Tuesday, January 01, 2013

Puteri Abah

Assalamualaikum wbt.

Hari ini bermulalah hari pertama bagi tahun 2013. InsyaAllah, Anis harap tahun ini akan menjadi lebih baik berbanding tahun lepas-lepas. Mengikut kalender Islam, umur Anis akan mencapai 24 tahun pada 20 Safar 1434 yang bermakna Anis bakal menempuhi tahun ke-25 kehidupan Anis di dunia ini.

Pada malam ini, Anis tiba-tiba berasa sayu sangat. Anis terkenangkan orang yang tersayang dalam hidup Anis, iaitu Abah. Anis tiba-tiba rasa ingin menjenguk FB Abah. Penuh timeline Abah dengan post daripada Anis. Salah satu post Anis yang Anis share daripada profile lain di FB berbunyi begini:

THE REASON WHY DAUGHTERS LOVE THEIR DAD THE MOST IS COZ THEY KNOW THAT THERE IS AT LEAST ONE MAN OUT THERE WHO WILL NEVER HURT HER.
Dan Anis baru perasan yang Abah komen dekat post tu. Abah komen, "Salam, Kaklong. Terima kasih atas ingatan dan kasih mesra. Tentunya berkekalan hingga ke akhir hayat abah."

Akhir hayat Abah?? Sebaknya Anis rasa. T_T Anis tak dapat bayangkan macam mana Anis nak harungi hidup ini tanpa kasih sayang daripada Abah. Selama ini, Anis mendapat kasih sayang penuh daripada Abah. Maklumlah, Anis satu-satunya anak perempuan Abah. Puteri Abah. Anis rasa, Abah sanggup berkorban dan buat apa saja untuk Anis. Abah selalu melayan Anis. Kalau Anis sedih atau kecewa, Abah selalu memujuk dan memberi sokongan kepada Anis. Anis tak pernah rasa tak cukup kasih sayang seorang bapa. Dan Anis sedar, Abah bukan muda lagi. Anis tak tahu berapa lama lagi Anis dapat bersama dengan Abah, dapat menatap wajah Abah di dunia ini. Anis doakan Abah sihat selalu dan dipanjangkan usia. Anis tahu, suatu hari nanti ajal maut akan memisahkan Anis dan Abah di dunia ini. Namun, Anis berdoa agar di akhirat nanti, Anis akan dapat bertemu dengan Abah lagi. Amin.

I love u, Abah, so much!!

No comments:

Post a Comment

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)