Sudah lama Anis tak menulis blog ni. Selama ini, Anis tidak berpeluang untuk menulis blog sejak tamat pengajian di UIA. Macam-macam perkara yang berlaku dalam masa hampir 6 bulan Anis bergelar seorang penganggur. Alhamdulilah, kehidupan Anis sebagai seorang penganggur tidaklah begitu sia-sia. Setelah Anis tamat final exam dan menghantar thesis pada akhir bulan Jun lepas, Anis membantu Ibu dan Abah untuk menjaga adik-adik di rumah. Anis tiada adik-adik yang masih kecil -yang bongsu berusia 15 tahun dan yang kedua bongsu berusia 17 tahun. Disebabkan kedua-dua mereka menduduki peperiksaan PMR dan SPM masing-masing pada tahun ini, maka Anis dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi guardian mereka.
Walaupun Anis tidak berpeluang untuk bekerja pada waktu tersebut, tetapi Anis happy sebab inilah masanya Anis boleh duduk di rumah sepenuh masa bersama dengan adik-adik untuk mengeratkan lagi hubungan kami. Malah, hubungan Anis dengan Wan serta saudara-mara yang lain juga menjadi lebih rapat lagi. Semasa Anis belajar, Anis banyak berada di sekolah, asrama dan kampus yang menyebabkan Anis jarang dapat bertemu dengan sanak-saudara. Ada juga ketikanya Anis berasa bosan duduk di rumah, namun semuanya hanya sementara dan terubat apabila dapat menatap wajah Ibu dan Abah setiap hujung minggu. Keluar hujung minggu bersama Ibu dan Abah juga telah menjadi rutin hidup Anis sebagai penganggur ini.
Selama Anis duduk di rumah, hobi Anis ialah menonton TV. Setelah selesai Anis melakukan kerja rumah dan memasak, Anis akan menonton TV. Salah satu channel yang menjadi tontonan dan favorite Anis setiap hari ialah Life Inspired HD (Astro 728). Adik Anis, Asri yang memperkenalkan channel ini kepada Anis. Katanya, channel ni sesuai untuk Anis dan sungguh benar kata-katanya. Tak sangka sebenarnya dia sangat memahami keperluan Anis! Channel Life Inspired HD ni memang menjadi favourite Anis sebab banyak yang Anis belajar tentang lifestyle daripada channel ni. Anis belajar tentang decoration rumah, senaman, tips-tips kesihatan, holiday spots dan macam-macam lagi. Channel ini memang sesuai sangat untuk wanita muda seperti Anis sebab banyak tips dan info yang boleh dipelajari sebagai persediaan sebelum menjadi seorang surirumah yang berkerjaya. Huhu.
Selain daripada rancangan-rancangan di Life Inspired HD, Anis ada juga layan beberapa drama iaitu Misiku Kuza, Si Miskin dan Si Kaya dan tak ketinggalan, Love You Mr. Arrogant. Anis memang paling suka tengok Love You Mr. Arrogant sebab pelakon cantik-cantik, collection pakaian artis pun cantik, rumah Mr. Arrogant yang dia belikan untuk Zara pun sangat awesome! Anis sempat berangan tau, nak miliki rumah macam tu..huhu Anis memang minat sangat drama romantik ni, sampai Anis cari novel Love You Mr. Arrogant di Popular Starmall Mentakab, baru-baru ini. Padahal sebelum ni, Anis tak minat sangat pun tengok drama-drama cinta kat TV or beli novel cintan-cintun ni, tapi kisah Love You Mr. Arrogant ni, lain pula auranya. Hehe. Mungkin sebab kisah ini dilakonkan di TV dengan barisan pelakon yang segak-jelita, jadi Anis pun tertarik nak tengok dan baca. =)
Jadi, itulah kerja Anis sepanjang menanam anggur dalam rumah selama beberapa bulan ini. 2 minggu yang lepas pula Anis telah selamat
Sebenarnya, sejak akhir bulan Oktober, Anis sudah mula memikirkan tentang masa depan Anis. Anis sedar Anis takkan selamanya duduk di rumah. Adik Anis pun akan habis exam SPM hujung bulan November nanti. Ibu dan Abah pun sudah bagi greenlight untuk Anis mencari peluang pekerjaan. Tetapi, Anis masih berat hati untuk bekerja. Anis rasa belum bersedia untuk bekerja. Anis rasa Anis ingin belajar lagi. Anis ingin mencapai cita-cita Anis dalam bidang akademik. Anis berdoa agar urusan masa depan dan cita-cita Anis akan dipermudahkan. Anis juga yakin yang Anis mampu untuk mencapai cita-cita Anis, tetapi masih belum ada peluang.
InsyaAllah, apabila Anis mendapat peluang tersebut, Anis akan ceritakan lagi dalam post yang akan datang, Here I go Again!.... Mudah-mudahan..amin... ;-)