Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Cuti-Cuti Part I

Assalamualaikum..

Hari ini, berakhirlah sudah cuti Anis selama seminggu. Sebenarnya, Anis bukanlah cuti direct pun seminggu ini. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat yang lepas, Anis tak cuti pun, cuma tak ada kelas je pada hari Isnin dan Jumaat. So, kali ini Anis akan ceritakan aktiviti-aktiviti Anis sepanjang seminggu yang lalu. Are you ready?

Seperti yang Anis ceritakan dalam entry sebelum ini, Anis habis exam mid-sem pada 7 Nov yang lalu. Pada 9 Nov, Anis ada kelas macam biasa rasanya. Selesai kelas, Anis keluar dengan kawan Anis, Aidura ke Megamall, Kuantan. Tujuan keluar pada petang Khamis itu ialah sebab temankan Aidura tengok movie. Tajuk movie tu ialah "Silent Hill". Kalau adik-adik Anis tahu Anis tengok movie ni, mesti dorang jealous sebab dorang pun minat sangat dengan cerita "Silent Hill" ni. Untuk pengetahuan, kitorang lambat sikit masuk movie, movie start pukul 2.45pm. Tapi, pukul 3 pun, kitorang baru nak beli tiket. Tapi, oklah...cerita baru start! Best juga ceritanya, tapi Anis memang tak berapa minat tengok cerita seram suspens ni. Bila part yang ada makhluk hodoh tu, Anis kecikkan mata Anis. Tak sanggup nak tengok! Tengok sikit-sikit je. Huhu. 

Sebenarnya, Anis nak keluar sangat-sangat ke Megamall sebab Anis ada 3 agenda penting untuk dilaksanakan! Pertama, Anis nak cari bedak kompak Anis. Dari hari Isnin, Anis tak sapu bedak pada muka sebab bedak dah habis. Tak tahulah orang lain perasan ke tak. Anis pakai bedak apa, nak tau? Anis pakai Johnsons' Face Powder-White. Anis memang suka sangat pakai bedak ni, sebab sesuai dengan kulit muka Anis. Kedua, Anis nak cari beg yang sesuai untuk Anis travel. Akhirnya, Anis jumpa juga beg yang comel untuk Anis. Happy! Ketiga, yang Anis hampir-hampir lupa ialah menggantikan bateri jam tangan Anis. Yalah, nanti susah kalau pakai jam tangan yang tak berfungsi. So, petang itu terlaksanalah segala hajat Anis. 


Inilah beg travel yang dicari....comel tak?

Tetapi, Anis ada hajat yang lebih besar. Cuti yang mendatang ni, Anis berhajat untuk pergi bercuti. Entahlah, Anis pun tak tahu nak cakap bercuti ke apa, tapi Anis rasa lebih kepada membawa diri. Sebenarnya, pada hari Jumaat, 9 Nov, kelas Environment Anis kena pergi ke IIUM Main Campus, Gombak. Lecturer kitorang yang suruh datang sebab dia nak buat aktiviti untuk kitorang bersama student Law. Pada mulanya, ingatkan nak bertolak naik bas UIA malam Khamis, tapi nasiblah tak jadi, sebab Anis rasa penat sangat balik dari Megamall petang tu. Tapi, Anis dan kawan-kawan Anis perlu bertolak ke Gombak jam 4 pagi hari Jumaat menaiki kereta sendiri. 

Pagi Jumaat tu, Anis dan Izzah (roommate) bangun lebih kurang pukul 3 pagi untuk bersiap-siap ke Gombak. Kitorang berkonvoi 5 buah kereta. Kami bertolak pukul 4 pagi. Alhamdulilah, perjalanan kami selamat dan selamat sampai di Gombak jam 8 pagi. Kami berhenti sekejap di R&R Temerloh untuk solat subuh dan mengalas perut. Aktiviti di Gombak pada hari itu ialah 1 jam kelas dengan lecturer, Dr Maizatun. Kemudian, kitorang digroupkan dengan students Law untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Maizatun. Pada waktu petang, kitorang tonton movie yang bertajuk 'An Inconvenient Truth' yang menceritakan tentang masalah global warming. Menarik movie ni! Korang pun boleh cari dan download. Lepas itu, tonton sendiri. Movie ni Anis kena buat review pula, tapi kena hantar a week after. 




Malam tu, Dr. Maizatun jemput pula kitorang dinner di rumah beliau. Kitorang semua excited! Rumah beliau memang sangat luas dan selesa. Untungnya!. Menjadi inspirasi pula untuk memiliki rumah seumpama itu. Sangat kagum! 


..my Environmental Health friends..


Selain rumah, masakan pun sedap-sedap. Lagi-lagi baked macaroni. Hmm.. Anis ni, bukan jenis yang makan sangat makanan ala-ala western ni, tapi memang sedaplah. Tapi, Anis tak mampu nak makan banyak. Tak tambah pun, makan sikit je.



The best baked macaroni I've ever tasted!!

Balik dari rumah lecturer, Anis kembali semula ke IIUM Gombak. Anis bermalam di bilik ex-roommate Anis masa di CFS IIUM, PJ. Nama dia Azalia. Sejak berpisah di CFS, inilah kali pertama Anis bertemu lagi dengan dia. Alhamdulilah, Anis gembira sangat dapat berjumpa dia. Dulu, Anis ingat lagi yang Anis dan Lia selalu pergi talk (ceramah) sama-sama. Alhamdulilah, ukhuwah tu masih bertahan sehingga ke hari ini! Semoga Allah sentiasa memimpin kami. Amin.

Hari Sabtu, Anis menuju ke Putrajaya. Sebenarnya, Anis memang dah lama bercadang nak berjalan ke KL. Alhamdulilah, disebabkan trip ini, Anis tiba di KL. Kemudian, Anis juga teringin ke Putrajaya. Disebabkan ada trip ke Gombak, Anis pun membuat plan untuk pergi ke Putrajaya. Kawan baik Anis masa MRSM, Atiqah tinggal di Putrajaya. Anis pun tak sangka, ibu dan abah membenarkan Anis pergi ke Putrajaya seorang diri. Alhamdulilah, syukur diberikan kepercayaan. 

Anis ke KL Central menaiki LRT dari Gombak bersama dengan Hidayah a.k.a Doyok, kawan Anis sejak MRSM sampailah sekarang, sama kelas. Asalnya, Anis sepatutnya berseorangan saja. Syukur sekali lagi, sebab tiba-tiba Allah bagi teman. Semalam dah lewat balik dari rumah lecturer, jadi Doyok join Anis bermalam di bilik Azalia. Dia pun nak pergi KL Central, sebab nak pergi rumah kakak dia. Kemudian, kitorang berpisah di KL Central. Dia pergi menaiki Komuter manakala Anis menaiki ERL @ KLIA Transit untuk ke Putrajaya. 

Pengalaman pertama Anis menaiki ERL. Atiqah kata, ERL ni laju tapi mahal sikit. Tiket ke Putrajaya RM9.50 untuk seorang dewasa. Bagi Anis, oklah.. Tak adalah mahal sangat. Masa tiba di platform, Anis nampaklah ERL tu. Tapi, pintu dia semua tertutup. Dalam ERL tu, dah ada orang. Anis keliru juga, boleh masuk lagi ke tak ni? Sebab, Anis baca, ERL ni akan bertolak 5 minit lagi. Anis pun menuju ke ERL tersebut dan memilih gerabak yang kurang orang. Agak teragak-agak, macam mana nak masuk ni? Tiba-tiba, ada seorang pak cik tegur. Rasanya dia bekerja dengan ERL ni, sebab dia pakai uniform. Mungkin dia nampak Anis macam terpinga-pinga. Huhu. Anis pun jawab ringkas, "Nak masuk". Dia pun, menekan butang pada pintu untuk Anis. Pintu pun terbuka. Barulah Anis tahu, pintu ERL ni self-service. Masuk je dalam ERL, Anis terus keluarkan kamera dan mengambil gambar. Excited, first time naik ERL!! 










Kurang daripada setengah jam, Anis sampai di Putrajaya. 
Atiqah bawa Anis berjalan-jalan di sekitar Putrajaya. 






..Destinasi Idaman: Pullman Putrajaya Lakeside..
Antara banyak tempat di Putrajaya, Anis paling suka pergi Pullman Putrajaya Lakeside. Sangat cantik sebab reka cipta bangunannya berunsur tradisional. Anis terus berangan nak menetap di Pullman satu hari nanti. Best juga kalau ada lelaki budiman (bakal suami) yang sudi nak bawa Anis masuk resort ini nanti. Hehehe. 


Wednesday, October 17, 2012

Hoore! Hoore!

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, hari ini Anis lebih ceria berbanding beberapa hari yang lalu. Entahlah mengapa mood agak swing sikit dua, tiga hari lalu. Asyik rasa nak mengeluh saja. Jadi, Anis telah menghabiskan waktu dengan menonton beberapa buah filem untuk menggembirakan hati yang gundah-gulana. 

Semalam, Anis menonton sebuah filem tempatan yang Anis rasa berbeza daripada filem-filem yang cliche di Malaysia ni. Anis rasa sangat seronok menonton filem tersebut. Jalan ceritanya santai, ada banyak pengajaran, sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya remaja tanpa mengira kaum. Lebih utama, filem ini ialah sebuah filem muzikal, yang mendendangkan lagu-lagu arwah Sudirman. 



Tajuk filem ini ialah "Hoore! Hoore!" arahan Saw Teong Hin. Filem ini telah ditayangkan di pawagam sejak 24 Mei 2012. Antara barisan pelakon popular yang membintangi filem ini ialah Adibah Noor, Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi, Akim AF7, Kilafairy dan tak ketinggalan Pak Nil!! 

Sinopsis tentang filem ini boleh dibaca di sini. Pengajaran-pengajaran yang dibawa oleh filem ini ialah:

1. Keyakinan tentang diri-sendiri.

Dalam kisah ini, Aiman seorang gadis yang mempunyai tubuh badan yang gempal dan selalu diejek oleh kawan-kawan. Namun, neneknya selalu memberikan semangat dan nasihat supaya dia berkeyakinan pada dirinya sendiri. Sehinggakan neneknya menyokong Aiman untuk menyertai Pertandingan Ratu Idola sehingga ke peringkat akhir. Berkeyakinan terhadap diri sendiri ialah satu nilai yang perlu diamalkan oleh setiap remaja. Kita perlu berasa yakin dengan diri sendiri tanpa kita perlu menjadi orang lain. Tidak semestinya jika kita berbeza dengan orang lain, bermakna kita tidak bagus. Mungkin sebenarnya kita lebih baik daripada orang lain tapi kita sendiri yang gagal membuktikannya. 

2. Tidak melupakan asal-usul agama dan bangsa.

Tindakan Aiman menyertai Pertandingan Ratu Idola pada asalnya ditegah oleh ibunya kerana pada pendapat ibunya, perbuatan itu telah menjatuhkan maruah diri Aiman sendiri dan keluarga mereka. Tambahan pula, Aiman merupakan seorang gadis yang bertudung. Memang benar, menyertai pertandingan-pertandingan sebegitu sepatutnya tidaklah menjadi satu impian buat para remaja kerana dari sudut agama, kecantikan diri itu bukanlah sesuatu yang perlu dipertontonkan di khalayak ramai. Kecantikan diri yang dimiliki bukanlah untuk dipertandingkan kerana yang berhak untuk mendapat pujian atas kecantikan yang dimiliki tersebut hanyalah Pencipta Yang Maha Agung iaitu Allah SWT. Seharusnya, apabila kita dikurniakan rupa paras yang cantik dan tubuh badan yang sihat, kita bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulilah dan menjaga aset diri kita daripada menjadi tatapan orang ramai. Kenapa? Kerana bagi perempuan terutamanya, aset-aset tersebut ialah aurat yang wajib ditutup daripada pandangan orang lain. 

3. Menghormati ibu-bapa dan guru.

Dalam cerita ini, nilai ini menjadi tunjang dalam kehidupan Aiman dan Johari. Walaupun Aiman selalu buat hal, tetapi dia ialah seorang anak yang sangat akur dan baik kepada kedua ibu-bapanya. Begitu juga Johari. Walaupun Johari berbeza pendapat dengan ayahnya, namun dia tidak pernah memberontak dan bertindak kurang ajar dengan ayahnya. Macam mana dengan remaja hari ini? Adakah ibu-bapa dan guru dihormati atau sebaliknya? Seharusnya, sebagai anak, kita perlu menghormati ibu-bapa dan guru-guru agar kehidupan kita lebih diberkati. Ini kerana redha Allah bersama dengan redha ibu-bapa. Doa seorang ibu, bapa dan guru adalah antara doa-doa yang dimakbulkan oleh Allah. So, janganlah asyik nak memberontak. Apa pun nasihat yang diberi oleh ibu-bapa dan guru adalah semata-mata untuk kebaikan kita. 

4. Nilai persahabatan.

Dalam cerita ini, Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik iaitu Lana dan Azadan. Mereka selalu pergi ke sekolah bersama-sama dan segala suka-duka dikongsi bersama. Walaubagaimanapun, sejak Aiman menyertai Pertandingan Ratu Idola, Lana dan Azadan semakin menjauhkan diri daripadanya. Apabila Aiman cuba untuk menghubungi mereka, mereka tidak mahu menjawab panggilan Aiman dan tidak mahu bertemu Aiman. Kata nenek Aiman, kawan yang sejati itu tidak akan berubah walau apapun yang terjadi. Di saat-saat akhir ketika Aiman ingin memasuki pusingan akhir pertandingan selepas nenek Aiman telah meninggal, Lana dan Azadan meminta maaf daripada Aiman dan membantu Aiman untuk meneruskan perjuangannya di peringkat akhir.  

5. Menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Walaupun Johari memendam perasaan terhadap Aiman, namun dia tidak pernah mengajak Aiman untuk keluar berdua-duaan dan melakukan perbuatan yang sumbang. Hal ini selalu disalah erti oleh para remaja kerana terlalu mengikutkan perasaan dan terpengaruh dengan budaya sekeliling. Percintaan antara lelaki dan perempuan tidak perlu dibajai dengan perbuatan-perbuatan yang haram seperti berdua-duaan dan sebagainya. Sebaliknya, bagi lelaki, seandainya dia jatuh cinta kepada seorang gadis, seharusnya dia berusaha untuk memperbaiki diri dan mempersiapkan diri sebelum dirinya betul-betul layak untuk menjadi seorang suami kepada gadis yang disukainya. Bukan dengan menjatuhkan maruah gadis tersebut dengan membawanya ke mana sahaja tanpa mempunyai ikatan yang sah, apa lagi untuk menyentuhnya. Bagi si gadis pula, fikirlah dahulu tentang diri sendiri sebelum menerima cinta palsu lelaki yang hanya akan merenggut kesucian hati seorang gadis. Berilah cinta hanya kepada yang benar-benar berhak memilikinya iaitu seorang suami yang sah. 

Mungkin banyak lagi nilai-nilai lain yang boleh diambil pedoman melalui filem ini. Anis ingin menyarankan kepada semua kawan-kawan, adik-adik dan para remaja untuk menonton filem ini. Di samping itu juga, kita dapat mendengar semula lagu-lagu Sudirman yang sungguh mengusik jiwa. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah:

1. Bercanda Di Pasiran Pantai
2. Hoore! Hoore!
3. Pelangi Petang
4. Balik Kampung
5. Basikal Tua
6. Salam Terakhir
7. Anak Gembala
8. Kasih
9. Milik Siapakah Gadis Ini
10. One Thousand Million Smiles
11. Terasing
12. Ayah Dan Ibu
13. Merisik Khabar

Antara banyak-banyak lagu, Anis suka lagu yang no. 13 tu... Mungkin lagu ini bertepatan dengan perasaan Anis beberapa hari ini. *smile*

Merisik Khabar

terkapar-kapar ku kelemasan

sakit dilabung ombak kerinduan 

di dalam tidur di dalam jaga 

diburu oleh mimpi yang serupa 

mengapa aku jadi tidak menentu keranamu

ku menyusuri jalan berliku

membiarkan hari-hari berlalu

tiada salam tiada pesan

memaksa diri untuk melupakan

namun wajahmu bermain di mataku tiap waktu 

malamku suram siangku kelam

ku kegelisahan

mencari-cari ke mana pergi 

harga diri ini 

bertanyakan berita 

merisik khabar

mendengar cerita 

melaluinya kau kuhampiri tiap hari

bersama luka di hati