Tuesday, October 07, 2014

Persiapan Majlis Raikan Cinta II

Assalamualaikum...

Finally, it's October 2014!! 

Sudah tiba masanya, majlis yang paling Anis nantikan dalam hidup Anis. Tidak lama saja lagi masa yang tinggal sebelum Majlis Raikan Cinta Anis & Faiz berlangsung. Lebih kurang 2 minggu saja lagi.

So, Anis nak update tentang persiapan majlis tersebut....saja suka-suka untuk memastikan semua persiapan berjalan lancar serta mengurangkan debaran..hehe

1. Kad Jemputan

Kad jemputan masih sedang diedarkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran. Masa semakin suntuk, Anis harap, tiada sesiapa pun yang tercicir daripada dijemput ke majlis ini, terutamanya saudara-mara terdekat dan rakan taulan Anis, Abah & Ibu.

2. Baju Nikah

Alhamdulilah, baju nikah Anis okay...Anis suka, even tak lah grand sangat, simple & nice. Anis puas hati...cuma, Anis rasa, veil baju nikah Anis telah disabotaj...baju nikah pun kena sabotaj jugak sebenarnya, tapi takpelah, Anis redha, sebab tak adalah teruk sangat pun sabotajnya.....insyaAllah, Anis pakai nanti, okaylah..masih akan kelihatan cantik, menarik, dan tertarik gitu untuk suami tersayang...hihi orang lain nak kata apa, i don't really mind...huhu asalkan, Anis tutup aurat dan berpakaian sopan. Kalau orang nak tegur-tegur kalau Anis berpakaian tak tutup aurat atau tak sopan, barulah Anis boleh nak mind...

3. Pelamin

Yang soal pelamin ni, memang Anis langsung tak ada gambaran lagi. Tapi, Anis dah pergi meeting dengan planner pelamin ni, so, dia akan datang a week before my wedding untuk tengok lokasi pelamin. Lepas tu, dia akan datang buat pelamin sehari sebelum majlis akad nikah iaitu pada 23 Oktober. Okay, set! Anis memang berikan kepercayaan penuh pada planner ni untuk buat pelamin Anis cantik-cantik. Tak sabar nak tengok hasil, harap-harap beyond expectation. Huhu.

4. Baju Sanding

Anis pun dah pergi tengok baju sanding. Nampaknya, baju sanding Anis telah di-alter, dan ditambahkan manik-manik supaya bersesuaian dengan tema majlis. Alhamdulilah. Tapi, belum fitting lagi baju tu, 5 hari sebelum majlis baru boleh fitting. Yelah, mana tahu nak naik-turun berat lagi dalam masa 2 minggu ni...huhu

5. Mekap

Yang ini memang sangat memainkan peranan penting kepada Anis untuk tampil menarik di hari bahagia. Anis belum pasti, macam mana rupa Anis selepas dimekap. Tapi, Anis sudah tahu, yang Anis akan dimekap awal pada malam akad nikah dan hari majlis. Harap-harap jurumekap punctual-lah nanti, supaya hasilnya memuaskan. Amin. InsyaAllah.

6. Hantaran

Oh, gusar sedikit di situ..sebab hantaran belum mula digubah pun...tapi Anis yakin, masih sempat untuk siapkan gubahan hantaran. Anis serahkan pada Ibu & Abah tentang gubahan hantaran. Cantik ke, awesome ke, buruk ke, serabut ke, Anis tak kisah.....asalkan ada. Small matter je hantaran ni, tak wajib pun... 

7. Katering

Katering, masih dalam progress, sebab belum meeting betul-betul dengan caterer. Tapi, tak ada apa masalah pun, sebab dah book caterer, just nak confirm menu & floor plan gitu. Lagipun, kanopi, kerusi & meja pun akan disediakan oleh caterer sekaligus. Senang! Dikira settle, harap sempurna...

8. Photographer

Tak ada masalah kot, photographer dah respond 'Going' kat Fb event untuk Majlis Raikan Cinta ni. Kalau tak nampak batang hidung dia nanti, siaplah dia! Huhu. Semua props-props pun dah ready....tak sabar dorang semua nak ber-selfie & groupie...hehe 

9. Bunga telur

Bunga telur masih belum ada telurnya lagi. Nanti, sehari sebelum majlis, barulah bunga telur akan disatukan dengan telur. Terlebih dahulu, sebelum pengantin lelaki disatukan dengan pengantin perempuan. Hee... 

10. Goodies

Goodies still IP (in progress). Tapi, dah nampaklah kelibat. Sebelum ni, hanya nampak kelibat goodies bag saja..sekarang, isi dalam goodies bag pun dah mula nampak kelibat. Alhamdulilah. Harap semua orang happy dengan pemberian tak seberapa daripada tuan rumah.huhu..sebab kami anggap goodies ni, small matter juga, hanya nak berbudi bahasa dengan tetamu, sebagai tanda terima kasih sebab sudi hadir. (^_^) Sebaliknya, kami akan pastikan setiap tetamu kenyang dan happy datang kenduri...yeay!! (Katering lagi penting, okay???)

11. DJ/Juruacara/MC

Yang ni, dah ada calon, tapi belum officially dilantik. Hopefully, sempatlah melantik...kalau tak, belum ada 2nd plan. Tengoklah macam mana nanti, ada PA system pun dah okay, kan2?

12. Master plan

Cewahh..siap ada master plan lagi! Program manager: Abah & Ibu. So, terpulanglah kepada Abah & Ibu, nak buat majlis ni macam mana. Anis hanya setiausaha kehormat, yang make sure semua persiapan on-track before majlis. Master plan semasa majlis, Anis serahkan kepada Abah & Ibu lah. Harap sangat majlis kami akan berjalan lancar. Semoga Allah berikan plan yang lebih baik kepada kami. Amin! 

13. Tentatif majlis

Akad nikah: 24. Oktober. 2014. (Jumaat, selepas isyak) 1 Muharam 1436H.
Majlis Walimatul Urus: 25. Oktober. 2014. (Sabtu, 11.30a.m - 4.00p.m)

14. Persiapan diri Anis

Persiapan inilah yang lebih utama sebenarnya....Anis harap, Anis dapat menjadi seorang isteri yang baik kepada bakal suami. Anis tahu, Anis sangat banyak kelemahan. Tetapi, Anis tahu, Anis masih ada kekuatan dan kelebihan. Anis sudah bersedia untuk menjadi isteri, dan akan mula belajar menjadi isteri bermula pada 1 Muharam nanti dan akan terus belajar, sehingga Anis sampai ke liang lahad. Harap ukhuwah fillah dengan bakal suami akan berkekalan hingga ke syurga Ilahi. InsyaAllah. Mudah-mudahan, Allah permudahkan.....amin...




1 comment:

  1. amboi.yg part kne sabotaj tu xleh thn.haha..😋

    ReplyDelete

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)