Thursday, February 04, 2016

Coretan Pertama Buat Puteri Sulung Ibu

Assalamualaikum Sayang,
Ketika Ibu menukil coretan ini, Sayang masih di dalam kandungan Ibu...
Usia kandungan Ibu kini genap 39 minggu...
Ibu sedang ternanti-nanti kelahiranmu, Sayang...
Bahkan semua orang juga tak sabar menunggu kehadiran puteri sulung ini...
Lebih-lebih lagi Ibu dan Ayah...

Sayang,
Sayanglah anugerah Ilahi yang paling berharga buat Ibu...
Selepas Ibu dijodohkan dengan Ayah...
Insan yang paling Ibu cintai...
Kerana Sayanglah, Ibu mula merasa suka-duka menjadi seorang ibu...
Ibu mengerti kasih sayang seorang ibu yang tidak bertepian...
Walaupun berpenat lelah mengandungkan Sayang, semua itu tidak mengapa Sayang...
Asalkan Sayang membesar dengan sihat di dalam kandungan Ibu...

Sayang,
Ibu tak sabar menatap wajah mulus Sayang nanti...
Ibu tak sabar mendukung tubuh kecil Sayang nanti...
Ibu tak sabar melihat Sayang membesar di depan mata Ibu...
Semoga Sayang berjaya menjadi seorang srikandi kebanggaan Ibu dan Ayah...

Sayang,
Ibu doakan Sayang sihat dan selamat selalu...
Ibu doakan Sayang menjadi puteri Ibu dan Ayah yang solehah...
Yang berjaya di dunia dan di akhirat...
Yang akan selalu mendoakan Ibu dan Ayah kelak...

Sayang,
Ibu berharap Sayang menjadi seorang hamba yang beriman kepada Allah dan Rasul...
Yang rajin menunaikan solat dan selalu beribadat..
Yang melazimi bacaan Al-Quran dan memahami Al-Quran...
Yang menghormati dan menuruti kata-kata Ibu dan Ayah...
Yang pandai menjaga maruah diri sendiri, ibu bapa dan keluarga...
Yang bijaksana mencari bekalan ilmu di dunia ini...
Itulah harapan Ibu untukmu Sayang...

Sayang,
Ibu sayang Sayang...
Ayah sayang Sayang...
Lahirlah ke dunia ini dengan baik, Sayang...
Kehadiran Sayang dalam hidup Ibu dan Ayah semestinya disambut dengan penuh kasih sayang...
Kami ada selalu untuk Sayang...
InsyaAllah, selamanya... AMIN.

Alhamdulilah, Ibu berjaya melahirkan Sayang secara semula jadi tepat jam 11.47 malam pada 3 Februari 2016 di Hospital Temerloh (HOSHAS). I love u very much, Sayang Ibu! (^_^)

Tuesday, February 02, 2016

Throwback Honeymoon @ Guilin, China (I)

Assalamualaikum dan salam sejahtera! 

6 Disember 2014

Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 6 pagi dan tiba di Guilin pukul 10 pagi lebih kurang. Waktu di China dengan di Malaysia tak banyak berbeza, cuma waktu solat di China dengan Malaysia sedikit berbeza. Waktu solat di China masuk lebih awal dan waktu solat Isyak lebih panjang di sana. Di sana, lebih kurang pukul 6 petang, sudah masuk waktu Maghrib. Waktu Subuh pula bermula sekitar jam 6 pagi. 

Sampai di International Airport Guilin, Anis ke toilet dahulu. Toilet di China tiada air di dalam bilik tandas. Air cuma ada di bahagian luar iaitu di singki sahaja. Jadi, kita kena sediakan satu botol air mineral untuk dibawa ke dalam bilik tandas. Anis dan suami memang sudah maklum hal ini disebabkan kami ada membaca pengalaman orang lain ke China sebelum ini. Jadi, memang Anis sudah prepare satu botol air mineral untuk dibawa ke toilet. Di sana pun, En. Zali, iaitu pengiring kami, memesan perkara yang sama kepada kami.

Kemudian, kami keluar ke lobi airport untuk bertemu dengan Mr. Peter, iaitu pemandu pelancong kami, selepas mengambil luggage dan melalui pemeriksaan kastam. Semasa di lobi airport, Anis bau semacam saja. Bau orang China kot, entahlah. Mungkin juga bau dari sebuah restoren di situ. Apabila semua ahli rombongan kami telah berkumpul, Mr. Peter membawa kami ke coach kami untuk memulakan perlancongan kami. Keluar saja daripada pintu lobi airport, mula terasa kedinginan cuaca musim sejuk di Guilin. Rasa macam duduk dalam air-cond kalau di Malaysia. Anis pula hanya memakai cardigan dari Malaysia, so, terasa jugalah kesejukan. Anis memang seorang yang kurang tahan sejuk. 

Yeay! Dah sampai Guilin... Alhamdulilah!
Jom pergi jalan-jalan!
Mr. Peter yang sangat ramah dan friendly.

Sebaik sahaja menaiki coach, Mr. Peter memperkenalkan dirinya. Selepas itu, dia memberi sedikit briefing mengenai keseluruhan pakej perlancongan ini. Dia memberitahu tempat-tempat menarik yang akan kami kunjungi dan jadual perjalanan kami untuk sepanjang hari. Mr. Peter berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan kami. Dia sangat fasih dan langsung tidak pelat berbahasa Inggeris. Sebenarnya, dia adalah seorang bekas guru Bahasa Inggeris tetapi dia telah menukar professionnya sebagai pemandu pelancong. Dia memang berasal dari Guilin dan betul-betul mengetahui mengenai sejarah tempat asalnya. Sepanjang perjalanan menuju ke bandar Guilin, dia bercerita pula mengenai sejarah Guilin dan sedikit sebanyak mengenai negara China secara general

Kata Peter, ini adalah simbol gunung dan tasik yang menjadi tarikan di Guilin.




Sebelum kami memulakan perjalanan kami ke tempat-tempat menarik, kami dibawa untuk makan tengah hari dan solat terlebih dahulu. Sepanjang berada di bandar Guilin, kami memang dibawa makan sarapan dan tengah hari di restoren ini. Ini adalah sebuah restoren halal di Guilin. Pemiliknya beragama Islam. Lokasi restoren ini juga sangat berdekatan dengan masjid di Guilin. Jadi, selepas makan, kami boleh terus pergi solat di masjid. 

Inilah contoh hidangan di Guilin. Teh wajib di China.
Alhamdulilah, Anis boleh makan dengan berselera. Hehe.
Dalam restoren.
Endian Halal Restaurant Guilin

Setelah selesai makan dan menunaikan solat, barulah kami dibawa ke destinasi yang pertama iaitu Elephant Trunk Hill. Bukit ini dinamakan sempena bentuknya yang seperti belalai gajah. Tempat ini adalah tempat wajib untuk dikunjungi oleh pelancong apabila ke Guilin. Ia adalah salah satu tarikan utama di Guilin. 



Selepas melawat Elephant Trunk Hill, barulah kami dibawa check in ke Universal Hotel Guilin untuk berehat. Mengikut itinerary yang diberi, kami sepatutnya check in ke hotel sebaik sahaja sampai di Guilin, tetapi terdapat perubahan jadual. Anis pula hanya memakai cardigan sahaja. Ingatkan nak salin baju sejuk terlebih dahulu di hotel. Jadi, terpaksalah berjalan-jalan di Elephant Trunk Hill dalam kesejukan. Huhu. Mujurlah tidak berapa sejuk. 

Pada sebelah petang pula, kami disuruh berkumpul kembali untuk pergi berurut kaki. Untuk urut kaki ini, kami perlu membayar sendiri kerana tidak termasuk pakej. Mr. Peter hanya membawa kami ke kedai urut itu sahaja. Tidak silap Anis setiap seorang perlu membayar 10 RMB.  Kami diurut dalam bilik yang berasingan antara lelaki dan perempuan. Tetapi, kebanyakan tukang urut adalah perempuan. Jadi, orang lelaki juga akan diurut oleh tukang urut perempuan. Bagi Anis, urutannya bolehlah dikatakan memuaskan. Oleh kerana baru hari pertama, jadi Anis belum rasa lagi lenguh-lenguh kaki berjalan. 

Selepas berurut kaki, kami dibawa pula untuk makan malam. Kali ini, kami dibawa ke sebuah restoren yang lain tetapi Anis sudah lupa nama restoren ini. Restoren ini nampak lebih exclusive berbanding Endian Restaurant. Anis lebih suka dan boleh minum air teh yang dihidang di restoren ini kerana ada rasa 'aftertaste' yang manis-manis. Anis sudah lupa nama teh ini. Di Endian Restaurant, Anis tidak minum air teh yang dihidang tetapi Anis hanya minum air mineral kerana Anis tidak boleh minum air teh risau kembung. 

Untuk pengetahuan, satu menu yang wajib ada ketika Anis makan di Guilin ialah sayur sawi. Setiap menu pula akan sampai bertalu-talu. Kadang-kala, kita ingatkan sudah cukup hidangannya, tetapi apabila nasi sudah nak habis, masih ada lagi lauk yang sampai. Walaupun begitu, nasi sentiasa boleh ditambah jika mahu. :) Untuk orang yang kuat makan nasi macam Anis ini, memang senang hati sebab dapat makan kenyang-kenyang. Hehe. 

Muka riang selepas dinner. Hehe.


Selepas itu, kami dibawa oleh Mr.Peter untuk melawati Sun & Moon Pagodas atau nama lainnya Gold & Silver Pagodas. Pada ketika ini, kami perlu berjalan kaki dari restoren, melalui lorong untuk bershopping untuk ke tasik yang terdapat 2 buah pagoda ini. Sebenarnya, pada malam ini, rombongan kami terbahagi kepada dua. Yang mengikuti Mr. Peter akan menaiki cruise di sepanjang "Two Rivers & Four Lakes" yang popular di Guilin ini. Cruise ini adalah aktiviti pilihan dan tambahan yang tiada di dalam pakej. Sekiranya tidak mahu menaiki cruise, En. Zali akan membawa ke lorong shopping itu untuk bershopping atau boleh berehat sahaja di hotel selepas makan malam. Lokasi lorong shopping itu sebenarnya hanya terletak di belakang hotel kami.  

Memandangkan ini adalah honeymoon kami, Anis pun memujuk dan mengajak suami Anis untuk menaiki cruise ini. Namun, pada malam itu, hujan turun renyai-renyai. Demam suami Anis pula belum kebah lagi, jadi menggigil-gigillah dia kesejukan malam itu. Nasib baik dalam cruise itu ada heater. Huhu. Tetapi, untuk balik ke hotel, kami perlu meredah hujan renyai dalam cuaca yang agak sejuk itu. Kasihan pula pada suami Anis. =( Kami cepat-cepat balik ke hotel untuk memanaskan badan dan berehat. 


Gold & Silver Pagodas
Suami yang sporting walaupun demam. (^_^)
Suasana dalam cruise. Tak ramai pun, hanya rombongan kami sahaja. 
Dapat melihat burung cormorant yang famous di Guilin!
Tugas burung ini adalah membantu nelayan mengangkap ikan. 
Pagoda ada di mana-mana!
Antara persembahan di sepanjang Two Rivers & Four Lakes. 
Persembahan yang penuh warna-warni.
Dalam cruise juga ada persembahan!


Berakhir sudah hari pertama kami di Guilin! Tidak dinafikan, kami berasa agak penat. Tambahan pula, suami Anis demam. Jadi, kami terus sahaja berehat sebaik sahaja tiba di hotel. 

Throwback Honeymoon @ Guilin, China

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sementara menunggu detik-detik kelahiran anak sulung yang tersayang, Anis ingin mengimbau kembali kenangan berhoneymoon bersama suami tercinta ke Guilin, China! Sesuatu yang tak disangka, Anis akan (telah) dibawa bercuti nun jauh di negara orang oleh insan yang sangat istimewa dalam hidup Anis. Ini merupakan pertama kali Anis ke luar negara dan menaiki kapal terbang. Terima kasih suamiku kerana membawaku terbang tinggi, jauh-jauh lagi! Heee.. :) Pengalaman bersama suami selama 6-7 hari ini sungguh indah dan takkan dilupakan oleh kami berdua! I love you so much, sayang! Thanks a lot for making me so happy! I hope you are also happy as much as I am! (^_^)

Kami bertolak ke Guilin dari Airport KLIA2 pada 6 Disember 2014. Kami menaiki flight Air Asia dari Kuala Terengganu ke KL pada 5 Disember jam 10 malam lebih kurang. Selepas lebih kurang 45 minit, kami pun tiba di Airport KLIA2. Betapa terujanya Anis menaiki flight kali pertama. Huhu. Anis duduk di sebelah tingkap. Dapatlah lihat suasana dari dalam flight pada waktu malam. Jika di kawasan perhutanan, gelap saja nampak. Tetapi, Anis perasan Anis nampak highway LPT (kalau tak silap lah) sebab nampak berlampu. Apabila sampai di KL pula, nampak cerah saja bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam. Cantik dan menarik! Tetapi, tak tahulah jika sangkaan Anis salah. Jangan gelakkan Anis pula! Huhu. I just tell what I can see...

Kami sepatutnya berkumpul dengan travel agent di Airport KLIA2 pada pukul 3 pagi tak silap. Flight kami ke Guilin pada jam 6 pagi lebih kurang. Sementara menunggu waktu berkumpul, Anis dan suami hanya lepak-lepak di sekitar airport. Nak tidur pun tak ada tempat yang selesa. Kami singgah minum kopi dan makan ringan (alas perut) di sebuah restoren untuk memanaskan badan dan berehat. Namun, kopinya mahal dan tak sedap. Pahit kopinya! Huhu. Apabila sudah jemu duduk di restoren itu, barulah kami pusing-pusing berjalan di sekitar airport. Sebenarnya, agak lama juga kami menghabiskan masa di restoren itu. Dalam 2-3 jam. Kebetulan pula, suami Anis demam pada hari itu. Tetapi, Alhamdulilah, dia dapat kuatkan diri untuk melayan Anis. Saya suka! (^_^)

Thank you, Love!!

Kemudian, kami berkumpul di Level 3 untuk bertemu dengan travel agent untuk check-in luggage. Sementara menunggu giliran, kami berdua sempat lagi pergi ke KFC untuk makan lagi. Bukan apa, suami Anis risau kami lapar dalam perjalanan di dalam flight nanti. Memang ada disekalikan dengan breakfast dalam pakej kami tapi takut tak lalu makan dalam flight nanti. Selepas itu, kami masuk ke departure lounge untuk menunggu waktu menaiki flight dan berlepas.  

Makan lagi!

Waiting to depart..here we go to Guilin! :)

Sedikit info mengenai pakej percutian yang kami pilih. Kami memilih pakej 6D5N ke Guilin, China yang ditawarkan oleh Pearl Holiday Travel & Tours Sdn. Bhd. Sebenarnya, pilihan destinasi honeymoon kami ini telah dirancang sejak sebelum kahwin lagi. Idea Anislah yang bercadang ke Guilin ini sebab Anis ada tertonton rancangan Destinasi Ria di Astro yang memperkenalkan Guilin di China ini. Anis rasa menarik sangat tempatnya dan cuba mengajak suami Anis. Tak sangka pula dia turut berminat dan bersetuju! Wee.. :) Sejak itu, kami selalu 'google' mengenai Guilin dan mencari pakej perlancongan yang sesuai dan berpatutan. Kami siap pergi ke Matta Fair di PWTC pada bulan Mac 2014, tetapi masih terlalu awal kerana belum ada pakej hujung tahun yang ditawarkan ketika itu. Kami merancang untuk pergi dalam bulan Disember selepas berkahwin pada bulan Oktober. Lagipun, suami Anis ingin bercuti dalam musim winter. Nak merasa musim sejuk katanya. Hehe. Jadi, kami tinggalkan email kami di booth Pearl Holiday semasa di Matta Fair dan menunggu tawaran mereka. Alhamdulilah, Anis dan suami Anis sangat berpuas hati dengan pakej percutian ini. Keseluruhan pakej kami adalah bernilai lebih kurang RM2499 seorang termasuk pengangkutan, penginapan, makanan dan desitinasi perlancongan serta shopping untuk 6 hari 5 malam. Kami diiringi oleh seorang travel agent Melayu dari Malaysia iaitu En. Zali. Di Guilin pula, kami disambut dan diiringi juga oleh seorang pemandu pelancong dari Guilin iaitu Mr. Peter. Untuk pengetahuan, pakej ini adalah pakej khas untuk Muslim. Jadi, amat mudah untuk solat dan mencari makanan halal di sana. Tidak perlu risau apa-apa lagi. :) 


Ok.. Anis akan sambung lagi kisah honeymoon ini lain kali. Anis akan kongsikan tempat-tempat menarik yang kami lawati di Guilin dan pengalaman kami sepanjang bercuti di sana. InsyaAllah... 

Thursday, January 21, 2016

Kenangan Hamil Kali Pertama - Trimester 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera!



TRIMESTER KETIGA (BULAN 7 hingga BULAN 9)

Kali ini, Anis ingin ceritakan pula pengalaman Anis sepanjang mengalami trimester terakhir bagi kehamilan yang pertama ini. Alhamdulilah, akhirnya Anis sampai ke peringkat ini tanpa ada apa-apa masalah yang berat. 2 tahun yang lalu, Anis telah selamat bertunang dengan suami Anis dan tak lama lagi pula kami bakal menimang cahaya mata yang pertama. InsyaAllah. Alhamdulilah, Anis berasa bersyukur sangat atas kurniaan ini...

Dalam trimester ketiga ini, tak banyak yang Anis lakukan. Keadaan Anis juga semakin sarat kerana kandungan Anis semakin membesar. Kekerapan untuk ke klinik juga menjadi lebih kerap daripada sebulan sekali ke 2 minggu sekali sehingga ke seminggu sekali. Anis juga telah berpindah ke Temerloh untuk persediaan bersalin di Temerloh. Anis juga merancang untuk berpantang di Temerloh. 

Pada 25 Oktober 2015, sekali lagi Anis pergi ke KKIA Hiliran untuk pemeriksaan bulanan kehamilan. Kandungan Anis ketika ini sudah berusia 25 minggu. Sebelum itu, Anis pergi ke klinik pergigian untuk pemeriksaan gigi semasa hamil. Pemeriksaan gigi semasa hamil ini diberikan secara percuma sepanjang kehamilan. Semasa berjumpa doktor gigi, beliau hanya memeriksa keadaan gigi Anis. Anis sangkakan ada 'treatment' khas untuk ibu hamil. Rupa-rupanya, hanya pemeriksaan gigi seperti di sekolah dahulu. Doktor ada menawarkan Anis untuk membuat 'scaling' gigi. Anis sangkakan, scaling itu akan dilakukan dalam tempoh kehamilan ini. Tetapi, doktor memberikan tarikh temujanji selepas Anis habis berpantang. Kemudian, Anis disuruh pulang begitu sahaja. Doktor tidak ada bertanyakan sama ada gigi Anis ada berdarah atau tidak semasa hamil. Manalah tahu, ada ubat kumur ke yang akan diberi. Tetapi, langsung tiada. Mungkin beliau lihat gigi dan mulut Anis bersih dan tiada masalah. Huhu. Kemudian, Anis pergi untuk pemeriksaan kandungan seperti biasa.

Berat: 63kg
Tekanan darah: 110/70 mmHg
Nadi: 82/min
Urine: Pro + & Leu ++ 
Hb: 12.4
Jantung janin: 147/min
Tinggi rahim: 26 cm
Kedudukan bayi: Cephalic (kepala bayi ke bawah menghala ke serviks - normal) 

Kali ini, agak mengecewakan sebab Anis dijangkiti 'kencing kotor'. Yang lain-lain, OK tiada masalah. Tahap hemoglobin Anis pun dah meningkat semula. Jadi, Anis dirujukkan kepada doktor untuk masalah 'kencing kotor' tersebut. Doktor memberikan Anis sejenis antibiotik untuk dimakan selama seminggu. Kemudian, Anis diberitahu untuk datang semula ke klinik pada minggu seterusnya untuk membuat ujian air kencing sekali lagi. Doktor juga menasihatkan Anis untuk minum banyak air. Anis rasa punca Anis dijangkiti 'kencing kotor' adalah disebabkan Anis kurang minum air pada 2 hari sebelum Anis ke klinik kerana Anis berpuasa ganti. Alhamdulilah, hanya tinggal 2 hari lagi untuk Anis mengganti puasa tahun lepas. 

Seminggu kemudian, pada 1 November 2015, Anis pergi lagi ke klinik untuk check air kencing. Alhamdulilah, masalah 'kencing kotor' Anis telah tiada. Selama seminggu itu memang Anis makan antibiotik itu mengikut masa dan menghabiskannya di samping Anis minum banyak air.  Selain itu, Anis juga ada berikhtiar dengan meminum Yakult sebotol sehari. 

Pada hari yang sama, sebelah petangnya, mertua Anis menganjurkan sebuah majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Anis bersempena masuk 7 bulan kehamilan. Ketika itu kandungan Anis hampir 27 minggu. Ibu dan Abah Anis juga turut hadir dari Temerloh bersama seorang adik Anis iaitu Asyraf. Mereka bermalam di rumah mertua Anis. Alhamdulilah, majlis tersebut berjalan lancar. Mudah-mudahan, kehamilan Anis ini terus dipermudahkan dan senang apabila bersalin nanti. Amin... 

Menjelang 7 bulan kehamilan ini, kandungan (baby bump) Anis sudah semakin ketara kelihatan. Anis juga telah mula menghidapi simptom-simptom seperti sesak nafas kerana kandungan yang makin membesar. Anis juga cepat berpeluh dan selalu rasa penat. Namun, syukur kerana Anis tidak mengalami sembelit sepanjang kehamilan. Sebaliknya, Anis sangat lawas membuang. Anis juga sudah mula kerap pergi ke tandas untuk membuang air kecil termasuklah pada waktu malam ketika sedang tidur. Anis juga tidak mengalami bengkak kaki atau tangan. Mungkin kerana Anis tidak banyak bergerak dan banyak duduk di rumah sahaja - tidak bekerja. Cuma, kadang-kadang terasa sedikit kebas tangan semasa bangun tidur. 

Pergerakan baby juga semakin kuat Anis rasakan sejak bulan ke-7 ini. Kebiasaannya, baby paling aktif pada waktu malam ketika Anis ingin melelapkan mata iaitu sekitar pukul 11 hingga 12 tengah malam. Baby juga aktif seketika pada waktu pagi dan petang, tetapi kadang-kadang, Anis tak perasan sangat. Anis juga mula merasakan baby sedu. Pada mulanya, Anis tertanya-tanya juga bagaimana baby sedu, dan tidak tahu bilakah baby sedang sedu. Tetapi, lama-kelamaan, Anis sudah dapat bezakan. Apabila baby sedu, Anis akan rasa denyutan halus yang berlaku setempat. Jika baby sedang bergerak atau menendang, pergerakannya lebih kuat dan hanya sekali sekala sahaja. 

Disebabkan Anis sudah dapat merasakan pergerakan baby, terasa rindu pula untuk melihat lagi baby di dalam kandungan ini. Tambahan pula, masa scan yang lepas, suami Anis tidak bersama Anis. Jadi, kami pergi ke sebuah klinik swasta di Kuala Terengganu iaitu Klinik Famili untuk buat scan 3D/4D. Klinik Famili ini terletak di Jalan Sultan Mahmud. Doktor yang mengendalikan scan ialah doktor perempuan. So, selesa la buat scan di situ. Kami pergi semasa kandungan Anis berusia genap 29 minggu pada 16 November 2015. Kali ini, muka baby lebih jelas kelihatan tetapi baby tutup sikit muka dengan tangan dia. Malu-malu pula dia dengan ayah dia. Hihi. Di akhir-akhir scan tu, baby tersenyum pula. Cukup mencuit hati ayahnya gelagat baby pada petang itu. Syukur, Alhamdulilah. :) Suami Anis gembira sangat dapat tengok anak dia hari itu. Lebih-lebih lagi, muka baby seiras sangat dengan muka dia. Hehe. Kos untuk buat scan 3D/4D di Klinik Famili adalah lebih kurang RM 100 - 120. Doktor akan berikan satu CD yang mengandungi gambar dan video baby semasa scan. Hari itu, Anis pun dapat sampel susu juga, jenama Anmum Materna perisa biasa dan coklat. Sebelum datang scan, perlu buat temujanji terlebih dahulu.  

BPD: 7.40 cm
HC: 27.22 cm
AC: 27.53 cm
FL: 5.53 cm
EFW: 1584 gram

Pada 19 November 2015, Anis mula mencuci pakaian baby. Ketika itu, cuaca masih lagi baik. Anis risau juga apabila sudah masuk bulan November ini, kerana risaukan musim tengkujuh yang bakal melanda pantai timur. Alhamdulilah, Anis berkesempatan untuk membasuh pakaian baby. Itupun, puas Anis doakan agar cuaca terus cerah supaya pakaian baby Anis kering. Seronok sangat rasanya melihat baju-baju comel yang dijemur pada hari itu. Anis hanya gunakan sabun detergen biasa, bukan yang khas untuk baby tapi Anis asingkan daripada mencuci pakaian lain. Hanya cuci pakaian-pakaian baby sahaja. Setelah itu, Anis menyimpan pakaian baby itu untuk dibawa balik ke Temerloh pada bulan Disember nanti. Sungguh tak sabar rasanya. Hehe.

Anis pergi ke temujanji seterusnya di KKIA Hiliran pada 22 November 2015. Pemeriksaan dilakukan seperti biasa, tetapi kali ini Anis turut diberikan suntikan tetanus (kancing gigi) yang pertama. Untuk kehamilan yang pertama, suntikan tetanus akan diberikan sebanyak 2 kali. Manakala, untuk kehamilan seterusnya, suntikan tetanus hanya akan diberikan sekali sahaja. 

Berat: 67kg 
(Kenaikan berat Anis kali ini agak banyak iaitu mencecah 4 kg, tetapi Anis menggunakan penimbang lain kali ini. Mungkin ada ralat. Misi pun tidak komen apa-apa.)
Tekanan darah: 120/80 mmHg
Nadi: 82/min
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative 
Hb: 12.2
Jantung janin: 145/min
Tinggi rahim: 30 cm 
Kedudukan bayi: Cephalic

Anis juga turut diajar bagaimana untuk mengira pergerakan bayi. Sepatutnya, pergerakan bayi perlu dikira dan dicatat seawal 28 minggu di dalam buku pink, tetapi misi lupa memesannya kepada Anis pada temujanji yang lepas. Pergerakan bayi perlu dikira sebanyak 10 kali bermula pukul 9 pagi dalam tempoh 12 jam. Tetapi, tidak semestinya 10 pergerakan bayi itu akan cukup pada pukul 9 malam. Kebiasaannya, lebih awal. Bagi Anis, pergerakan baby akan cukup 10 kali pada waktu petang sekitar pukul 4 hingga 6 petang. 

Selepas ini, Anis perlu hadir untuk temujanji di KKIA setiap 2 minggu sekali kerana kandungan sudah masuk 8 bulan. Anis pergi ke temujanji seterusnya pada 6 Disember 2015 untuk mendapatkan suntikan tetanus yang kedua dan pemeriksaan seperti biasa. Ketika ini, kandungan Anis hampir berusia 32 minggu

Berat: 66kg 
(Berat Anis kononnya turun 1kg, tetapi kali ini, Anis gunakan penimbang yang asal semula. Mungkin bacaan 2 minggu lepas yang tidak tepat.)
Tekanan darah: 120/70 mmHg
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative 
Hb: --
(Tidak dilakukan lagi. Mungkin sebab tahap hemoglobin Anis stabil selama ini.)
Jantung janin: 144/min
Tinggi rahim: 32 cm
Kedudukan bayi: Oblique (kepala bayi ke bawah menghala ke serviks tetapi senget sedikit ke kanan) 

Suntikan tetanus yang pertama menyebabkan tangan Anis di kawasan suntikan sedikit bengkak dan terasa agak sakit apabila tertindih. Selepas lebih kurang 5 hari kemudian, baru rasa sakit itu beransur hilang. Tetapi, untuk suntikan tetanus yang kedua, Anis tidak merasa sakit langsung dan tiada bengkak. Hanya rasa sedikit perit semasa dicucuk jarum. Alhamdulilah. 

Disebabkan Anis akan balik ke Temerloh pada 8 Disember 2015, scan dibuat pada 6 Disember juga. Baby baik-baik sahaja cuma kedudukannya sedikit senget (oblique). Kata doktor, tidak ada masalah sebab baby masih ada masa untuk berpusing-pusing. Tetapi, tidak seperti dijanjikan, doktor tidak memeriksa gender baby pun. Katanya, tak nampak. Huhu. Anis pun malas banyak soal. Nasib baik Anis sudah pergi scan di Klinik Famili beberapa minggu lepas. Nak harapkan di KKIA ini sahaja, memang takkan tahu langsunglah gender baby. Huhu. Mujur juga ada modal untuk pergi ke klinik swasta sebab suami Anis boleh claim dengan syarikat dia bekerja. Alhamdulilah. 

Placenta: Fundal
BPD: 82 mm
AC: 280 mm
FL: 64 mm
AFI: 15 cm
EFW: 2.0 kg

Prosedur Anis untuk berpindah ke Temerloh dari KKIA Hiliran ke KKIA Tanjung Lalang, Anis hanya perlu membawa buku pink salinan Anis. Buku pink salinan klinik akan disimpan di KKIA Hiliran. Pada mulanya, Anis ingatkan kena bawa kedua-dua buku ke Temerloh. Misi di KKIA Hiliran memberikan tarikh temujanji seterusnya untuk Anis buat pemeriksaan seterusnya di KKIA Tanjung Lalang. 

Sebelum balik ke Temerloh, Anis dan suami ada lagi bershopping beberapa keperluan baby dan untuk Anis semasa berpantang nanti. Anis beli barang-barang seperti berikut untuk melengkapkan keperluan baby dan keperluan Anis sendiri:

- Pencuci botol dan puting susu
- Cecair pencuci botol dan puting susu
Receiving blanket yg ada hood kepala
- Napkins
- Minyak kayu putih
- Disposable panties
- Pad Kotex overnight
- Facial tissue (cotton)

Di Temerloh, Anis perlu buat pemeriksaan di klinik yang berdekatan dengan kawasan rumah ibu bapa Anis iaitu di KKIA Tanjung Lalang. Kali pertama Anis pergi pemeriksaan di situ ialah pada 23 Disember 2015 ketika kandungan Anis berusia 34 minggu. Temujanji di KKIA Tanjung Lalang adalah pada setiap hari Khamis. Tetapi, disebabkan 24 haribulan cuti, jadi Anis pergi pada 23 haribulan. Di KKIA Tanjung Lalang, tidak ramai sangat orang seperti di KKIA Hiliran. Kawasan klinik juga lebih luas dan lebih selesa. Tidak perlu menunggu terlalu lama. Biasanya, dalam tempoh 1 jam, semuanya telah selesai. Tidak seperti di KKIA Hiliran, yang mengambil masa 2-3 jam setiap kali temujanji kerana bilangan pesakit yang ramai. Alhamdulilah, pemeriksaan kali ini juga tiada apa-apa masalah, cuma misi kata perut Anis nampak besar. Jadi, Anis dirujukkan kepada doktor untuk scan

Berat: 68.5 kg 
(Anis tak berpuas hati sebab misi salah baca penimbang. Sepatutnya berat Anis hanya 67.5 kg)
Tekanan darah: 120/780 mmHg
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative 
Hb: 12.9 
Jantung janin: 156/min
Tinggi rahim: 36 cm
Kedudukan bayi: Oblique (kepala bayi ke bawah menghala ke serviks tetapi senget sedikit ke kanan) 

Di KKIA Tanjung Lalang, tahap hemoglobin Anis hanya dicheck ketika pertama kali datang. Tetapi, tidak seperti di KKIA Hiliran yang hanya mengambil sedikit darah di jari. Satu tiub darah Anis diambil! Huhu. Anis pun tidak pasti bagaimana sebenarnya prosedur di KKIA Tanjung Lalang ini. Selepas itu, Anis tidak lagi perlu diambil darah ketika pemeriksaan yang seterusnya. Mungkin disebabkan oleh tahap hemoglobin Anis yang normal dan stabil sebelum ini. 

Semasa doktor scan kandungan Anis, doktor mengatakan saiz kandungan Anis dalam lingkungan 34 hingga 36 minggu. Kandungan Anis ketika ini berusia 34 minggu. Berat baby pula doktor kata telah mencecah 2.7 kg. Terkejut juga Anis, 2 minggu sebelum ini scan, baby baru 2 kg. Mendadaknya berat baby naik! Huhu. Yang membuatkan Anis agak risau, bila doktor kata, jika scan 2 minggu lagi, baby masih kelihatan besar, beliau akan rujuk kepada pakar. Sabar sajalah. Tapi, Anis tengok mesin scan itu agak lama. Doktor sendiri pun kata pointer dia rosak sikit. Jadi, Anis macam tak percayakan mesin scan itu. Mungkin tidak tepat bacaan mesin scan itu. Lagipun, scan ini bagi anggaran saja. Namun, Anis tetap risau juga kalau betul baby besar, takut nanti tidak mampu nak menerannya. Huhu. 

BPD: 87.3 mm
HC: 306 mm
AC: 313 mm
FL: 71.4 mm
EFW: 2782 gram

Apabila kandungan masuk 9 bulan ini, Anis sudah mula kerap mengalami 'perut mengeras'. Kata orang, itu petanda kontraksi rahim yang dipanggil Braxton's Hicks. Tetapi, Braxton's Hicks ini bukan petanda nak bersalin lagi. Hanya amaran palsu. Sekadar 'latihan' untuk kontraksi yang sebenar. Kebiasaannya, Braxton's Hicks ini menyerang Anis pada waktu tengah malam. Sampaikan suatu malam, pada 3 Januari 2016, Anis rasakan kontraksi itu agak kuat dan kerap, sehingga Anis tidak boleh tidur. Akhirnya, Anis buat keputusan untuk ke hospital (HOSHAS Temerloh). Bukan apa, Anis risau juga jika ada apa-apa masalah. Di hospital, doktor boleh pantau. Lagipun, Anis ada baca kisah-kisah orang yang bersalin awal seawal 35 minggu. Jadi, manalah tahu kalau Anis juga akan bersalin awal. Hihi. Excited betul! (^_^)


Anis sampai di hospital lebih kurang pukul 5 pagi. Sampai di hospital, Anis terus diarahkan untuk ke labor room. Ibu dan Abah Anis yang menghantar Anis sebab suami Anis ada di Kemasik. Anis hanya masuk seorang diri ke dalam labor room. Di situ, hanya boleh bawa masuk buku pink dan IC. Handphone dan barang kemas perlu ditinggalkan dengan suami atau ahli keluarga. Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang berharga hilang dan Anis pun kena tandatangan satu surat persetujuan tentang barang berharga di labor room. 


Masuk ke labor room, Anis didaftarkan. Terus Anis dipakaikan tag. Misi mengambil bacaan tekanan darah dan menimbang berat Anis. Tekanan darah normal dan berat Anis 68kg. Nampaknya, tidak banyak perubahan berat Anis daripada 2 minggu lepas. Kemudian, Anis disuruh membuang air sebelum baring di atas sebuah katil. Anis memang datang hospital pakai skirt supaya memudahkan misi dan doktor check apa yang patut. Kalau pakai seluar, rasanya nanti kena tukar pakai kain. Kemudian, misi memasang alat CTG pada perut Anis. CTG ini ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengukur kadar degupan jantung bayi dan kekuatan kontraksi. Lama juga Anis kena pakai CTG tu. Dah la tak boleh bawa handphone, jam pula tak ada berhampiran dengan katil Anis tu, jadi tak tahulah jam pukul berapa. Selama pakai CTG tu, Anis cuba melelapkan mata tetapi tak boleh. Pada hari itu, Anis pula dijangkiti selesema sejak hari semalamnya. Agak tak selesalah juga sebab hidung berair dan tersumbat. Di sebelah katil Anis ada seorang ibu berbangsa Cina sedang menahan kesakitan. Seram juga Anis dengar dia merintih-rintih sakit. Tetapi, Anis tak nampak dia sebab terselindung dengan tirai. Anis dengar doktor dan misi pesan kepada dia, jangan menjerit-jerit dan simpan tenaga sebab sekejap lagi dia akan bersalin. 


Tak lama selepas itu, doktor datang interview Anis. Beliau bertanya pasal keadaan Anis pada waktu itu, pasal period, dan sejarah kesihatan. Anis masih tidak tahu masa itu sudah pukul berapa. Tak terfikir pula nak bertanya pada doktor atau misi. Huhu. Kemudian, misi pula datang dan menanggalkan alat CTG daripada perut Anis. Anis ada baca, biasanya CTG ini dipasang dalam tempoh 30 minit. Tapi, Anis tadi misi buat 2 kali sebab rekod yang pertama jantung baby kurang cantik katanya. Selepas itu, misi suruh Anis baring dulu untuk tunggu doktor. 


Rasanya dalam 15 minit selepas itu, doktor pun datang dan berkata beliau ingin memeriksa bukaan. Anis pernah baca, ada orang kata, rasa kena seluk nak tengok bukaan ni sakit. Tetapi, Anis cuba bertenang dan tawakal bila doktor nak seluk. Anis cuba tarik nafas dalam dan hembus lembut. Yang seluk tu doktor perempuan, muda lagi. Oh, tak sakitnya bila dia seluk. Serius! Cuma, rasalah apabila jarinya masuk ke dalam. Anis bertanya kepada doktor, "Dah ada bukaan ke doktor?". Tetapi, doktor tak jawab. Dia pergi panggil misi pula. Kemudian, misi itu pula yang seluk. Kali ini, agak kasar misi tu seluk. Senak rasa. Huhu. Misi tu kata, "Closed". Lepas itu, misi tu panggil lagi seorang kawan dia. Kawan dia pula yang seluk. Redha sajalah. Memang sudah rasa sangat tidak selesa pada masa itu. Misi yang kedua itu pun kata, "Closed". So, memang tiada bukaan lagilah. Dalam hati Anis, memang dah pasrah yang Anis belum nak bersalin lagi. Rasa sakit pun dah hilang. Cuma, Anis tertanya-tanya keputusan CTG tadi sebab misi dan doktor tidak ada komen apa-apa pun. Senyap saja. Huhu. 


Lepas saja kena seluk 3 kali tu, Anis terus ke bilik air. Termenung sekejap tapi tak adalah sampai nak menangis. Sebab tak adalah sakit sangat tapi macam ngilu-ngilu senak gitu. Hampir setengah jam juga rasa tak selesa tu baru hilang. Kemudian, barulah misi benarkan Anis keluar kejap untuk pergi sarapan. Tetapi, masih tak tahu keputusan doktor. Waktu itu sudah pukul 7 pagi. 2 jam rupanya Anis duduk dalam labor room itu. Anis keluar daripada labor room, tetapi Ibu dan Abah Anis tiada di situ. Handphone pula pada mereka. Jadi, Anis duduklah tunggu di situ sorang-sorang. Anis rasa sangat mengantuk dan agak lapar ketika itu. Tambahan pula, Anis makan ubat selesema yang menyebabkan mengantuk malam tadi, tapi tak dapat tidur pula. Huhu. Tertidur-tidur ayamlah Anis di luar labor room itu. Tak lama kemudian, misi panggil semula. Anis pun masuk semula ke dalam labor room


Walaupun dipanggil semula, tetapi Anis tidak terus dilayan. Hanya menunggu sahaja di dalam labor room itu. Rasanya, ketika itu, adalah waktu perubahan shift. Sesetengah misi sudah nak balik dan ada yang baru masuk. Doktor perempuan tadi datang pesan kepada Anis suruh tunggu sekejap. Tak silap Anis, dia kata nak scan pula. Punyalah lama Anis tunggu, sambung tidur ayam balik. Hehe. Tiba-tiba, ada misi menghulurkan makanan pada Anis. Katanya, Ibu Anis yang kirim. Anis pun ambil, konon nak makan. Sebenarnya, Anis lebih kepada nak minum sebab rasa dahaga sangat. Tapi, Anis tengok ada Milo panas dan nasi kerabu. Hmm, tak berselera la pula nak makan nasi pagi-pagi ni. Anis cuba minum air Milo itu, tapi sangat panas..melecur lidah! Huu.. Lepas itu, Anis keluar jumpa Ibu dan Abah Anis. Mereka ada di luar. Anis pun minta air masak sahaja daripada mereka dan memulangkan air Milo dan nasi kerabu tadi. 


Selepas minum air masak beberapa teguk untuk menghilangkan dahaga, Anis masuk semula ke dalam labor room, sebab doktor panggil semula. Kali ini, Anis terus diajak untuk discan. Tetapi, ada seorang lagi doktor. Doktor perempuan juga. Nampak lebih senior. Beliau tanya Anis, "Awak ni macam mana, nak balik ke nak masuk wad?". Anis pun tanya balik kepada beliau, "Normal ke mengeras-ngeras ni doktor?". Beliau jawab, "Normal..kalau nak bersalin, lain sakitnya. Tapi awak ni anak sulung kan, tak tahu beza lagi. Tak apalah kalau rasa sakit, datanglah hospital. Jangan malu pula. Ada orang, 2-3 kali datang, baru betul-betul bersalin". Huhu. So, Anis kata pada doktor yang Anis nak balik. Result doktor scan seperti berikut: 


BPD: 88 mm

HC: 317 mm
AC: 335 mm
FL: 68 mm
AFI: 12 cm
EFW 2.9 kg

Yes! Berat baby naik 200 gram saja dalam 2 minggu ni. Wee! Dan kali ini, tak ada pula doktor kata baby besar. So, Anis berasa agak legalah sikit. Tapi, tengok ukuran FL iaitu tulang kaki, memendeklah pula. Sebelum ini scan ukurannya sudah 71 mm. Kali ini, 68 mm pula. Hehe. Kesimpulannya, memang mesin scan ini cuma bagi ukuran anggaran saja. Tak boleh percaya sangat. Alhamdulilah, baby Anis sihat. :) Air ketuban (AFI) pun OK. Doktor tidak ada komen apa-apa pasal air ketuban. Akhirnya, Anis didischarge lebih kurang pukul 9 pagi.


Oh, sebagai persediaan awal, Anis memang sudah kemaskan satu beg untuk pergi hospital apabila sudah hendak bersalin. Semua barang-barang Anis dan baby disekalikan dalam satu beg. Kemudian, Anis buat satu beg asing untuk barang-barang bayi ke labor room. Anis letakkan sehelai tuala, sepasang baju lengan panjang dan seluar panjang, sehelai barut, dan 2 keping pampers. Untuk Anis, Anis cuma stand-bykan sehelai kain batik, sehelai tuala muka dan sepasang telekung. Anis siap kemaskan beg-beg ini 2 hari sebelum Anis pergi ke hospital kali itu. Semangat tahun baru. Hehe. Sebenarnya, Anis tak pasti apa barang yang perlu dibawa masuk dalam labor room, tetapi semasa di hospital itu, Anis terlupa pula nak tanya pada misi di situ. Huhu. 


Seterusnya, Anis ke klinik lagi pada 7 Januari 2016 iaitu ketika kandungan Anis berusia 36 minggu. Anis juga discan sekali lagi untuk melihat saiz kandungan Anis. Tak sabar juga Anis ingin tahu keputusannya. Sebelum ini, kononnya baby Anis sedikit besar. Namun, disebabkan baru-baru ini sudah discan di hospital, dan semuanya OK. So, Anis harapkan semuanya OK. Dan Alhamdulilah syukur, keputusannya semuanya OK. Tidak ada masalah dan tidak perlu dirujuk kepada pakar. 



Berat: 67.5 kg 
(Misi ingatkan berat Anis turun. Padahal, berat Anis maintain. Sama macam minggu lepas. Huhu.)
Tekanan darah: 110/80 mmHg
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative 
Hb: -- 
Jantung janin: 140/min
Tinggi rahim: 36 cm
Kedudukan bayi: Cephalic (kepala baby dah engaged! Yey!)

BPD: 90 mm
HC: 307 mm
AC: 318 mm
FL: 71 mm
AFI: 14 cm
EFW: 2772 gram 
(Boleh pula berat baby turun, nampak sangat mesin scan di sini kurang reliable. Huhu)

Mujur juga Anis pergi ke hospital beberapa hari yang lalu. Doktor di KKIA Tanjung Lalang pun tidak komen apa-apa sebab beliau tengok result scan di hospital baru ini pun OK. Alhamdulilah, nasib baik. :) 


Kali ini pula, Anis diberikan vitamin Obimin oleh misi. Mudah sikit nak telan sebab hanya sebiji sahaja yang perlu dimakan. Sebelum ini sebenarnya, Anis tak makan sangat vitamin 4 serangkai itu. Anis hanya ambil iron tablet dan vitamin C. Hehe. 


Sekarang, Anis mula mengalami gatal-gatal pada kulit perut. Mungkin disebabkan kulit Anis mula meregang sebab kandungan semakin besar. Sebelum ini OK saja. Tetapi, akhir-akhir ini, gatal betul rasanya. Tak tahan nak garu. Stretchmark juga mula kelihatan. Anis sapukan minyak zaitun plus gamat Safi di perut untuk meminimumkan kesan garu pada perut. 


Seminggu kemudian, Anis perlu datang lagi untuk pemeriksaan kehamilan di KKIA Tanjung Lalang iaitu pada 14 Januari 2016. Kandungan Anis sudah 37 minggu. Alhamdulilah, tak lama lagi Anis akan bersalin. :) InsyaAllah, harap dipermudahkan. Pemeriksaan dilakukan seperti biasa.



Berat: 68 kg 
Tekanan darah: 120/80 mmHg
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative 
Hb: -- 
Jantung janin: 142/min
Tinggi rahim: 36 cm
Kedudukan bayi: Cephalic

Misi memberi pesanan kepada Anis bahawa terdapat banyak tanda-tanda untuk bersalin. Namun, hanya ada 3 tanda positif yang perlu Anis ambil berat. Jika terdapat salah satu tanda-tanda bersalin ini, Anis perlu segera ke hospital (labor room).
1. Perut mengeras yang kerap setiap 5 minit sekali.
2. Turun air ketuban.
3. Keluar lendir dan darah.

Anis turut bertanyakan kepada misi apa barang yang perlu dibawa ke labor room. Ini senarainya yang diberitahu misi:

1. Kain batik dan sehelai baju untuk ibu.
2. Disposable panties dan pad. Katanya sekarang sudah tidak pakai maternity pad yang bertali itu. Wallahu'alam. Kita tengoklah nanti.
3. Sepasang baju baby.
4. Receiving blanket.
5. Pampers.

Jadi, pada malamnya itu, Anis mengemas semula beg labor room Anis mengikut yang diberitahu misi. Tetapi, Anis letakkan juga tuala baby sehelai. Hee.

Akhir-akhir kehamilan ini, baby pun semakin lasak. Tetapi, Anis perasan baby Anis suka betul duduk sebelah kanan. Malam-malam, susah rasa nak tidur sebab baby bergerak sampai berombak-ombak perut. Suka betul dia nak bermain tengah-tengah malam. Hehe. Perut Anis juga selalu mengeras, cuma belum ada lagi salah satu tanda positif. Tak sabar rasanya nak tunggu baby lahir! Suami Anis pun sudah termimpi-mimpi yang baby nak lahir. Anis pula bermimpi sudah ada turun darah. Harap-harap baby akan lahir dalam minggu depan. InsyaAllah.

Pada 21 Januari 2016, iaitu semasa kandungan berusia 38 minggu, sekali lagi Anis pergi ke klinik. Pemeriksaan dilakukan seperti biasa. Tetapi, tiba-tiba hari ini, misi kata kena ambil darah lagi. Satu tiub juga. Namun, Alhamdulilah, result normal seperti biasa. :)


Berat: 69 kg 
Tekanan darah: 120/80 mmHg
Urine: Sugar-Negative; Albumin-Negative 
Hb: 13.2 
Jantung janin: 138/min
Tinggi rahim: 38 cm
Kedudukan bayi: Cephalic

Mudah-mudahan, inilah kali terakhir Anis pergi ke KKIA Tanjung Lalang ini untuk pemeriksaan sepanjang kehamilan. Harap sangat baby akan lahir tidak lama lagi. Selepas ini, Anis akan catatkan pengalaman dan kenangan Anis semasa saat-saat melahirkan baby Anis ini. Sungguh tak sabar rasanya hendak melihat wajah kecil anak sulung Anis dan suami ini. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan menenangkan hati kedua ibu dan ayahnya. AMIN..