Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anis dah lama tak menulis atau update kisah diri Anis di blog ini sejak kembali bergelar pelajar. Alhamdulilah, dah 6 bulan lebih berlalu sejak Anis memulakan pengajian. Memang agak sibuk, sebab Anis di peringkat merancang research, membuat proposal, menyenaraikan bahan-bahan yang akan diperlukan dalam research, dan macam-macam lagi. Dalam masa yang sama, Anis juga sedang merancang untuk sebuah majlis yang penting dalam hidup Anis, bergelar manusia, bergelar wanita, bergelar hamba Allah, bergelar umat Nabi Muhammad.
Perancangan research, masih banyak yang perlu dilakukan. Tak tahulah nak percentage macam mana. Sebab, Anis baru di peringkat mula, baby step. Anis harap, semester depan dan seterusnya lebih baik untuk Anis, InsyaaAllah.
Persiapan majlis pula, sudah 70%. Hanya beberapa perkara lagi yang tinggal. Persediaan fizikal dan mental, tak pasti, tapi persediaan rohani, InsyaaAllah...Allah permudahkan..amin...
Sekarang bulan puasa, Alhamdulilah, berpuasa di UIA tersayang. Banyak kenangan manis yang diukir lagi di sini.
Oklah, cukuplah update ringkas kali ini. Lain kali, ada masa, Anis menulis lagi.
Wassalam,
Anisa Nasida...
Showing posts with label proposal. Show all posts

Saturday, July 12, 2014
Saturday, February 08, 2014
Jom buat Master!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Selamat pagi!
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kita masih bernyawa dan berpijak di atas muka bumi ini lagi.
Sebenarnya, hari ini Anis nak update perkembangan diri Anis (seperti biasa), sebagai seorang pelajar Master. Kalau sebelum ini, Anis banyak ceritakan tentang FYP, lectures, kehidupan sebagai student Degree, tapi selepas ini lainlah sikit. Anis sudah menjadi lebih berusia, lebih matang dan harap-harap lebih berpengetahuanlah... Amin..
Tujuan Anis share pengalaman-pengalaman Anis ini sebenarnya bertujuan untuk memberi maklumat kepada sesiapa sahaja tentang kehidupan sebagai pelajar dan pengajian dalam bidang Biomedical Science terutamanya di UIA. Anis berharap secara tidak langsung Anis dapat membantu sesiapa yang ingin mencari maklumat untuk melanjutkan pelajaran di UIA dalam bidang yang sama. Selain itu, mungkin ada rakan-rakan Anis yang ingin mengetahui perkembangan diri Anis, jadi Anis coretkan di blog ini, untuk tatapan rakan-rakan dan ahli keluarga. Blog ini juga menjadi seperti sebuah diari bagi Anis yang Anis boleh baca di masa hadapan apabila Anis semakin menginjak usia untuk mengimbau kenangan di zaman-zaman muda remaja. Diari Anis ini juga akan menjadi tatapan anak-anak Anis nanti apabila mereka sudah pandai membaca, sebagai pedoman mungkin.
Okay, kembali kepada topik utama. Hari ini genap sebulan selepas entry yang sebelum ini dan sudah 6 hari Anis berada di UIA Kuantan sebagai pelajar postgraduate UIA. Hari pertama Anis di sini, Anis hanya dapat berjumpa dengan supervisor Anis iaitu Dr Suhana pada jam 1345 disebabkan beliau menghadiri sebuah bengkel kemahiran sains. Secara normal, hari pertama adalah hari yang 'kosong'. Anis tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan masih 'blur'. Hasil perbincangan dengan Dr Suhana, pemahaman Anis tentang apa yang Anis bakal lakukan sepanjang 2 tahun pengajian Anis hanya lebih kurang 5-10%. Kenapa sedikit sangat? Sebab Anis hanya faham tujuan research atau kajian ini, dan Anis dapati sudah ada sedikit perubahan daripada hasil perbincangan sebelum ini. Jadi, Anis tahu banyak yang perlu Anis study, fahami dan dalami sebelum Anis betul-betul faham apa sebenarnya yang bakal Anis lakukan.
Untuk sesiapa yang tidak tahu apa sebenarnya 'Master by research only' ni, ia adalah program pengajian untuk student yang sudah graduasi (Degree), dan ingin mendapatkan sijil Master dengan membuat kajian/research. No more lectures, assignments and examinations. Only do research and research and research. Jadi, untuk buat research, paling utama adalah kita mesti faham apa tujuan research kita, dengan memahami tajuk research terlebih dahulu. Dan basically, itulah yang Anis cuba lakukan pada minggu yang pertama ini. To understand what is our research about.
Apabila kita dah faham apa tajuk research kita, apa maksud setiap keyword dalam research title kita, barulah kita boleh fikirkan apa methodology (kaedah eksperimen) yang kita ingin gunakan. So, inilah part yang lebih mencabar sebenarnya. To design our own research.
Sebagai pelajar Master, sebenarnya kita mengamalkan self-study and independence-study. Kita hanya merujuk kepada sumber-sumber seperti websites, online journals, articles and so on untuk mengumpul maklumat dan seterusnya mensintesiskan maklumat di dalam rujukan-rujukan tersebut. Hanya ulat buku atau nerdy sahaja yang mampu melakukan pekerjaaan ini. Harap maklum. Kalau tak minat, jangan cuba! Kemudian, sekiranya kita ada kemusykilan dan kekeliruan, barulah kita pergi berjumpa dengan mereka yang pakar untuk berbincang dan belajar dengan mereka. So, this is how we do 'Master by research'. Dan goal kita, adalah thesis. At the end of the day, kita perlu menulis sebuah thesis yang mempersembahkan hasil kajian kita. Dan bukan tulis sahaja ya adik-adik, kita juga perlu membentangkan thesis kita kepada examiners yang sangat-sangat berilmu dan berpengetahuan luas. To disseminate (communicate) our research outcomes.
Jadi, di sini Anis dah gariskan 3 steps utama dalam membuat 'Master by research only' ini:
Doakan Anis berjaya dan mampu mengharungi kehidupan yang lebih dewasa ini, amin.... =)

- To understand what is our research about.
- To design our own research.
- To disseminate our research outcomes.
So, Anis masih di takuk yang pertama yang sebenarnya. So, mungkin dalam masa 2 bulan ini Anis hanya akan fokus kepada step yang pertama. Anis perlu menyediakan sebuah proposal untuk menandakan yang Anis faham apa yang akan Anis lakukan. Proposal tersebut perlu dihantar ke pihak Kulliyyah (fakulti) pada akhir bulan 3 nanti. InsyaaAllah, Anis bimbang tidak sempat tetapi Anis akan cuba lakukan yang terbaik. Anis akan update bila-bila ada masa terluang atau Anis akan curi masa kerana Anis suka berkongsi perkara yang baik untuk tatapan semua. InsyaaAllah...
Doakan Anis berjaya dan mampu mengharungi kehidupan yang lebih dewasa ini, amin.... =)
Monday, October 08, 2012
Proposal FYP II
Assalamualaikum.
Hari ini, Anis dapat tahu giliran Anis present proposal FYP iaitu pada 11 Oktober, 3 hari lagi. Alhamdulilah, syukur sebab masih ada lebih 2 hari lagi untuk praktis. Tetapi, cuak juga melihat nama examiner yang akan evaluate presentation Anis nanti. Salah seorang pensyarah tu, Anis kenal; pernah belajar dengan dia. Yang seorang lagi, nama dia pun first time Anis tengok tadi. Mudah-mudahan, presentation proposal Anis Khamis ini akan berjalan baik hendaknya. Amin...

Tuesday, October 02, 2012
Re-election + Proposal = ?
Assalamualaikum.
Selamat Pagi! Alhamdulilah, hari ini Anis rasa bertenaga dan bersemangat. Kawan-kawan tahu tak hari ini hari apa? Betul, hari ini hari Selasa. Dan hari ini juga ada dua perkara penting yang akan berlaku di sekeliling Anis.
Pertama, pengundian semula calon SRC IIUM. Tetapi, Anis malas nak komen banyak tentang re-election ini. Apa yang Anis tahu Anis akan menjalankan sekali lagi tanggungjawab Anis sebagai pengundi. Rugi tak undi, itu hak kita!! =)
Kedua, sangat berkait rapat dengan diri Anis iaitu FYP Proposal. Iye, dah nak kena hantar hari ini... Alhamdulilah, Anis sudah berjaya menyiapkan proposal tersebut. Harapan Anis, agar proposal itu baik dan akan diterima dengan baik oleh examiner nanti. 10% tau proposal ni, kena buat betul-betul! Lagipun, proposal inilah framework FYP kita. Semoga dipermudahkan segala urusan... Khas buat kawan-kawan Biomedical Science, All The BEST to all of you! I believe we can do it, together! =)

Sunday, September 23, 2012
Proposal FYP
Assalamualaikum.
Hari ini genap 2 minggu Anis berada di universiti yang tercinta, IIUM Kuantan untuk semester baru. Alhamdulilah, Anis sudah bergelar pelajar tahun ke-4 Kulliyah Sains untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan. Tetapi, untuk pengetahuan semua, bidang Sains Bioperubatan kini berada di bawah Kulliyah Sains Kesihatan Bersekutu, IIUM. Seperti yang semua maklum, untuk menamatkan pelajaran selama 4 tahun di universiti ini, Anis perlu membuat 'thesis'. 'Thesis' ialah sebuah kajian atau research. Sebagai bakal saintis, mesti ramai yang menganggap pelajar seperti Anis akan membuat kajian atau eksperimen di dalam makmal, kan? Namun, Anis tidak memilih lab-based research sebagai 'Final Year Project' Anis. Anis memilih field-based research.
Kenapa?
Pertama sekali sebab sepanjang 3 tahun di sini, Anis sudah belajar macam-macam subjek. Anis belajar Anatomi, Fisiologi, Molecular Biology, Patologi, Biokimia, Mikrobiologi, Hematologi, Parasitologi, Farmakologi, Toksikologi, Quality Assurance termasuklah Epidemiologi dan Biostatistik. Cuba tengok betul-betul, subjek yang Anis belajar lebih kurang sama dengan subjek yang bakal doktor belajar. Mestilah....kan Bioperubatan! =)
Sepanjang Anis belajar semua subjek-subjek yang disenaraikan tadi, Anis mendapati minat dan potensi Anis lebih dalam subjek.........Epidemiologi dan Biostatistik......... Oleh itu, untuk FYP, Anis memilih untuk membuat research yang berkaitan dengan Epidemiologi dan Biostatistik. =)
Bukan Anis tak minat buat kerja dalam makmal, tetapi Anis lebih berminat untuk melakukan survey. Kemudian, membuat analisa dan kesimpulan mengenai sesebuah populasi. Topik kajian yang Anis pilih pula ialah Denggi. Anis akan membuat survey tentang pengetahuan dan kesedaran (attitude) orang ramai tentang pencegahan Denggi. Menarik tak FYP Anis? =)
Jadi, sekarang Anis ada masa 1 minggu lagi untuk menyiapkan proposal FYP Anis. Doakanlah agar Anis berjaya menyiapkan proposal ini. InsyaAllah...

Subscribe to:
Posts (Atom)