Tuesday, January 08, 2013

Habis Sem 7

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, selesai juga semester ini. Esok, Anis akan pulang ke rumah bersama Ibu, Abah dan adik-adik. Yey! Gembira sebab cuma tinggal satu lagi semester sebelum grad! 

Anis akan bercuti lebih kurang sebulan sebelum memulakan semester yang terakhir di UIA Kuantan ini. Semasa cuti nanti, Anis perlu mengumpul data untuk FYP Anis. Mudah-mudahan, Anis berjaya menyiapkannya dalam masa sebulan nanti. InsyaAllah.

Jumpa lagi semester hadapan! =)

p/s: Doakan Anis mendapat keputusan yang cemerlang untuk semester ini. Amin... 

Thursday, January 03, 2013

20 Safar: 3113

Assalamualaikum wbt!

Salam sejahtera dan selamat petang!

Hari ini merupakan ulangtahun Anis lahir ke dunia mengikut kalendar Islam iaitu 20 Safar 1434. Anis lahir pada 20 Safar 1410. Dan hari ini juga Anis menghadapi final exam untuk subjek Basic Environmental Laws. Sangat nervous sebelum jawab exam tadi! Anis exam petang, pukul 2.30. Alhamdulilah, selesai exam tadi lega sungguh rasanya! Gembira macam lepas ini dah tak ada exam, padahal Anis ada satu lagi exam iaitu Environmental Toxicology pada hari Ahad nanti. 

Alhamdulilah, syukur! Anis rasa semester ini, Anis dapat menikmati semula kemanisan dan kepuasan menjadi seorang pelajar. Yeay! 

Anis rasa lebih baik berbanding semester-semester sebelum ini. Anis berazam agar tahun ini, sempena Anis sudah menjangkau usia 25 tahun mengikut tahun Islam, Anis ingin menjadi lebih baik. Anis ingin mencapai dan mengejar kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Anis yakin, tanpa usaha dan keyakinan diri Anis, tanpa redha Ilahi, Anis takkan mampu melangkah ke hadapan. Namun, InsyaAllah, dengan usaha gigih, doa ibu bapa, Anis yakin, Anis akan berjaya! =) 


Tuesday, January 01, 2013

Puteri Abah

Assalamualaikum wbt.

Hari ini bermulalah hari pertama bagi tahun 2013. InsyaAllah, Anis harap tahun ini akan menjadi lebih baik berbanding tahun lepas-lepas. Mengikut kalender Islam, umur Anis akan mencapai 24 tahun pada 20 Safar 1434 yang bermakna Anis bakal menempuhi tahun ke-25 kehidupan Anis di dunia ini.

Pada malam ini, Anis tiba-tiba berasa sayu sangat. Anis terkenangkan orang yang tersayang dalam hidup Anis, iaitu Abah. Anis tiba-tiba rasa ingin menjenguk FB Abah. Penuh timeline Abah dengan post daripada Anis. Salah satu post Anis yang Anis share daripada profile lain di FB berbunyi begini:

THE REASON WHY DAUGHTERS LOVE THEIR DAD THE MOST IS COZ THEY KNOW THAT THERE IS AT LEAST ONE MAN OUT THERE WHO WILL NEVER HURT HER.
Dan Anis baru perasan yang Abah komen dekat post tu. Abah komen, "Salam, Kaklong. Terima kasih atas ingatan dan kasih mesra. Tentunya berkekalan hingga ke akhir hayat abah."

Akhir hayat Abah?? Sebaknya Anis rasa. T_T Anis tak dapat bayangkan macam mana Anis nak harungi hidup ini tanpa kasih sayang daripada Abah. Selama ini, Anis mendapat kasih sayang penuh daripada Abah. Maklumlah, Anis satu-satunya anak perempuan Abah. Puteri Abah. Anis rasa, Abah sanggup berkorban dan buat apa saja untuk Anis. Abah selalu melayan Anis. Kalau Anis sedih atau kecewa, Abah selalu memujuk dan memberi sokongan kepada Anis. Anis tak pernah rasa tak cukup kasih sayang seorang bapa. Dan Anis sedar, Abah bukan muda lagi. Anis tak tahu berapa lama lagi Anis dapat bersama dengan Abah, dapat menatap wajah Abah di dunia ini. Anis doakan Abah sihat selalu dan dipanjangkan usia. Anis tahu, suatu hari nanti ajal maut akan memisahkan Anis dan Abah di dunia ini. Namun, Anis berdoa agar di akhirat nanti, Anis akan dapat bertemu dengan Abah lagi. Amin.

I love u, Abah, so much!!