Showing posts with label CGPA. Show all posts
Showing posts with label CGPA. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

Berlagak!

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, Anis telah selamat sampai di kampus untuk menyambung separuh lagi semester pertama tahun terakhir ini. Dua hari lagi, Anis akan memulakan exam mid-term untuk semester ini. Jadual exam Anis adalah seperti berikut:

30 Oct - Environmental Microbiology
2 Nov - Basic Environmental Laws
5 Nov - Research Methodology
7 Nov - Environmental Toxicology

Anis berharap sangat semoga semester ini Anis akan mendapat keputusan yang lebih baik berbanding semester-semester sebelum ini sebab Anis nak menaikkan CGPA Anis. Sekarang, CGPA Anis sedikit sahaja. Tak nak beritahu sebab nanti takut ada orang kata Anis berlagak pula..huhu

Sebut tentang 'berlagak' ni, Anis nak ceritakan sebuah kisah yang berlaku baru-baru ini yang Anis sendiri alami. Sebagai anak sulung, Anis memang suka mem'bebel' kepada adik-adik supaya mereka belajar dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan. Pada suatu petang, Anis menasihati adik bongsu Anis yang akan mengambil peperiksaaan  PMR tahun hadapan. Kisahnya, dia pernah masuk sekolah berasrama, tetapi atas sebab-sebab tertentu, dia telah pindah ke sekolah harian biasa. Anis tak kisah dia bersekolah di mana pun, tapi prestasi pembelajaran dia akhir-akhir ini kurang memberangsangkan. Disebabkan itulah, Anis mem'bebel'. Biasalah, adik lelaki....mana tahan kena 'bebel'. Tengah Anis syok-syok mem'bebel', tiba-tiba adik Anis berkata, "Berlagak..!", dalam nada yang perlahan sahaja. Terdiam sekejap Anis! Mungkin terkejut dengan ungkapan itu. Tapi, Anis tak ambil hati, cuma peristiwa itu telah membuatkan Anis berfikir mungkin selama ini memang Anis ada perasaan berlagak yang Anis sendiri tak sedar selama ini. Namun, Anis sedar sikap itu amatlah negatif dan tidak baik untuk diamalkan. Astaghfirullah al-azim...

Niat Anis sebenarnya, bukan untuk berlagak dengan adik-adik....untuk apa Anis berlagak dengan mereka? Tak untung langsung! Anis cumalah ingin mereka berubah sedikit supaya lebih rajin, konsisten dan fokus dalam pembelajaran. Mungkin Anis silap sebab Anis banyak sangat menggunakan contoh diri Anis sendiri. Yalah, kalau boleh, Anis mahu mereka mencontohi Anis. Sebagai anak sulung, Anis berharap adik-adik dapat mencontohi apa-apa yang baik daripada Anis. Tetapi Anis sudah silap. Menjadi contoh yang baik bukan bererti kita perlu memuji diri-sendiri dan menyuruh adik-adik mencontohi kita dengan memberitahu kita melakukan itu dan ini. Disebabkan itulah, Anis rasa adik-adik Anis mengatakan yang Anis berlagak. Mungkin, sebenarnya Anis sendiri kurang menunjukkan contoh yang baik itu, jadi adik-adik Anis fikir, Anis hanya cakap kosong dan berlagak. Memang agak sukar nak menunjukkan contoh yang baik itu sebab Anis bersekolah di asrama, jadi adik-adik tak dapat tengok macam mana cara Anis belajar, bersedia untuk peperiksaan dan menghadapi peperiksaan. Maklumlah, bila pulang ke rumah semasa cuti, Anis sedang bercuti. Jadi kurang belajar, adik-adik pun ikut yang kurang belajar itu. 

Jadi, Anis fikir tugas memberi motivasi dan menjadi contoh kepada orang lain, bukan mudah. Niat kita yang ikhlas boleh disalah-tafsirkan. Anis memang rasa tak sedap bila dikatakan berlagak oleh adik-adik tetapi Anis bersyukur sebab adik Anis jujur. Secara tak langsung, dia pula yang menyedarkan kesilapan Anis. Alhamdulilah..

Perasaan berlagak atau riak sangat bahaya jika terdapat dalam jiwa kita, dalam roh kita. Anis sangat takut bila perasaan itu bertakhta dalam jiwa ini. Oleh itu, Anis sangat memerlukan kawan-kawan yang sejati, yang sudi memberi ingatan dan nasihat seandainya diri ini melakukan kesalahan. Kadang-kadang, Anis fikir juga, Anis menulis blog ini banyak pasal diri Anis sendiri. Mungkin, ini tandanya riak, wallahua'lam.. Sebaliknya, Anis harap penulisan Anis di dalam blog ini dapat membuka minda pembaca, bersama-sama refleksi diri, mungkin apa yang Anis tulis, anda juga alami perkara yang sama. Jadi, jom kita fikir sama-sama.... 



~ Buang yang keruh, ambil yang jernih..~

Monday, October 01, 2012

Tragedi Oktober?

Assalamualaikum.

Selamat pagi! Minggu ini minggu keempat Anis di sem 7, IIUM. InsyaAllah, impian Anis ialah Anis ingin menumpukan perhatian sepenuhnya ke arah masa depan Anis sendiri. Anis ingin berjaya dalam pelajaran Anis dengan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.500 semasa Majlis Graduasi bulan 9 atau 10 tahun depan. Sekarang CGPA Anis tak sebanyak itu, tapi Anis yakin jika Anis berusaha dengan bersungguh-sungguh, Anis mampu mencapai CGPA yang Anis mahukan. Tambahan pula, Abah sendiri yang bercita-cita untuk melihat Anis menamatkan pengajian di IIUM dengan First Class Degree. Anis harap Anis tidak mengecewakan Abah nanti. Selama ini, Anis tak pernah mengecewakan Abah dalam pelajaran, sangat jarang. Anis harap kali ini Anis mampu memberikan hadiah yang terbaik untuk Abah, sebab ini adalah salah satu cara untuk Anis membalas jasa Abah.

Selain itu, Anis ingin mengubah penampilan Anis. Maksudnya, Anis ingin memberikan tumpuan yang lebih terhadap gaya dan penampilan Anis. Ini penting untuk memberi 'first impression' yang baik kepada orang lain. Anis mengaku ada suatu perkara dalam hidup Anis yang membuatkan Anis hampir putus asa, tetapi tidak sebenarnya. Anis takkan berputus asa sebab Anis yakin Allah selalu membantu hambaNya yang lemah dengan syarat kita selalu berdoa dan ingat pada Allah. Mungkin, beberapa masa yang lalu Anis ambil untuk berfikir, muhasabah dan menenangkan semula jiwa Anis. Anis malu juga, disebabkan peristiwa itu, hidup Anis agak terjejas. Namun, itulah pengalaman hidup yang Anis tak boleh beli di mana-mana. Pengalaman itu yang mendewasakan Anis. Jadi, selepas ini Anis akan lebih menumpukan perhatian terhadap penampilan Anis sendiri. Anis akan membelanjakan sedikit duit untuk tujuan itu. InsyaAllah.

Alhamdulilah, bersyukur sebab Allah masih bagi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. Harapan Anis agar usia yang diberi diberkati. Anis ingin menyambung hidup di atas muka bumi ini sebagai seorang manusia yang berbakti terutamanya kepada diri sendiri, ibu bapa, adik-adik, kaum keluarga, rakan-rakan dan orang lain yang memerlukan. Indahnya hidup apabila ada matlamat. Dan matlamat yang mutlak itu bukanlah pencapaian di dunia ini, tetapi kejayaan di akhirat kelak. Seperti yang Anis pernah tulis dalam blog yang dulu, Anis ingin menjadi seorang wanita yang solehah. Namun, bukan senang untuk menjadi seorang wanita solehah yang suci dan bersih hatinya. Kawan-kawan doakanlah agar Anis mampu menghadapi ujian dan membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah. Anis sangat ingin menjadi wanita solehah. Anis juga doakan kawan-kawan menjadi soleh dan solehah. Sungguh indah, tenang dan bahagia, InsyaAllah....


~Jika kau FIKIRKAN kau boleh, KAU BOLEH!!~