Monday, September 22, 2014

21.09.2014: 25 Years Journey.

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Alhamdulilah, semalam 21 September, tarikh ulangtahun kelahiranku yang kedua puluh lima. Tahun terakhir aku bergelar anak dara. Tak lama lagi, dengan izin Ilahi, aku akan menjadi ratu hidup insan teristimewa dalam hidupku. 

Aku berazam menjadi lebih baik. Wanita yang lebih baik, anak perempuan yang lebih baik, pelajar yang lebih baik, hamba Allah yang lebih baik. Aku ingin menjadi isteri yang terbaik, ibu yang terbaik, anak perempuan yang terbaik, menantu yang terbaik, pelajar yang terbaik, pekerja yang terbaik, wanita yang terbaik, hamba Allah yang terbaik. 

Mungkin mustahil, tetapi itulah azamku. "Shoot for the Moon, if you fall, you fall among the Stars."

Hari ini, aku masih lagi merasakan yang diriku tidak sempurna. Aku tidak suka dengan kekurangan diriku. Tapi, siapalah aku? Aku hanyalah seorang hamba. Yang Maha Sempurna, cuma Dia.   

Aku teringat pada sebuah lagu, bertajuk "STAY THE SAME".

Don't U ever wish,
U were someone else,
U were meant to be,
The way U are exactly.

Don't U ever say,
U don't like the way U are,
When U learn to love yourself,
U're better off by far.

& I hope U always stay,
The same,
because there's nothing about U,
I would change.

I think that U could be,
whatever U wanted to be,
if U could realize,
all the dreams U have inside.

Don't be afraid,
If U've got something to say,
Just open up your heart,
& let it show U the way.

Believe in Urself,
Reach down inside,
The love U find,
will set U free.

Believe in Urself,
U will come alive,
Have faith in what U do,
U'll make it through.

I have gone through 25 years journey of life. Hoping that I'll make another 25 years at least. With my parents, my sweetheart, & my family by my side.....it is not impossible! 

I know, I can do it!!

I Believe in ME!

Self-note by Anisa Nasida... 

Thursday, September 11, 2014

Persiapan Majlis Raikan Cinta I

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Tiba-tiba hari ini Anis rasa ingin menulis tentang persiapan Anis menjelang majlis perkahwinan yang bakal berlangsung dalam bulan Oktober nanti...

Alhamdulilah, sudah banyak persiapan yang telah dilakukan... So far, perkara-perkara yang telah settle adalah:

1. Kad jemputan 

Anis buat 1000 keping kad untuk kedua-dua belah majlis, bermakna kad itu akan dibahagikan dua (500 keping untuk famili Anis & 500 keping untuk famili si dia). Warna tema yang kami pilih untuk kad ialah biru dan ungu pada mulanya, sebab warna tema untuk majlis Anis ialah biru dan ungu. Anis pilih warna-warna tema ini sebab biru ialah warna kesukaan dia & ungu ialah warna kesukaan Anis. Tapi design kad yang kami pilih berlatarbelakangkan warna hitam dan si dia juga suka warna hitam. Jadi, akhirnya, kad kami bertemakan hitam, biru dan ungu. Saiz kad kami kecil sahaja iaitu 3cm X 9cm. 

2. Baju Nikah

Pilihan warna baju nikah Anis pada asalnya ialah warna tiffany. Tetapi, oleh kerana si dia yang membelikan kain, warna baju nikah yang dibeli tersasar sedikit daripada warna idaman Anis. Kain yang dibeli pula tak sama antara pengantin lelaki dan perempuan. Anis kalau boleh nak kain tu sekayu je...tapi akhirnya, tidak seperti yang Anis jangkakan. Takpelah...di situ lah ujian bermula... Takkanlah kerana kain tu, kita nak jadikan masalah kan? So, Anis berlapang dada dan cuba untuk menerima realiti. Sebenarnya, cantik juga warna kain yang dibeli oleh si dia. Mungkin sebab belum dijahit jadi pakaian, jadi Anis tak nampak cantik ke tidak..huhu 

Baju kami telah siap dijahit tetapi dukacita sikit sebab baju Anis tidak dijahit mengikut tempahan. Anis cuma nak baju simple, tapi telah di'upgrade' secara tak sengaja oleh tukang jahit.. Anis tak sempat lagi nak pergi tengok macam mana hasilnya baju nikah Anis, tapi harap-harap cantiklah! Kita cuba untuk berfikiran positif. Hehe. Oh ya, lupa nak cerita...design baju nikah Anis ialah baju kurung moden dengan kain payung katanya..hehe.. Baju si dia, of course lah baju melayu..

3. Pelamin

Pelamin Anis bertemakan ungu dan biru, Anis hanya minta pelamin biasa yang simple, sebab Anis buat majlis di rumah. Rumah Anis pun tak besar mana, jadi pelamin pun sedang-sedang saja.. Macam mana hasilnya, Anis belum tahu lagi, sebab butik pengantin yang akan mereka khas design pelamin Anis nanti. Sama-sama kita nantikan...  

4. Baju Sanding

Anis dengan si dia dah pun memilih baju untuk majlis kenduri kahwin kami. Warna pilihan baju kami ialah ungu, bersesuaian dengan tema keseluruhan majlis. Sekarang, baju kami sedang diubahsuai mengikut ukuran badan kami. Nanti, sebelum majlis, kami kena fitting sekali lagi untuk memastikan baju itu sesuai dipakai pada hari kejadian... Selain baju, untuk Anis apa yang penting ialah mekap. Mekap pun termasuk sekali dalam pakej pelamin dan baju sanding. Anis pilih tukang mekap yang boleh mekap natural dan cantik. Harap-harap memuaskanlah hasilnya nanti.

5. Hantaran

Semua barang-barang hantaran juga telah siap dibeli. Tempat kami shopping barang hantaran ialah di Focus Point Mesramall, SOGO, Popular Bookstore dan secara online...hehe Anis ada 7 barang untuk si dia, dan si dia ada 5 barang untuk Anis. Kalau nak tahu apa barang-barangnya, next time Anis cerita.. Yang belum siap, gubahan hantaran. Dulang-dulang dan pasu-pasu pun semua dah dibeli. 

Untuk pemberian tanda selepas akad nikah, cincin untuk si dia telah dibeli dan rantai untuk Anis juga telah dibeli. Menunggu detik untuk disarungkan dan dikalungkan kepada pemiliknya tak lama lagi. InsyaAllah... 

6. Katering

Soal katering ni, Abah yang uruskan sebab 'tauke' katering ni kenalan lama dia. Jadi, mudah untuk berurusan. Masa majlis bertunang dulu pun, Abah menggunakan khidmat kenalan dia ni...dan servis yang diberi sangat memuaskan dan sedikit pun tidak mengecewakan. Makanan sedap-sedap, servis tip-top! Untuk majlis akad nikah dan majlis kenduri besar nanti, semuanya sudah ditempah oleh Abah termasuklah kanopi, kerusi, meja, hiasan-hiasan, dan pekerja-pekerja. Anis harap makanan yang dihidangkan nanti menyelerakan dan mengenyangkan semua tetamu yang hadir. 

7. Photographer

Asalnya, Anis pening nak melantik photographer ni. Sebab, lokasi majlis kami belah pengantin lelaki dan perempuan jauh. Kalau untuk sebelah majlis saja pun, dah makan belanja lebih RM1500. Kalau dua majlis, RM3K la jawabnya... Dua-dua majlis perlukan photographer untuk mengabadikan kenangan manis ini. Alhamdulilah, si dia ada kenalan yang kenal dengan photographer yang boleh beri special price untuk kami, untuk dua-dua lokasi majlis; 3 majlis (majlis akad nikah, majlis kenduri besar, majlis kesyukuran sambut menantu) termasuk outdoor photoshoot. Alhamdulilah.. 

8. Props untuk photography

Anis sebenarnya, tak berapa berminat sangat dengan props2 ni..tapi si dia pula berminat. So, pada mulanya, Anis fikir nak buat sendiri je...tapi macam tak cantik lah pulak..si dia kata tak berapa lawa.. Sebab Anis buat simple sangat, konon nak jimat sangat lah..huhu Then, Anis tengok2 kat Facebook, lastly, Anis order online jugak props kat Facebook. Murah je rupanya...huhu 

9. Bunga telur

Majlis perkahwinan Melayu kalau tak ada bunga telur, hilanglah nilai kemelayuannya. Bunga telur pun sudah dibeli oleh ibu dan abah. Warna pilihan semestinya biru dan ungu...

10. Paperbag untuk goodies tetamu

Yang ini pun, Anis tempah online di Facebook. Yang Anis suka dengan paperbag ni sebab dia buat design khas untuk majlis kita. Dia siap-siap print letak nama kita dengan tarikh majlis pada paperbag tu. Kira cam eksklusif sikit lah sebab tak sama dengan orang lain. Yang untuk tetamu sebelah pengantin lelaki pun ibu dah belikan beg yang besar sedikit sebab nak isi bunga telur. Tema macam yang telah diceritakan dari tadi iaitu biru dan ungu... 

11. Pakaian untuk famili Anis dan pengapit pengantin.

Untuk adik-adik Anis, mereka semua lelaki, jadi Anis dah belikan 4 pasang baju melayu untuk mereka masing-masing. Untuk ibu abah pun, dah ada baju. Untuk pengapit, Anis dan si dia dah belikan kain untuk mereka buat baju. Warna baju pengapit Anis adalah peach. Harap-harap semua orang happy dengan baju masing-masing. 

12. Homestay untuk famili belah lelaki.

Homestay yang famili Anis pilih untuk famili pengantin lelaki, lokasinya berdekatan saja dengan rumah Anis, sebab lebih mudah begitu. Sudah dibook untuk sehari semalam semasa majlis nanti. 

13. Honeymoon

Yang ini, Anis tak mahu cerita lagi....kami sudah ada destinasi dan tarikh, tapi tunggu nanti Anis cerita, after honeymoon... =)


So, itulah persiapan yang sudah dilakukan setakat ini. Hanya tinggal sebulan lebih lagi sebelum majlis. Majlis Anis simple sahaja, tak mewah, tak grand, tapi Anis harap tetap meriah... InsyaaALLAH... 



Thursday, September 04, 2014

Counting down: 50 days

Assalamualaikum & good morning!

50 days left...before I become my fiance's life partner... 
Hopefully, everything will be running smoothly... 
May Allah bless our relationship & love...
I love u, until Jannah... 

InsyaAllah...