Saturday, December 19, 2015

Kenaikan Berat Semasa Hamil

Assalamualaikum dan Salam sejahtera!

Kali ini Anis nak catatkan kenaikan berat Anis sepanjang kehamilan yang pertama ini untuk kenangan di masa depan. Hehe.

Alhamdulilah, berat Anis sepanjang hamil bertambah secara normal. Tak pernah kena tegur lagi dengan nurse atau doktor disebabkan berat badan bertambah atau menurun secara mendadak.

So, inilah catatan berat Anis selama 9 bulan hamil...

Sepanjang check up di KKIA Hiliran, K. Terengganu:

12 minggu - 58 kg
16 minggu - 60 kg
20 minggu - 61 kg
25 minggu - 63 kg
29 minggu - 67 kg (yg ni ralat sebab guna mesin penimbang lain)
31 minggu - 66 kg

Sepanjang check up di KKIA Tanjung Lalang, Temerloh:

34 minggu - 67.5 kg
36 minggu - 67.5 kg
37 minggu - 68 kg

Di akhir-akhir kehamilan, berat Anis tak naik banyak pun. Maintain je berat. Alhamdulilah..

Anis ada mencuba gunakan satu kalkulator pengiraan kenaikan berat badan semasa hamil untuk mengetahui berat badan Anis normal atau tidak.

Ini keputusannya:

www.baby2see.com/pregnancy_weight_calculator.html
Alhamdulilah, kenaikan berat Anis semasa hamil boleh dikatakan normal. Mengikut carta ini, jumlah kenaikan berat Anis yang maksimum ialah sehingga 70 kg iaitu sebanyak 13 kg. Harap-harap tak lebih. Huhu.

Mengikut buku Rekod Kesihatan Ibu yang berwarna pink tu, pertambahan berat badan semasa hamil yang sihat adalah:
- Bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama adalah 0.5 kg sebulan
- Bagi jangkamasa kandungan seterusnya adalah 0.5kg seminggu

Namun, jumlah kenaikan berat badan yang sepatutnya adalah bergantung kepada berat badan dan ketinggian ibu sebelum hamil (Body Mass Index - BMI).

Kalau mengikut website baby2see.com:
- Jika BMI <20, kenaikan berat yang dibolehkan ialah sebanyak 12.5 - 18 kg
- Jika BMI 20 - 26, kenaikan berat yang dibolehkan ialah sebanyak 11.5 - 16 kg
- Jika BMI >26, kenaikan berat yang dibolehkan ialah sebanyak 7 - 11.5 kg

Tetapi, mengikut satu sumber lain :
- Jika BMI <20, kenaikan berat badan yang disarankan ialah sebanyak 14 - 20 kg
- Jika BMI 20 - 26, kenaikan berat badan yang disarankan ialah sebanyak 12.5 - 17.5 kg
- Jika BMI >26, kenaikan berat badan yang disarankan ialah sebanyak 7.5 - 12.5 kg

Jadi, kalau ada ibu-ibu hamil yang singgah ke blog Anis ni, bolehlah cuba kira berat ibu-ibu yang sepatutnya sepanjang kehamilan supaya tak kena marah dengan nurse atau doktor..hihi

No comments:

Post a Comment

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)