Tuesday, January 07, 2014

Here I go Again!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! 

Alhamdulilah, hari ini Anis telah mendapat offer letter yang Anis download sendiri daripada website CPS. Tak tahu apa itu CPS? CPS adalah singkatan untuk Centre for Postgraduate Studies IIUM. InsyaAllah, Anis akan menjadi seorang student Master pula. Kan sebelum ini Anis memang dah berazam untuk belajar lagi? Ingat tak dalam post Here I come Again!? Anis tulis, "Anis rasa Anis ingin belajar lagi". Bersyukur sangat, tahun 2014 ni, salah satu azam Anis telah tercapai...

So, Anis ingin berkongsi pengalaman Anis tentang macam mana Anis mendapat peluang untuk sambung belajar lagi. Anis sebenarnya pernah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master (Ijazah Sarjana) di USM. Ketika Anis masih belajar di peringkat undergraduate, semasa final year, memang mindset Anis ingin sambung Master di USM. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. InsyaAllah, Anis bakal buat Master di UIA tercinta, kampus Kuantan. 

Ok, Anis akan ceritakan macam mana Anis boleh berubah fikiran. Semuanya bermula sejak Hari Graduasi di UIA Gombak. Ada beberapa keadaan yang membuatkan Anis berkobar-kobar ingin melanjutkan pelajaran di IPT yang sama iaitu IIUM - Garden of Knowedge & Virtue (Taman Ilmu & Budi). Keadaan yang pertama ialah ketika Anis berbual-bual dengan graduan yang duduk di sebelah Anis. Dia sama batch dengan Anis, tapi dia tak sama kelas, jadi Anis tak kenal dia. Tetapi, dialah orang pertama yang Anis cam di UIA Gombak semasa Hari Graduasi yang lalu. Maklumlah, ketika di UIA Gombak, ada perasaan macam stranger, even UIA juga. Jadi, bila nampak someone dari UIA Kuantan, rasa teruja! Haha. Rupa-rupanya, sister tersebutlah yang akan duduk di sebelah Anis dalam CAC IIUM tu.

Semasa Anis berbual dengan beliau tentang perihal diri masing-masing, samada sudah bekerja atau belum dan sebagainya, Anis berkongsi dengan beliau tentang diri Anis yang masih menganggur dan mempunyai cita-cita untuk belajar di USM pula. Kemudian, beliau memberikan pendapat dan berkongsi pengalaman daripada salah seorang rakannya yang sedang belajar di USM. Apa yang Anis boleh simpulkan daripada perbualan dengan beliau ialah, belajar di USM pasti seronok dan membanggakan kerana USM ialah universiti APEX di Malaysia ini. Namun, dari sudut ekonominya, yuran di USM lebih tinggi berbanding di UIA atau universiti lain. Sebenarnya, Anis memang tiada wang yang banyak untuk membiayai pelajaran Anis pada masa akan datang. Abah pun dah katakan bahawa dia menyokong Anis untuk sambung belajar namun dia tak mampu untuk menanggung pembelajaran Anis. Dia mengharapkan Anis supaya bekerja dahulu atau memohon biasiswa. Ibu pula menyuruh Anis membuat pinjaman untuk belajar. Anis kalau boleh, memang tak mahu buat pinjaman. Jadi, untuk yuran pengajian, Anis memang berniat untuk memohon dana MyBrain15. Yang Anis maklum, MyBrain15 ini ialah usaha kerajaan untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD). Tetapi menurut sister yang berbual dengan Anis, jumlah dana maksimum yang bakal diberikan sekiranya berjaya hanya RM10k. Ini adalah satu informasi yang Anis tak tahu sebelum ini. Anis sangkakan kerajaan akan menaja keseluruhan yuran pengajian, namun rupa-rupanya tetap ada quotanya. Jadi, Anis fikir, Anis tak mampulah nak belajar di USM kalau macam ni. 

Keadaan yang seterusnya, adalah semasa sesi Graduasi tersebut, iaitu semasa mendendangkan lagu IIUM. Terasa menegak bulu roma Anis kerana dalam lagu tersebut ada janji besar dan tanggungjawab yang sama sekali tidak boleh dipandang ringan kerana kita telah mengangkat sumpah sebagai pelajar UIA dan sudah tentu sebagai seorang Islam. Tanggungjawab terhadap agama dan ummah. Malah, keseluruhan proses upacara Hari Graduasi itu mengingatkan Anis, 'di mana lagi Anis nak cari suasana yang muhibbah seperti ini jika bukan di UIA?' Anis pasti Anis akan merindui taman ini yang telah menyumbang kepada siapa diri Anis pada saat ini. Taman ilmu yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan. Taman budi yang menjadikan Islam sebagai cara hidup. It is very beautiful! 

Anis terlupa sister tadi juga ada memberitahu bahawa Dr. Suhana iaitu supervisor FYP Anis juga sedang mencari student Master di bawah supervision beliau. Sesungguhnya, Anis memang ada contact Dr.Suhana beberapa hari sebelum Hari Graduasi tersebut. Anis juga memang ingin bertemu dengan beliau jika ada kesempatan kerana kata beliau adik beliau juga graduasi pada hari yang sama. Namun, Anis tak tahu pula Dr. Suhana sedang mencari student Master. Mujurlah sister tu beritahu. Beberapa hari selepas Hari Graduasi terus Anis tanya Dr. Suhana samada beliau masih mencari student kerana pada Hari Graduasi tersebut Anis tidak terserempak langsung dengan beliau. 

Alhamdulilah, rezeki yang tak dijangka, Anis mendapat respon yang positif daripada Dr. Suhana serta beliau bertanya jika Anis berminat. Tidak terkata perasaan teruja Anis apabila mendapat peluang yang terbuka sebegitu! Namun, Anis tak terus menerima peluang itu sebaliknya Anis mengambil sedikit masa untuk memikirkan masak-masak tentang keputusan yang bakal dibuat. Anis berbincang dengan Abah, Ibu, adik-adik dan juga insan yang bakal menjadi istimewa dalam hidup Anis. Syukur, semuanya menyokong Anis. Lalu, tanpa ragu-ragu, Anis menerima dan memohon untuk menjadi student Master di bawah supervision Dr. Suhana.  

Oleh kerana Anis baru sahaja membuat keputusan yang jitu untuk sambung Master di UIA, Anis sungguh terkejut apabila Anis check di website IIUM bahawa closing date untuk application Master ialah pada 2 Disember 2013 (Isnin), lebih kurang seminggu selepas Anis contact Dr.Suhana dan membuat keputusan. Kecut perut Anis bimbang tidak sempat membuat permohonan. Maka, selama seminggu Anis sibuk membuat persiapan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan. Salah satu dokumen yang Anis perlu sediakan ialah surat rujukan daripada 2 orang pensyarah. Dua malam Anis tak tidur untuk menyiapkan draft untuk dihantar kepada lecturer yang terlibat. Satu pengalaman yang baru dan menarik bagi Anis walaupun Anis tak pernah buat surat rujukan sebelum ini. Anis sangat berpuas hati dengan hasilnya. Ada sesetengah orang, surat rujukan disediakan secara confidential oleh lecturer sendiri, tetapi ada sesetengah lecturer yang akan minta kita draft surat rujukan kita. Surat rujukan ini bertujuan sebagai bahan sokongan yang mengatakan kita layak, mampu dan berkebolehan untuk menjalankan kajian bagi mendapatkan Master. Bagi sesetengah IPT, mereka menyediakan evaluation form yang perlu diisi oleh lecturer, tapi tujuannya sama sahaja.  

Pada 28 November 2013, sirih pulang ke gagang, Anis kembali ke UIA Kuantan untuk berjumpa dengan supervisor dan menghantar borang permohonan. Salah satu hari yang menggembirakan dan mengujakan bagi Anis. Pagi-pagi lagi Anis sudah keluar rumah untuk pergi ke Kuantan. Anis ditemani oleh adik bongsu Anis kerana sekarang Anis tinggal di rumah bersamanya. Sebelum ke Kuantan, Anis menumpang ibu saudara Anis yang bekerja di Pejabat Tanah Daerah untuk berjumpa pegawai di sana bagi mengesahkan salinan dokumen-dokumen yang Anis ingin bawa ke Kuantan. Anis pergi ke Kuantan menaiki bas ekspres dan tiba di Kuantan lebih kurang pukul 11 pagi. Alhamdulilah, segala proses berjalan lancar. Anis juga menerima satu berita gembira daripada Dr. Suhana bahawa kajian FYP Anis bakal dibentangkan oleh Dr. Azlina (co-supervisor FYP) di salah satu konvensyen pada bulan Disember. Alhamdulilah.

Oleh itu, Anis sangat berterima kasih kepada Dr Suhana, Dr. Azlina, family yang tak henti-henti memberikan sokongan, rakan-rakan yang tak jemu membantu, serta yang tersayang yang juga banyak membantu memberikan sokongan. Anis bersyukur sangat-sangat! Terima kasih.

Jadi, 2 minggu lagi, pada 22 Januari 2014, Anis akan mendaftar sebagai pelajar postgraduate di IIUM. Here I go Again! Semoga segalanya berjalan lancar, dipermudahkan dan berjaya menamatkan pengajian Master ini dengan cemerlang. Anis juga ada satu lagi majlis penting yang bakal berlangsung 18 Januari ini. Doakan yang baik-baik, tawakkal kepada ALLAH.  

Nanti, Anis bakal ceritakan tentang majlis tersebut, InsyaAllah.... 



16 comments:

  1. gud luckz.sy doakan yg terbaek utk awk..^^
    from:
    yg tercyg,hehe..=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq yg tercyg....sy dah buat label baru spesel utk awk.. ;)

      Delete
  2. tahniah nisa...lama xjumpa..rinduuu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq amy! :-) nnt dtg la temerloh/kuantan. Bole jumpa..hehe

      Delete
  3. Nisaaa! Haaz dahz bauz nasiz minyakz! Dah start master dah? Kirim salam kat diorang-diorang yang sambung master :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang la...ade jual nasi minyak kat restoren tu...pergilah beli..heheh alhamdulilah, sudah... InsyaAllah, akan disampaikan.. =)

      Delete
  4. Kenapa tak kerja? Susah dapat kerja ke dalam bidang akak?

    ReplyDelete
  5. Akak xkerja sbb akak mmg minat nak smbg belajar lagi. Rs belum puas lg belajar. Lgpn, akak mencari 1 bdg yg akak boleh master. Alhamdulilah, berjodoh dgn bdg genetik dan molecular biology. Pasal peluang kerja, akak dpt je peluang kerja sblm grad lg, dlm bdg biomedical science la. Bdg biomedikal sc. ni luas, pd pendapat akak, dpt kerja ke x, bergantung atas effort kita sendiri mencari dan bersaing dgn graduate lain selain rezeki yg Allah beri. InsyaAllah, kalau ada masa lapang, akak akan tulis lg ttg bdg ni dari kaca mata akak ye... =)

    ReplyDelete
  6. Assalamualiakum, akk..
    boleh sy tahu apa content yang patut ada dalam draft surat rujukan drpd pensyarah? Ada rezeki, sy pun nak smbung master dekat uia jugak..
    Kalau akk tak keberatan, boleh email sy Nadjanadia@ymail.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum-wbt anis.nk mtk jgk.. Tlg email ke ezajaan032@gmail.com.nk wat.PhD uia.. Rwndu ITU HS cafe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..akak eja nk sy emel ape eh? huhu

      Delete
  8. Salam anis, nak minta juga contoh untuk draft letter of referee. Thanks!

    nurun_najat@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. salam akak. sy nk jugak contoh surat rujukan drpd pensyrah, ade reki nk smbung master kt uia jgk.. klau x keberatan akak email sy nurulasmazakaria@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Anis nak minta maaf pada yang minta contoh surat rujukan sebab lambat response. Agak sibuk kebelakangan ini. Tapi, Anis tak dapat nak bagi contoh surat rujukan tu, cuma boleh bagi guidelines. Kakak-kakak dan adik-adik boleh google sendiri contoh surat rujukan tu. Cuma, kalau ada apa-apa yang keliru atau tak faham, bolehlah tanya Anis. Anis akan jawab berdasarkan pengalaman. Sebab, Anis pun buat sendiri saja surat rujukan ni dengan bantuan Google dan rakan-rakan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam awak..saya ada terbaca post awak nie..awak amek master research ea? brape ye yuran untuk 1 sem?

    ReplyDelete

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)