Wednesday, August 20, 2014

Throwback 18th January 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Tidak lama lagi, Anis bakal bertukar status..........jadi, dengan suka hatinya Anis ingin mengimbau kenangan manis pertunangan Anis dengan si dia... Tiada niat lain, hanya ingin mengabadikan memori itu di blog ini.... InsyaAllah... 



Tanggal 18hb Satu 2014, keluarga si dia telah bertandang ke rumah Anis untuk meminang satu-satunya 'bunga' hak milik Encik Nasarudin & Puan Sahida di taman No 60, Jalan Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya....  

Alhamdulilah, majlis berjalan lancar.... Keluarga si dia tiba lebih kurang 12 tengahari...urusan peminangan dilakukan, perbincangan mengenai urusan majlis menyatukan dua hati juga telah dilaksanakan, serta doa selamat mengakhiri urusan peminangan tersebut. 

Lebih kurang pukul 1 tengahari, Anis dipanggil turun ke ruang tamu rumah untuk menyempurnakan acara pemberian/pemakaian tanda pertunangan oleh ibu si dia.... Si dia juga dipanggil dari tempat persembunyian si dia untuk acara pemberian/pemakaian tanda pertunangan oleh abah Anis.... Maka, sahlah Anis dan si dia bergelar tunangan masing-masing. Alhamdulilah....seronok! 

Sebagai hantaran pertunangan, pemberian Anis kepada si dia adalah sejadah, buku "Indahnya Hidup Bersyariat", buah-buahan, coklat, kek, cincin dan sirih junjung. Manakala pemberian si dia kepada Anis pula adalah telekung, kain pasang, buah-buahan, cupcake & cheese tart serta sirih junjung & gelang. 

Majlis pertunangan ini dilakukan sederhana dan simple sahaja, dan dimeriahkan oleh kehadiran ahli keluarga yang terdekat sahaja. 

Persiapan yang Anis lakukan untuk majlis ini hanyalah seperti berikut:
1. Perhiasan pelamin mini DIY by Abah & Co. 
2. Persiapan hantaran by Mak Ngah.
3. Pencarian The Ring! 
4. Pencarian barang-barang hantaran (beli sejadah & tempah coklat -made by Nurul, my old friend)
5. Pencarian busana untuk majlis pertunangan - finally, sponsored by Mak Ngah.
6. Make-up - finally, done by Mak Ndak.
7. Tempahan katering (menu kampung). 
8. Tempahan coklat untuk adik-adik sepupu -made by Nurul. 
9. Tempahan kuih-muih untuk ahli keluarga yang sampai awal - made by Mak Teh.
10. Perlantikan wakil untuk menjadi jurucakap pihak Abah untuk perbincangan urusan majlis dan bacaan doa - done by Ustaz Mat Ali. 

Sekadar perkongsian, bajet untuk majlis simple seperti ini lebih kurang RM1.5k -2k. Tapi, kami sekeluarga berpuas hati dengan majlis yang simple ini. InsyaAllah, kami berharap dan berusaha agar hubungan dua keluarga ini dapat diteruskan dengan baik selamanya..amin...

Sekarang, sudah 7 bulan Anis menjadi tunangan si dia. Begitu cepat masa berlalu.


Perasaan Anis berdebar tetapi juga tidak sabar...harapan Anis agar majlis berjalan lancar, jodoh Anis dengan si dia berkekalan sehingga akhir hayat kami. Anis ingin menjadi isteri dan ibu yang solehah, ingin dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah serta mempunyai keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat.... Anis mohon kawan-kawan serta sesiapa pun yang membaca tulisan ini untuk mendoakan Anis...amin... Sekiranya ada salah silap dalam tulisan ini, Anis mohon ampun. 

Alhamdulilah, syukur kepada Allah.... Terima kasih kepada Ibu, Abah, adik-adik -Abangah, Faris, Asri dan Hafiz, Mak Ngah, Mak Ndak, Mak Tam, Mak Teh, serta seluruh ahli keluarga yang hadir menyerikan majlis ini. Terima kasih juga kepada si dia dan seluruh ahli keluarga si dia kerana sudi bertandang ke teratak lama kami. Kehadiran semua amat memeriahkan majlis ini. InsyaAllah, kita semua berkumpul lagi nanti... Amin.... 



4 comments:

Anis sedia terima komen daripada kawan-kawan. Terima kasih! ;)