4 (the last chapter) and abstract before Anis balik mengundi hari Jumaat last week. But, Anis belum siap sepenuhnya lagi. Hanya dalam 85% saja kot yang dah siap. InsyaAllah, Anis harap sangat mampu siapkan 10% lagi menjelang esok and successfully submit the thesis on Monday. Amin...amin...amin... 

Yes, and that means only about 1 month lagi untuk Anis bergelar mahasiswa di UIA Kuantan ini. Sangat tak sabar nak final dan grad. After this, macam-macam yang Anis nak buat dan kejar. We'll see.... Apa-apa nanti, Anis akan update di blog ini mana yang sempat. 

Okay, that's all for now! 
Adios!  =)

  

Saturday, March 23, 2013

Mid Sem Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sekarang, Anis sedang bercuti pertengahan semester selama lebih kurang seminggu. Maksudnya, hanya tinggal setengah semester lagi sebelum Anis habis belajar di UIA Kuantan ini. Alhamdulilah...

Sebenarnya, Anis agak risau sebab thesis Anis baru siap tak sampai 5% rasanya. Malu. Idea untuk menulis dah ada dalam kepala Anis, cuma nak dapatkan mood untuk menulis tu, susah betul! Jarang nak ada... Tetapi, selepas ini, Anis memang dah tak boleh nak buang masa lagi! Kalau tak, memang tak siaplah jawabnya thesis ini...

Walaupun begitu, beberapa hari lagi iaitu lusa, Anis akan pergi bercuti bersama keluarga sempena musim cuti sekolah ini. Dasyat tak? Belum habis belajar lagi, belum habis exam lagi, dah pergi bercuti...huhu

Dan, destinasi pilihan Anis kali ini ialah Cameron Highlands. Anis agak excited juga sebab ini kali pertama Anis nak menjejakkan kaki ke tanah tinggi Cameron. Walaupun Anis orang Pahang, tapi baru sekarang dapat peluang pergi ke Cameron. Nanti, kalau ada masa, Anis akan ceritakan tentang percutian Anis di Cameron. InsyaAllah!

Doakan percutian Anis selamat dan Anis selamat menyiapkan FYP Anis dengan jayanya! Jumpa lagi! =)


Thursday, February 07, 2013

Final Semester!

Assalamualaikum..

Alhamdulilah! Akhirnya, tiba juga semester terakhir pengajian di universiti tercinta ini. InsyaAllah, tinggal beberapa bulan lagi sebelum menamatkan pengajian di sini. Anis juga bersyukur dengan result exam kali ini, cuma Anis kurang berpuas hati dengan result Environmental Toxicology. Namun, tak mengapalah, mungkin itulah yang sesuai dengan usaha Anis. Anis juga bersyukur kerana hampir berjaya menyiapkan data collection untuk FYP sepanjang cuti semester yang lalu seperti perancangan. Hanya tinggal lebih kurang 25 responden lagi yang perlu diinterview tentang denggi. InsyaAllah, Anis akan menyiapkannya pada minggu hadapan. Selepas itu, Anis ingin membuat analisis data. Apabila dah siap analisis nanti, bolehlah Anis menyiapkan First Draft Thesis. Sementara ini, Anis ingin mulakan menulis Thesis untuk bahagian 'Literature Review' dan 'Introduction'. Alhamdulilah, semester lepas, Anis sudah siapkan sedikit bahagian 'Method'. Anis target untuk siapkan part 'Introduction' dan 'Literature Review' tu dalam masa 2 minggu dan Anis harap sangat dapat siapkan first draft dalam masa sebulan sebelum cuti mid-sem hujung bulan 3 nanti. InsyaAllah, doakanlah agar Anis berjaya...


Tuesday, January 08, 2013

Habis Sem 7

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, selesai juga semester ini. Esok, Anis akan pulang ke rumah bersama Ibu, Abah dan adik-adik. Yey! Gembira sebab cuma tinggal satu lagi semester sebelum grad! 

Anis akan bercuti lebih kurang sebulan sebelum memulakan semester yang terakhir di UIA Kuantan ini. Semasa cuti nanti, Anis perlu mengumpul data untuk FYP Anis. Mudah-mudahan, Anis berjaya menyiapkannya dalam masa sebulan nanti. InsyaAllah.

Jumpa lagi semester hadapan! =)

p/s: Doakan Anis mendapat keputusan yang cemerlang untuk semester ini. Amin... 

Thursday, December 06, 2012

IKOD 2012

Assalamualaikum wbt.
Sejak akhir-akhir ini, semakin busy dengan kehidupan sebagai seorang student. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. 
As a final year student, Final Year Project tak boleh diletak tepi. Anis pun baru sedar yang hanya ada beberapa bulan lagi yang tinggal before thesis submission. Hopefully, Anis akan berjaya siapkan projek as soon as possible. InsyaAllah. Lebih kurang sebulan lagi, final exam akan menjelang tiba. Kali ini, Anis mesti prepare for the exam earlier. Yes, Anis memang nak score final exam sem ni dan sem depan. Anis ada target yang mesti Anis capai. Kalau Anis tak capai target tu, tak ada maknanya Anis grad tahun depan. Anis mahu grad dengan seribu erti dan sejuta kegembiraan. Anis nak tengok Ibu dan Abah Anis gembira melihat Anis menerima segulung ijazah. Anis takkan sia-siakan harapan dan pengorbanan Abah dan Ibu selama ini. TAKKAN!

Back to the main topic, tajuk post ni IKOD 2012, kan? IKOD tu stand for IIUM Kuantan Open Day (Hari Terbuka UIA Kuantan). Malam ini, ada opening ceremony. Ada celebrity talk yang bertemakan U-TURN: Jalan Menuju Kebahagiaan. Tetamu yang special malam ini bagi Anis ialah Yatt Hamzah dan Matluthfi. Anis minat juga la dengan dua orang hamba Allah ini. InsyaAllah, grand opening ni mesti best, tapi Anis ada kelas malam ini. Harap kelas akan habis awal dan dapat juga pergi opening ni. InsyaAllah. Anis juga dengan besar hati ingin menjemput kawan-kawan, saudara-mara serta semua warga Kuantan untuk datang ke UIA Kuantan bagi memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Jomlah datang ke opening ceremony dan talk malam ni! 





Anis juga menjadi seorang AJK untuk salah satu program IKOD iaitu Interkulliyyah Quiz IIUM Kuantan. Program ini khusus untuk pelajar-pelajar UIA sahaja. Tetapi, kalau ada sesiapa yang berminat nak menonton, boleh juga datang ke Classroom 1, One-stop Student Center (OSC) pada jam 5 petang untuk hari ini dan esok (6 & 7 hb). Kalau nak tonton pusingan akhir, jemputlah datang ke OCD Square pada 8 hb. Kuiz akan bermula pada jam 9 pagi. Bolehlah kalau berminat nak tengok sejauh dan sedalam mana pengetahuan am student UIA. Mungkin dapat menambah pengetahuan am diri sendiri. InsyaAllah.  

Jom ke IKOD! 

Monday, December 03, 2012

FOCUS!

Assalamualaikum wbt.

Good morning! This is a quick post..

I want to focus on my Final Year Project starting from now. I know, I have wasted some time having fun and enjoying my time, to be happy. But, now I have to get back to my focus. This is what I want to do, for myself, and especially for my parents and my younger brothers. I only have several months left to be called as an IIUM Kuantan undergraduate, and I want to graduate next year in October, InsyaAllah. I want to write a good thesis, running a good project, and score my best in all examinations. I believe I can do it, because I really want to! Nothing can stop me...believe me!

Wish me all the best! Amin...

Monday, November 19, 2012

Cuti-Cuti Part II


Setelah menghabiskan masa selama 2 hari di Putrajaya, Anis bertolak pulang ke Kuantan dengan menaiki bas Transnasional dari Putrajaya. Tiket bas bernilai RM 26.00. Sebelum bertolak ke Gombak lagi, Anis dah minta tolong Atiqah carikan tiket sebab risau tak ada tiket nak balik. Maklumlah, musim cuti sekolah. Tambahan pula, perayaan Deepavali yang bakal menjelang pada 13 Nov. Pada mulanya, Anis suruh Atiqah cari tiket ke Temerloh sebab Anis bercadang nak balik ke Temerloh dulu. Kemudian, baru Anis akan balik ke Kuantan sebab hari Rabu Anis ada kelas. Lagipun, Anis dah lama tak naik bas seorang diri jauh-jauh sejak kejadian accident yang lalu. Anis risau, kalau-kalau Anis masih trauma. Tetapi, tidak ada bas ekpress yang menuju ke Temerloh. Yang ada, hanyalah ke Kuantan. Jadi, Anis menekadkan hati dan meminta Atiqah membeli tiket bas ke Kuantan. 

Semasa di Putrajaya, tidak ramai yang menaiki bas tersebut. Hanya 5 orang penumpang sahaja. Kemudian, bas berhenti di Puchong untuk mengambil beberapa orang penumpang dan meneruskan perjalanan. Lebih kurang sejam kemudian, bas tiba di sebuah tempat yang tidak asing bagi Anis. Tempat yang Anis rindui. Perhentian bas Pekeliling. Dulu, masa Anis belajar di CFS IIUM, di sinilah tempatnya Anis akan sampai dari Temerloh. Kemudian, dari perhentian ini, Anis akan menaiki Monorel ke KL Central. Dari KL Central, Anis akan menaiki bas RapidKL ke CFS. Sungguh rindu kenangan kehidupan di sini. 




Bas berhenti hampir setengah jam di Pekeliling. Anis turun sekejap untuk membeli air Revive dan buah jambu batu. Dahaga dan agak lapar. Lagipun, sengaja nak memijak kaki di Pekeliling. Huhu. Di Pekeliling, ramai penumpang yang naik dan memenuhi bas. Perjalanan diteruskan ke Kuantan. Sepanjang perjalanan di sekitar Kuala Lumpur, Anis sempat lagi snap beberapa kali. Hehe. 

..dua menara..
Anis tiba di Kuantan lebih kurang jam 7 malam. Anis minta tolong kawan Anis yang dah lama Anis berkawan dengan dia sejak dari zaman CFS untuk menjemput Anis di Terminal Makmur, Kuantan. Nama dia Elyna. Kebetulan dia nak keluar dinner dengan seorang lagi kawan yang bernama Akma. Elyna ajak makan di Sara Thai Kitchen. 

Keesokkannya, 12 Nov, Anis keluar dinner pula bersama ex-roommates yang sama-sama study di IIUM Kuantan. Tetapi, selama 4 tahun ini, inilah kali pertama kitorang dapat menghabiskan masa bersama-sama. Kitorang mengambil keputusan untuk makan di Sara Thai Kitchen. Walaupun Anis baru je makan di Sara Thai semalam, tapi Anis tak kisah sebab makanan di Sara Thai memang sedap. Menu istimewa kitorang malam tu ialah ikan siakap stim halia. 

Nisa~Mima~Amy~Asilah
Balik-balik dari keluar makan, Anis bergegas pula ke meeting 'Interkulliyah Quiz' yang bakal diadakan di UIA Kuantan 3 minggu lagi sempena IIUM Kuantan Open Day (IKOD). Rupa-rupanya, Anis dilantik sebagai Treasurer untuk program tersebut. 

Pada hari Selasa, 13 Nov, Anis tak ada apa-apa aktiviti. Cuma duduk di bilik. Ibu call, tanya sama ada Anis balik ke tak. Bila Anis fikir-fikir, Anis membuat keputusan untuk tidak jadi balik sebab Anis rasa Anis ada banyak perkara yang perlu dilakukan di Kuantan ini. Pada malam itu pula, Anis ada meeting IAB SCIENCESS untuk program sempena Maal Hijrah.  

Pada 14 Nov, Anis ada kelas pada waktu pagi. Pada waktu petang, Anis mempunyai appointment dengan Kak Aimi, final year student dentistry untuk scaling gigi. Selesai scaling, gigi Anis terasa lebih bersih. Tiada lagi hitam-hitam pada gigi. Senyuman pun terasa lebih menawan. Huhu. Menurut Kak Aimi, appointment Anis seterusnya ialah 2 minggu lagi.  

Tiba-tiba, petang tu, Anis terasa nak berjoging. Anis pun mengajak Amy, ex-roomate Anis, untuk pergi berjoging ke Taman Tasik Bandar Kuantan. Macam-macam cerita dapat berkongsi dengan Amy petang tu. Sebenarnya, Anis memang suka sangat spend masa macam tu pada waktu petang dengan kawan-kawan. Sambil jalan-jalan, kita boleh borak-borak. Tapi, sekarang di Kuantan, Anis sangat jarang dapat buat macam tu sebab kekangan masa dan tak ramai kawan Anis yang berminat untuk berjalan-jalan di tasik pada waktu petang. Jadi, petang tu, Anis sangat seronoklah! Thanks to Amy! 

Anis tak lupa assignment film review movie 'An Inconvenient Truth' yang ditonton di IIUM Gombak Jumaat lalu. Jadi, Anis mula menyiapkan assignment itu sebab kena hantar pada hari Jumaat. Selain itu, Anis juga diamanahkan oleh Program Manager untuk program Bowling Tournament untuk menghantar proposal program tersebut selewat-lewatnya pada hari Jumaat.  

Anis nak share juga satu kisah. Kata orang, alat teknologi atau gajet akan merajuk kalau kita sebut nak tukar dengan yang baru. Anis adalah post di Facebook untuk minta pandangan orang tentang handphone Nokia 500 yang Anis rasa macam berminat nak pakai. Tak pasal-pasal, handphone yang Anis pakai sekarang buat hal. Geramnya rasa! Anis pun dah jadi dalam dilema untuk menukar handphone. Anis pun delete post berkenaan dan mula survey smartphone yang lain. Anis pun dah ajak adik Anis untuk keluar esok harinya untuk membeli handphone baru. 

Anis dan adik Anis ke Kuantan Parade. Tetapi, Anis dah bertukar fikiran. Anis tak survey Nokia 500 tapi Nokia Asha 311. Anis lebih berminat dengan Nokia Asha 311 sebab harganya lebih murah. Yalah, duit Anis bukannya banyak sangat. Di website Nokia, harga Nokia Asha 311 tu RM419. Adik Anis membantu Anis, dan harga yang paling murah kami dapat ialah RM360. Tapi, Anis masih rasa ragu-ragu sebab tahun depan, ada rebat untuk beli smartphone, kan? Jadi, adik Anis pun bagi cadangan. Anis jangan beli lagi dan tunggu sampai handphone yang Anis pakai sekarang betul-betul tak boleh guna. Anis pun setuju, Anis kata pada adik Anis, kita tunggu, kalau handphone ni rosak, kita terus beli Nokia Asha 311 dengan harga RM360. Apa lagi, tak jadi beli handphone, Anis shopping handbag dan blouse. Huhu. 

Tengahari tu pula, Anis dapat idea untuk singgah ke rumah bapa saudara kami di Gebeng. Alhamdulilah, mereka sekeluarga ada di rumah. Sebenarnya, Anis memang dah lama sangat tak jumpa mereka. Jadi, sengajalah pergi rumah mereka untuk berziarah dan bersembang. Lama juga duduk di rumah mereka, sampai petang. Sempat lagi tengok cerita 'Mann' di TV3.

Hari Ahad, iaitu semalam, Anis membuat soalan questionnaire untuk FYP Anis. Setelah bercuti seminggu, barulah ada peluang untuk buat FYP. Hehe. Alhamdulilah, dah siap semua soalan, cuma ada sedikit lagi bahagian yang belum siap. 

Afterall, Anis rasa sungguh gembira selama seminggu ini. Anis rasa hidup Anis sangat bermakna seminggu ini. Dapat pergi jalan-jalan, makan-makan dan dapat jumpa semua roommate-roommate semasa di PJ dulu. Alhamdulilah! 


p/s: Handphone Anis baik-baik saja lepas Anis tak jadi beli handphone baru. =P 


Monday, October 08, 2012

Proposal FYP II

Assalamualaikum.

Hari ini, Anis dapat tahu giliran Anis present proposal FYP iaitu pada 11 Oktober, 3 hari lagi. Alhamdulilah, syukur sebab masih ada lebih 2 hari lagi untuk praktis. Tetapi, cuak juga melihat nama examiner yang akan evaluate presentation Anis nanti. Salah seorang pensyarah tu, Anis kenal; pernah belajar dengan dia. Yang seorang lagi, nama dia pun first time Anis tengok tadi. Mudah-mudahan, presentation proposal Anis Khamis ini akan berjalan baik hendaknya. Amin... 

Tuesday, October 02, 2012

Re-election + Proposal = ?

Assalamualaikum.

Selamat Pagi! Alhamdulilah, hari ini Anis rasa bertenaga dan bersemangat. Kawan-kawan tahu tak hari ini hari apa? Betul, hari ini hari Selasa. Dan hari ini juga ada dua perkara penting yang akan berlaku di sekeliling Anis. 

Pertama, pengundian semula calon SRC IIUM. Tetapi, Anis malas nak komen banyak tentang re-election ini. Apa yang Anis tahu Anis akan menjalankan sekali lagi tanggungjawab Anis sebagai pengundi. Rugi tak undi, itu hak kita!! =)

Kedua, sangat berkait rapat dengan diri Anis iaitu FYP Proposal. Iye, dah nak kena hantar hari ini... Alhamdulilah, Anis sudah berjaya menyiapkan proposal tersebut. Harapan Anis, agar proposal itu baik dan akan diterima dengan baik oleh examiner nanti. 10% tau proposal ni, kena buat betul-betul! Lagipun, proposal inilah framework FYP kita. Semoga dipermudahkan segala urusan... Khas buat kawan-kawan Biomedical Science, All The BEST to all of you! I believe we can do it, together! =)


Sunday, September 23, 2012

Proposal FYP

Assalamualaikum.

Hari ini genap 2 minggu Anis berada di universiti yang tercinta, IIUM Kuantan untuk semester baru. Alhamdulilah, Anis sudah bergelar pelajar tahun ke-4 Kulliyah Sains untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan. Tetapi, untuk pengetahuan semua, bidang Sains Bioperubatan kini berada di bawah Kulliyah Sains Kesihatan Bersekutu, IIUM. Seperti yang semua maklum, untuk menamatkan pelajaran selama 4 tahun di universiti ini, Anis perlu membuat 'thesis'. 'Thesis' ialah sebuah kajian atau research. Sebagai bakal saintis, mesti ramai yang menganggap pelajar seperti Anis akan membuat kajian atau eksperimen di dalam makmal, kan? Namun, Anis tidak memilih lab-based research sebagai 'Final Year Project' Anis. Anis memilih field-based research.

Kenapa?

Pertama sekali sebab sepanjang 3 tahun di sini, Anis sudah belajar macam-macam subjek. Anis belajar Anatomi, Fisiologi, Molecular Biology, Patologi, Biokimia, Mikrobiologi, Hematologi, Parasitologi, Farmakologi, Toksikologi, Quality Assurance termasuklah Epidemiologi dan Biostatistik. Cuba tengok betul-betul, subjek yang Anis belajar lebih kurang sama dengan subjek yang bakal doktor belajar. Mestilah....kan Bioperubatan! =)

Sepanjang Anis belajar semua subjek-subjek yang disenaraikan tadi, Anis mendapati minat dan potensi Anis lebih dalam subjek.........Epidemiologi dan Biostatistik......... Oleh itu, untuk FYP, Anis memilih untuk membuat research yang berkaitan dengan Epidemiologi dan Biostatistik. =)

Bukan Anis tak minat buat kerja dalam makmal, tetapi Anis lebih berminat untuk melakukan survey. Kemudian, membuat analisa dan kesimpulan mengenai sesebuah populasi. Topik kajian yang Anis pilih pula ialah Denggi. Anis akan membuat survey tentang pengetahuan dan kesedaran (attitude) orang ramai tentang pencegahan Denggi. Menarik tak FYP Anis? =)

Jadi, sekarang Anis ada masa 1 minggu lagi untuk menyiapkan proposal FYP Anis. Doakanlah agar Anis berjaya menyiapkan proposal ini. InsyaAllah...