Beberapa bulan lagi, Anis dan suami bakal menimang cahaya mata yang pertama.. InsyaAllah.. Hari ni, Anis teringin nak abadikan kenangan Anis dan suami membeli-belah barang-barang baby..
Sejak kandungan berusia lebih kurang 4 bulan lagi Anis sudah mula buat checklist barang-barang baby yang perlu disediakan. Maklumlah anak sulung, semua benda perlu dibeli baru. Lagipun, Anis nak buat budget supaya senang suami nak sediakan dan untuk tentukan prioriti barang yang nak dibeli.
Anis dan suami memang excited seperti bakal ibu bapa yang lain. Kebetulan, bulan September lepas bermula 11 haribulan ada Mom & Baby Expo di Mid Valley, KL. Suami Anis pula ada kerja di KL sehari sebelum expo tu diadakan. Anis pun apa lagi, terus ajak suami pergi expo tersebut alang-alang suami ada kerja di KL.
Banyak juga yang kami borong ketika di expo itu. Boleh dikatakan 70% barang baby telah dibeli masa tu. Bukan barang baby saja, barang untuk Anis semasa hamil ni pun dibeli juga. Memang seronok sebab suami Anis pun sangat sporting melayan anak dan isteri dia! Hehe..
So, inilah barang-barang yang kami beli semasa expo di Mid Valley tersebut. Ketika tu, kandungan Anis baru berusia 18 minggu. Kalau ikutkan ibu Anis, katanya awal lagi..tapi Anis dan suami dah buat perancangan..sebab kami tak banyak masa nak shopping bersama dan Anis pun tak mahu shopping bila perut dah sarat, jadi kami tetap teruskan plan kami..
1. Baju baby
Anis beli dalam 5 pasang dulu baju baby time ni. Saiz pelbagai sebab ramai orang nasihatkan, kalau beli baju saiz newborn, baby akan pakai sekejap je..sebab baby cepat membesar. Tapi Anis beli juga 1-2 pasang baju baby saiz NB sebab nanti kesian pula kat baby masa umur sehari dua pakai baju gedobong (besar sangat). Disebabkan belum tahu lagi jantina baby, Anis beli baju colour universal seperti putih, biru dan ungu. Sebenarnya, Anis tak pandai juga nak beli baju baby ni, lengan panjang ke, pendek ke, seluar panjang ke, pendek ke, atau rompers. Lama juga Anis termenung sebab tak tahu nak ambil yang mana. Nasib baik datang dengan suami, dialah yang tolong buat pilihan sebab Anis memang dah rambang mata. Akhirnya kami beli semua seluar panjang tetapi ada yang baju lengan panjang dan lengan pendek. Ada sepasang saja yang berlubang-lubang. Anis beli baju ni di booth Pigeon dan Fiffy. Ramai ibu-ibu berebut membeli. Harga baju baby time ni dalam RM10-15 sepasang.
2. Bedung baby
Bedung baby ni Anis beli jenama Babylove Swaddle, yang jenis zap2 tu. Harganya hanya RM33 sehelai. So, kami beli 2 helai. Anis pergi tengok kemudian di kedai baby dan pasaraya, harganya RM40-45. Banyak kan beza?
3. Pampers dan set mandian baby
Sebelum ke expo, Anis memang dah senaraikan jenama-jenama pampers yang terkenal dan popular di kalangan ibu-ibu. Di expo tu, kami ternampak booth Drypers yang sedang buat promosi. Ramai pula orang beratur nak membeli, jadi Anis dan suami pun tanpa lengah turut beratur. Harga ketika expo ni memang jauh lebih murah daripada tempat lain. Kami sudah survey selepas expo. Tambahan lagi, dapat banyak free gift pula tu, memang berbaloi! Kami beli combo yang ada saiz newborn dan saiz S. Kami pun beli sekali set mandian Drypers. Wangi tau Drypers punya set ni..bau macam baby -dia punya sabun, syampu etc. Anis suka sangat! Tak sabar nak mandikan baby dengan set mandian Drypers ni..
4. Botol susu dan puting
Anis dan suami beli botol susu jenama Tommee Tippee untuk anak kami. Harganya tak mahal sangat dan Anis pilih yang anti-colic (elak kembung) sebab harganya tak banyak beza pun dengan yang biasa. Saiz botol Anis beli terus yang besar (9oz). Kami juga pilih puting yang wideneck sebab baby lebih suka dan tak rasa lain sangat berbanding dengan yang natural. Jadi, botol ni adalah recommended utk ibu yang nak combine breast & bottle feeding. Apa lagi yang menarik tentang botol susu ni adalah dia ada heat-sensing tube yang boleh check suhu air susu supaya tak terlalu panas untuk baby. Harap-harap baby akan sukalah dengan botol susu dia ni nanti...
5. Set tilam baby (for travelling)
Anis dan suami memang bercadang nak beli baby cot untuk baby yang diperbuat daripada kayu sebab lebih teguh. Lagipun, bila baby dah besar sikit, boleh letak dia dalam baby cot jadi tempat bermain dia. Tak adalah risau sangat nanti. Tapi, ketika expo ni kami hanya beli set tilam untuk travel saja yang senang dibawa ke mana sahaja. Lagipun, bersesuaianlah dengan baby yang baru lahir dan untuk kegunaan ketika berpantang nanti. Boleh letak atas lantai saja sebab baby belum lasak. Kami beli di booth Fiffy. Baby cot mungkin kami akan beli kemudian. Kami survey harga baby cot dalam RM800 ke atas.
6. Barut, sarung tangan dan sarung kaki
Barang-barang ni pun kami beli di booth Fiffy. Barut Anis beli yang style tradisional tu je, pakai ikat. RM10 dapat 4 helai. Beli sikit je sebab tak tahu yang macam mana elok dan lebih sesuai sebab Anis tahu ada juga barut jenis zap2 tu. Mungkin akan beli lagi nanti. Sarung tangan dan kaki Anis hanya beli 3 pasang dahulu. Hanya beli asalkan ada untuk hari-hari pertama baby. Nanti akan tambah lagi.
7. Alas tilam getah
Yang ni wajib ada rasanya untuk setiap baby baru lahir. Anis beli jenama Fiffy juga dan Anis baru tahu yang alas ni ada 2 saiz iaitu kecil dan besar. Kami pilih yang besar sebab yang kecil terlalu kecil.
8. Pemotong kuku baby
Yang ni pun Anis beli di booth Fiffy. Comel je pemotong kuku baby ni..
10. Tuala baby
Tuala baby pun Anis beli di booth Fiffy. RM 10 sahaja sehelai. Kainnya cotton lembut dan tebal juga. (Rasa menyesal pula tak beli lebih sebab bila nak beli kemudian, susah dah nak jumpa yang macam ni..yang berkualiti tapi murah macam ni.huhu)
11. Baby wipes
Suami Anis ambil sekali baby wipes Fiffy ni alang-alang ada offer. Anis harap sesuailah untuk baby nanti. Bau baby wipes Fiffy ni wangi..! Anis suka..hehe
Okay, jumlah harga untuk semua barang-barang baby ni lebih kurang RM300-400. Sekarang Anis nak share pula barang-barang ibu hamil yang dibeli ketika expo ini.
1. Bantal pregnant bentuk berlengkok
Anis memang lama mengidam nak bantal ni dan hasilnya memang selesa tidur dengan bantal ni yang support seluruh tubuh ketika tidur. Tersenyum lebar Anis bila suami setuju untuk membelikan. Hehe. Harga RM169.
2. Set breastpump Autumnz Passion
Anis memang dah buat survey juga pasal breastpump ni dan dah target nak beli set Autumnz Passion ni. Di expo tu, ada pula promosi hebat yang Anis tak jumpa sebelum ini, jadi memang Anis tak mahu lepaskan peluang! Puas Anis pujuk suami untuk beli. Harga set Anis dapat ni mahal sikit, RM449. Tapi Anis puas hati sebab dapat banyak free gift, kira masih berbaloilah! Dapat storage bottle Autumnz 10pcs, cooler bag Autumnz 2 storey, reusable ice pack Autumnz 3pcs, dan bottle & food warmer -home and car use. Anis memang nak sangat warmer tu. Harga warmer sahaja kalau beli asing dah lebih RM50. Anis rasa memang untung sangat beli masa expo ni sebab dapat semua barang original daripada Autumnz. Tarikh warranty pula dikira bermula seminggu selepas tarikh EDD kita untuk setahun. Jadi, tak rugilah walau beli awal pun. Anis beli semua ni kat booth Autumnz tau..
3. Bengkung Autumnz
Yang ini, Anis tak ada survey awal tetapi sebab nampak menarik masa expo tu so Anis beli. Nampak senang untuk dipakai, ada cangkuk macam bra. Harga cuma RM45 sehelai. Sekotak ni ada sehelai saja ye! Dia ada saiz M sampai XXL, ikut saiz pinggang kita sebelum pregnant.
4. Breastpads
Yang ni, Anis tak ada bercadang pun untuk beli. Tetapi masa di booth Pigeon, ada promoter dia cadangkan beli. Katanya breastpads ni perlu untuk elak bra dan baju basah kena susu badan. Harga promosi hanya RM25 untuk 1 peket 60pcs. Anis dah cuba pakai sekeping, memang mudah dilekat pada bra dan selesa dipakai.
Kesimpulannya, memang seronok shopping untuk sambut newborn ni... Kami berhabis dalam RM1k juga pada hari itu tapi puas hati sebab dah banyak jimat tu sebenarnya. Kalau ada para ibu yang singgah baca experience Anis ni, Anis harap dapat membantu memberi gambaran dan idea.
Nanti Anis share next experience pula ye! Terima kasih..