Showing posts with label adik. Show all posts
Showing posts with label adik. Show all posts

Tuesday, January 07, 2014

Here I go Again!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! 

Alhamdulilah, hari ini Anis telah mendapat offer letter yang Anis download sendiri daripada website CPS. Tak tahu apa itu CPS? CPS adalah singkatan untuk Centre for Postgraduate Studies IIUM. InsyaAllah, Anis akan menjadi seorang student Master pula. Kan sebelum ini Anis memang dah berazam untuk belajar lagi? Ingat tak dalam post Here I come Again!? Anis tulis, "Anis rasa Anis ingin belajar lagi". Bersyukur sangat, tahun 2014 ni, salah satu azam Anis telah tercapai...

So, Anis ingin berkongsi pengalaman Anis tentang macam mana Anis mendapat peluang untuk sambung belajar lagi. Anis sebenarnya pernah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master (Ijazah Sarjana) di USM. Ketika Anis masih belajar di peringkat undergraduate, semasa final year, memang mindset Anis ingin sambung Master di USM. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. InsyaAllah, Anis bakal buat Master di UIA tercinta, kampus Kuantan. 

Ok, Anis akan ceritakan macam mana Anis boleh berubah fikiran. Semuanya bermula sejak Hari Graduasi di UIA Gombak. Ada beberapa keadaan yang membuatkan Anis berkobar-kobar ingin melanjutkan pelajaran di IPT yang sama iaitu IIUM - Garden of Knowedge & Virtue (Taman Ilmu & Budi). Keadaan yang pertama ialah ketika Anis berbual-bual dengan graduan yang duduk di sebelah Anis. Dia sama batch dengan Anis, tapi dia tak sama kelas, jadi Anis tak kenal dia. Tetapi, dialah orang pertama yang Anis cam di UIA Gombak semasa Hari Graduasi yang lalu. Maklumlah, ketika di UIA Gombak, ada perasaan macam stranger, even UIA juga. Jadi, bila nampak someone dari UIA Kuantan, rasa teruja! Haha. Rupa-rupanya, sister tersebutlah yang akan duduk di sebelah Anis dalam CAC IIUM tu.

Semasa Anis berbual dengan beliau tentang perihal diri masing-masing, samada sudah bekerja atau belum dan sebagainya, Anis berkongsi dengan beliau tentang diri Anis yang masih menganggur dan mempunyai cita-cita untuk belajar di USM pula. Kemudian, beliau memberikan pendapat dan berkongsi pengalaman daripada salah seorang rakannya yang sedang belajar di USM. Apa yang Anis boleh simpulkan daripada perbualan dengan beliau ialah, belajar di USM pasti seronok dan membanggakan kerana USM ialah universiti APEX di Malaysia ini. Namun, dari sudut ekonominya, yuran di USM lebih tinggi berbanding di UIA atau universiti lain. Sebenarnya, Anis memang tiada wang yang banyak untuk membiayai pelajaran Anis pada masa akan datang. Abah pun dah katakan bahawa dia menyokong Anis untuk sambung belajar namun dia tak mampu untuk menanggung pembelajaran Anis. Dia mengharapkan Anis supaya bekerja dahulu atau memohon biasiswa. Ibu pula menyuruh Anis membuat pinjaman untuk belajar. Anis kalau boleh, memang tak mahu buat pinjaman. Jadi, untuk yuran pengajian, Anis memang berniat untuk memohon dana MyBrain15. Yang Anis maklum, MyBrain15 ini ialah usaha kerajaan untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD). Tetapi menurut sister yang berbual dengan Anis, jumlah dana maksimum yang bakal diberikan sekiranya berjaya hanya RM10k. Ini adalah satu informasi yang Anis tak tahu sebelum ini. Anis sangkakan kerajaan akan menaja keseluruhan yuran pengajian, namun rupa-rupanya tetap ada quotanya. Jadi, Anis fikir, Anis tak mampulah nak belajar di USM kalau macam ni. 

Keadaan yang seterusnya, adalah semasa sesi Graduasi tersebut, iaitu semasa mendendangkan lagu IIUM. Terasa menegak bulu roma Anis kerana dalam lagu tersebut ada janji besar dan tanggungjawab yang sama sekali tidak boleh dipandang ringan kerana kita telah mengangkat sumpah sebagai pelajar UIA dan sudah tentu sebagai seorang Islam. Tanggungjawab terhadap agama dan ummah. Malah, keseluruhan proses upacara Hari Graduasi itu mengingatkan Anis, 'di mana lagi Anis nak cari suasana yang muhibbah seperti ini jika bukan di UIA?' Anis pasti Anis akan merindui taman ini yang telah menyumbang kepada siapa diri Anis pada saat ini. Taman ilmu yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan. Taman budi yang menjadikan Islam sebagai cara hidup. It is very beautiful! 

Anis terlupa sister tadi juga ada memberitahu bahawa Dr. Suhana iaitu supervisor FYP Anis juga sedang mencari student Master di bawah supervision beliau. Sesungguhnya, Anis memang ada contact Dr.Suhana beberapa hari sebelum Hari Graduasi tersebut. Anis juga memang ingin bertemu dengan beliau jika ada kesempatan kerana kata beliau adik beliau juga graduasi pada hari yang sama. Namun, Anis tak tahu pula Dr. Suhana sedang mencari student Master. Mujurlah sister tu beritahu. Beberapa hari selepas Hari Graduasi terus Anis tanya Dr. Suhana samada beliau masih mencari student kerana pada Hari Graduasi tersebut Anis tidak terserempak langsung dengan beliau. 

Alhamdulilah, rezeki yang tak dijangka, Anis mendapat respon yang positif daripada Dr. Suhana serta beliau bertanya jika Anis berminat. Tidak terkata perasaan teruja Anis apabila mendapat peluang yang terbuka sebegitu! Namun, Anis tak terus menerima peluang itu sebaliknya Anis mengambil sedikit masa untuk memikirkan masak-masak tentang keputusan yang bakal dibuat. Anis berbincang dengan Abah, Ibu, adik-adik dan juga insan yang bakal menjadi istimewa dalam hidup Anis. Syukur, semuanya menyokong Anis. Lalu, tanpa ragu-ragu, Anis menerima dan memohon untuk menjadi student Master di bawah supervision Dr. Suhana.  

Oleh kerana Anis baru sahaja membuat keputusan yang jitu untuk sambung Master di UIA, Anis sungguh terkejut apabila Anis check di website IIUM bahawa closing date untuk application Master ialah pada 2 Disember 2013 (Isnin), lebih kurang seminggu selepas Anis contact Dr.Suhana dan membuat keputusan. Kecut perut Anis bimbang tidak sempat membuat permohonan. Maka, selama seminggu Anis sibuk membuat persiapan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan. Salah satu dokumen yang Anis perlu sediakan ialah surat rujukan daripada 2 orang pensyarah. Dua malam Anis tak tidur untuk menyiapkan draft untuk dihantar kepada lecturer yang terlibat. Satu pengalaman yang baru dan menarik bagi Anis walaupun Anis tak pernah buat surat rujukan sebelum ini. Anis sangat berpuas hati dengan hasilnya. Ada sesetengah orang, surat rujukan disediakan secara confidential oleh lecturer sendiri, tetapi ada sesetengah lecturer yang akan minta kita draft surat rujukan kita. Surat rujukan ini bertujuan sebagai bahan sokongan yang mengatakan kita layak, mampu dan berkebolehan untuk menjalankan kajian bagi mendapatkan Master. Bagi sesetengah IPT, mereka menyediakan evaluation form yang perlu diisi oleh lecturer, tapi tujuannya sama sahaja.  

Pada 28 November 2013, sirih pulang ke gagang, Anis kembali ke UIA Kuantan untuk berjumpa dengan supervisor dan menghantar borang permohonan. Salah satu hari yang menggembirakan dan mengujakan bagi Anis. Pagi-pagi lagi Anis sudah keluar rumah untuk pergi ke Kuantan. Anis ditemani oleh adik bongsu Anis kerana sekarang Anis tinggal di rumah bersamanya. Sebelum ke Kuantan, Anis menumpang ibu saudara Anis yang bekerja di Pejabat Tanah Daerah untuk berjumpa pegawai di sana bagi mengesahkan salinan dokumen-dokumen yang Anis ingin bawa ke Kuantan. Anis pergi ke Kuantan menaiki bas ekspres dan tiba di Kuantan lebih kurang pukul 11 pagi. Alhamdulilah, segala proses berjalan lancar. Anis juga menerima satu berita gembira daripada Dr. Suhana bahawa kajian FYP Anis bakal dibentangkan oleh Dr. Azlina (co-supervisor FYP) di salah satu konvensyen pada bulan Disember. Alhamdulilah.

Oleh itu, Anis sangat berterima kasih kepada Dr Suhana, Dr. Azlina, family yang tak henti-henti memberikan sokongan, rakan-rakan yang tak jemu membantu, serta yang tersayang yang juga banyak membantu memberikan sokongan. Anis bersyukur sangat-sangat! Terima kasih.

Jadi, 2 minggu lagi, pada 22 Januari 2014, Anis akan mendaftar sebagai pelajar postgraduate di IIUM. Here I go Again! Semoga segalanya berjalan lancar, dipermudahkan dan berjaya menamatkan pengajian Master ini dengan cemerlang. Anis juga ada satu lagi majlis penting yang bakal berlangsung 18 Januari ini. Doakan yang baik-baik, tawakkal kepada ALLAH.  

Nanti, Anis bakal ceritakan tentang majlis tersebut, InsyaAllah.... 



Wednesday, November 27, 2013

Here I come Again!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sudah lama Anis tak menulis blog ni. Selama ini, Anis tidak berpeluang untuk menulis blog sejak tamat pengajian di UIA. Macam-macam perkara yang berlaku dalam masa hampir 6 bulan Anis bergelar seorang penganggur. Alhamdulilah, kehidupan Anis sebagai seorang penganggur tidaklah begitu sia-sia. Setelah Anis tamat final exam dan menghantar thesis pada akhir bulan Jun lepas, Anis membantu Ibu dan Abah untuk menjaga adik-adik di rumah. Anis tiada adik-adik yang masih kecil -yang bongsu berusia 15 tahun dan yang kedua bongsu berusia 17 tahun. Disebabkan kedua-dua mereka menduduki peperiksaan PMR dan SPM masing-masing pada tahun ini, maka Anis dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi guardian mereka.

Walaupun Anis tidak berpeluang untuk bekerja pada waktu tersebut, tetapi Anis happy sebab inilah masanya Anis boleh duduk di rumah sepenuh masa bersama dengan adik-adik untuk mengeratkan lagi hubungan kami. Malah, hubungan Anis dengan Wan serta saudara-mara yang lain juga menjadi lebih rapat lagi. Semasa Anis belajar, Anis banyak berada di sekolah, asrama dan kampus yang menyebabkan Anis jarang dapat bertemu dengan sanak-saudara. Ada juga ketikanya Anis berasa bosan duduk di rumah, namun semuanya hanya sementara dan terubat apabila dapat menatap wajah Ibu dan Abah setiap hujung minggu. Keluar hujung minggu bersama Ibu dan Abah juga telah menjadi rutin hidup Anis sebagai penganggur ini.

Selama Anis duduk di rumah, hobi Anis ialah menonton TV. Setelah selesai Anis melakukan kerja rumah dan memasak, Anis akan menonton TV. Salah satu channel yang menjadi tontonan dan favorite Anis setiap hari ialah Life Inspired HD (Astro 728). Adik Anis, Asri yang memperkenalkan channel ini kepada Anis. Katanya, channel ni sesuai untuk Anis dan sungguh benar kata-katanya. Tak sangka sebenarnya dia sangat memahami keperluan Anis! Channel Life Inspired HD ni memang menjadi favourite Anis sebab banyak yang Anis belajar tentang lifestyle daripada channel ni. Anis belajar tentang decoration rumah, senaman, tips-tips kesihatan, holiday spots dan macam-macam lagi. Channel ini memang sesuai sangat untuk wanita muda seperti Anis sebab banyak tips dan info yang boleh dipelajari sebagai persediaan sebelum menjadi seorang surirumah yang berkerjaya. Huhu.

Selain daripada rancangan-rancangan di Life Inspired HD, Anis ada juga layan beberapa drama iaitu Misiku Kuza, Si Miskin dan Si Kaya dan tak ketinggalan, Love You Mr. Arrogant. Anis memang paling suka tengok Love You Mr. Arrogant sebab pelakon cantik-cantik, collection pakaian artis pun cantik, rumah Mr. Arrogant yang dia belikan untuk Zara pun sangat awesome! Anis sempat berangan tau, nak miliki rumah macam tu..huhu Anis memang minat sangat drama romantik ni, sampai Anis cari novel Love You Mr. Arrogant di Popular Starmall Mentakab, baru-baru ini. Padahal sebelum ni, Anis tak minat sangat pun tengok drama-drama cinta kat TV or beli novel cintan-cintun ni, tapi kisah Love You Mr. Arrogant ni, lain pula auranya. Hehe. Mungkin sebab kisah ini dilakonkan di TV dengan barisan pelakon yang segak-jelita, jadi Anis pun tertarik nak tengok dan baca. =)

Jadi, itulah kerja Anis sepanjang menanam anggur dalam rumah selama beberapa bulan ini. 2 minggu yang lepas pula Anis telah selamat diijabkabulkan digraduasikan pada 16 November 2013 (12 Muharram 1435H). Penyampaian sijil Anis telah disempurnakan oleh Presiden UIA iaitu Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Alhamdulilah...terbayar segala pengorbanan dan penat lelah belajar selama 17 tahun ini sejak Darjah 1 (1996-2013). Namun, Anis masih belum puas hati, sebab Anis tahu ini belum yang terbaik yang boleh Anis usahakan sebagai membalas jasa Ibu dan Abah yang selama ini membesarkan Anis dan mendidik Anis sehingga berjaya. Anis tahu Anis adalah harapan keluarga dan cita-cita Anis lebih daripada ini.

Sebenarnya, sejak akhir bulan Oktober, Anis sudah mula memikirkan tentang masa depan Anis. Anis sedar Anis takkan selamanya duduk di rumah. Adik Anis pun akan habis exam SPM hujung bulan November nanti. Ibu dan Abah pun sudah bagi greenlight untuk Anis mencari peluang pekerjaan. Tetapi, Anis masih berat hati untuk bekerja. Anis rasa belum bersedia untuk bekerja. Anis rasa Anis ingin belajar lagi. Anis ingin mencapai cita-cita Anis dalam bidang akademik. Anis berdoa agar urusan masa depan dan cita-cita Anis akan dipermudahkan. Anis juga yakin yang Anis mampu untuk mencapai cita-cita Anis, tetapi masih belum ada peluang.

InsyaAllah, apabila Anis mendapat peluang tersebut, Anis akan ceritakan lagi dalam post yang akan datang, Here I go Again!.... Mudah-mudahan..amin... ;-)




Sunday, October 28, 2012

Berlagak!

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, Anis telah selamat sampai di kampus untuk menyambung separuh lagi semester pertama tahun terakhir ini. Dua hari lagi, Anis akan memulakan exam mid-term untuk semester ini. Jadual exam Anis adalah seperti berikut:

30 Oct - Environmental Microbiology
2 Nov - Basic Environmental Laws
5 Nov - Research Methodology
7 Nov - Environmental Toxicology

Anis berharap sangat semoga semester ini Anis akan mendapat keputusan yang lebih baik berbanding semester-semester sebelum ini sebab Anis nak menaikkan CGPA Anis. Sekarang, CGPA Anis sedikit sahaja. Tak nak beritahu sebab nanti takut ada orang kata Anis berlagak pula..huhu

Sebut tentang 'berlagak' ni, Anis nak ceritakan sebuah kisah yang berlaku baru-baru ini yang Anis sendiri alami. Sebagai anak sulung, Anis memang suka mem'bebel' kepada adik-adik supaya mereka belajar dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan. Pada suatu petang, Anis menasihati adik bongsu Anis yang akan mengambil peperiksaaan  PMR tahun hadapan. Kisahnya, dia pernah masuk sekolah berasrama, tetapi atas sebab-sebab tertentu, dia telah pindah ke sekolah harian biasa. Anis tak kisah dia bersekolah di mana pun, tapi prestasi pembelajaran dia akhir-akhir ini kurang memberangsangkan. Disebabkan itulah, Anis mem'bebel'. Biasalah, adik lelaki....mana tahan kena 'bebel'. Tengah Anis syok-syok mem'bebel', tiba-tiba adik Anis berkata, "Berlagak..!", dalam nada yang perlahan sahaja. Terdiam sekejap Anis! Mungkin terkejut dengan ungkapan itu. Tapi, Anis tak ambil hati, cuma peristiwa itu telah membuatkan Anis berfikir mungkin selama ini memang Anis ada perasaan berlagak yang Anis sendiri tak sedar selama ini. Namun, Anis sedar sikap itu amatlah negatif dan tidak baik untuk diamalkan. Astaghfirullah al-azim...

Niat Anis sebenarnya, bukan untuk berlagak dengan adik-adik....untuk apa Anis berlagak dengan mereka? Tak untung langsung! Anis cumalah ingin mereka berubah sedikit supaya lebih rajin, konsisten dan fokus dalam pembelajaran. Mungkin Anis silap sebab Anis banyak sangat menggunakan contoh diri Anis sendiri. Yalah, kalau boleh, Anis mahu mereka mencontohi Anis. Sebagai anak sulung, Anis berharap adik-adik dapat mencontohi apa-apa yang baik daripada Anis. Tetapi Anis sudah silap. Menjadi contoh yang baik bukan bererti kita perlu memuji diri-sendiri dan menyuruh adik-adik mencontohi kita dengan memberitahu kita melakukan itu dan ini. Disebabkan itulah, Anis rasa adik-adik Anis mengatakan yang Anis berlagak. Mungkin, sebenarnya Anis sendiri kurang menunjukkan contoh yang baik itu, jadi adik-adik Anis fikir, Anis hanya cakap kosong dan berlagak. Memang agak sukar nak menunjukkan contoh yang baik itu sebab Anis bersekolah di asrama, jadi adik-adik tak dapat tengok macam mana cara Anis belajar, bersedia untuk peperiksaan dan menghadapi peperiksaan. Maklumlah, bila pulang ke rumah semasa cuti, Anis sedang bercuti. Jadi kurang belajar, adik-adik pun ikut yang kurang belajar itu. 

Jadi, Anis fikir tugas memberi motivasi dan menjadi contoh kepada orang lain, bukan mudah. Niat kita yang ikhlas boleh disalah-tafsirkan. Anis memang rasa tak sedap bila dikatakan berlagak oleh adik-adik tetapi Anis bersyukur sebab adik Anis jujur. Secara tak langsung, dia pula yang menyedarkan kesilapan Anis. Alhamdulilah..

Perasaan berlagak atau riak sangat bahaya jika terdapat dalam jiwa kita, dalam roh kita. Anis sangat takut bila perasaan itu bertakhta dalam jiwa ini. Oleh itu, Anis sangat memerlukan kawan-kawan yang sejati, yang sudi memberi ingatan dan nasihat seandainya diri ini melakukan kesalahan. Kadang-kadang, Anis fikir juga, Anis menulis blog ini banyak pasal diri Anis sendiri. Mungkin, ini tandanya riak, wallahua'lam.. Sebaliknya, Anis harap penulisan Anis di dalam blog ini dapat membuka minda pembaca, bersama-sama refleksi diri, mungkin apa yang Anis tulis, anda juga alami perkara yang sama. Jadi, jom kita fikir sama-sama.... 



~ Buang yang keruh, ambil yang jernih..~