Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Monday, October 19, 2015

Tips Untuk Buat Master by research

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Anis ingin menunaikan keinginan untuk berkongsi tips-tips untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana (Master) terutamanya dalam mode by research. Sebelum itu, Anis ingin memaklumkan bahawa semua tips-tips yang Anis kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat Anis sendiri. Anis berharap, coretan Anis ini dapat membantu bakal pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 

Anis sedia maklum, pasti sebelum membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat Master, pelbagai dilema dan persoalan yang bermain di fikiran bakal-bakal pelajar. Apatah lagi jika di dalam kalangan keluarga sendiri belum ada sesiapa yang sampai ke peringkat yang tinggi ini. Oleh itu, sebelum mempersiapkan diri, jom baca dulu tips-tips dan kriteria-kriteria yang Anis ingin kongsikan kepada yang berminat!

 1. Niat
Perkara pertama yang paling penting adalah niat. Bahkan dalam setiap perbuatan kita seharian, segalanya bergantung kepada niat. Dalam agama Islam juga, niat amat dititikberatkan dalam penilaian amalan seseorang. Apabila kita rasa berminat untuk menyambung pengajian, sudah tentu kita sudah ada niat. Tetapi seeloknya kita perbetulkan niat kita terlebih dahulu. Niat ini akan menjadi teras utama dalam meningkatkan motivasi diri sepanjang perjalanan kita mendapatkan sekeping ijazah Master. Niatkanlah untuk tujuan-tujuan yang baik sebab kita ingin mendapatkan Master, bukan sekadar niat yang ala kadar iaitu untuk mendapatkan Master seperti kebanyakan orang ataupun sahabat-handai. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk dan riak dengan pencapaian diri kelak. Bukan niat untuk mendapatkan pendapatan gaji yang lebih lumayan. Muliakan niat kita sebagai contoh, untuk menambahkan ilmu supaya kita dapat memberi sumbangan kepada agama, negara dan masyarakat. Perjelaskan niat kita agar setiap apa yang kita lakukan kelak akan mendapat balasan baik dan keberkatan daripada Allah. InsyaAllah, usaha kita kelak akan dipermudahkan. 

2. Pengetahuan sedia ada
Ilmu pengetahuan yang basic tentang topik research kita juga adalah penting untuk kita kuasai sebelum kita memulakan journey Master kita. Lebih baik jika topik yang kita ingin kuasai itu adalah daripada minat kita sendiri, bukan daripada pengaruh supervisor kita, ibu bapa kita, adik-beradik kita atau sesiapapun selain diri kita sendiri. Minat ini akan meningkatkan lagi semangat kita untuk mendapatkan hasil result kajian kita. Dengan minat yang mendalam, sudah tentu pengetahuan basic mengenai bidang atau topik tersebut telah kita kuasai. Pengetahuan basic yang telah kita sedia ada ini dapat memudahkan lagi research kita. Seandainya kita masih terkial-kial dengan basic knowledge dalam bidang tersebut, sudah tentu akan sukar untuk kita memahami dan membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara dengan segera kerana kita perlu back to the basic yang sudah tentu memakan masa. Basic knowledge ini adalah yang dipelajari semasa di peringkat yang lebih rendah iaitu Diploma dan Degree serta ilmu ilmiah yang kita perolehi daripada kajian saintifik oleh penyelidik terdahulu. 

3. Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran soft skill ini sememangnya perlu ada di mana-mana pun dan dalam diri sesiapa pun. Komunikasi kan perkara utama bagi manusia! Tanpa komunikasi tak bermaknalah kehidupan seorang manusia, betul tak? Komunikasi dalam research pula adalah sangat diperlukan sama ada secara lisan mahupun bertulis dan juga elektronik. Adab-adab dalam komunikasi perlulah dijaga. Komunikasi dengan para pensyarah dan penyelidik amatlah penting untuk kita berkongsi maklumat dan belajar sebab mode by research tidak ada kuliah. Jadi, kita sendiri kena pergi mencari guru. Banyak masalah yang akan timbul jika kita mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan baik ataupun tidak mahu berkomunikasi. Selain itu, kita juga perlu berkomunikasi dengan agen supplier bahan-bahan kajian/research kita. Kadang-kala, mereka juga berperanan sebagai guru kita secara tidak langsung. Sekiranya research kita melibatkan human subject, kita perlu mahir berkomunikasi dengan subject kita yang mungkin tidak ada latar belakang pengajian sains yang mana kita perlu memberi penerangan secara umum tetapi jelas mengenai kajian kita. 

4. Keyakinan dan keterampilan diri
Selain itu, keyakinan diri juga amat penting. Sentiasa percayakan diri sendiri bahawa kita mampu untuk melakukan sesuatu dan akan berjaya melakukannya. Walaupun kita masih baru dan mentah dalam dunia penyelidikan dan akademik, kita perlu sentiasa yakin diri dan berketerampilan. Keterampilan diri penting apabila kita berhadapan dengan pensyarah, dalam kalangan ahli akademik juga di hadapan pelajar junior. Sebagai seorang penyelidik dan ahli akademik, imej diri yang kita bawa adalah penting untuk kita meyakinkan diri sendiri dan orang lain bahawa kita adalah seorang yang layak bergelar ilmuwan. 

5. Perancangan masa yang efektif
Apabila menjadi seorang penyelidik, kita perlu bijak membahagikan masa kerana biasanya projek yang dijalankan akan mengambil tempoh yang panjang untuk sampai ke peringkat kesimpulan. Sesuatu objektif yang ingin dicapai mungkin mengambil masa beberapa bulan. Tanpa perancangan masa yang efektif, agak sukar untuk kita memenuhi sesuatu deadline. Tambahan pula, sebagai pelajar Master, kita perlu sentiasa upgrade knowledge kita dengan banyak membaca sumber rujukan saintifik selain daripada menjalankan kajian kita sendiri. Kita juga perlu memperuntukkan masa untuk menulis thesis. Hal-hal peribadi juga perlu diuruskan dengan baik. Ada masa, kita perlu menghadiri seminar dan konferens yang mungkin mengambil masa beberapa hari. Mungkin kita terlibat dalam pembentangan di seminar dan konferens tersebut yang memerlukan kita untuk membuat persediaan slide dan pembentangan. Kadang-kala, kita mungkin juga terlibat dalam menjadi 'tutor' atau 'pembantu pensyarah' di dalam makmal untuk melakukan demo dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar junior (Degree).  

6. Semangat tidak berputus asa
Last but not least, untuk berjaya mendapatkan Master, kita wajib ada semangat juang yang tinggi. Kita tidak boleh sekali-kali berputus asa dengan mudah. Jika tidak, segala usaha kita sebelumnya akan menjadi sia-sia. Kita juga perlu sentiasa mengingat kembali niat murni kita sebab kita ingin melanjutkan pelajaran ketika kita mengambil keputusan membuat Master dahulu. Pelbagai cabaran dan ujian yang akan dihadapi sepanjang journey kita melaksanakan research. Kita perlu banyak bertenang dan menghadapi cabaran dan ujian itu dengan bijak. Semangat dan kebolehan untuk menyelesaikan sesuatu masalah juga perlu ada dalam diri kita. 

Pada pengalaman Anis, inilah beberapa perkara yang penting yang perlu diterapkan dalam diri bakal pelajar Master. Mudah-mudahan dengan mengamalkan tips-tips ini, bakal pelajar dapat menamatkan pengajian Master dengan jayanya dan menggenggam segulung ijazah sarjana. Ilmu yang ditimba kemudiannya dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada seluruh masyarakat hendaknya. InsyaAllah. Amin.. 

Wednesday, October 14, 2015

Awal Muharam 1437H

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Salam Tahun Baru!



Sudah lama rasanya Anis tidak menulis di blog ini untuk menceritakan perkembangan diri Anis. Kali ini Anis berkesempatan untuk menulis. Jadi, Anis akan menceritakan sedikit sebanyak update tentang diri Anis. 



Bagi yang pernah membaca Diari Anis ini dan mungkin mengikuti perkembangan diri Anis, juga seperti yang Anis nyatakan dalam post terdahulu di awal tahun 2015 ini, Anis adalah seorang mahasiswi dan isteri. Namun, sejak bulan Mei yang lalu, Anis telah sekali lagi berubah status menjadi seorang isteri dan bakal ibu - bukan lagi seorang mahasiswi. 



Segalaya berdasarkan takdir Ilahi yang telah menentukan yang terbaik untuk Anis. Alhamdulilah, Anis bersyukur dan redha dengan ketentuanNya. Anis tidak lagi mampu untuk bergelar seorang mahasiswi buat masa terdekat ini. Namun, syukur ke hadrat Ilahi pada bulan Julai yang lalu, Anis telah disahkan hamil dan akan menjadi seorang ibu. 



Dalam blog Anis ini, memang ada Anis coretkan mengenai perjalanan Anis melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Agak menyenangkan kerana Anis dapat banyak  feedback daripada mahasiswa dan mahasiswi yang juga berminat untuk melanjutkan pelajaran. Ada juga yang memberi kata-kata semangat dan ucapan maju jaya untuk Anis. Terima kasih kepada semuanya! 



Memang agak sayang sebenarnya apabila Anis menamatkan pengajian. Iyalah, bukan senang untuk mendapat peluang keemasan sebegitu. Tetapi, keputusan itu telah dibuat secara sukarela oleh pihak Anis sendiri atas alasan-alasan yang tertentu. Rasanya, Anis tidak mahu untuk memberitahu apakah alasan-alasan tersebut. Biarlah ia menjadi hal peribadi Anis. Cuma, Anis ingin meluahkan bahawa Anis tidak malu untuk mengaku bahawa Anis tidak dapat menamatkan pengajian Master dengan jayanya kerana walaupun Anis belum memiliki sekeping Ijazah Sarjana, pengalaman selama setahun Anis bergelar seorang pelajar Master cukup berharga buat diri Anis. Anis juga percaya pada rezeki yang dikurniakan Allah. Mungkin ini belum masa yang sesuai untuk Anis memiliki Master. Mungkin suatu hari nanti, peluang yang sama akan terbuka untuk Anis. Seandainya tiada pun, pasti ada rezeki yang seumpamanya sekiranya Anis meneruskan usaha Anis dalam kehidupan ini.  



Pada kesempatan akan datang, Anis berkeinginan untuk berkongsi tips-tips melanjutkan pengajian dalam mode research sama ada di peringkat Master atau PhD berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi Anis. Anis berharap, sekurang-kurangnya ada seseorang yang mendapat manfaat daripada hasil perkongsian Anis nanti. InsyaAllah. 



Selamat menjalani tahun baru yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya! InsyaAllah. 


Tuesday, March 03, 2015

2015: Better me, InsyaaAllah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini adalah tulisan Anis yang pertama untuk tahun 2015. Sekarang, dah masuk hari ketiga bulan ketiga untuk tahun ini. Anis sudah menjadi seorang isteri selama 4 bulan lebih dan masih lagi seorang pelajar Sarjana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan. Alhamdulilah...

Selama beberapa bulan sebelum ini, selepas perkahwinan Anis, bermacam-macam suka-duka yang Anis tempuhi. Anis melancong ke Guilin, China sempena honeymoon dengan suami tercinta... Anis mengalami banjir buat pertama kali di rumah ibu-bapa Anis di Temerloh... Anis berpindah ke USM Kubang Kerian... Anis menghadapi krisis dan hampir-hampir tewas meneruskan pengajian Anis... 

Namun, Anis sangat bersyukur kerana pengalaman-pengalaman itu sungguh bermakna bagi diri Anis. Apatah lagi, sekarang Anis sudah mempunyai teman hidup yang sangat baik hati dan memahami serta banyak memberi sokongan kepada Anis. Harapannya, selepas ini, Anis akan terus tabah menghadapi kehidupan yang semakin mencabar bersama suami yang sentiasa di hati.

Sebenarnya, banyak yang Anis ingin ceritakan tentang semua peristiwa yang berlaku dalam hidup Anis selama beberapa bulan kebelakangan ini. Tetapi, tiada masa yang secukupnya untuk itu buat masa sekarang. Bergelar siswi & isteri dalam masa yang sama memang menuntut kemahiran menguruskan masa dengan baik. Masih banyak yang Anis perlu pelajari & perbaiki untuk menjadi yang lebih baik. 

Anis sangat berharap, semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu... Amin..... 

Azam Anis 2015:

  • Menyiapkan kajian untuk Master.
  • Mula menulis thesis.
  • Mengamalkan diet yang sihat.
  • Membiasakan amalan Qiamulail dan solat sunat Dhuha.
  • Tilawah & Tadabur Al-Quran (sehari 1 muka).
  • Menjadi seorang yang efektif dan bijak menguruskan masa.


Saturday, July 12, 2014

Update July 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anis dah lama tak menulis atau update kisah diri Anis di blog ini sejak kembali bergelar pelajar. Alhamdulilah, dah 6 bulan lebih berlalu sejak Anis memulakan pengajian. Memang agak sibuk, sebab Anis di peringkat merancang research, membuat proposal, menyenaraikan bahan-bahan yang akan diperlukan dalam research, dan macam-macam lagi. Dalam masa yang sama, Anis juga sedang merancang untuk sebuah majlis yang penting dalam hidup Anis, bergelar manusia, bergelar wanita, bergelar hamba Allah, bergelar umat Nabi Muhammad.

Perancangan research, masih banyak yang perlu dilakukan. Tak tahulah nak percentage macam mana. Sebab, Anis baru di peringkat mula, baby step. Anis harap, semester depan dan seterusnya lebih baik untuk Anis, InsyaaAllah.

Persiapan majlis pula, sudah 70%. Hanya beberapa perkara lagi yang tinggal. Persediaan fizikal dan mental, tak pasti, tapi persediaan rohani, InsyaaAllah...Allah permudahkan..amin...

Sekarang bulan puasa, Alhamdulilah, berpuasa di UIA tersayang. Banyak kenangan manis yang diukir lagi di sini.

Oklah, cukuplah update ringkas kali ini. Lain kali, ada masa, Anis menulis lagi.

Wassalam,
Anisa Nasida...

Sunday, March 30, 2014

I am a scientist..?

Assalamualaikum..

Good day!

I am just wondering about the fact that I am now in the process of being a scientist. I'm doing a research. I'm doing cancer research. I'm working on the treatment of leukemia since leukemia is one of the common cancer in Malaysia, my beloved country. Leukemia has high incidence especially among children. Acute lymphocytic leukemia is the most common leukemia among Malaysian children. It happens rapidly and require immediate treatment. It will cause accumulation of non-functional blood cells in the blood circulatory system. Low count of normal white blood cells can cause weak immunity in a person's body. Low platelets count can lead to easy bleeding and bruising to the patient. 

So, I'm doing the gene expression analysis on leukemia patients to find out the genes that are responsible in causing leukemia. Once the genes are identified, it will be targeted to be treated so that it won't cause leukemia. I will find the 'bad' genes in leukemia and 'kill' it off.

In order to achieve this objective, I have to understand the causes of leukemia. I have to learn and to investigate the molecular pathway that involve in leukemia which is caused by the gene expression.

However, I'm worried because it is not an easy task. There are so many genes in human body and every individual expresses genes differently to each other.  But, it has been already found out that leukemic cells expressed genes uniquely compared to the normal cells and to other cancer cells. That's a relief for me. So, I really hope that I will be able to find that 'bad' genes in these 2 years of my Master study. 

I have no experience in the method of this study which is by using microarray analysis. So far, I know the principle, but I'm still quite confuse with the data analysis. How am I going to interpret the data? Seriously, there are so many things to study. Hopefully, I will always be keen to study about this topic because it is very interesting. It is just a matter of time to get the understanding and the hidden knowledge about this research. Of course I have to be patient and focus on my study. 

One more thing that is lingering in my mind is, now I'm a grown up. Apart of being a student, I also have other responsibility and that is for my family. Before this, I was also a student, but I'm younger, I am the child. But, in the future, I'm gonna have my own children. I will have a husband. Not to forget, my parents. I think that it is very challenging. But, that's life. Everybody at my age will face the same, whether they pursue their study or their career. Our responsibility becomes bigger. So do the challenges. 

I pray that I will be able to do my best, to give my best to everyone and everything around me. I want a happy family, as well as a successful thesis. I want to be a successful scientist! 
InsyaAllah.... 


A successful scientist.... InsyaAllah
This pic is taken 4 years back if I'm not mistaken.
Alhamdulilah, I'm still here... =)